10 BULAN MENYAMAR

on Saturday, August 29



1. SEMASA dalam tawanan tentera Jepun di Kota Bharu, mereka ( Ibrahim Ismail, Yahya dan Zain ) yang terlibat dalam operasi membebaskan Tanah Melayu dari Jepun telah dipaksa menerangkan operasi mereka. Mereka dipenjara dalam bilik sempit yang tidak diketahui siang-malamnya.

2. Kesilapan Tengku Mohyideen ( barangkali satu rahmat juga )semasa di Colombo temphari, ialah mereka terlupa diberikan ubat Letha untuk membunuh diri sekiranya tertangkap. Tentera Jepun sebenarnya sudah bersedia lama sebelum menjajah Tanah Melayu.

3. Yang tidak diajar di dalam buku Teks sekolah ialah, Tentera-tentera Jepun mempunyai pakar-pakar bahasa Inggeris, pakar bahasa Melayu, pakar bahasa India ( Urdu ), pakar bahasa Melayu dan bahasa Cina, yang membolehkan mereka membaca kod-kod rahsia tentera British dan memintasnya.

4. Markas Besar British di Colombo tidak tahu pasukan Force 136 (Zain, Ibrahim, Yahya ) itu telah ditangkap oleh tentera Jepun. Pihak Jepun telah memaksa mereka berhubungan dengan Markas Besar Inggeris di Colombo, tetapi Ibrahim telah memberi pengenalan/kod tentera yang berbeza. Maka Markas Tentera Inggeris di India mengetahui pasukan Ibrahim telah ditawan dan bertugas dalam paksaan.

5. Selama 10 bulan pasukan ini menyamar dan meyakinkan tentera Jepun mereka bukan ejen British. Akhirnya tentera Jepun mepercayai mereka tetapi tiap-tiap Mesej yang diterima mereka daripada Colombo telah diterima terlebih dahulu oleh pihak Jepun, dan Ibrahim dan kawan-kawannya terpaksa membalas mesej mengikut kehendak tentera Jepun.

6. Kejayaan ejen British ini ( Force 136 ini ) ialah meyakinkan tentera Jepun bahawa Pihak Berikat akan menyerang kawasan utara Pulau Pinang dan Kota Bharu Pantai Timur. Sebaliknya, tentera Berikat mendarat pula di Pantai Morib, Selangor.

7. Walaupun Kerajaan Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945 di Tokyo selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom, tetapi tentera-tentera Jepun di Tanah Melayu masih bertempur sehingga 12 September 1945.

8. Pasukan-pasukan Gerila dalam hutan, ejen-ejen British di bandar, pasukan-pasukan MPAJA, Tentera Wataniah Pahang, Askar Melayu Setia Negeri Perak & Kedah masih terus menyerang tentera-tentera Jepun.

9. Dalam penyamaran ini , Yahya hampir dipotong kepalanya kerana semasa mereka di bandar Buterworth terserempak dengan Haji Abdullah ( seorang ejen Inggeris ). Yahya pura-pura tidak mengenalinya tetapi tentera Jepun yang mengiringi mereka tidak mempercayainya. Lalu mereka bertiga sekali lagi disoal-siasat oleh Kapten Watanabe dan pergerakan mereka dikawal ketat.

10. Dalam pada itu, Laporan-laporan dari Radio All India menyebut tentera Jerman telah kalah di Eropah. Tentera-tentera Jepun juga kalah di Burma dan Filipina. Mereka bertiga sangat gembira dengan berita itu tetapi mereka pura-pura tidak mengetahuinya.

11. Hujung Ogos 1945, Kapten Watanabe memberi pilihan kepada Ibrahim/Yahya/Zain untuk membunuh diri dengan cara Harakiri daripada dibunuh oleh tentera British. Ibrahim menolak kerana bertentangan dengan agama Islam. Kapten Watanabe marah lalu mencadangkan mereka dibunuh sahaja. Seorang tentera Jepun bernama Sarjan Shindo menentang.

12. Akhirnya mereka diberi 3 pilihan. Dihantar ke Seberang Prai, Dihantar ke Jawa/Sumatera atau Terus tinggal di Tanah Melayu di kampung terpencil sehingga aman dan kemudiannya dihantar ke negara Jepun setelah aman.

13. Selepas berbincang mereka memilih pilihan ke3 kerana mereka tahu Jepun tidak akan berupaya menghantar mereka ke negara Jepun selepas perang tamat.

14. Pada 22 Ogos 1945, askar-askar Jepun telah mengadakan jamuan besar-besaran pada malamnya sebelum mereka balik ke negara Jepun. Semua kod,suratkhabar, peralatan dibakar berjam-jam lamanya.

15. Pada hari siangnya kapal-kaal tentera British telah menggugurkan risalah Kekalahan tentera Jepun. Bendera Union Jack telah dinaikkan di Balai Polis Pusat Penang.

Askar orang putih telah mendarat, seorang Pegawai Marin DiRaja Inggeris telah bertemu dengan Ibrahim/Yahya/Zain dan terus mengenali mereka melalui kod jawatan " MCS,Force 136".

Tanah Melayu bebas dari Jepun...Inggeris datang kembali. Kesannya orang Melayu mahu Merdeka...

Selamat Hari Merdeka 31 Ogos 2009.

US$135JUTA = BANK OF ENGLAND

on Thursday, August 27


1. Semasa perang di Eropah, negara kita telah menyumbangkan US$135 Juta kepada Bank Of England. Negara kita digelar " Jelapang Wang Ringgit " di England dan memberi sumbangan kewangan utama kepada peperangan empayar British di Eropah.

2. Semasa Perang Dunia Ke2 pula, kerajaan penjajah British tidak menghiraukan kekuatan tentera Jepun, sebaliknya askar-askar Inggeris, askar India Inggeris dan askar Australia dengan bangganya mengatakan Lautan dunia adalah dalam genggaman tentera Britain. Sebab itulah setiap kali senja, bendera Britain diturunkan sebagai tanda tentera mereka tidak dibenam senja-malam, kemudian esok pagi dinaikkan sebagai tanda mereka kembali menguasai lautan dunia.

Hakikatnya, tentera British hanya dapat mempertahankan Singapura hanya dalam 70 Hari.

3. Dalam buku " Terjebak " tulisan Sasterawan Negara Abdullah Hussain, menceritakan sepanjang jalan keretapi dari Perlis ke Johor, mayat-mayat tentera British bergelimpangan menyembah bumi.

4. Ketika Perang Dunia Ke2, Tun Hussien Onn, ketika itu baru tamat pengajian tentera di Akademi Tentera tersohor di Dehra Dun, Agra , India. Beliau tidak dapat kembali ke Tanah Melayu kerana peperangan.

5. Usaha membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan Jepun dibuat dengan sangat terperinci oleh ejen-ejen British. Pegawai-pegawai tentera Melayu yang dilatih di Akademi Tentera Britain seperti Tengku Mahmood Mahyiddeen, Tun Ibrahim Ismail,Hj. Zakaria, Mohd. Zain dan J. Nayan telah terlibat dalam "Operasi Oateal-Violin" pada 28/10/1944 untuk membebaskan Tanah Melayu menggunakan Kapal Selam DiRaja Severn.

Di dalam kapal selam kecil yang tidak sempurna ( tiada penghawa dingin, menggunakan minyak tanah dan enjin sederhana ) mereka menjalankan operasi membebaskan Tanah Melayu bermula dari Colombo, melalui Pulau Nicobar terus ke Pulau Pinang dan pesisiran pantai barat. Mereka diarah bertemu ejen tempatan seperti Tengku Seri Maharaja, Nik Mustafa Nik Mahmud, Cikgu Nik Mat dan Nik Ahmad Kamil.

Ia satu risiko besar. Seandainya mereka tertangkap oleh Tentera Jepun, mereka sudah dibekalkan ubat Lethal yang membawa maut untuk ditelan sekiranya mereka ditawan untuk mengelakkan pecah rahsia.

Akhirnya mereka tertangkap oleh tentera Jepun dan kemungkinan untuk diseksa adalah nyata.

* Mengenang Patriot Melayu Yang Masih Hidup & Yang Telah Tiada, Alfatihah.

( Bersambung...)

ANWAR KETEMU NAJIB : PKR BUBAR ?

on Tuesday, August 25

PERTEMUAN DEMI PERTEMUAN...

1. PERSOALAN Besar yang timbul di benak pakatan pembangkang sekarang ialah kenapa DS Anwar pergi berjumpa DS Najib?. Kenapa Anwar sudah tidak menyerang peribadi DS Najib? Kenapa Anwar sudah tidak mengkritik dasar-dasar kerajaan DS Najib ?

2. Dan persoalan lebih besar, kenapa ADUN Lunas dan barangkali tidak lama lagi ADUN Pelabuhan Kelang akan ke luar PKR? Apakah mereka sudah lebih awal mengetahui pertemuan tersebut?

3. Parti yang paling teraniaya seandainya DS Anwar kembali kepada kerajaan persekutuan sudah pastinya PAS! Parti PAS telah mengorbankan segala-galanya menjual prinsip perjuangan mereka, menjual slogan Menubuhkan Negara Islam, menjual slogan Membangun Bersama Islam, jika dahulu mengkafirkan UMNO kerana MCA kini bersama-sama DAP, dan banyak lagi pengorbanan PAS yang terpaksa menjadi debu dan hampas yang amat merugikan mereka sekiranya DS Anwar menyertai kerajaan BN dalam apa bentuk makanisme.

4. Harus diingat DS Anwar tidak mahu menjadi Presiden PKR! Anwar tidak mahu memegang jawatan tetap dalam PKR! Anwar tahu satu-satunya kelemahan dan kemudahan yang terdapat dalam bangsa Melayu dan umat Islam, ialah mereka sudi maaf memaafkan.

5. Tun Dr.Mahathir diketemukan oleh Dato Harun dengan Tun Razak, maka kembalilah Dr. Mahathir kepada UMNO seterusnya menjadi Perdana Menteri yang gemilang. Sejarah UMNO sentiasa berulang, bagaimana kejamnya DS Pairin meninggalkan BN di hari-hari terakhir PRU10 ( 1990 ), akhirnya Tun Dr. Mahathir memaafkan DS Pairin. Orang Melayu memang pemaaf, apatah lagi umat Islam.

6. Secara teknikalnya pertemuan Anwar kepada DS Najib telah menghapuskan dan membersihkan tuduhan Mongolia ke atas DS Najib. Secara matematiknya, kumpulan Anwar menuduh sekian lama, dan kini Anwar sendiri yang membersihkan nama DS Najib. Pertemuan tersebut memberi kradit politik yang besar kepada DS Najib. Penyokong pakatan pasti terkejut dan terduduk akan apakah maksud pertemuan itu? Dan, tidak adakah pertemuan lain selain itu, bertanyalah kepada DS Anwar?

7. Politik adalah percaturan masa depan, kata Tun Dr. Mahathir dalam politik kawan tidak selamanya jadi kawan, musuh tidak selamanya jadi musuh.

8. DS Anwar adalah pemintas 100 Meter terhebat dalam politik Malaysia. Namun DS Najib ternyata lebih bijak memintas Anwar. Tatkala Anwar berjaya menarik YB Bota, seminggu kemudian kerajaan pakatan Perak rebah menyembah bumi. Tatkala Anwar berjaya menarik Datuk Zaid dan Dr. Chua Jui Meng, ADUN Lunas meninggalkan PKR dan memberi sokongan terbuka kepada kepimpinan DS Najib.

9. Terserah rakyat melihat permainan ini. Khabarnya beberapa YB Bebas akan kembali kepada BN tidak berapa lama lagi.

10. Bagi penulis, bulan Ramadan Al-Mubarak ini nampaknya telah mula menyatukan hati-hati yang telah berselerak.

KERAJAAN KEDAH DI AMBANG 4

on Monday, August 24


1. TREND YB PKR ke luar PKR semakin menjadi-jadi kini. Khabar YB ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh akan meninggalkan PKR sudah kedengaran sejak tahun lalu lagi, dan kemuncaknya hati mereka terbuka tatkala bulan Ramadan Al-Mubarak.

Kerajaan negeri Kedah sudah pasti akan bubar jika 4 lagi YB PKR ke luar PKR dan menyatakan sokongan kepada kerajaan BN pimpinan DS Najib Tun Razak. Kedudukan 14 + 1 ( menyokong YAB Perdana Menteri ). Jika 4 lagi YB PKR dan DAP meninggalkan pakatan dan memberi sokongan kepada kerajaan BN pimpinan DS Najib, maka BN Kedah sudah boleh menubuhkan kerajaan negeri di Kedah.

Keadaan kelam-kabut pasti berlaku dan kerajaan pakatan pasti tidak dapat tidur lena.PKR sudah pun mendesak ADUN Lunas dipecat dan berita dari Istana Negeri Kedah bakal diumumkan oleh MB Kedah. Mereka dengan terbuka memberi sokongan kepada kepimpinan YAB DS Najib,tidak kepada DS Anwar.

Khabarnya beberapa YB PKR akan menyertai mereka juga sudah kedengaran terutama selepas "hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR dan perjuangan parti itu tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya.",

2. Di Selangor YB ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah , dipercayai sudah berbulan tidak berhubungan dengan MB, dan terkini MB mendesak YB Pelabuhan Klang mengundur diri jika itu yang terbaik.

3. Semakin ramai YB PKR memberi sokongan kepada kepimpinan YAB DS Najib Tun Razak, dan penulis melihat ia satu gelombang baru menjelang PRU13.

4. Penulis berpendapat YB DS Anwar Ibrahim tidak perlu menuduh yang bukan-bukan kononnya UMNO hendak membeli dan sebagainya. DS Anwar harus ingat semula kempen 16 September 2008nya yang dengan yakin dan pasti berjaya menarik 30 hingga 50 YB BN. Apakah caranya memujuk YB BN?

Hakikatnya, tidak ada seorang pun YB BN mahu dibeli oleh DS Anwar, sehingga kata YB Abdul Rahman Dahlan, jika dia menerima pelawaan mereka dia dan tujuh keturunannya tidak akan hidup susah. Dr. Puad Zarkazi dan Datuk Anifah Aman juga mengaku dipujuk rayu dengan pelbagai hadiah yang besar-besar.

Di bulan Ramadan ini, DS Anwar harus membuat koreksi diri dan refleksi yang mendalam akan apa yang telah dirancang dan dibuatnya selama ini untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Akibatnya, Allah SWT telah membalas pula membuka YB PKR di Perak, Kedah dan baragkali tidak lama lagi di Selangor dan Pulau Pinang untuk meninggalkan perjuangannya itu.

Apa pun di bulan Ramadan ini, sudah pasti ramai hati-hati terbuka mencari kebenaran.

RAMADHAN AL-MUBARAK

on Thursday, August 20


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.
SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA & MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA......

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa

Umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
Hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih Ada )
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah Kita
Bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat Dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah Dan para sahabat, Dan dilakukan pada Hari Jumaat.


Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maHupun yang disengajakan, semoga Kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati Dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.


Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan
Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.


Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari


Dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.


Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat.Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,

Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA
* Forwading email from friend to all Muslimin and Mulimat.

TIDAK SEMUA PAS UNDI PAS

on Sunday, August 16

( TERBUKTI CARA INI BERKESAN DI MANEK URAI )

1. MOMENTUN sokongan rakyat terutama orang Melayu kepada UMNO telah dibuktikan dalam PRK Bukit Gantang apabila 65% pengundi Melayu menyokong calon UMNO.

Kemudian momentum itu dibuktikan lagi semasa PRK Manek Urai, apabila orang Melayu menafikan Keegoan Pengarah Pilihanraya PAS apabila dengan bangganya menetapkan PAS sudah menang majoriti lebih 2,000 Undi.

Namun, Allah SWT telah memberi peringatan kepada mereka apabila undi majoriti seperti di hujung tanduk apabila PAS kalah kepada UMNO di saluran mengundi dan pusat mengundi.

2. Di Permatang Pasir, penulis ingin memberi cabaran atau lebih mudah disebut KPI supaya Calon BN saudara Rohaizad mesti bertemu semua pengundi di Permatang Pasir. Tidak kira ahli PAS atau pengundi atas pagar.

3. Pengalaman dan rekod di Manek Urai dan Bukit Gantang bahawa tidak semua ahli PAS menyokong calon mereka. Dan proses pengundi-pengundi atas pagar terutama pengundi muda kembali mengundi BN semakin ketara.

4. Maka itu, baik pemuda wanita dan puteri UMNO, baik calon BN mahupun Ketua Bahagian UMNO dan AJK Bahagian, sesiapapun petugas UMNO di Permatang Pasir mesti bertemu setiap satu pengundi Permatang Pasir. Inilah KPI yang kita tetapkan.

5. Semasa bertemu, terangkan janji-janji PRU mereka yang tidak mampu dipenuhi, jelaskan isu-isu fitnah dengan menjawab secara fakta, bawa fakta sama ada gambar, cd dan apa sahaja sebagai bukti kebenaran berpihak kepada BN. Terangkan Lakonan-Lakonan Dr Hassan Ali cuma mahu meraih simpati pengundi Islam agar tidak lari .

6. Perlu juga ditambah rancangan-rancangan pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan pusat BN. Ingatlah pesan YAB Perdana Menteri, berikan rakyat fakta yang sebenarnya, jika salah mengaku kesalahan itu dan terangkan langkah susulan yang sedang dibuat.

7. Penulis optimis,jika trend Bukit Gantang dan Manek Urai berterusan, dan petugas-petugas parti di Permatang Pasir menambah sedikit lagi sentuhan peribadi mereka seperti di Manek Urai, mengapa tidak Permatang Pasir kembali kepada BN. Maka ambillah peluang di atas perubahan rakyat yang kembali menyokong BN dalam PRK Permatang Pasir ini.

Ingatlah pesan YAB Perdana Menteri, jika mahu menang buatlah cara nak menang.

PESANAN KEPADA PEMUDA UMNO PUTRAJAYA

on Saturday, August 15


( Contoh Letak Kereta Percuma Hospital Sg. Buloh )

1. NAMPAKNYA di sebalik usaha-usaha YAB DS Najib Tun Razak memenuhi dan memperbaiki keperluan dan kehendak asas rakyat bawahan, ada pula pihak yang tidak peka malah mengambil kesempatan.

2. Contoh pertama, semalam penulis membawa orang kampung ke Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. Penulis terkejut kerana parking kereta sebelah JPN itu telah diswastakan dan orang awam terpaksa membayar RM4.00.

Sebelum ini Free sahaja, dan keadaannya tidak pun diperbaiki atau ditar atau dibumbung atau dibuat 'line' parking.

Bezanya hanya satu, ada penjaga untuk bayaran masuk RM4.00. Apabila penulis bertanya kenapa bayar minggu lepas tak bayar, pekerja itu menjawab baru dapat lesen.

Kakitangan kerajaan di kawasan tersebut juga mengeluh kerana biasanya mereka parking percuma kini terpaksa pula membayar. Harus diingat parking adalah Terhad di mana-mana di kawasan Putrajaya.

Jika parking di bahu jalan, tidak semena-mena kena saman, malah penulis sendiri telah mendapat saman trafik kerana parking di bahu jalan walaupun untuk urusan rasmi.

Nampaknya Putrajaya sudah menjadi Kuala Lumpur.

Mereka sudah lupa Putrajaya adalah Idea Kebebasan, Idea Keindahan Fizikal dan Rohani, Idea Wawasan. Putrajaya bukan tempat untuk bisnes seperti ini. Penulis sangat tidak bersetuju kerana ia menyusahkan rakyat.

Perkara seperti ini sebenarnya mengurangkan kasih sayang rakyat kepada kerajaan. Rakyat akan menjadi benci kepada kerajaan hanya gara-gara perkara seperti ini yang mereka lihat kecil tetapi sebenarnya besar nilainya kepada rakyat jelata yang datang dari jauh ( dari luar Putrajaya, contohnya dari Kelantan, Sabah, Sarawak dll ).

Kita harus ingat Putrajaya adalah milik seluruh rakyat Malaysia.

Ada banyak cara lain untuk kita mencari hasil untuk kerajaan melaksanakan pembangunan kepada rakyat jelata. Bukan dengan cara pintas seperti ini. Putrajaya adalah Jabatan Kerajaan yang memberi Perkhidmatan Percuma kepada rakyat melainkan yuran-yuran kecil.

Jika parking di pusat membeli-belah Alamanda dibayar masih boleh diterima kerana ia pusat membeli-belah. Namun di Jabatan Kerajaan parking kereta tidak patut dibayar, penulis berharap perkara ini perlu dikaji semula.

Sahabat-sahabat penulis di Pemuda UMNO Putrajaya silalah membuat sesuatu untuk manfaat rakyat.

Harus diingat Putrajaya adalah Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan seluruh Pelusuk rakyat datang ke Putrajaya untuk menyelesaikan masalah mereka. Maka Putrajaya mestilah friendly dan mesra pengguna, jika tidak amat mudah sekali kerajaan akan dipersalahkan dan membawa kesan buruk kepada pentadbiran YAB Perdana Menteri kita.

Perkara ini amat bertentangan dengan Formula 1Malaysia : Rakyat Didahulukan...Penulis fikir ia perlu dikaji semula. ( Contohi salah satu perkhidmatan letak kereta percuma Hospital Sungai Buloh ).

BELOT SEMASA PERANG

on Friday, August 14


( RIAK WAJAH MALU VS RIAK WAJAH MENANG )

1. JANGKAAN Penulis sebelum ini bahawa Dr Hassan Ali ' acah-acah aje ' nampaknya tepat dan benar, walaupun dari riak wajahnya terserlah kemarahan, tertekan, geram, ketidakikhlasan, malu, apabila terpaksa menjilat ludahnya semula selepas menyuarakan ketegasannya ke atas kes YB Ronnie Liu.

2. Maka bolehlah diulas, Dr. Hassan Ali sudah menjual harga diri dan perjuangannya. Markah ketegasannya ialah 0. Markah keberaniannya adalah 0. Markah Jihadnya ialah 0 malah Dr. Hassan Ali Tidak Boleh dibawa berperang jika hidup pada zaman Rasulullah SAW, kerana kemungkinan belot adalah besar.

3. Dalam lakonan ini, pemenang mutlaknya ialah YB Ronnie Liu dari DAP.

4. Pelakon Lelaki Terbaik milik Dr. Hassan Ali.

5. Pengarah terbaik tidak lain dan tidak bukan pemimpin De Facto yang tidak mahu menjadi Presiden parti kerana menunggu ruang dan ketika untuk kembali agaknya kepada UMNO.

6. Kesimpulannya mudah, DAP dan YB Ronnie teruskan sahaja agenda apa sahaja kerana tidak akan ada seorang manusia pun dalam PAS apatah lagi akan menentang kamu agenda kamu.

Mereka tidak mampu bercakap apatah lagi menghalang. Jika pun mereka bercakap akhirnya mengaku kalah juga, Dr Hassan Ali sebegitu hebat dan tinggi mukanya ketika menentang kamu dalam sidang akhbarnya, akhirnya tunduk juga kepada kamu.

Rakyat Selangor khususnya sudah menonton drama percuma. Keputusan penghakiman akan ditangguhkam pada PRU-13.

DUA PILIHAN SAHAJA

on Wednesday, August 12


1. DATUK Dr. Hassan Ali, Exco Kanan dari PAS dalam kenyataan akhbarnya sanggup dipecat dan diambil tindakan disiplin sama ada oleh MB Selangor atau pun pucuk pimpinan PAS.

2. Bagi yang tidak tahu, selepas PRU12 Mac 2008 , Dr. Hassan Ali (PAS) adalah antara pucuk pimpinan PAS yang berbincang dengan Dr. Khir Toyo(UMNO) untuk membincangkan masa depan orang Melayu dan umat Islam Selangor selepas DAP mendominasi pakatan. Dikhabarkan dibincangkan juga kerajaan perpaduan UMNO-PAS peringkat negeri Selangor.

3. Tujuannya sudah pasti jelas, menjaga kebajikan orang Melayu di Selangor dan syariah Islam daripada parti yang menolak penubuhan Negara Islam.

4. Peristiwa hari ini adalah jawapan kepada kebimbangan Dr. Hassan Ali dan Dr. Khir Toyo ketika itu. Mungkin Dr. Hassan Ali ketika itu yakin MB Selangor yang baru akan dapat mempertahankan kesucian agama Islam dan hak istimewa orang Melayu, namun selepas setahun, ternyata semakin hari MB Selangor semakin tunduk dan tidak bermaya menghadapi tekanan-tekanan parti DAP.

5. Bagi penulis, kenyataan akhbar Dr. Hassan Ali tidak lebih daripada sebagai kambing hitam PAS yang terpaksa dikorbankan untuk menjaga hati kekasih DAP mereka di dalam pakatan.

6. Ataupun kenyataan itu hanya helah menagih simpati orang Melayu di Selangor dan umat Islam, kononnya beliau benar-benar serius mendesak YB Ronnie Liu meletak jawatan.Semua ini adalah helah politik sahaja, bukankah Dr Hassan Ali orang politik?

Jika ia bukan Helah Parti politik, Dr Hassan Ali mempunyai Dua Pilihan. Pertama , jika YB Ronnie Liu tidak dipecat oleh MB Selangor, maka pilihan kedua Dr. Hassan Ali ialah beliau yang perlu Meletak jawatan.

Jika tidak semua ini adalah Lakonan dan Helah politik sahaja! Bukankah PAS parti politik? Mereka bukan Tabligh? Mereka berpolitik untuk merebut Jawatan ( macam kes Merebut Jawatan MB Perak, betul kan ).

Mereka berpolitik bukan untuk menegakkan Syariah Islam atau menegakkan Negara Islam, semua itu omong-omong kosong sahaja. Jika tidak percaya, cuba minta mereka desak DAP terima Hukum Hudud ataupun penubuhan Negara Islam?

Anda hakimnya.

ACAH-ACAH AJE

on Sunday, August 9

GAMBAR AHLI PAS SOKONG NAJIB

1. PADA 16 September 2008, Sinar Harian Edisi Kelantan menyiarkan laporan yang mengatakan bahawa PAS akan keluar Pakatan Rakyat sekiranya pakatan rakyat enggan menerima Perjuangan Islam yang dibawa oleh Parti yang didominasi kaum Melayu beragama Islam itu. Kata dua itu keluar daripada mulut Presiden PAS sendiri Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi .

Sekarang bukan sahaja DAP tidak akan menerima Perjuangan Islam PAS, malah DAP sudah menentang apa sahaja yang bertentangan dengan kehendak bisnes mereka. YB Ronnie dengan egonya, berkata dia menjalankan kuasa exconya untuk menghalang rampasan Arak di kawasan Muslim di Shah Alam. Peduli apa dengan PAS, PAS parti kecil, kerusi pun minoriti aje...

Malah MB Selangor mempertahan tindakan YB Ronnie. Buat apa MB Selangor dengar cakap PAS kerana kerusi PAS bukannya banyak pun di Selangor. Hukum Demokrasi, MB Selangor perlu dengar cakap DAP kerana DAP lebih kuat banding PAS, walaupun DAP menang kerana undi orang Melayu.

Malah YB Ronnie boleh terangkan perbezaan antara Arak dengan Beer, kadar sedikit kadar banyak, peratus arak. Tidak akan ada PAS berani marahkan YB Ronnie ini pasal perkara ini. Perhatikanlah kata-kata PAS di bawah, mereka hanya berani di atas kertas aje...:

...."Menurut Mohamed Hafiz, beberapa peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor membuktikan DAP tidak pernah menganggap Pas sebagai rakan, sebaliknya bertindak sesuka hati seolah-olah ingin menunjukkan ia adalah parti dominan.

''Sampai hari ini, Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi tidak memohon maaf walaupun telah menarik balik kenyataannya yang menyamakan Jemaah Islam Malaysia (JIM) sebagai ekstremis agama...


Jangan risaulah YB Ronnie, PAS tidak akan berani marahkan kamu, MB Selangor pun pertahankan kamu. Teruskan aje YB Ronnie...

2. Maka, apakah Relevannya PAS dalam Pakatan Rakyat? Siapa Mahu Hormati PAS dalam Pakatan? PAS kena ukur baju di badan sendiri kerana Kerusi Parlimen mereka paling sedikit berbanding PKR dan DAP, maka tidak ada sebab untuk DAP dengar cakap PAS pun!

Tidak lama lagi CD pemimpin De Facto marah & hina PAS tahun lalu akan keluar, tentunya yang keluarkan itu bekas orang kuat De Facto yang berpaling tadah. Maka , kepada ahli PAS, dengarlah sendiri bagaimana pemimpin De Facto gelar pemimpin kamu sebagai apa( www.pisau.net )

3. Hari ini pula , bekas Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mencadangkan supaya Pas keluar daripada Pakatan Rakyat sekali gus mengkaji semula kedudukannya dalam gabungan itu.

Hafiz seolah marah kepada pucuk pimpinan PAS yang berdiam diri, kata Hafiz "...''Adakah beliau ini seorang yang jahil tentang Islam atau sengaja mahu menguji kesabaran umat Islam termasuk ahli Pas, tak kan kita hendak biar dan tengok sahaja perkara seperti itu berlaku," ujarnya.

4. Kepada pucuk pimpinan DAP, teruskan sahaja apa kamu rasa nak buat kerana inilah peluang kamu untuk memenuhi keperluan pengundi kamu. Percayalah semua marah-marah PAS itu hanya acah-acah aje...

Selepas PRK Permatang Pasir, mereka akan jumpa kamu semula dan menyokong kamu semula.

PAS tidak akan berani memarahi kamu lebih daripada marah-marah atas kertas sahaja, PAS tidak akan berani undur diri dari Pakatan Rakyat, PAS tidak akan berani buat lebih-lebih untuk mendesak YB Ronnie letak jawatan, PAS tidak akan berani buat demonstrasi melawan kamu,

PAS hanya berani acah-acah aje..., PAS hanya berani ceramah di pentas sahaja... PAS hanya berani di mulut sahaja...

PAS hari ini lebih takut DAP daripada takut Allah SWT. PAS hari ini lebih sayang Lim Kit Siang daripada sayang Rasulullah SAW...

Maka, kepada DAP teruskan agenda ekonomi ahli-ahli kamu. Ini negara demokrasi, PAS pun parti politik macam parti politik yang lain, PAS bukan agama,PAS pun bukan utamakan agama sebab itu PAS takutkan kamu daripada takut kepada Allah SWT.

Janganlah takut kerana PAS tidak akan berani buat Hukum Hudud ataupun menegakkan Negara Islam, semua itu atas kertas sahaja.

Kita hanya buka minda, seperti biasa penontonnya, hakim dan jurinya, rakyat Selangor.

YANG MANA SATU : TAKBIR OR TAKE'BEER

on Saturday, August 8


1. RAKYAT jangan terpedaya dengan mainan politik PAS tentang isu Arak dan penghinaan YB Ronnie terhadap hukum Islam di negeri Selangor. Bagi penulis, Exco Kanan dan lain-lain pemimpin PAS di Selangor dan peringkat pusat hanya berani menyalak sahaja, lebih daripada itu tak akan ada punya. Sekarang pun hanya duduk diam membatu.

Sebabnya nak jaga hati buah hati kesayangan mereka DAP.

2. Selagi YB Ronnie tidak minta maaf, Selagi YB Ronnie tidak menghantar semula arak yang dirampas MBSA itu, Selagi YB Ronnie tidak letak jawatan, Selagi itulah PAS hanya Bersandiwara aje.

YB Ronnie pun sudah pandai membezakan antara Arak dengan Beer.

Yang PAS berani buat gantung kain rentang aje, contohnya " KAMI PAS MENYOKONG TINDAKAN MBSA " . Itu aje lah yang PAS berani buat.

Demonstrasi mendesak MB Selangor pecat YB Ronnie, oh tidak akan berani.

Selepas PRK Permatang Pasir, lihatlah mereka akan berpelukan semula.

3. Umat Islam kena ingat PAS bukan agama Allah, PAS bukan agama Islam. PAS itu parti politik.

Sebab itulah tindakan mereka lebih Mengutamakan tindakan politik berbanding mempertahankan kesucian agama Islam.

Sebab itulah kita tengok, biarlah YB Ronnie hina hukum Islam di Selangor yang selama ini mereka berapi-api melaung-laungkannya, tapi bila sampai kes Selangor, semua mereka berpakat "...tutup mulut, jangan bercakap, nanti kita malu...". .Itulah PAS, sanggup tahan malu daripada malu kepada Allah SWT.

Makanya, cakap memang senang tapi bila dah terkena batang hidung sendiri, hanya mampu melihat duduk membisu. Cakap senang nak buat hukum Hudud bila kes Selangor tak mampu atasi, malah sanggup membelakangkan niat hukum Hudud.

Dalam hukum Hudud apa hukum kalau pakatan menghina kesucian Islam? Berdiam diri, biarkan, atau apakah? MB Selangor pun pertahankan YB Ronnie yang menghina agama Islam, PAS tak buat apa-apa pun, hanya diam, tahan malu, gantung kain rentang,menyalak di pentas aje, itu ajelah yang mampu dibuat.

Kepada DAP teruskan sahaja buat apa sahaja yang menguntungkan bisnes pengundi-pengundi dan ahli DAP di Selangor atau Pulau Pinang, buat aje, PAS tak akan berani menentang kamu. Inilah peluang kamu.

PAS lebih takutkan kamu daripada Allah SWT. Memang berat tetapi itulah kenyataan hari ini.

Barangkali sebab itu kot MB kelantan berbaik-baik dengan Presiden UMNO ( di belakang tabir banyak cerita , biarlah menjadi rahsia kedua-dua pemimpin Melayu-Islam ini ). DAP tidak perlu tahu...

GMI BILA NAK BAYAR GANTI RUGI

on Friday, August 7


1. GMI sudah berbangga akan kehebatan mereka merosakkan hari Sabtu Kuala Lumpur. Merosakkan bukan sahaja bisnes orang-orang Melayu dan Islam di sekitar Sogo dan Jalan TAR, tetapi juga merosakkan majlis kenduri kahwin rakyat biasa.

2. Pada 2hb Ogos 2009, minggu lalu penulis menghadiri satu Majlis Perkahwinan orang kampung penulis di Selayang. Biasalah orang kampung merantau di ibu kota Kuala Lumpur, mencari sesuap nasi dan mendapat jodoh.

3. Dipendekkan cerita, tuan rumah itu tiba-tiba menceritakan kekecewaannya semalam ( Demo GMI ) kerana dia dan keluarganya menaiki teksi bertujuan ke sekitar Jalan TAR dan SOGO untuk membeli bahan-bahan perkahwinan untuk tetamu. Maklumlah di situ agak murah dan banyak pilihan.,

4. Maklumlah orang kampung, akhirnya teksi tidak boleh sampai ke kawasan itu kerana halangan oleh para pendemo. Bayangkan para pendemo yang menjerit-jerit, melanggar apa sahaja di halangan, dengan muka garang, menakutkan rakyat biasa rakyat marhaen yang datang hendak membeli keperluan di kawasan itu.

5. Katanya, "..mak cik pergi dan balik dengan tangan kosong, satu benda pun tak jadi beli...". Dengan wajah sedih, muram dan mata berair. Kasihan penulis tengok.

6. Apakah GMI ada fikir perkara ini?

7. Kerugian yang berjuta-juta dialami oleh peniaga Islam dan Melayu khususnya di kawasan itu silalah bayar gantirugi, barulah GMI ada Integriti, Bermaruah,dan ada harga perjuangan. Ini macam lepas tangan sahaja.

8. Sebab itu penulis cadangkan, lain kali kalau nak buat demostrasi Perdana Menteri tidak larang, tetapi buatlah di dalam hutan kah tiada siapa peduli hari-hari pun tidak apa, di dalam stadium kah, Stadium Shah Alam ada, Stadium Kota Bharu ada, Stadium Batu Kawan ada, Stadium Alor Star ada...yang tidak ada otak sahaja!

9. Kalau tidak pun buatlah demo dari Petaling Street ke Cheras, atau dari Bangsar ke Lembah Pantai kawasan Parlimen anak De Facto. Atau buatlah dari Jeli ke Kota Bharu. Dahulu penulis pernah membawa satu pasukan pengakap berjalan kaki sejauh 50KM pergi-balik untuk menguji ketahanan mental dan fizikal mereka.

10. Tidak ada kesimpulan, demo oleh GMI membuang masa sahaja malah merugikan rakyat. Sekarang tugas GMI ialah menghubungi pemimpin-pemimpin mereka yang kaya raya itu, dan bayarlah ganti-rugi peniaga-peniaga Islam dan Melayu terutamanya.

Agak-agaknya lah kalau yang menuntut ganti rugi itu peniaga bukan Melayu dan bukan Islam, apakah gerangannya GMI...

MURSYIDUL AM LEBIH BIJAK DARIPADA PRESIDEN

on Thursday, August 6


1. RAMAI tidak mengetahui agaknya bahawa Datuk MB Kelantan sedang merapatkan hubungannya dengan YAB DS Najib Tun Razak. Seperti sedikit huraian penulis di atas bahawa 400 hari selepas PRU12, Datuk Nik Aziz sudah memahami mana intan mana kaca, yang mana elok antara Perdana Menteri Malaysia dengan pemimpin De Facto, yang mana molek DAP atau UMNO, semuanya sudah ada dalam kotak minda MB Kelantan. Bukankah MB Kelantan bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional semasa Allahyarham Tun Abdul Razak!

Sebenarnya politik MB Kelantan lebih licik berbanding politik Presiden PAS. Pertama, Mursyidul Am lebih berpengaruh daripada Presiden. Kedua, agenda Perpaduan oleh Presiden PAS tersilap langkah, kerana mendahului Mursyidul Am, maka kali ini Mursyidul Am sendiri yang merapatkan dirinya kepada Presiden UMNO.

Dalam perlumbaan ini, penulis lihat Presiden PAS akan ketinggalan. Mursyidul Am nampaknya akan menang kerana Mursyidul Am bijak berubah-ubah pendirian sehingga sukar dibaca arah politiknya.Presiden PAS terlalu lurus sehingga mudah dipatahkan agenda politiknya seperti dalam kes agenda perpaduan.

2. Serangan Datuk Hassan Ali di Selangor kepada Ronnie Liu sebenarnya lakonan politik sahaja. Tujuannya hanya untuk menunjukkan keyakinan kepada ahli-ahli PAS bahawa PAS Selangor menentang tindakan YB Ronnie Liu.

Sebenarnya jika Hassan Ali benar-benar tidak bersetuju dengan YB Ronnie mereka boleh pulaukan kerajaan MB Selangor itu yang mempertahankan YB Ronnie Liu. Mereka boleh meletak jawatan jika YB Ronnie tidak mahu letak jawatan atau jika MB Selangor tidak mahu memecatnya.

3. Dahulu, pada tahun 1960an, Tunku didesak oleh kepimpinan MCA untuk mendengar permintaan mereka untuk satu jawatan kanan di peringkat pusat, mereka mengugut Tunku jika tidak memenuhi permintaan mereka, MCA akan keluar Perikatan. Tunku mudah sahaja menjawabnya, jika begitu tidak mengapa, saya akan bergabung dengan PAS dan kami akan memerintah negara ini secara total. Akhirnya MCA mengalah. Modus operandi yang sama boleh dibuat ke atas YB Ronnie jika Hassan Ali benar-benar hendak melakukannya, jika tidak ia hanya lakonan sahaja.

4. Malangnya dalam kes Selangor, Hassan Ali tidak ada keberanian. Jauh sekali untuk mencapai taraf Ibrahim Libya yang berani mempertahankan perjuangannya. Hassan Ali lebih sayangkan jawatan exco kanannya , dan lebih rela menyerah kalah kepada MB Selangor dan YB Ronnie Liu. Tidak ada kekuatan dalam perjuangan Hassan Ali dalam menegakkan dan mempertahankan kesucian Islam.

5. Percayalah, hari ini Hassan Ali membuat postmortem menyerang YB Ronnie Liu. Besok mereka berdua akan berjabat tangan semula. Maka, Arak boleh terus dipertahankan sebagaimana hebatnya Ronnie Liu mempertahankan bisnes Arak itu.

6. Rakyat Selangor adalah Hakim sebenar. Tidak ada kesimpulan lain, kerana kita hanya memberi pandangan. Juri dan Hakimnya rakyat Selangor.

BAHASA POLITIK NIK AZIZ = BACAAN DS NAJIB

on Wednesday, August 5


1. DALAM Lawatan YAB DS Najib Tun Razak ke Kota Bharu minggu lepas, MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menyambut YAB Perdana Menteri dengan sangat mesra , dan beliau dinasihati supaya tidak menyakiti hati ahli UMNO.

Beliau memberitahu pemberita, beliau bukan seorang yang suka mengganggu orang kalau orang tidak mengganggu dia.

2. Kemudian, semasa Majlis ECER di Pekan , Pahang, MB Kelantan telah turut hadir dengan menyertai program-program bersama YAB DS Najib Tun Razak.

3. Persoalannya, kenapa MB Kelantan Merapatkan dirinya dengan YAB DS Najib Tun Razak, Presiden " Pergi Jahanamlah UMNO "?

4. Apakah kerana kemerosotan undi di Manek Urai?

5. Apakah kerana 100 Hari DS Najib sungguh cemerlang di mata Nik Aziz?

6. Atau, apakah Datuk Nik Aziz sebsgai seorang ahli politik lebih percaya DS Najib daripada pemimpin De Facto?

7. Hanya mereka yang tahu membaca bahasa politik wajah Nik Aziz ketika bersama DS Najib sahaja tahu jawapannya?

Barangkali juga boleh disimpulkan , Pertemuan di belakang tabir adalah rahsia pemimpin Melayu, bukankah MB Kelantan juga orang Melayu?

8. Rentetannya, kenapa Pesuruhjaya PAS Selangor mendesak Exco Kerajaan Tempatan Selngor ditukar?

9. Jika anda tahu bahasa pilitik, anda tahu jawapannya?

GLC , BELUM ADA ...

on Monday, August 3


( GLC , BELUM ADA...[Apa Salahnya Untung Sedikit] )

1. TINDAKAN syarikat-syarikat pengangkutan awam menaikkan kadar tambang masing-masing perlu diatasi, kerana nampaknya dua tiga tahun tambang akan naik, sebaliknya pendapatan rakyat tidak meningkat, harga barang dan perkhidmatan semakin meningkat.

Walaupun kerajaan tidak pernah berdiam diri untuk membantu, namun satu mekanisme baru perlu dilakukan.

Contohnya mengapa tidak pengurusan Tol diambil alih oleh Kerajaan? Mengapa saham Bernas tidak dibeli sahaja oleh Khazanah misalnya?

Persoalan kualiti pula timbul. Contohnya Lebuhraya Tanpa Tol Putrajaya ke Dengkil/Sepang tidak ada tol tetapi kualiti jalan beralun dan berombak membahayakan pengguna jalanraya. Minggu lalu sahaja, selepas hujan pagi, sekurang-kurang 5 kemalangan jalan raya berlaku di laluan tersebut melibatkan lori pasir, teksi dan kereta persendirian.

Berbanding Laluan Lebuhraya LDP dari Puchong ke Kepong, terdapat sekurang-kurangnya 3 Tol (RM1.60 setiap tol ). Namun, penulis dapati Kualiti jalanrayanya sungguh baik, rata dan tidak beralun.

2. London, barangkali boleh menjadi contoh sistem pengangkutannya yang cekap, walaupun mahal tetapi bas awam tiba tepat pada masanya.

3. Barangkali isu ini ada kaitan dengan budaya masyarakat kita yang sukar menepati masa.

4. Penulis dapati, smart partnership tidak berlaku antara Rakyat-Kerajaan-Syarikat Swasta.

Sebaiknya rakyat menikmati hasil daripada kerajaan yang baik, sebaliknya syarikat swasta yang besar-besar kalau boleh tidak perlulah terlalu mengaut keuntungan yang terlalu besar. Contohnya kalau tahun 2008 keuntungan Syarikat RM500 Juta, apa salahnya kalau tahun 2009 keuntungan itu RM300 Juta. Masih dikira untung juga walaupun mengurang.

Contohnya, jika MAS rugi kerana laluan tidak ekonomik antara Sandakan - K.Lumpur, tidak mengapalah, anggaplah ia satu kebajikan dari kerajaan kepada rakyatnya.

Begitu juga, jika Proton menurunkan harga Exoranya kepada sekitar RM60,000 dengan enjin yang sedia ada, tidak mengapalah rugi sedikit juta, asalkan rakyat dapat menikmati nikmat Kemerdekaan.

Juga, apalah salahnya misalnya TNB menurunkan tarif elektriknya 5% dan memanglah mengurangkan keuntungannya sedikit juta, tetapi bukankah rakyat akan lebih bahagia dan lebih menyayangi kerajaan dengan cara tersebut.

Penulis dapati banyak GLC kerajaan Megah dengan iklan-iklan menyokong 1Malaysia , tetapi pengisiannya, outcomenya, hala tujunya, nikmatnya tidak dirasai oleh rakyat, maka bagaimanakah 1Malaysia itu akan berjaya jika pendekatannya tidak menguntungkan rakyat.

Sehingga lebih 100 hari Perdana Menteri kita , belum ada syarikat berkaitan kerajaan yang berani menurunkan sedikit harga mereka...Barangkali mereka belum faham 1Malaysia.

Hayatilah Inspirasi Perdana Menteri kita , yakni..."rakyat didahulukan..."

HAN FEI-TZU

on Sunday, August 2


1. DEMONSTRASI anti-ISA sudah berakhir, persoalannya apa rakyat Malaysia dapat? Apakah tahanan-tahanan ISA dibebaskan dengan demonstrasi itu?

Seperti tulisan penulis di atas, penulis mencabar mereka yang suka berdemo supaya pada masa akan datang kalau hendak berdemo lagi buatlah di Kelantan ( dari Jeli ke Kota Bharu ) atau di Pulau Pinang ( Dari Permatang Pauh ke Komtar ). Setiap bulan pun tidak mengapa?

2. Apa warga kota Kuala Lumpur dapat? Kesesakan jalan raya , bagi mereka yang hendak melawat saudara mara di Hospital Kuala Lumpur, melawat keluarga yang berkahwin, kedai-kedai di Jalan TAR seperti SOGO terpaksa ditutup kerana gangguan demonstrasi. Bagaimana perasaan mereka yang datang dari jauh, hanya itulah masa free mereka? Ternyata perancang demo ini pentingkan diri sendiri, tidak memikirkan kesan kepada rakyat.

3. Susah sangat kah nak hantar memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong? Tulislah surat rasmi, buatlah appointment, buat cara beradab jika hendak bertemu Raja, penulis percaya pegawai-pegawai di Istana Negara pasti akan melayannya dengan baik kerana DYMM Seri Paduka Baginda adalah payung negara, payung kepada semua rakyat Malaysia.

4. Tanpa demonstrasi YAB Perdana Menteri setelah mendapat maklumat keselamatan telah juga membebaskan tahanan ISA pada hari pertama dilantik sebagai PM. Tidak perlu pun demonstrasi.

Orang kampung penulis, Arshad Patangari antara bekas pengasas PAS Sabah dibebaskan tidak juga melalui demonstrasi. Penulis tahu beliau antara pejuang Islam yang lebih hebat dari pemimpin PAS sendiri. Dia dibebaskan selepas melalui prosedur keselamatan.

5. DS Anwar dibebaskan dari tahanan ISA tidak pun melalui demonstrasi, Pak Lah setelah melihat faktor keselamatan dan kesihatan, selepas mendapat permohonan dari pemimpin-pemimpn PKR ketika itu seperti Ezam dan Wan Azizah, berpuashati segala faktor, membebaskan DS Anwar tidak juga melalui demonstrasi.

6. Penulis dapati pihak polis perlu ubah pendekatan. Yang perlu ditangkap bukannya rakyat yang terpedaya berdemonstrasi. Yang perlu ditangkap ialah kepala-kepala penganjur demostrasi ini. Mereka ini yang perlu ditahan sebab mereka yang merancang. Perancang itu yang perlu ditangkap barulah demonstrasi itu tidak akan berlaku. Bahasa matematiknya mudah, tidak ada yang merancang tidak akan ada demonsrasi.

Demostrasi yang dilakukan hanya aktiviti politik yang tidak perlu, bukan demontrasi seperti Natrah 1950 di Singapura dahulu, atau Demontrasi menentang Harold Mac Michael 1946 dulu.

Demontrasi ini untuk menghidupkan aktiviti Pakatan Rakyat yang semakin bermasalah di Selangor. Dalam istilah ekonomi, ia satu kos melepas. Melarikan isu-isu rasuah dan siasatan SPRM kepada pemimpin-pemimpin di Selangor, maka dirancang satu aktiviti demo Satu hari sahaja.

Begitu juga perbicaraan kes Saiful-DS Anwar yang tiada penghujungnya asyik elak-mengelak aje nak berbicara dalam mahkamah, memohon injuksilah, peguam cuti sakitlah walau ada beribu peguam di Malaysia ini,memohon tangguhlah, memohon itulah, memohon inilah .Benar atau salah, tipu atau betul, siapa salah siapa betul, berhujahlah di mahkamah, apa bukan begitu? Kata orang dahulu, berani kerana benar, takut kerana salah.

Sebagaimana penulis diberitahu oleh mantan seorang pengamal undang-undang yang sudah bersara, dalam perundangan ini , tiada siapa peguam-peguam yang salah tiada siapa yang betul. Semua peguam kata dirinya yang betul, semua peguam kata tafsirannya yang betul, semua peguam menegakkan kesnya, semua peguam akan melawan peguam yang satu lagi, hanya keputusan hakim yang menentukan peguam mana yang akan menang. Maka, berhujahlah di mahkamah bawa segala peguam terhebat di dunia dengan bayaran setingginya untuk memenangkan kes masing-masing.

Maka harapan mereka akan lupalah rakyat kepada isu-isu itu termasuk ibu-ibu tunggal yang dinaikkan sewa rumah PPRT mereka di Selangor. Mana janji Pilihanraya hendak memberi sekurang-kurangnya RM200 sebulan kepada ibu-ibu tunggal, sebaliknya dinaikkan sewa rumah dari asalnya RM125 kepada RM250. Bagi mereka yang ada saudara mara ibu tunggal pasti merasai peritnya hidup tanpa ayah.

Seperti luahan mereka ini , :...“Masa sewa rumah RM124, memang tak ada tunggakan. Sejak Parti Keadilan Rakyat memerintah, sewa rumah naik RM126, sekarang dah jadi RM250. Kenaikanitu lebih 100% berbanding sebelumnya (RM124).

Kebanyakan ibu tunggal disini tak ada kerja, uzur dan ramai anak, mana nak mampu bayar,” ujar Siti Aishah Mohd Yusof Siti Aishah, 42 tahun, Pengerusi Persatuan IbuTunggal Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, seperti dipetik dari laman tersebut.


Manakala seorang ibu tunggal, Khatijah Hassan, 74 tahun menyatakan kepada wartawan Tv3 seperti ditulis dalam laman tersebut:

“Dulu masa sewa rumah RM124, kita tak biasa hutang tetapi sekarang naik RM250sebulan, kita memang tak mampu,” kata wanita tua tersebut yang tinggal bersama cucu yang kurang upaya.

7. Pihak Kerajaan terutama pasukan keselamatan perlu berfikir kepada rakyat yang tidak suka Demonstrasi juga. Bayangkan sahaja laluan dari KLIA ke KL tersekat, Laluan di Jalan Tun Razak tersekat, Laluan Jalan Kuching tersekat, segala pintu masuk ke bandaraya tersekat, sedangkan keperluan rakyat terutama pelajar, pesakit, pelancong juga menuju ke bandaraya. Peniaga pun hendak mencari rezeki dan sesuap nasi?

8. Pihak Polis ada 2 pilihan : sama ada menggunakan Falsafah Confucius atau Falsafah Han Fei-Tzu. Confucius menyarankan untuk mendidik rakyat gunakanlah kasih sayang, cinta mencintai, hormat- menghormati.

9. Menurut Han Fei-Tzu - jika rakyat tidak berdisiplin, melanggar peraturan, membuat huru-hara gunakan undang-undang, jalankan undang-undang, kuatkuasakan undang-undang.

DEMONSTRASI ( FROM JELI TO KOTA BHARU )

on Saturday, August 1

1. Hari ini 1 Ogos 2009, dirancangkan perarakan Anti-ISA dan Pro-ISA. Kedua-duanya melibatkan majoriti orang Melayu sebenarnya. Pertembungan mereka di Istana Negara tempat Raja Melayu bersemayam, sudah pasti akan berlaku pergaduhan kalau tidak rusuhan.,

2. Orang lain sibuk berniaga, anak-anak mereka dihantar tuisyen,mereka duduk di pusat-pusat saham, mereka memandu ke luar Kuala Lumpur dan balik semula selepas demo yang majoritinya anak-anak Melayu sudah kepenatan,

3. Peniaga di kaki lima yang majoritinya peniaga kecil Melayu yang menjual air, pisang goreng, buah-buahan, keropok lekor dan sebagainya tidak dapat berniaga ketika itu kerana laluan mereka pastinya akan dilanggar oleh para perarakan ini. Hilanglah beberapa ringgit sesuap nasi mereka.

4. Pemandu teksi, pemandu bas yang majoritinya Melayu mengalami masalah trafic jem, minyak atau NGV mereka habis di tengah trafik mecet, penumpang mengeluh, meter berpusing menjadikan bayaran meningkat. Jika teksi tiada penghawa dingin, bagaimanakah agaknya.

5. Jika pihak keselamatan mengambil tindakan dituduh polis kejam,dilabel polis raja di Malaysia, jika perusuh-perusuh ini mengotorkan bandaraya dan merosakkan kemudahan asas dilaungkan hak asasi.

6. Maka itu, sudah sampai masanya pihak berkuasa mengambil tindakan paling tegas untuk menjadikan Kuala Lumpur aman dan harmonis untuk warga kotanya mencari rezeki, pelancong datang membeli-belah, pelajar membeli buku dengan selamat.

7. Jika hendak berdemonstrasi juga, dicadangkan demonstrasi itu diadakan di negeri Kelantan ( dari Jeli berarak ke Kota Bharu ), negeri Cik Siti Wan Kembang.

Setiap bulan pun tak apa,bagi mereka yang gila demonstrasi. Buatlah demonstrasi membantah artis ke Kelantan, demonstrasi royalti, demonstrasi anti-perpaduan dan apa-apalah tajuk demonstrasi, molek buat di Kota Bharu.

Penulis yakin Menteri Besarnya pasti akan izinkan. Selepas berdemo bolehlah singgah di pasar Siti Khadijah dan menikmati nasi kerabu kelate yang paling sedap di sana.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan