MELAYU BUKIT GANTANG = MELAYU MANIK URAI

on Tuesday, June 30

1. RAKAN kita di Manik Urai melaporkan sudah wujud Perubahan besar di kalangan ahli UMNO, di mana mereka bekerja tidak lagi menunggu arahan, tidak lagi mengharapkan apa-apa imbuhan, mereka datang dan berkampung, tiada siapa menyuruh itu dan ini.

2. Portal Malaysiakini juga melaporkan"....“Petugas Umno tidak menunggu arahan untuk bekerja, malah mereka sejak seminggu lalu sudah datang ke Manek Urai untuk menemui pengundi,” katanya yang enggan namanya disiarkan.

“Saya percaya jika momentum ini dikekalkan, DUN ini akan kembali semula ke pangkuan BN.”....

3. Di PRK Bukit Gantang UMNO memenangi lebih 60% undi Melayu, sebaliknya kemenangan mantan MB dibantu oleh DAP. PAS kalah di kebanyakan pusat mengundi, sebaliknya UMNO hampir menyapu bersih kawasan Melayu.

4. UMNO pernah menang di Manik Urai 2004, dan bukanlah perkara mustahil jika UMNO menang lagi di situ.

5. Harapan penulis ialah Pemimpin-pemimpin UMNO di Kelantan bersatu hati terutama Tengku Razaliegh, Tok Pa, Sazmiah, Annuar Musa, Awang Adek, Pemuda, Wanita, Puteri dan lain-lain hendaklah turun membantu calon UMNO.

Mereka semua akan memberi sumbangan kepada kemenangan UMNO di Manik Urai. Sebaliknya bantuan peimpin-pemimpin luar Kelantan hanyalah sampingan sahaja.

DEBAT NIK AZIZ - HARUSSANI = OBAMA - NAJIB

on Sunday, June 28

1. PANGGILAN telefon Presiden Obama kepada DS Najib Tun Razak hampir setengah jam kelmarin mambayangkan Keyakinan Obama kepada Najib. Peristiwa ini menyamai kisah panggilan telefon Goerge Bush W. Presiden Amerika ketika itu ( 1991 ), kepada Tun Dr.Mahathir Mohamad mengenai masalah di Iraq.

2. Tidak ada lagi panggilan-panggilan telefon daripada pemimpin-pemimpin Besar Amerika kepada pemimpin de facto. Ini menunjukkan pemimpin defacto sudah Tidak relevan lagi di mata Amerika yang suatu ketika dulu begitu disokong kuat oleh Dick Cheney, AlGore, Wolfowitz dll.

3. Khabar terdekat Lee Kuan Yew yang menghabiskan masa lama di Malaysia juga tidak ingin mendekatkan diri kepada pemimpin defacto. Ini menunjukkan Lee Kuan Yew seperti juga Obama sudah mengetahui banyak kisah benar selepas ucapan Menteri Luar di Washington agaknya.

4. Debat yang dirayu oleh pemimpin politik PAS kepada Perdana Menteri sebenarnya tidak ikhlas. Yang ikhlasnya ialah Pertemuan, Muzakarah, Muqabalah, Perbincangan sebagaimana yang telah dimulakan oleh Pemimpin2 Pro-Ulama PAS dengan pemimpin2 UMNO tahun lepas.

5. Nabi kita menganjurkan Musyawarah bukan debat. Jika hendak juga, penulis ingin syorkan Debat itu antara Harussani-Nik Aziz. Sejarah membuktikan Nik Aziz pernah 2 kali bertanding Pilihanraya atas tiket BN, maknanya BN memberi sumbangan di peringkat awal karier politiknya.

6. Debat adalah cara Amerika. Cara sistem Republik. Cara ini kesukaan pemimpin de facto. Cara Islam ialah Musyawarah. Seperti kata Harussani dalam wawancaranya hari ini, tak kan dengan sesama Islam tidak hendak bertemu, sesama kafir boleh pulak. Maka,pengundi di Manik Urai akan menjawab persoalan-persoalan ini nanti, kerana mereka melihatnya dari aspek politik.

TV BERNAMA 502

on Friday, June 26

26 Jun 2009 - INSYAALLAH penulis akan membincangkan topik Perpaduan di TV BERNAMA 502 Malam ini. ( 10.00 - 11.00 Malam ). Terimakasih di atas sokongan, pandangan membina dan kritikan membina.

TAJAAN-TAJAAN

on Tuesday, June 23

1 PERISTIWA PRESIDEN PAS bersidang akhbar dengan pemimpin de facto Pkr dan Pengerusi DAP di Parlimen merupakan satu cara pemimpin de facto mematahkan suara Presiden PAS daripada meneruskan agenda perpaduannya. Di dalam hal memotong jalan, dia memang bijak dan pantas melakukannya.

2. Bukanlah rahsia lagi bahawa pertemuan-pertemuan pemimpin PAS dan UMNO sudah berlangsung secara sulit sejak keputusan PRU12 , semuanya kerana kesedaran mahu menyelamatkan umat Islam dan survival orang Melayu di Malaysia.

3. Sehingga di Muktamar Agung PAS baru-baru ini, mereka pun sudah menerima tajaan-tajaan contohnya khabarnya dari Puncak Niaga, satu nama yang sinonim dengan kerajaan BN. Apakah bentuk-bentuk tajaan itu berbentuk penginapan di hotel mewah dsbnya , sudah pun berlalu dan menjadi catatan sejarah.

4. Bagi penulis, pemimpin de facto tidak akan membenarkan perpaduan orang Melayu dan umat Islam antara PAS dan UMNO berjaya. Sebaliknya, dengan undi popular PRU12 yg diperolehi PKR kira-kira 1.5Juta + undi popular PAS 1.2Juta + undi popular UMNO 4.3Juta = Pemenangnya ialah DAP.

5. Buktinya PAS= 24, DAP= 28, PKR = 31

6. Presiden UMNO mempunyai sebab untuk yakin dengan kerajaannya.Kekuatan Presiden UMNO ialah tahap kesabaran yang tinggi dan pendengar yang bijak, kata Dato, Zahid Hamidi.

ORANG TENGAH PAS-UMNO

on Sunday, June 21

1. SESEORANG yang boleh menjadi orang tengah perlu segera mencari jalan untuk mempertemukan Presiden PAS dengan Presiden UMNO.

2. Jika tidak musuh-musuh sebenar akan menggagalkan agenda perpaduan yang hanya menunggu masa untuk dijayakan.

3. Jika dahulu Tun Razak dan Dato Asri dapat bertemu berlapang dada tanpa syarat, inikan pula para agamawan yang maha tahu betapa baiknya maaf-memaafkan , sayang-menyayang, cinta-mencintai antara sesama umat.

4. Oleh kerana gagasan perpaduan diilhamkan oleh Presiden PAS, maka kenalah caranya jika Presiden UMNO menunggu khabar berita. Oleh kerana PAS itu asal-usulnya dari UMNO, boleh dikata tulung rusuk yang tidak akan berpisah lama, bukanlah luar biasa jika dapat bersama semula.

5. Anak PAS dan anak UMNO pun dah ramai yang berkahwinan, YB PAS dan MB Perak ( kecuali mantan ) pun makan bersama, MB Terengganu pun beli kambing Pesuruhjaya PAS Terengganu, MB Kedah pun dah banyak bersetuju dengan DS Najib, sewaktu Wakil Rakyat Pakatan bermaharajalela di dalam Dewan Undangan Negeri Perak, Yb-YB PAS kecuali mantan semuanya duduk tenang belaka.

6. Penulis ingin mencadangkan beberapa nama yang sesuai dan dalam fikiran penulis orang itu ialah Pak Lah, kerana rombongan-rombongan PAS tahun lepas pun bertemu semasa Pak Lah menjadi PM. Di pihak PAS beberapa nama yang sesuai seperti Datuk Mustapha Ali, Datuk Haron Taib,Datuk Harun Din, selain Nasharudin boleh menjadi orang tengah di dalam pertemuan DS Najib - DS Hadi Awang...mungkin anda bersetuju?

TANDA-TANDA PERPADUAN UMNO-PAS

on Saturday, June 20



RAMAH-MESRA YB PAS DENGAN MENTERI BESAR PERAK.

PENJELASAN PRESIDEN PAS

on Thursday, June 18

1. PENJELASAN DATUK SERI HAJI HADI AWANG, Presiden PAS di London menjelaskan bahawa Kerjasama & Perpaduan antara PAS dengan UMNO bukan bertujuan menghapuskan PAS dan menyertai UMNO, tetapi PAS dan UMNO sama-sama membangunkan negara ini demi kepentingan negara.

2. Presiden PAS juga menyebut sedikit Projek 916 DS Anwar, yang penulis fikir Presiden PAS tidak berkenan, jika diamati ucapannya itu.

3. Dahulu Dato' Asri digantung keahliannya, apakah kumpulan sebelah sana juga mahu menggantung Presiden PAS hari ini. Ia sesuatu yang tidak masuk akal kerana UMNO tidak pernah berkata langkah mayatnya dahulu kalau mahu menubuhkan negara Islam. Malah UMNO menyokongnya, hanyasanya pengisiannya sahaja perlu diperhebatkan.

4. Bayangkan jika Datuk Seri Hadi Awang mendapat jawatan Menteri Penuh, Nasharudin Menteri Penuh ... sudah tentu mereka boleh memberi sumbangan yang lebih besar untuk kemashlahatan negara kita, khususnya orang Melayu dan umat Islam.

5. Penulis fikir Nilai-Nilai Islam yang murni seperti Berlapang Dada, Maaf-Memaafkan, Hormat-Menghormati, Buruk Sangka, Dendam, benci-membenci dan penyakit Hati yang lain perlu dibuang jauh-jauh, bukankah nabi kita mengajar begitu...

6. Kepada TGNA dan kumpulan di tepinya, ketahuilah musuh sebenar Islam. Penulis dimaklumkan oleh sahabat penulis di dalam PAS bahawa Keputusan TGHHA untuk BersatuPadu dan Kerajaan Perpaduan dibuat selepas mendapat Petunjuk selepas solat malam...

MENTERI KEWANGAN

on Tuesday, June 16

1. DARI Kuala Lumpur ke Ujung Pandang ( Makasar ) hanya 3 jam sahaja menggunakan AirAsia dalam harga tak sampai RM100.00 jika rajin cari tiket. Jika anda menukar wang RM3,000.00 anda akan mendapat 9 Juta Rupiah begitu. Jadi Jutawan tu...

2. Di bandar Ujung Pandang, anda akan bertemu orang-orang Cina Indonesia yang berniaga samalah juga dengan orang Cina di Malaysia, Singapura dan negara-negara lain di seluruh dunia. Orang Cina memang bijak berniaga, sebab itulah apabila ada Menteri UMNO dahulu mencadangkan kepada Tunku Abdul Rahman beberapa nama untuk menjawat jawatan Menteri Kewangan, Tunku kata tidak, orang Melayu belum sampai masanya, maka Tun Tan Siew Sin diberikan jawatan Menteri Kewangan Malaysia.

3. Pada pandangan penulis peniaga Muslim bukan tidak bijak, tetapi kita dipandu oleh hukum dan syariat agama Islam. Kita ada konsep Halal dan Haram,Riba, Syubhat, Was-Was dan sebagainya. Sehinggakan kita dilarang menjual barangan yang sudah rosak, atau dilarang sama sekali menipu dalam timbangan, atau disuruh berhenti kita solat Jumaat dan solat fardu yang lain. Ini mungkin tidak berlaku kepada penganut agama lain.

4. Apakah bezanya peniaga Cina Ujung Pandang dengan peniaga Cina di Malaysia. Di sana mereka berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu Indonesia dan juga bahasa tempatan Bugis ( bukan bahasa Mandarin ). Kedai-kedai mereka tidak ada Tulisan Mandarin, semuanya menggunakan bahasa Melayu Indonesia.

Inilah kejayaan Kerajaan Indonesia menyatupadukan rakyatnya menjadi 1Indonesia. Hanya menggunakan 1 bahasa sahaja, dalam jangka panjang rakyat Indonesia bersatuhati. Namun bolehkah di Malaysia hanya diwujudkan Satu Sekolah , Satu Bahasa, Satu Negara.

DAP yang memperjuangkan Malaysian Malaysia beranikah mencadangkan kepada DongJiaoZhong atau Dong Zhong atau Lembaga SJK Cina supaya semua sekolah SJK ditukar kepada SK untuk mencapai Malaysian Malaysia.

Siapa di dalam DAP berani mencadangkan supaya menggunakan 1 Bahasa sahaja, 1 Sekolah Kebangsaan sahaja untuk mencapai Malaysian Malaysia = iaitu Samarata/Samaadil/Samarasa/Saksama. Penulis yakin satu orang pun tidak akan berani buku mulut.

Maknanya, Konsep Malaysian Malaysia itu hanyalah Retorik Politik sahaja. Maka yang paling Relevan ialah 1Malaysia kerana 1Malaysia mempertahan hak kaum masing-masing sebagaimana di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kesimpulannya mudah, untuk kita ( Melayu/Cina/India/dll ) hidup harmoni sebagai sebuah negara kita semua perlu menolak Malaysian Malaysia kerana ia hanya Tipu Helah politik semata-mata.

BLOG MENTERI SINGAPURA...

on Sunday, June 14

1. MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA sepatutnya menunjukkan sikap Patriotik yang tinggi kepada negara. Walaupun baru-baru ini beliau memberi komen yang positif terhadap dasar 1Malaysia bahawa masyarakat Cina Malaysia gembira dan menyokong dasar tersebut, namun sebagai Menteri Kerajaan Negara Malaysia, beliau sepatutnya lebih Patriotik.

2. Penulis tidak hairan poll yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan Malaysia sama ada MCA PATUT KELUAR DARI BN?. Walaupun Menteri Pengangkutan Malaysia barangkali sudah sedar akan kesilapannya, namun Blog Menteri Pengangkutan itu sudah tidak ada nilai integriti, Menarik Balik kerana apa? Lebih baik memohon maaf daripada menarik balik.

Sejarah berulang lagi.
Dahulu seorang Menteri MCA telah mengugut Tunku Abdul Rahman untuk keluar daripada Perikatan kerana tuntutannya untuk mendapat menteri kanan tidak dilayan ketika itu.

Tunku senang saja jawab, kalau awak nak keluar Perikatan silakan, kami akan bergabung dengan PAS. Jangan marah kalau negara ini diperintah sepenuhnya oleh orang Melayu dan Muslim. Menteri MCA itu terkejut dan terkedu, lalu menarik balik ugutannya kepada Tunku. Hari ini ia berulang lagi.

3. Kedua, Menteri Kanan Malaysia sepatutnya memasukkan juga Bahasa Melayu dalam Blognya. Kenapa hanya ada Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris dalam Blog Menteri Kerajaan Malaysia? Blog Menteri itu tidak pun menunjukkan Menteri itu duduk di Malaysia, semacam Blog itu Blog Menteri Singapura pula?

Pada pandangan penulis Menteri-menteri Malaysia yang seperti ini harus diberikan Kursus Patriotik supaya lebih Patriotik kepaga Negara, bukan kepada bangsanya sahaja.

Parti memanglah memperjuang kepentingannya, tetapi apabila sudah menjadi Menteri Kerajaan Malaysia, dia sepatutnya berkhidmat kepada semua rakyat Malaysia tidak kira Cina, Melayu, India. Suaranya , bahasanya sepatutnya bercirikan Malaysia, bukan begitu...

Seperti juga di sekolah-sekolah kebangsaan, guru-guru Cina mendidik anak muridnya jangan bercakap Mandarin di hadapan guru Melayu atau guru India. Gunakanlah bahasa Melayu yang semua orang faham. Malangnya ada Menteri Kanan Malaysia tidak sedemikian rupa.

Sebagaimana Lee Kuan Yew bercakap 40 tahun dahulu di negara-negara barat,katanya ...saya seorang Cina,berasal dari selatan negara China, tetapi saya bukan Komunis, Saya adalah seorang nasionalis...( baca buku The Memoirs Of Lee Kuan Yew ).

SIAPA CEPAT DIA DAPAT

on Saturday, June 13

1.DAHULU, ketika YB Nasha tiba-tiba sertai PKR, mereka dengan bangganya berkata tindakannya sangat beriman. Apabila YB Nasha kembali semula ke pangkuan UMNO , mereka kehilangan kata-kata.

2. Selepas pengHijarahan keempat-empat YB daripada pakatan kepada Barisan, mereka semakin marah sehinggalah episod terakhir apabila mantan MB mengembalikan kereta rasmi kerajaan.Maka tamatlah episod Perak.

3. Hari ini ada orang mahu berlumba lagi...hehe ( ketawa dulu ). Mingu lepas Datuk Ibrahim Ali ( Ahli Parlimen Pasir Mas ) berkata beliau akan menentukan kedudukannya untuk menyertai sebuah parti politik tidak lama lagi. Masuk PPP kot?

4. Belum sempat 24 JAM, pemimpin de facto cepat-cepat mengadakan sidang akhbar mengumumkan kemasukan Zaid ke dalam PKR... Dia tidak mahu kalah moral, sebelum YB Pasir Mas menyertai parti dot dot, dia cepat-cepat buat pengmuman. Gelojoh benar dia ne dalam politik ya..

5. DS Najib yang menerima kunjungan Datuk Ibrahim Ali sebagai Presiden PERKASA , nampaknya tidak terburu-buru membuat pengumuman penting itu...Pengumanan apa ? Memang DS Najib seorang yang penyabar, pendengar yang baik dan ahli strategik yang bijak kot ( meminjam kata-kata Datuk Ahmad Zahidi Hamidi ).

6. Zaid Ibrahim ( bukan YB ) sudah menyertai PKR, Datuk Ibrahim Ali ( YB Pasir Mas ) menunggu masa sesuai mengumumkan berita penting...masa Malik Urai kot?...ADUN DAP Jawi meletak surat jawatan..Hmmm macam-macam politik negara kita yer...

7. Akhirnya,...siapa cepat dia dapat, siapa bijak dia menang?...

SENARAI KEPIMPINAN PAS = KERAJAAN PERPADUAN

on Thursday, June 11

1. DALAM satu blog PAS yang sudah berpecah-belah penulis dapati ada satu komen menarik bertajuk,..." Pas kena kerja kuat untuk menang di Manek Urai"

1. Refendrum Manek Urai terhadap Unity Goverment.

2. Sudah terang lagi bersuluh ada pertentangan idea antara pemimpin PAS.

3. Walau apa yang berlaku TGNA masih MB, kemungkinan Rakyat Manek Urai akan memberi signal sejauh mana penerimaan mereka terhadap UG.

4. UMNO akan menggunakan isu UG sebaik mungkin untuk menimbulkan kekeliruan yang dimulakan oleh PAS sendiri.

5. Anak muda kelantan diperantauan yang purata umurnya 25-45 adalah menolak idea UG. Mereka akan protes dengan tidak balik mengundi. Mereka tidak bersemangat lagi seperti Mac 2008. Protes mereka ini, sekurang-kurangnya PAS kehilangan 1000 undi.

6. Katakan 10% orang mengundi PAS adalah kerana untuk mengekal Tok Guru memimpin negeri Kelantan. Maka undi mereka adalah mewakili 1200 orang. Perang Saraf kedai kopi akan guna isu UG sebagai penghinaan kepada TGNA. Di Negeri Kelantan, Formula “Tok Guru adalah Hero Kelantan” perlulah diambil kira. Menolak idea Tok Guru adalah Menolak idea mereka. Mengusik jiwa tok guru adalah mengusik jiwa mereka.

Utk kesimpulan mudah ini,

1. Anak Muda Perantauan (AMP)

a) 900 Menyokong PAS dan tidak bersetuju dgn UG.
b) 100 Menyokong menyokong TGNA dan tidak bersetuju dgn UG.

2. Penyokong TGNA (PTGNA)

a) 1100 Penyokong TGNA yang tinggal diManek Urai
b) 100 Penyokong TGNA yang tinggal di Perantauan. (PTGNAP)

Keseluruhannya AMP + PTGNA - PTGNAP = 1000 + 1200 - 100 = 2100 undi.

PAS kehilangan 2100 undi


2. Bagi penulis PAS bukan berpecah-belah, cuma TGHH telah berjaya menyingkirkan tangan-tangan Anwar dan Erdogas dalam PAS. Bagi penulis, PAS perlu kembali kepada jatidirinya, dan itulah yang dilakukan oleh TGHH.

3. Jika Mursyidul Am nak tinggalkan Presiden bukan perkara baru kerana, dahulu Panglima Jihad PAS Allahyarham Ustaz Hassan Adli ( Alfatihah ) pun meninggalkan Presiden PAS dan menyertai UMNO. Selepas itu diubah gelaran daripada Panglima Jihad menjadi Panglima Jahat.

Kalaulah Mustapa Ali, Ustaz Nasrudin Tantawi, Nasharudin,Harun Din, Harun Taib,Bakar Chik,Idris Ahmad, Ustaz Hashim Suboh, Ketua Dewan Ulama dan lain-lain menyertai TGHH sertai Kerajaan Perpaduan UMNO, nak kata mereka jahat jugak ka?

PERTEMUAN HJ. HADI- DS NAJIB

on Wednesday, June 10

1. TAJUK-TAJUK pelik menghiasi beberapa portal, masih tidak puas dengan kekalahan calon Timbalan Presiden PAS, pertemuan dan mesyuarat sulit kononnya terus diadakan. Beberapa tajuk pelik mempersoal Presiden dan Timbalan Presiden PAS menghiasi dada bacaan.

a. Antara tajuk-tajuk pelik , "Pertemuan sulit tolak k'jaan perpaduan", " Umno di belakang Muktamar PAS ", " PAS digesa ubah sistem pengiraan ", semuanya seolah-olah nak buktikan PAS telah melakukan kesalahan besar, penipuan dan permainan politik. Bernarkah?

b. Dari sudut lain, mereka mahu melaga-lagakan Presiden/Timbalan Presiden dengan Mursyidul Am. Dimana konsep taat kepada pemimpin dalam PAS, jika yang kalah sudah mula mempersoal Presidennya. Sama keadaannya ketika Anwar dikeluarkan dari Umno , dia mempersoal Presiden Umno. Sama keadaannya ketika kerajaan Pakatan tumbang, mantan MB mempersoal apa saja yang tidak memihak kepadanya. Pembawaan politik ini penyakit siapa? Dari mana?

c. Dari sudut kumpulan Ulama, mereka berjaya hampir-hampir berjaya membersihkan kumpulan Erdogans dan tangan-tangan Anwar dalam PAS. PAS kembali kepada jatidirinya sebagaimana ketika dipimpin Allahyarham Yusuf Rawa, Allahyarham Ustaz Fadhil.

Penulis ingin ulangi pandangan penulis tidak lama dahulu, bahawa Haji Hadi perlu diberi peluang menjadi Menteri Penuh, jika kerajaan Perpaduan UMNO/PAS menjadi kenyataan.

Haji Hadi perlu diberi peluang memberi sumbangan kepada negara ini.

Langkah seterusnya ialah pertemuan Hj. Hadi- DS Najib mesti diusahakan segera. Kesinambungan pertemuan Pemimpin Tertinggi PAS- dengan Pemimpin Tertinggi UMNO tahun lalu mesti disambung semula. Pak Lah-Hj Hadi sudah memulakannya, sudah membuka jalan, apakah DS Najib akan mengulangi era Allahyarham Tun Razak-Datuk Asri Muda.

BUKAN MARAH

on Tuesday, June 9

1. MENGAMBIL kesempatan suasana politik negara yang semakin stabil, kerajaan patut melangkah lebih jauh . Penulis dapati parti-parti dalam BN terutama UMNO masih belum berubah lagi sebagaimana sepatutnya. Di Manik Urai, belum pun penamaan calon, mantan YB BN , AJK Bahagian dan Ketua Bahagian sudah bercakap benda-benda yang berpecah-belah.

2. Sepatutnya semua AJK Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan , penyokong dan pendokong parti di Manik Urai dan negeri Kelantan membuang penyakit-penyakit lama seperti iri hati, ego, busuk hati, patah mematah, dan apa sahaja yang negatif. Sokong sahaja siapa calon UMNO yang telah dipilih nanti, UMNO pula janganlah letak calon luar. Janganlah letak calon yang ada kes mahkamah ker, kes salah laku ker, walaupun ia hanya tuduhan kerana la ne Hukuman Media lebih berpengaruh daripada Hukuman Mahkamah.

3. Kelebihan mantan YB PAS sebanyak 1,000 itu boleh ditarik balik jika semua penyakit hati itu diperbaiki. UMNO tidak akan menang kalau mengharapkan Undi Ahli UMNO sahaja. UMNO memerlukan pengundi-pengundi atas pagar, namun jika mereka melihat UMNO asyik bercakaran, bagaimana mereka nak confident kepada UMNO?

4. Seperti juga di Terengganu, BN sudah memerintah. Kenapalah ada pula YB-YB BN ne nak menjatuhkan MB BN yang sudah sedia ada. Buanglah penyakit jatuh menjatuh tu... Idris Jusoh ker, Ahmad Said ker dua-dua pun YB BN. Kalau asyik nak bergaduh, beri saja jawatan MB itu kepada Haji Hadi Awang. Sepatutnya bersatulah, sokonglah bantulah MB BN itu. Barangkali stadium runtuh itu peringatan daripada Allah SWT.

Inilah yang penulis maksudkan perubahan yang sepatutnya UMNO tunjukkan. Bukan perubahan kepada Jawatan, tukar sana tukar situ, ganti sana ganti situ...tetapi perubahan dalam hati...DS Najib bertungkus-lumus memperteguh UMNO dan BN. Sepatutnya di peringkat negeri, bahagian dan cawangan ikutlah...ada fahamkah ahli UMNO di Manik Urai & negeri Terengganu?


Ambillah peluang, tatkala Pakatan Rakyat semakin rapuh
, sepatutnya seluruh kepimpinan UMNO negeri, bahagian & cawangan bersatu hati...barulah boleh menang.
Penulis nak tengok apakah Tengku Razaliegh, Anuar Musa, Tok Pa, Awang Adek, Sazmiah, dll akan turun di Manik Urai? Kita juga nak tengok apakah Idris Jusoh dan Ahmad Said boleh berlapang dada dan bersatu hati ( 1Hati ). Kalau tak boleh beri aje Manik Urai kepada PAS dan beri aje MB Terengganu kepada Haji Hadi. Lepas itu, kalau nak bergaduh teruskan aje, tiada siapa kisah...bukan begitu.

BERANIKAH ANWAR CABAR PEMUDA PAS

on Monday, June 8

1. SITUASI Politik negara sudah mula mencapai tahap tepu, isu-isu yang dibawa pembangkang sudah semakin sejuk, rangsangan PKR mahu membuat PRK setiap bulan untuk meneruskan momentum pemimpin de factonya tidak berjaya apabila DS Najib tidak melayan permainan politik Anwar. Akibatnya PKR syok sendiri di Penanti.

2. Muktamar Agung PAS baru-baru ini banyak memberi kradit kepada UMNO dan Kerajaan BN. Ketegasan HJ Hadi untuk meneruskan Kerajaan Perpaduan menghancurkan hati kumpulan Erdogan. Malah Kekalahan Husam yang dikaitkan sebagai ketua kumpulan Erdogan, walaupun disokong Tok Guru hampir-hampir mematikan nafas Anwar di dalam PAS. Kini sudah tidak ada lagi Husam di dalam heirarki PAS, suara Erdogan semakin berkubur.

3. PAS meluluskan mengharamkan SIS. Kerajaan BN seharusnya menerima permintaan PAS supaya SIS dikaji untuk diharamkan. DAP dan PKR tidak senang dengan usul itu, namun sejauh mana mereka berani bertindak ke atas PAS ? Penulis percaya DAP & PKR tidak akan berani bertindak berlebihan ke atas PAS. Paling tidak pun membantah sahaja. Tidak akan ada pemimpin dalam PKR atau DAP yang berani menentang usul PAS mengharamkan SIS, baik Lim Kit Siang, Karpal apatah lagi Anwar. Anwar sudah semestinya akan tutup mulut. Beranikah Anwar mencabar Pemuda PAS supaya tarik balik usul itu?....jauh panggang dari api...

4. Kini, masa untuk menjayakan 1Malaysia...Gesaan penulis ialah berikan rakyat pekerjaan, berikan rakyat peluang berniaga, kurangkan cukai-cukai yang boleh dikurang, kurangkan tol kalau tidak boleh dihapuskan, di negara China pun banyak tol.

Penulis bukan ahli ekonomi, namun Penulis amat yakin kerajaan dan negara kita tidak akan Bankrap kalau kurangkan cukai atau hapuskan ( ambilalih tol ). Kalau Malaysia nak Bankrap macam Indonesia, Filipina dahulu tahun 1998 sudah boleh Bankrap. Bagi penulis, biarlah buat masa ini kerajaan untung tidak banyak asal dapat memenangi hati rakyat, biarlah pendapatan cukai kerajaan berkurang asal rakyat hidup selesa, Jika rakyat hidup selesa mana mungkin kerajaan boleh tumbang...bukan begitu. Sebaliknya, jika rakyat tertekan dan merana sudah tentu mereka mencari alternatif lain...

BALIK KE PANGKUAN

on Sunday, June 7

KEKALAHAN HUSAM Pro-Anwar dalam PAS, yang menentang Kerajaan Perpaduan dengan UMNO, telah menghapuskan hampir separuh kaki-kaki dan tangan-tangan Anwar dalam PAS. Suara Husam semakin senja dan tidak bernilai lagi di dalam PAS .

Begitu kuat sokongan Tok Guru kepada Husam, tumbang juga ditangan Nasharudin yang terlibat dalam projek Kerajaan Perpaduan dengan UMNO bermula tahun lalu .

2. Muktamar PAS menerima usul bagi mendesak kerajaan mengharamkan pertubuhan wanita terkenal Sisters In Islam (SIS) . Sebagaimana yang diketahui SIS memperjuangkan Islam Liberal, sama dengan ceramah-ceramah Anwar di Amerika, Turki, Singapura yang mempopularkan Islam Liberal dan demokrasi ala-Amerika.

3. Kekalahan Husam harapan Anwar, Kemerosotan Majoriti PKR di Penanti, Kekalahan Nik Abduh anak Tok Guru , sokongan pengundi Melayu hampir mencecah 65% kepada UMNO di PRK Bukit Gantang, merupakan tanda-tanda rakyat sudah sedar.

4. UMNO seharusnya bijak melihat trend politik ini, UMNO sepatutnya bijak membaca bahasa politik ini, UMNO perlu segera mendekati dan mendatangi rakyat yang sudah kembali ke pangkuan.

5. Ada peluang besar di Manik Urai. Dengan masalah yang semakin besar di pihak Pakatan, UMNO/BN sepatutnya mengukuhkan perpaduan sesama mereka.

Apa salahnya pemimpin-pemimpin UMNO seperti Tengku Razaliegh, Tan Sri Anuar Musa, Tok Pa, Awang Adek dan lain-lain sama-sama berganding bahu turun di Manik Urai, ketepikan egoistik dan keakuan atau dendam jika ada.

Buang jauh-jauh kerana ingatlah UMNO/BN banyak membantu anda naik ke takhta tinggi dan menikmati kesenangan hari ini.

Inilah masa terbaik membalas jasa, membantu UMNO/BN menang di Manik Urai.

Bagi penulis, hanya UMNO Kelantan jika bersatu, pemimpin mereka bersatu dan turun padang, sama-sama turun, sama-sama berhujan berpanas, mana mungkin Manik Urai bisa tewas. Yang lalu pun PAS hanya majoriti 1,000 undi, lagipun UMNO pernah menang di situ.

UMNO/BN negeri-negeri boleh datang dan membantu, tetapi jika orang-orang UMNO Kelantan sendiri yang bergandingan , sudah pasti lebih berkesan...bukan begitu...

Apatah lagi khabarnya YB Pasir Mas akan kembali ke pangkuan UMNO...

MAHFUZ - ULAMA TIDAK MEMENUHI KRITERIA ...

on Friday, June 5

1. KITA selalu dituduh konon sekular lah, tidak islamik lah, nasionalistik lah dsbnya. Kini setelah mereka berkeluarga dengan parti-parti Non-Islamik (DAP), jelas Sekular (PKR) dan menentang Penubuhan Negara Islam baru mereka sedar betapa besarnya nilai tuduhan dan fitnah-fitnah mereka selama ini. Maka telanlah balik air liur yang telah diludah.

2. Terbaru kenapa pula ditahan-tahan, disekat-sekat, dihalang-halang konon tidak memenuhi kriteria lah , belum sesuai masa lah , agaknya kena jaga hati PR lah, kini Mahfuz sendiri menyatakan Ulama Menerajui PAS tidak cukup kriteria. Malaysiakini melaporkan di bawah. Pelik ya PAS lagu ne, dulu semuanya nak buat aje, sekarang ne banyak syarat pula.


Usul jawatan presiden diterajui ulama ditolak

Abdul Rahim Sabri & Jimadie Shah Othman | Jun 5, 09 9:26am
Usul Dewan Ulama PAS supaya jawatan kanan parti - presiden, timbalan dan seorang naib presiden - diperuntukkan kepada ULAMA TELAH DITOLAK, KATA PENGERUSI JAWATANKUASA USUL MUKTAMAR PAS, MAHFUZ OMAR.

Beliau yang juga ketua penerangan PAS berkata, usul itu DITOLAK KERANA TIDAK CUKUP KRITERIA untuk dibahaskan.

Katanya, cadangan itu perlu dibincangkan di peringkat jawatankuasa PAS Pusat, terlebih dahulu kerana PERLAKSANAANNYA MELIBATKAN PINDAAN PERLEMBAGAAN PARTI tersebut.

Semalam perwakilan Dewan Ulama Terengganu membentangkan usul tersebut dan diluluskan oleh dewan berkenaaan untuk dibawa ke muktamar yang bermula hari ini.

Usul itu dibuat atas dasar ulama telah mempelopori penubuhan PAS dan menerajui kepemimpinan ulama sejak 27 tahun lalu - apabila era Datuk Asri Muda yang dianggap nasionalis, ditumbangkan pada 1982.

"Kita lihat tidak keperluan untuk dibahas sekarang kerana ia perlu dibincang di peringkat tertinggi," kata Mahfuz ketika dihubungi Malaysiakini.

"Usul itu akan dibincang dalam ahli jawatankuasa PAS Pusat terlebih dahulu sama ada keperluan ataupun tidak, ADA KESAN BAIK ATAU BURUK termasuk persepsi masyarakat terhadap kita.

"Ia perlu diperhalusi dari pelbagai aspek," katanya lagi.

Menurut Mahfuz lagi, terdapat tiga usul yang akan dibahaskan, antaranya mengenai dengan usul Pembelajaran dan Pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan usul meningkatkan integriti kehakiman...

Soalnya sekarang siapa tolak Ulama? PAS sendiri tidak mahu dan ragu-ragu kepada Ulama? Kalau tidak ragu-ragu terima saja usul Ulama Mesti Memimpin PAS sampai bila-bila. Jangan dipersoal kerana Ulama pewaris Nabi kita. Barulah ada integriti, tak perlulah bincang integiriti kehakiman kalau integriti nak lantik Ulama dalam parti pun susah. bukan begitu...

Itulah kata orang tua-tua...Nyamuk seberang sungai nampak, Gajah Depan mata tak nampak...

Hmmm...tak dapek nak menulung, kata orang nogori

ERDOGAN = ISRAEL = UMNO = DAP

on Thursday, June 4



1. TINDAKAN YB BN memohon maaf kepada Husam merupakan satu jiwa besar. Husam pula akan mendapat kradit untuk jawatan Timbalan Presiden yang ditandinginya.

2. Di pihak Nasharudin pula, penjelasannya kepada perwakilan bahawa mereka yang telah berjumpa UMNO dalam projek Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS tahun lepas, merupakan satu pujukan dan psiko, yang barangkali agak terlewat.

Kedua-dua mereka berlumba di saat akhir.



( Suasana sebuah Restoran Muslim di negara China )

3. Husam amat bergantung kepada Mursyidul Am, Nik Aziz. Namun apakah petunjuk kekalahan Nik Abduh semasa pertandingan Ketua Pemuda Kelantan juga satu signal perwakilan sudah mula menjauhkan diri dari pandangan politik tok guru. Jika ya, Husam berada di persimpangan.

4.Nasharudin masih beruntung kerana Dato Harun Din, Dato Mohd Daud ( Ketua Dewan Ulama PAS ) memberikan suara kepadanya. Terbaru Dato MOhd Daud turut menyelar ' musuh dalam selimut ' dalam parti.

5. Nik Aziz masih memujuk perwakilan dengan ungkapan PM Turki Erdogan lebih baik kerana memalukan Presiden Israel yang sekular itu, maka sokonglah juga Husam yang dikaitkan Erdogan itu.

Tapi perumpamaan itu berbeza pula bila di Malaysia Nik Aziz tidak dapat membezakan sokonglah UMNO daripada DAP yang menolak negara Islam itu.

Israel dikata sekular, DAP menolak Negara Islam. Menolak Israel namun menerima DAP.

Kalau PM Turki Erdogan baik kata Nik Aziz, UMNO dan DAP yang mana pula?. Maka jelaslah ia hanya kata-kata politik untuk memujuk perwakilan mengundi Husam.

PUSING BALIK

on Wednesday, June 3


( Gambar pelancongan di atas ketika penulis melawat bandar Xe Fang, negeri Zhejiang, China )

1. SAJAK Tun Dr. Mahathir antara lain berbunyi...." Di Atas Runtuhan Kota Melaka, Kita Dirikan Putrajaya"...

2. Artikel Penulis di bawah ( Pulau Pinang 1833 ) bukanlah bertujuan untuk menidakkan fungsi masyarakat Cina di Malaysia, ia sekadar menyedarkan orang Melayu yang sangat jauh ketinggalan baik dalam bidang ekonomi, sosial, dan hanya politik saja masih ada itupun di negeri-negeri yang ada Raja Melayu. Jika tidak ada Raja Melayu, orang Melayu akan pasti senasib dengan saudara mereka di Singapura.

3. Orang Melayu bukan bodoh, cuma sewaktu British datang dan membawa masuk segala sistemnya ( ekonomi/sosial/politik ), orang Cina yang kebetulan duduk di bandar mendapat banyak keuntungan.Melalui Dasar Pecah-Perintah. Contohnya dari aspek pendidikan, di bandar-bandar kemudahan guru terlatih, sekolah, akhbar, kedai, jalanraya, dan sebagainya dinikmati sepenuhnya oleh orang Cina yang diletak di bandar-bandar oleh British ketika itu.

Maka merekalah yang ramai jadi Jurutera, Doktor,Peguam, Bankers,Produsre Film, Pegawai Tinggi Kerajaan ketika itu yang berkuasa Meluluskan dan Tidak Meluluskan. Orang Melayu oleh kerana tidak mendapat nikmat pendidikan yang adil ketika itu, maka mereka hanya layak jadi pemandu, budak pejabat dan seumpamanya.

4. Maka itu, di KL, Ipoh, PJ dan PP oleh kerana Jurutera dahulu kebanyakannya orang Cina, maka sewaktu mereka melakar Plan membuat Jalanraya, Bangunan, Penambakan Sungai dsbnya mereka tidak kisah untuk melanggar kampung-kampung Melayu. Kalau projek itu kena kepada Kampung-kampung baru ( kebanyakannya Kg Cina ), mereka lencongkan projek itu, maka terselamatlah kampung2 orang Cina. Ini realiti yang sudah berlaku, cuma orang Melayu di Tanah Melayu kurang sedar Perjalanan Sejarah Tempatan mereka.

Perkara ini diberitahu semasa Seminar Pengkisahan Bandaraya Kuala Lumpur di Arkib Negara yang penulis ikuti.

5. Untuk pusing balik ketidakadilan ini, Tun Dr Mahathir telah cuba melakukannya sepanjang 22 tahun, Pak Lah pula mengutamakan pembangunan Modal Insan dan DS Najib meneruskannya melalui 1Malaysia.

6. Statistik menunjukkan =

a. 4.1273 juta tenaga kerja bumiputera, hanya 2.3% dalam kumpulan pentadbiran dan pengurusan dan 12.4% dalam kumpulan perofesional dan teknikal.

b. Yang besarnya ialah dalam kumpulan pekerja pengeluaran (29.1%), pekerja pertanian (23.9%), perkerja perkhidmatan (12.4%) dan perkeranian (12.2%). Ini diperkuatkan lagi oleh perangkaan golongan profesional bumiputera yang berdaftar (akauntan, arkitek, doktor, doktor gigi, doktor haiwan, jurutera, juruukur dan peguam) yang masih kecil sekitar 33% berbanding 67% bangsa-bangsa lain (yang mana Cina 52.4%).

Profesional Berdaftar Mengikut Kumpulan Etnik (95)
Bumiputera Bukan Bumiputera
(%)
Akauntan 16.1 83.9

Arkitek 27.1 72.9

Jurutera 38.1 61.9

Juruukur 48.3 51.7


7. Statistik di atas ialah Kesan Jangka Panjang Penjajahan British. Apapun tidak salah rasanya menyedarkan orang Melayu bukan, supaya mereka juga punya perancangan seperti orang India, yang mana orang India sudah lama mengamalkan Satu Family Satu Doktor, Satu Family Satu Peguam, Satu Family Satu Pegawai Tinggi Kerajaan dsbnya. Ini adalah satu cara yang bijak.

PULAU PINANG 1833

on Tuesday, June 2

1. PADA tahun 1786, Francis Light dikatakan membuka Pulau Pinang. Benarkah? Sama seperti buku Teks di Singapura yang memulakan sejarah mereka dengan nukilan...Singapura telah dibuka oleh Sir Stamford Raffles pada tahun 1819...mana perginya sejarah Raja-Raja Melayu Johor di Singapura?

2. Dalam kajian penulis, 50 tahun selepas itu ( tahun 1833 ), penduduk Pulau Pinang telah berubah dengan drastik. C.M. Turnbull dalam laporannya ( Political & Statistical Account of the Straits Settlements in the Straits of Malacca, Volume 1 ) melaporkan komposisi penduduk di Pulau Pinang pada tahun 1833.

Eropah/ Keturunan Eropah = 789 orang
Armenia/Yahudi = 21 orang
Melayu = 16, 435 orang
Cina = 8, 751 orang
Chulia ( India ) = 7, 886 orang
Bengali = 1, 322 orang
Siam/Burma = 648 orang
Arab = 142 orang
Parsees(India Utara) = 51 orang


4. Di Seberang Perai ( 1833 ):

Melayu = 41, 702 orang

Cina = 2, 259 orang
Culia (India) = 510 orang
Siam = 405 orang
Bengali = 577 orang

5. ( 2006 )Penduduk Negeri Pulau Pinang mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi di Malaysia, dengan 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan 865.99 penduduk sekilometer persegi di Seberang Perai. Komposisi kaum mengikut bangsa pada 2006 ialah:

* Cina: 635,500 (42.5%)
* Melayu: 612,300 (41.0%)
* India: 148,000 (9%)
* Lain-Lain:
o Bumiputra Bukan Melayu: 5,600 (0.38%)
o Bukan Warganegara: 91,200 (6.1%)

Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang mempunyai peratusan etnik Melayu dan penganut Islam terendah di Semenanjung Malaysia.

Pulau Pinang juga mempunyai komuniti Yahudi dan Armenia, tetapi selepas Perang Dunia Kedua dan penubuhan negara Israel, komuniti Yahudi dan Armenia Pulau Pinang hampir lenyap.

Terdapat juga komuniti peniaga Arab, Jerman, Inggeris, dan Belanda di Pulau Pinang, selain itu Pulau Pinang mempunyai golongan ekspatriat yang besar, kebanyakkannya berasal dari United Kingdom, Australia, negara-negara Eropah, dan Jepun.

Bagaimana pula keadaan Pulau Pinang 100 tahun akan datang ?

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan