PERDANA MENTERI RAKYAT

on Wednesday, July 29




Dari Bangsar ke Pudu Raya
Segala masalah di singsing di lengan
Rakyat menyambut penuh bahagia
Dengan riak penuh harapan,
Perdana Menteri rakyat
Menghapus segala buruk sangka
Dari dia yang berwajah dusta...

1Malaysia nama diberi
Mematah ego ketuanan rakyat
Kesaksamaan, bukan keadilan
Kejujuran, bukan kesamarataan

Dari Ijmitak seantero benua
Terbang Ke bumi Rasulullah
Bertawaf di Kota Makkah
Membawa pulang khabar gumbira,
Dia yang rakus semakin hilang
Lemas di lautan gelora

Rakyat semakin gembira
Punya pemimpin berjiwa rakyat
Bisa duduk di bangku rakyat
Merasai kerasnya kerusi
Dan panasnya suasana,

Wahai Perdana Menteri rakyat,
Teruskan Agenda rakyat,
Biarkan dia terjun
Dengan Labu-labunya,
Kerana dia memang sudah ditentukan
Oleh Qada dan Qadar, nya.

Kemana Perginya Ingatan
Nasib bangsa di tanah sendiri
Akal minda terokai bersama
Jiwa merana hilang berganti
Impian negara maju bestari
Buat segala bernama rakyat...

CAWAT

on Tuesday, July 28


1. KENYATAAN Presiden PAS sebagaimana sudah diketahui umum bahawa, "...Haji Hadi telah membuat kenyataan "...semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusanya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat pakai yang molek, undi PAS,".

2. Inilah gambaran-gambaran kurang tepat, menghina dan memalukan yang diberikan kepada orang Sarawak. Apakah orang Sarawak tiada perasaan? Hina sangatkah orang Sarawak ? Kuno sangatkah orang Sarawak? Orang Sarawak semua bodoh belaka kah ?

Adakah ajaran agama Islam untuk menghina dan merendahkan sesuatu kaum? Bagaimana kalau penghinaan itu diberikan kepada mereka, apakah pula perasaan dan amarah mereka?

3. Kasihan orang Sarawak kerana tidak pandai mengundi, bayangkan orang Sarawak pakai cawat? Perempuan Sarawak pakai cawat, lelaki Sarawak pakai cawat? Maksudnya orang Sarawak tak ada baju, tak ada seluar, tak ada baju-baju dalam tu, hanya pakai cawat sahaja, inilah agaknya maksud Presiden PAS orang Sarawak tak reti undi, sebab pakai cawat lagi.

4. Pakai Cawat lagi maksudnya orang Sarawak diberi gambaran kuno, ketinggalan zaman, maksud lainnya fikiran orang Sarawak bodoh, ketinggalan zaman, kuno, sebab itu tidak mengundi PAS.

5. Di Sarawak, jika tidak mengundi PAS dikategorikan orang tak reti mengundi. Tak reti maksudnya tak pandai, Tak Pandai maksudnya bodoh. Orang Sarawak kata Presiden PAS maksudnya kalau nak jadi pandai, nak jadi reti undilah PAS.

6. Gambaran orang pakai cawat itu macam Tarzan atau lebih bawah dari itu, yang duduk dalam hutan, yang pakai cawat makan daging mentah, pakai cawat ramai-ramai dalam hutan, semuanya bodoh belaka ( tak reti belaka ) maksud kata-kata Presiden PAS itu.

7. Penulis dengar orang-orang Sarawak tidak kiralah Bidayuh, Melayu, Melanau, Iban, Dayak ,Kedayan, sungguh-sungguh amat marah dengan penghinaan tersebut. Sahabat-sahabat penulis di Sarawak sungguh rasa terhina dengan penghinaan tersebut.

8. Bagi penulis, Islam menganjurkan dakwah secara berhikmah dan bijaksana.

DE FACTO : DUA PILIHAN

on Friday, July 24

1. JIKALAU yang pegang lilin itu pemimpin UMNO maka dikeluarkanlah fatwa syirik, menduakan Allah SWT, boleh tersisih aqidah, boleh jadi murtad dan sebagainya, tetapi jikalau yang pegang lilin itu mantan MB, halal belaka, benar sokmo, benar selalu, tak apa, tak kesah, biarlah.

2. Jikalau Mufti mengkritik kerajaan BN dan parti UMNO, diangkatlah Mufti itu, disokong Mufti itu, Dihotmati Mufti, namun sebaliknya jika Mufti itu mengkritik depa Dihinalah Mufti itu, Dicacilah Mufti, Digelarkanlah macam-macam gelaran kepada Mufti itu.

3. Jikalau yang rumah besar itu kereta besar itu milik pemimpin BN, yang menceraikan itu pemimpin UMNO maka dituduhlah macam-macam konon korupsi, rasuah, dan sebagainya. Sebaliknya jikalau rumah besar itu kereta besar itu harta besar itu milik depa, jikalau yang menceraikan itu pemimpin depa dengan tuntutan berjuta-juta diamkanlah, biarkanlah, hak dialah, jangan bising.

4. Sebab itulah, pengundi muda sudah berfikir , semua itu retorik belaka. Politik belaka bukan membangunkan Islam tetapi membangunkan diri sendiri, Sebab itulah pengundi muda di Manik Urai berfikir, sampai bila asyik mendengar politik maki hamun sedangkan depa sudah tiada beza.

5. Dahulu kata MCA kafir DAP pula lagu mana?, nak kata UMNO tidak menegakkan syiar Islam dia pun tak Tertegakkan syiar Islam, Nak kata menegakkan Negara Islam jauh sekali, Yang penting kalau depa pegang lilin dia pegang lilin juga, kalau depa bersidang bawah pokok dia pun bersidang bawah pokok juga, Lim Guan Eng hina Islam pun diam aje,jangan sakiti hati dia dia ahli pakatan

6. Maka kerana itu dunia sudah berpusing , pengundi muda sudah bosan ditipu, pengundi muda mahu yang realistik kepada masa depan mereka dan kampung mereka, sebab itu sahabat baik saya seorang ahli PAS berkata, "...setakat ini UMNO masih relevan perjuangkan agama Islam & bangsa Melayu kelemahan parti saya tidak konsisten ..."

7. Bagi penulis, saranan DS Najib dalam 1Malaysia supaya pemimpin UMNO dan kerajaan bercakap benar, jika salah mengaku kesalahan, memohon maaf dan membetulkannya. Dari Ijtimak Tabligh seluruh Dunia ke Makkah, membuktikan segala fitnah dan buruk sangka yang pemimpin de facto lemparkan kepadanya telah dibayar harganya dengan sokongan rakyat yang semakin meningkat.

Pemimpin De Facto hanya ada 2 Pilihan = Berhenti melemparkan Fitnah atau berdepan dengan Krisis Keyakinan dari Rakyat 1Malaysia.

Bagi kita umat Islam, Qada & Qadar Ilahi itu telah ditentukan oleh Allah SWT. Walaupun kita yakin akan menang lebih 2,000 Majoriti tetapi hanya Allah SWT Maha Mengetahui mengapa hanya memberi 65 Majoriti sahaja.

Walaupun kita yakin akan jadi Perdana Menteri pada 16 September, hanya Allah SWT Maha Mengetahui mengapa Perdana Menteri hari ini DS Najib Tun Razak.

Satelit Razak

on Wednesday, July 22

1. TIDAK lama dahulu kerajaan dimalukan dengan insiden ketuk-ketampi kononnya manusia yang disiasat itu warga China. Maka berdengun-dengunglah suara dari pihak di sana menyalahkan kerajaan dan menteri-menteri sehinggalah berkejarlah menteri kita ke negara China untuk meredakan keadaan.

2. Juga didesaklah supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kes tersebut yang dikatakan sebagai salah laku anggota keselamatan. Maka menerima malulah sekalian kerajaan dan anggota keselamatan dek kerana tuduhan-tuduhan tersebut.

3. Siasat punya siasat rupa-rupanya wanita itu tidak pun wanita warga China itu. Wanita itu wanita Melayu. Maka suara yang berdengung-dengung tadi pun senyap tiba-tiba, tidak pun memohon maaf kepada kerajaan atas fitnah dan tuduhan .

4. Penulis tidak hendak memberi komen kes kematian bekas setiausaha politik di Selangor kerana ia sedang dalam siasatan polis. Apa yang penulis hendak sampaikan ialah kerajaan perlu berhati-hati dengan desakan pihak-pihak tertentu yang mendesak dibuat itu dan ini, kerana kes ketuk-ketampi membuktikan tuduhan dan fitnah telah menjerat kredebiliti kerajaan di mata dunia. Pada masa yang sama, jika ada kes, maka hendaklah disiasat betul-betul untuk memberi keadilan kepada semua pihak.

5. Siasatan sedang dijalankan, kredebiliti dan integriti pasukan penyiasat perlu dihormati dan diberi peluang menyelesaikan siasatan mereka. Perdana Menteri sudah memberi jaminan keadilan akan diutamakan dan kebenaran akan diberikan.

6. Pada pandangan penulis, di negara Malaysia yang semakin bertambah jumlah penduduknya pasukan keselamatan hendaklah ditambahbesarkan. Teknologi keselamatan terutama bahagian siber, satelite,infomation technology, teknologi moden, hendaklah dipermodenkan lagi kerana banyak kes-kes rumit sukar diatasi contohnya kes adik Nurin dan terkini seorang bloggers yang dikatakan melepasi sempadan negara, kemdian dikatakan tidak pula.

7. Kerajaan perlu bersedia dari segi kewangan dan tenaga kerja pasukan keselamatan untuk berdepan dengan 30Juta penduduk Malaysia tidak lama lagi. Keselamatan adalah faktor utama dalam teori Bloom.

8. Mungkinkah Satelit Razak yang baru dilancarkan boleh digunakan untuk menambahkan kualiti keselamatan negara ?

HARUSSANI = DR. MAZA = MANEK URAI ?

on Monday, July 20

1. TERLEBIH dahulu, penulis ucap terimakasih kepada moderator yang memberi wajah baru kepada blog penulis. Sejak minggu lepas, penulis menghadapi masalah notebook yang tidak boleh acces laman web.

2. Kali ini penulis ingin menulis mengenai kesna-kesan PRK Manek Urai Kelantan. Sebelum PRK, Pengarah Pilihanraya PAS dengan besar dirinya meuar-uarkan PAS sudah menang majoriti lebih 2,000 Undi.

Hanya Allah SWT Maha Mengetahui, akhirnya manusia yang ego dan suka mendahului Qada dan Qdar Allah SWT mendapat apa yang diperolehinya sekarang, majoriti 65 Undi.

3. Walaupun hakikatnya, UMNO menang di 5/9 Pusat Undi, dan 15 Saluran Undi berbanding PAS.

4. Penulis yakin jika keputusan tidak berpihak kepada mereka, sebagaimana biasa mereka akan momokkkan akan membuat petisyen ke mahkamah.Konon ada pengundi hantulah, kini sudah tidak dengar isu itu. Konon SPR menipulah, kini tidak dengar tuduhan itu. Tetapi jika keputusan sebaliknya, bagaimanakah agaknya?

5. UMNO Kelantan mempunyai sebab untuk menghantar petisyen, jika mempunyai asas. Ia dihalalkan dalam sistem demokrasi sebagaimana PAS mendapat semula 1 kerusi di Perlis atas jalan petisyen mahkamah.

6. Namun demikian, bagi penulis ialah UMNO hendaklah meneruskan perjuangan sebagaimana kata DS Najib. Jika benar sebarkan, jika salah mengaku kesalahan, berikan rakyat fakta, jangan berbahasa kasar sebagaimana mereka, kata Dr. Mohd. Asri semalam PAS patut berakhlak semasa berbicara, usah menggunakan nama Islam jika akhlak tidak Islamik.

Dr. Mohd. Asri mengambil contoh, bila mana Mufti Perak Tan Sri Harussani mengkritik kerajaan BN mereka puji sokong Harussani, bila mana TS Harussani menempelak PAS mereka mencaci hina pula.

7. Maka itu, rakyat di atas pagar sudah mula sedar dan muak dengan cara itu. Tidak selama-lamanya politik mencaci dan kata-kata kasar yang biasa dikumandangkan oleh pihak pembangkang akan diterima.Rakyat sudah mula berfikir, apakah orang yang mencaci itu lebih baik? Rakyat sudah mula berfikir mengapakah mereka yang berkelulusan agama, berkopiah putih, membaca dan mentafsir ayat-ayat Al-Quran tetapi bahasaakhlaknya...?

8. BN mempunyai 1000 hari lagi untuk memantapkan jentera parti menjelang PRU 13. Usah bimbang penghijrahan Chua Jui Meng, Zaid Ibrahim, dan mereka yang sewaktu dengannya ( kerana mereka bukan Ahli Parlimen ). Mereka yang kecewa, tidak sabar dan gagal bukan perkara luar biasa menyeberang dan berkumpul dengan pemimpin de facto yang kecewa dan gagal menduduki PM.

Hanya orang sabar sahaja akan berjaya, sebagaimana Pak Lah sabar dan akhirnya dilantik menjadi PM. Sebagaimana DS Najib sabar dan akhirnya juga dilantik menjadi PM. Bukankah semua itu Qada & Qadar Ilahi. Apakah kita mahu menjadi seperti Pengarah Pilihanraya mereka yang awal-awal sudah mendahului Qada & Qadar Ilahi? Siapakah kita yang hendak berangkuh dan bersombong dengan Allah SWT?

PILIHANRAYA SUDAH BOLEH

on Thursday, July 16

1. KERAJAAN baru BN mempunyai sebab kukuh untuk mengadakan Pilihanraya dalam tempoh terdekat untuk menambahkuatkan lagi kerajaan di peringkat pusat. Kerajaan yang kukuh amat penting untuk melaksanakan dasar-dasar pembangunan.

2. Semangat Bukit Gantang sudah menular ke Manek Urai. Di Bukit Gantang , mantan MB Nizar menang dengan bantuan undi DAP tetapi UMNO Bukit Gantang mendapat kira-kira 65% sokongan orang Melayu.

3. Di Manek Urai, UMNO menang 5 daripada 9 Peti Undi. UMNO menang di 14 Saluran berbanding PAS 11 Saluran sahaja.

4. Di Saluran 2,3 dan 4 pengundi-pengundi muda juga sudah mengundi UMNO dan BN.

5. Semua ini adalah petanda bahawa kerajaan mempunyai sebab untuk mengadakan Pilihanraya dalam masa terdekat.

6. Penulis optimis, jika Pilihanraya terdekat diadakan Kelantan bakal kembali kepada UMNO/BN . Banyak faktor UMNO sudah berubah :

a. Ahli-ahli UMNO tidak lagi menunggu arahan, tetapi sukarela melakukan kerja
b. Ahli UMNO tidak lagi mengharapkan elaun, malah sudah ramai yang keluar wang poket
c. Perpaduan di kalangan pemimpin dan ahli UMNO semakin kuat, manakala dalam PAS berpecah belah kerana terlalu banyak pandangan akibat pengaruh kumpulan Erdogan & pemimpin de facto
d. Ahli UMNO sudah taat kepada Presidennya, ahli PAS sudah tidak taat kepada ketuanya, sudah hilang konsep taat kepada ketua dalam PAS.
e. Dalam UMNO sudah ada kesatuan pemikiran, dalam PAS Pemimpin dia berbeza-beza pendapat.
f. Sudah ramai YB PAS kaya-raya dan mengejar Keduniaan , konsep sederhana, zuhud, merendah diri sudah kurang

7. Maka , di atas sebab-sebab itu penyokong-penyokong PAS dan pengundi Muda sudah menjauhkan diri dari parti itu. Bak kata sahabat PAS penulis, seorang Ahli yang sangat kebal PASnya sejak di Universiti...katanya, " UMNO masih parti yang Relevan kepada Islam dan Melayu , PAS semakin hilang arah tuju".

8. Penulis bertanya, " tak takutkah dipulaukan oleh kawan-kawan PAS?". Jawabnya, " saya memang dipulaukan sekarang, tetapi buat apa saya duduk dalam parti jumud, ahli dah tak taat ketua, berpuak-puak dalam parti dan cakap tak serupa bikin ". Penulis terkejut mendengarnya...

AHLI PAS SOKONG DS NAJIB

on Monday, July 13

1. PENGARAH PRK PAS menyatakan keyakinan akan kemenangan calon mereka di Manik Urai.

2. Begitu juga Pengarah PRK BN, menyatakan keyakinan rakyat Kelantan di Manik Urai sudah kembali memberi sokongan kepada BN.

Laporan di terima penulis keadaan di sana sehigga kini ( 5PM ), masih 50-50, yang mana pengundi atas pagar akan menentukan kemenangan kedua-dua calon.

3. Apa pun, esok adalah penentu. Jika BN menang maka ia satu tangga pertama untuk mengambilalih kerajaan negeri Kelantan pada PRU akan datang. Tiada yang mustahil, tahun 2004 PAS hanya majoriti mudah 2 Kerusi sahaja dan PAS kalah di Manik Urai.

4. Yang pasti hari demi hari sokongan rakyat kepada DS Najib semakin bertambah. Ketika di Ijtimak Tabligh seluruh dunia di Nilai, ahli-ahli Tabligh mendoakan kejayaan PM dan TPM mengemudi negara ke mercu kejayaan.

5. Menjelang 100 hari KePerdana Menterian, sudah ramai penyokong-penyokong PAS memberi sokongan kepada DS Najib dan TS Muhyidin. Barangkali mereka marah kepada UMNO dan BN setelah dihasut sejak kecil lagi, tetapi setelah mereka membesar di alam nyata mereka tidak lagi marah kepada DS Najib dan TS Muhyidin, setelah mengetahui cerita sebenarnya.

6. Beberapa sahabat penulis di kalangan ahli PAS sudah ramai menyatakan kekecewaan dan kekesalan mereka terhadap parti PAS, bagi mereka indah khabar dari rupa. Mereka sudah berani untuk dipulaukan oleh kawan-kawan PAS mereka, penulis hanya mendengar sahaja.

ENGLISH NICE

on Thursday, July 9

1. Di Indonesia, universiti di sana sudah lama menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran pelajar perubatannya sejak tahun 1960an dan 70an lagi.Buku-buku perubatan dalam bahasa Melayu sungguh banyak, dan ramai juga rakyat Malaysia yang belajar perubatan di Indonesia.

2. Satelit Indonesia telah dilancarkan ke angkasa sejak tahun 1969 jika tidak silap, malah kejuruteraan kapal perang di Bandung sudah lama beroperasi sejak 1960an lagi.

3. Bahasa Inggeris penting kerana dikatakan bahasa antarabangsa, dikatakan "..to know English is to know the world..". Tiada siapa menafikannya. Namun, jika kita menjejaki negara China di beberapa wilayahnya yang maju, bahasa Inggeris tidak berguna pun, pemandu teksi tidak tahu berbahasa Inggeris, tulisan bahasa Inggeris kurang berbanding bahasa Cina.

4. Hari ini tanpa mengetahui pun bahasa Inggeris, negara China sudah lebih maju daripada Amerika & Britain. China boleh menembak satelit lama mereka di angkasa dari bumi ke angkasa, Hong Kong pun sudah diambil balik, Nokia malah barang-barang murah di Nilai, negeri Sembilan kebanyakan buatan China.

5. Barangkali benar kata orang lama, kebanyakan kita telah di'english nice'kan oleh penjajah British ini, termasuklah dalam isu PPSMI.

6. Semalam penulis bertemu Profesor Khoo Kay Kim bertanya khabar, dalam berborak itu beliau menyebut H1N1 itu sebagai " H satu N satu ". Seorang profesor Melayu yang turut berborak pula menyebut H1N1 sebagai " H one N one ". Timbul persoalan ?

7. Jawapannya mudah,masyarakat kita ada 2 jenis dalam isu PPSMI. Pertama yang sudah di'English Nice'kan. Kedua , mereka yang yakin bahasa Melayu mesti digunakan dalam PPSM kerana bahasa Melayu itu bahasa Jiwa Bangsa.

8. Datuk A Samad Said, Dr. Hassan Ahmad, Dr. Burhanudin Borhan, Profesor Ismail Hussien dan lain-lainnya adalah ahli bahasa, ahli budaya, ahli jiwa bangsa, ahli sejarah bangsa. Mereka bimbang negara satu-satunya orang Melayu ini kelak akan menerima nasib serupa Singapura, yang mana bahasa Melayu sudah menjadi kelas ke3 di sana.

9. Pada pandangan penulis kerajaan tidak mengenepikan kedua-duanya. Bagi penulis Perlembagaan Persekutuan sudah meletakkan tempatnya bahasa Melayu itu di PPSM.

10. Polemik ini tidak akan tamat kecuali orang Melayu majoriti dalam Parlimen . Perbandingannya seperti di Afrika Selatan, selagi orang kulit putih yang minoriti memerintah orang kulit hitam yang majoriti selagi itu Afrika Selatan tidak aman. Hanya selepas Nelson Mandela menjadi Presiden barulah negara itu aman.

HARGA POLITIK

on Wednesday, July 8

1. KEPUTUSAN kerajaan mendaulatkan semula bahasa Melayu dalam pengajaran Matematik dan Sains mempunyai pro dan kontra. Tun Dr. Mahathir mempunyai alasan menentang pemansuhan dasar tersebut, antara alasannya yang pernah diutarakan ialah tidak semua istilah-istilah sains dan matematik boleh diterjemahkan dengan mudah ke dalam bahasa Melayu. Alasan kedua antaranya untuk rakyat Malaysia bersaing di luar Malaysia pada masa hadapan.

2. Di pihak pencinta bahasa Melayu, perjuangan mereka sudah berjaya. Bahasa Melayu akan kembali dimartabatkan, didaulatkan dan diletakkan di tempat yang tinggi sesuai dengan teras negara ini iaitu terasnya agama Islam dan bahasanya bahasa Melayu.

3. Persoalannya , ialah perlaksanaan. Memartabatkan bahasa Melayu bukan sahaja di dalam Matematik dan Sains tetapi dalam semua aspek. Papan Tanda, Iklan dan sebagainya mestilah menggunakan bahasa Melayu. Jika perlu menggunakan bahasa lain, bahasa Melayu itu perlu dibesarkan lebih besar daripada bahasa lain.

4. Pada zaman Melaka dahulu, pedagang-pedagang yang hendak berdagang di pelabuhan Melaka terpaksa belajar bahasa Melayu jika hendak berdagang di Melaka. Di Kota Mekkah juga banyak tulisan di dalam bahasa Melayu. Bahasa Lingua Franca.

5. Setelah 52 tahun negara kita Merdeka, masih ada yang tidak faham bercakap bahasa Melayu. Tahun lalu, seorang pelancong Cina Indonesia menulis dalam akhbar kenapa sebahagian besar Cina Malaysia tidak bercakap bahasa Melayu, tidak faham bahasa Melayu? Ini soal kenegaraan ?

6. Di negara China, daripada hampir 30 Saluran TV negaranya, tidak sampai 5 rasanya yang menggunakan, mengamalkan bahasa Inggeris sebagai mediumnya. Majoriti iklan, drama, permainan, nyanyian , berita, sukan dan sebagainya dalam bahasa mereka sama ada Mandarin dan sebagainya.

7. Dengar khabar ada wakil rakyat kurang tahu dan tidak fasih berbahasa Melayu?

8. Dari segi politik, kerajaan BN akan mendapat semula sekurang-kurangnya 30%-40% undi atas pagar daripada golongan cendikiawan Melayu, pencinta bahasa Melayu, guru-guru, NGO Melayu dan sebagainya. Harga politik memang mahal ...

SOALAN DEBAT

on Friday, July 3

1. Kenapa tidak berani mendesak Lim Kit Siang dan Karpal Singh supaya menerima penubuhan Negara Islam dan Hukum Hudud PAS ?

2. Siapa agaknya yang berani bercakapkah, menulis suratkah kepada Lim Kit Siang atau Karpal Singh bahawa kami mahu entiti penubuhan Negara Islam & Hukum Hudud PAS mesti dimasukkan dalam Manifesto Pakatan ?

3. Kenapa takut sangat dengan Lim Kit Siang & Karpal Singh ?

4. Kalau UMNO dituduh menolak Hukum Hudud PAS, DAP menerimakah Hukum Hudud?

Pada pandangan penulis, ajakan-ajakan debat oleh seorang dua pemimpin PAS hanya hendak melarikan isu sahaja.

Jika hendak pun boleh juga, namun persoalan utamanya ialah perjuangan PAS di atas, ke manakah perginya?

Perlu diberanikan dahulu, janganlah depan orang Melayu berani sokmo depan Lim Kit Siang & Karpal Singh jadi tetikus.

DAP Kedah tidak peduli pun Presiden PAS kah, Defacto PKR kah, bagi DAP kalau kamu kacau masyarakat kami selamat tinggal pakatan,

Sebaliknya bagi PAS pula eh jangan sakiti hati Lim Kit Siang dan Karpal Singh walaupun hanya ada 24 kerusi, ...aduhai pejuang...

SIAPA LEBIH HEBAT DAP KEDAH ATAU PARTI ISLAM 1MALAYSIA

on Wednesday, July 1

1. BEBERAPA minggu sebelum Tun Dr. Mahathir melepaskan jawatannya, Tun Dr. Mahathir telah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, menjelaskan kepada negara Barat bahawa beliau seorang fundamental Islam, malah Tun Dr Mahathir menyerang penindasan Yahudi Amerika dan Israel terutama kekejaman mereka di Palestina yang didokong kuat oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi Amerika.

DS Anwar Ibrahim sendiri berani kah mengutuk ketidakadilan Yahudi Amerika dan Israel?

2. Sebab itulah, apabila Tun Dr. Mahathir keluar dari UMNO tahun lepas, pemimpin politik PAS terutama Datuk Nik Aziz Nik Mat mempelawa Tun Dr Mahathir menyertai PAS, dengan alasan Tun Dr Mahathir seorang negarawan yang hebat di dunia.

3. Hari ini, dengan lahirnya kepimpinan baru Pemuda PAS, apa kata Pemuda yang Berani, Pemuda yang Hebat, Pemuda yang berjiwa Islam Meminta, Mendesak, Memaksa supaya Pakatan Rakyat memasukkan 2 perkara yang telah lama mereka perjuangkan di dalam Manifesto Pakatan Rakyat , iaitu :

a. BAHAWA PAKATAN RAKYAT BERSETUJU MENUBUHKAN NEGARA ISLAM MALAYSIA .
B. BAHAWA PAKATAN RAKYAT AKAN MELAKSANAKAN HUKUM & SYARIAT ISLAM SEPERTI HUKUM HUDUD.

Kalau DAP Kedah berani keluar Pakatan Rakyat kerana Membela Nasib kaum mereka, tak kan Pemuda PAS tidak seberani DAP Kedah hanya memasukkan 2 perkara di atas kot ?

4. Bagi kita semua, tidak guna kita berhebat-hebat nak berdebat dengan Perdana Menteri, nak berdebat dengan Pemuda kalau dua perkara yang paling senang itu pun tidak mampu dibuat, tidak mampu diucapkan, tidak mampu dibisikkan pun sekarang ini, rasanya.

5. Kepada mereka yang mengaku pejuang Islam, takutlah hanya kepada Allah SWT bukan takut kepada manusia di dalam Pakatan Rakyat, Cintailah Rasulullah SAW bukan Cinta kepada jawatan, Ia memang berat tetapi jika takut dengan ombak usah berumah di tepi pantai...

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan