KPI BAGAN PINANG

on Wednesday, September 30



1. TEMAN-TEMAN penulis dalam PAS dan PKR semasa sembang-sembang dekat Seremban kata , kalau UMNO letakkan calon lain senang nak makan. Kalau UMNO letak Tan Sri Isa Samad sukar . Itulah keluhan mereka.

2.Tan Sri Isa Samad merupakan calon yang paling tepat untuk Bagan Pinang. Rakyat Bagan Pinang majoriti mahu TS Isa Samad, dan pucuk pimpinan UMNO ternyata mendengar kehendak rakyat. Maknanya, mereka sudah belajar kesilapan lama, kehendak rakyat didahulukan.

3. TS Isa Samad dibesarkan di Bagan Pinang. Arwah isteri beliau juga berasal dari Bagan Pinang.

4.TS Isa sudah 30 tahun menjadi Wakil Rakyat. 22 tahun menjadi Menteri Besar. Pembangunan di Negeri Sembilan dan Port Dickson banyak menerima sentuhannya.

5. TS Isa Samad setia walaupun dihukum. Selepas dibersihkan dengan hukuman itu tidak perlulah dihukum lagi. Tun Dr. Mahathir dihukum oleh Tunku Abd. Rahman, akhirnya menjadi PM terhebat dalam sejarah Malaysia. Tun Abdullah diketepikan oleh DS Anwar suatu ketika dahulu ketika berkuasa akhirnya menjadi PM.

Intan permata itu walau dibuang ke dasar laut ia tetap bersinar ke permukaan.

6. Yang penting UMNO mesti menang di Bagan Pinang melebih 2,500 Majoriti. Ini KPI yang perlu dicari.

ADEGAN KEDUA

on Friday, September 25

LAKONAN PERTAMA = WAJAH MENANG VS WAJAH MALU-MALU KUCHING

1. LAKONAN Pertama yang paling berjaya dilakonkan oleh Dato Dr Hassan Ali di Selangor ialah semasa isu penjualan arak di kawasan majoriti Muslim di Shah Alam. Dia berpura-pura bergaduh dengan YB Ronnie Liu, dihujung klimaksnya macam filem Hindustan juga, mereka akhirnya berpelukan walaupun riak wajah Dr. Hassan Ali malu-malu kuching.

2. Kini, Dr. Hassan Ali berlakon lagi untuk filem keduanya iaitu mengkritik perjalanan SELCAT. Seperti biasa, di hujung filem ini kita akan lihat Dr. Hassan Ali akan berpelukan semula dengan mereka.

3. Kesimpulannya amat mudah, demi kuasa, tidak mengapalah digadai sikit prinsip perjuangan, tidak mengapalah mengalah kepada DAP, biarlah prinsip Islam yang diperjuangkan PAS digadaikan sedikit, biarlah arak terus dijual kepada Muslim di Selangor, biarlah yang penting aku tetap jadi Timbalan Menteri Besar.

4.Laporan akhbar Pas Selangor kaji kedudukan dalam pakatan pembangkang
SHAH ALAM 24 Sept. – Pas Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.

5. Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut.

Buat apa nak kaji. mereka sudah minta PAS keluar Pakatan, mereka sudah minta DR Hassan Ali dipecat ( Baca : The Sun, 25/9/09 )

5. Beliau berkata, pihaknya juga amat kesal, kecewa dan terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali berikutan tegurannya mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

6. Menurut beliau, lebih mengecewakan ialah kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang amat mengejutkan parti kerana beliau sebagai pemimpin Pas negeri harus menyokong pendirian parti.

7. “Jika mereka mahu Hassan letak jawatan sebagai Exco dan Pesuruhjaya di negeri ini bermakna mereka mahu Pas keluar dari negeri ini kerana Hassan adalah Pesuruhjaya kami.

8. “Mereka semua ini hanya tahu mengeluarkan kenyataan membuta tuli tanpa menyelidik dahulu apa yang sebenarnya Hassan maksudkan. Setahu kami Hassan bermaksud baik bukan mempertikaikan kewujudan dan kuasa Selcat.

9. “Kami juga tidak faham atas kapasiti apa Khalid mengeluarkan kenyataan dan akan menyelidiknya sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.

10. Mohd. Khairuddin berkata demikian ketika diminta mengulas desakan beberapa wakil rakyat yang mahu Hassan keluar daripada pakatan pembangkang negeri jika tidak lagi mampu bekerjasama dengan wakil rakyat DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

11. Desakan yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini itu dibuat beberapa pemimpin pakatan pembangkang termasuk Khalid, Mohd. Azmi dan Santiago.

12. Kita tunggu dan lihat lakonan kedua ini sama ada lebih baik daripada lakonan pertama.

SURAT DARI MELAYU SINGAPURA (SIRI 1)

on Thursday, September 17


BAGAIMANA NASIB ORANG MELAYU
* Penulis mengekalkan gaya bahasa penulisnya.

Bagaimana yang tuan sedia maklum bahawa orang2 Melayu Singapura adalah kebanyakkannya datang dari Malaysia dan Indonesia dan semenjak zaman penjajahan dahulu, kebanyakan orang2 Melayu datang ke Singapura mencari pekerjaan yang mana waktu itu tidak ada apa2 sekatan immigresen dan kami bebas keluar masuk.

JAMINAN ORANG2 MELAYU

Bila Malaya mencapai kemerdekaan, Kerajaan British yang berkuasa di Singapura terpaksa memberikan taraf berkerajaan sendiri kepada rakyat Singapura kerana harus kemerdekaan bertiup kencang di Asia dan Afrika, maka kami parti2 politik telah membuat persiapan untuk menghantar rombogan menuntut berkerajaan sendiri di London dan kerana waktu itu Singapura belum lagi mempunyai kerakyatan dan ada kira2 500,000 orang2 Cina yang telah lama bermastautin di sini ingin hendak menjadi rakyat Singapura, maka kami orang2 Melayu yang dipelopori oleh UMNO Singapura agar diberi satu jaminan kepada orang2 Melayu yang menjadi anak negeri Singapura dan hal ini telah dipersetujui oleh parti2 politik yang telah pergi ke London agar barangmana juga parti2 politik yang memerintah Singapura mestilah mengakui bahawa orang2 Melayu adalah anak bumiputera yang mesti diperlindongi sebagaimana yang isi kandongan-nya lebeh kurang begini menurut perlembagaan Singapura Fasal 89 Ceraian 2 :

" Pemerintah hendaklah melaksanakan tugas2nya begitu rupa untuk mengiktirafkan kedudukan istimewa orang Melayu yang menjadi anak umiputera Singapura dan dengan itu adalah menjadi tanggongjawab pemerintah untuk melindongi, memelihara, menyokong, menggalakkan dan memajukan kepentingan orang2 Melayu di bidang politik, pelajaran, gama, ekonomi,sosial dan kebudayaan serta bahasa Melayu ".

SINGAPURA MASUK MALAYSIA :
Bila Malaysia ditubohkan, kami orang2 Melayu terutama anggota2 UMNO masa itu bekerja keras mengajak orang2 Singapura agar memasuki Malaysia dalam satu ' Referendum ' rakya Singapura bersetuju memasuki Malaysia. Bila kami dalam Malaysia kerajaan P.A.P. telah menuntut hak yang berlebehan dengan slogan " Malaysian Malaysia " dan waktu itu bahaya perkauman begitu hebat di Singapura dan kami orang2 Melayu selalu menjadi cemohan mereka hingga akhbar Utuan Melayu yang mana waktu itu orang2 Melayu Singapura banyak yang memegang sahamnya ditegah masuk ke Singapura.

Sebenarnya mereka marahkan Kerajaan Pusat yang ditadbirkan oleh orang-orang Melayu, kami orang2 Melayu Singapura menjadi korbannya. Akhirnya bila Tengku mengeluarkan Singapura dari Malaysia, nasib kami bertambah2 terok - akta 89 Ceraian 2yang menjadi tanggongjawab pemerentah tidak langsong diperdulikan, hanya beberapa perkara yang menguntongkan mereka sahaja yang dilaksanakan. Nasib kami sunggoh2 sedeh dan mana2 yang tidak tahan masing2 melarikan diri ke Malaysia.

SEBAHAGIAN PENDERITAAN KAMI :
DARI SEGI POLITIK :


Memandangkan tanggongjwab pemerintah dari segi politik terhadap nasib orang2 Melayu sepatutnya mereka mestiah memberi peluang kepada kami memeilih eberapa orang wakil kami di dalam majlis undangan yang dilantek oleh kami semua, tetapi hal ini semua tidak dilaksanakan, hanya yang mereka lakukan ialah melantek beberapa orang Melayu dari partinya yang tidak pula menyuarakan nasib orang2 Melayu.

Dengan sebab itu banyak perkara yang berkaitan dengan orang2 Melayu telah diabaikan dan kadang2 bertentangan pula dengan kebudayaan dan agama orang2 Melayu dan kalau kami masuk bertanding melawan mereka, kami tidak akan berjaya kerana kedudukkan kami sekarang telah berpecah2 di dalam satu2 kawasan undi dan kami hanya merupakan gulungan yang terkecil. Paling tinggi kami ada kira2 15% dibandingkan dengan pengundi2 Cina walaupun calon mereka calonnya orang Melayu.

*...Bersambung

NEGERI PALING BANYAK MENTERI/TIMBALAN MENTERI

on Wednesday, September 16

JALANRAYA SEPERTI INI DI SABAH & SARAWAK PERLU SEGERA MENDAPAT PERUNTUKAN KHAS

1. SABAH & Sarawak sudah lama menjadi akaun tetap kepada kerajaan BN. Kekalahan yang menimpa komponen-komponen BN di Semenanjung Tanah Melayu memberikan kelebihan kepada YB dari Sabah & Sarawak.

2. YB Shafie Apdal, YB Anifah Aman, YB Liew Vui Keong, YB Rosnah Rashid Sirlin, Tan Sri Bernad Dompok, YB Lajim Okin, Tan Sri Joseph Kurup, Datuk Dr. Maximus Ongkili semuanya dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Jika 10 dan 20 tahun dahulu amat sukar YB dari Sabah dilantik ke jawatan Menteri Persekutuan.

3. Hari ini 16 September 2009, sudah 46 tahun Sabah & Sarawak merdeka melalui Malaysia. Jika tidak, mungkin Kemerdekaan Sabah & Sarawak akan lewat seiring dengan Kemerdekaan Brunei pada tahun 1980an.

4. Persidangan Parlimen akan diadakan bulan depan. Penulis yakin persidangan ini amat bermakna bukan kerana Bajet 2010 akan dibentangkan, tetapi berapakah jumlah peruntukan pembangunan yang akan dibawa ke negeri bawah bayu .

5. Selepas pembentukan Kabinet DS Najib, rakyat Sabah menaruh harapan yang tinggi kepada YB-YB Sabah yang dilantik ke jawatan Menteri Kanan seperti Datuk Shafie Apdal. Penulis ketika itu mencadangkan supaya YB-YB Sabah bersatu hati untuk mendapatkan peruntukan yang lebih besar, terutama membina Lebuh Raya Kota Kinabalu - Tawau.

6. Maksud Lebuh Raya ialah jalan 6 lorong, ada hentian rehat yang cantik dan bersih seperti di Semenanjung Tanah Melayu. Bukan lebuhnraya 2 lorong seperti yang ada sekarang ini. Lebuh raya utama di Sabah menghubungkan Kota Kinabalu-Tawau yang ada sekarang itu bagaikan jalanraya tahun 1970an di Semenanjung.

Kita hendaklah memandang ke hadapan, 20 30 tahun akan datang...kampung-kampung baru akan banyak dibuka, penduduk semakin ramai, setiap hari rakyat semakin meminta jalan raya yang sempurna, di kg sana sudah dibaiki di kg yang satu lagi meminta,Kerajaan mana-manapun sama ada mempunyaim peruntukan atau tidak akan berhadapan permintaan yang tidak putus-putus. Bagi rakyat semua itu tanggungjawab kerajaan,maka ketika YB-YB Sabah memiliki banyak Kelebihan sekarang, gunakanlah untuk memajukan negeri.

7. Ini adalah masanya, 3 tahun ini adalah masanya untuk YB Sabah membawa masuk lebih banyak projek pembangunan. Lim Guan Eng baru-baru ini dalam temuramah dengan wartawan asing membayangkan bukan perkara mudah untuk menghadapi DS Najib kerana DS Najib seorang Perdana Menteri yang berkesan. Menurutnya Lim Guan Eng, Pakatan Rakyat akan menghadapi kesukaran berhadapan dengan DS Najib dalam PRU13 kerana Perdana Menteri telah berjaya membawa banyak pembaharuan kepada rakyat Malaysia.

8. Selamat Hari Kemerdekaan bagi negeri Sabah & Sarawak.( Lagu negeri Sabah : Sabah Tanah Airku lagu )

MENGHINA NEGARAWAN = MENGHINA NEGARA

on Tuesday, September 15



1. TINDAKAN Perwakilan MIC mencadangkan untuk mengkalungkan selipar di gambar Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad satu perkara yang serius dan melampaui batas.

2. Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas jika ia mendatangkan kemarahan kepada orang-orang Melayu terutamanya. Cadangan ini satu penghinaan, Tun Dr. Mahathir sudah berjuang sejak sebelum merdeka lagi , pengorbanan Tun Dr. Mahathir memakmurkan rakyat Malaysia dengan konsep 1 keluarga 1 kereta, 1 keluarga 1 rumah, 1 rumah 1 komputer dan sebagainya membuktikan M.Muniandy dan MIC tidak mengenang budi.

3. Menghina Tun Dr. Mahathir samalah seperti menghina orang Melayu. Menghina Tun Dr. Mahathir samalah seperti menghina Negarawan negara kita. Persoalannya apakah tindakan pihak berkuasa? Janganlah sampai orang-orang Melayu semkain marah yang tidak boleh dikawal baru hendak bertindak.

4. Di Baghdad, wartawan yang melempar kasut kepada bekas Presiden Amerika telah dipenjarakan.

5. Di Thailand, wartawan yang menghina Raja Thailand disumbat ke dalam penjara. Di Filiphina, rakyatnya yang membakar bendera Filiphina disumbat dalam penjara. Di Indonesia, kesilapan sebuah syarikat dalam projek tarian pendetnya menyebabkan rakyat Indonesia melakukan " sweeping orang Malaysia ".

Kalau M. Muniandy berkata sedemikian di negara Indonesia, apakah agaknya akan berlaku?

6. Bagi penulis, Presiden MIC hendak merujuk perwakilan tersebut kepada Jawatankuasa Disiplin parti hanya tindakan terlalu sederhana yang tidak berharga dengan kata-kata hendak mengkalungkan Negarawan Tun Dr Mahathir dengan selipar.

7. Seandainya Presiden MIC dikalungkan dengan kasut, apa perasaan tuan Presiden MIC ?

8. Nampaknya, di Malaysia menghina negarawan tiada masalah dan tiada apa-apa tindakan ?

TIADA PERKATAAN

on Monday, September 14

1. PENULIS berharap Kerajaan BN membantu mereka ini. Amat menyedihkan, walau apapun alasan pembangunan dan sebagainya, sebagai rakyat Malaysia, rumah adalah penting tempat berteduh .





2. Kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP mempunyai 1001 sebab untuk meneruskan agenda mereka, tetapi penulis percaya Kerajaan Persekutuan BN mempunyai sebab untuk menghulurkan bantuan.

AKAUN TETAP

on Saturday, September 12


1. SEJARAH adalah berkaitan fakta yang benar.

2. Maka itu, Sabah & Sarawak sepatutnya menyambut Hari Kemerdekaan negeri masing-masing dari penjajahan British pada 16 September 2009 ini merujuk kepada penyertaan Sabah & Sarawak ke dalam Malaysia pada 16 September 1963.

3. Tanah Melayu benar merdeka pada 31 Ogos 1957 dan tarikh tersebut diambil kira dan digazetkan sebagai Kemerdekaan negara Malaysia yang disambut setiap tahun. Penulis fikir kerajaan di bawah kementerian Datuk Seri Utama Rais Yatim perlu melihat dan mengkaji semula perkara ini.

4. Penulis yakin bukan satu masalah besar jika sambutan kemerdekaan negara kita disambut dua kali kerana itulah faktanya, yakni peristiwa yang berlaku pada 31 Ogos 1957 itu tidak berlaku di Sabah & Sarawak. Pada 31 Ogos 1957, Sabah & Sarawak masih diperintah oleh penjajah British sehinggalah merdeka melalui Malaysia pada 16 September 1963.

5. Penulis percaya, orang Sabah & Sarawak dalam keadaan samar-samar untuk menyambut 31 Ogos setiap tahun kerana ia tidak berlaku di Sabah & Sarawak. Jika kita boleh perbetulkan keadaan ini, penulis yakin mereka di Sabah & Sarawak akan mendapat semula hak sejarah mereka dan akan lebih bersemangat bersama-sama menuju wawasan pemimpin di peringkat persekutuan.

6. Kerajaan mungkin telah mengambil hati dengan menyambut hari kemerdekaan negara bermula 31 Ogos hingga 16 September, namun bagi penulis, kerajaan negeri Sabah & Sarawak perlu menyambutnya dengan lebih hebat sebagai tanda menghargai kebebasan daripada belenggu penjajahan British.

7. Kerajaan selalu mengharapkan Sabah & Sarawak sebagai akaun tetap. Memang itulah yang dilakukan selama ini, maka apakah salahnya jika sedikit perkara ini diperbetulkan. Analoginya mudah, jika anda dilahIrkan pada 16 September tak kan anda menyambut hari lahir anda pada 31 Ogos ye tak.

8. Jika Tun Dr. Mahathir boleh menyeragamkan masa Semenanjung Tanah Melayu dengan di Sabah/Sarawak , sudah tentu perkara ini boleh diperbetulkan. Bukan begitu...

DITENDANG KELUAR

on Thursday, September 10

2003 : TUN MAHATHIR ISYTIHAR MALAYSIA NEGARA ISLAM, BILA AGAKNYA PAS NAK ISYTIHAR KEDAH & KELANTAN NEGERI ISLAM.


1. PERTEMUAN dalam suasana muhibbah penulis dengan Ketua Penerangan PKR, YB Tian Chua memberikan beberapa anekdot yang menarik untuk dikongsikan bersama.

2. Sebelum itu, Lim Kit Siang Setiausaha Agung DAP membayangkan ketakutannya jika Pakatan Rakyat tidak berjaya meneruskan kerjasama mereka sehinga PRU-13 berikutan beberapa masalah yang melanda Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang diperintah sekarang.

Datuk Mustapha Ali sangat kecewa dengan ulasan Lim Kit Siang itu kerana ia memberikan gambaran kelemahan Pakatan Rakyat.

3. Dalam pertemuan dengan YB Tian Chua, beliau menceritakan cabaran di Parlimen Batu yang terdiri daripada masyarakat Cina kaya dengan masyarakat Cina miskin, masyarakat India dan Melayu. Dalam hal tersebut, YB Tian Chua mengakui masalah bajet akibat daripada masalah ekonomi global yang turut melanda negara kita.

4. . Apa yang menariknya, YB Tian Chua menyatakan bahawa beliau tiada masalah jika PAS berniat menubuhkan negara Islam, beliau tiada masalah jika PAS sekadar bercakap mahu melaksanakan Hukum Hudud, tetapi jangan melanggar garisan yang telah dipersetujui mereka.

Persetujuan itu ialah Tidak boleh menubuhkan negara Islam dan tidak boleh melaksanakan Hukum Hudud. Jika sekadar berkempen, menulis, bercakap ya silakan kerana itulah cita-cita parti PAS tetapi bersama Pakatan tidak boleh dilaksanakan dan tidak boleh dibuat.

JIka dibuat , maka YB Tian Chua menyatakan ketika itu PAS akan ditendang keluar dari Pakatan Rakyat...

5. Jika begitu, nampaknya PAS dipaksa dan terpaksa beretorik sahajalah...Terimakasih kepada YB Tian Chua kerana menjelaskan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat. Sesuailah YB Tian Chua jadi Ketua Penerangan.

CROSSROADS

on Tuesday, September 8



1. Buku " Crossroads " oleh Jim Baker sangat sesuai dibaca untuk memahami politik Malaysia-Singapura atau politik Melayu-Cina terutamanya.

2. Menurut Jim Baker, Kontrak Sosial di Singapura berbeza dengan kontrak sosial di Malaysia, di mana di Singapura PAP memerlukan rakyat Singapura menerima lebih banyak kuasa kerajaan, hak asasi yang terhad dan bekerja kuat. Sebagai imbuhan, kerajaan akan mewujudkan keadaan aman, sejahtera dan kualiti hidup yang baik.

3. Menurut Jim Baker lagi, dalam arena politik kerajaan Singapura bertindak memastikan hanya wujud satu paltform dominan untuk menyuarakan segala aspirasi rakyat Singapura - iaitu PAP sahaja.

Apakah ini bisa diamalkan di Malaysia. Tetapi Singapura mendewakan dirinya sebagai negara paling demokratik di dunia. Namun apakah sudah terjadi kepada cendikiawan Melayu Dr. Lily Zubaidah yang dibuang negeri dari Singapura?

4. Orang Melayu dan umat Islam di Malaysia sudah terlalu leka, mereka lupa Singapura barangkali kini sudah dan sedang merancang sesuatu ke atas Tanah Melayu terutamanya. Sesiapa yang biasa pergi ke Singapura akan melihat persediaan maha terancang mereka dari segi logistik untuk mempertahankan atau bertindak negara mereka. Lawatan Lee Kuan Yew ke Malaysia baru-baru ini bertemu semua pemimpin komponen BN dan PR kecuali DS Anwar Ibrahim.

Satu contoh, jalanraya di Singapura dibina sedemikian rupa supaya bila-bila masa ianya boleh digunakan oleh jet-jet pejuang mereka untuk mendarat, yang disimpan di negara-negara luar terutama Amerika.

5. Menurut Dr. Ridwan Tee Abdullah, seorang pensyarah kanan di UPNM dalam bidang ketenteraan, orang Melayu di negara mereka sendiri kini berada pada kedudukan paling lemah baik UMNO atau PAS. UMNO bergantung kepada MCA dan komponen parti Cina yang lain, PAS pula kini bergantung kepada DAP.

Menurut Dr. Ridwan lagi, jika hari ini sesiapa menyentuh pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, baik MCA atau DAP kedua-duanya akan bersatu tenaga mempertahankannya. Katanya lagi,ini tidak berlaku kepada UMNO dan PAS, walaupun sama-sama beragama Islam.

6. Dr. Ridwan Tee dikecam hebat oleh akhbar-akhbar Cina kerana mempertahankan fakta Melayu sebagai tuan tanah dan kesucian agama Islam.Kata mereka, Dr Ridwan Tee lebih Melayu dari Melayu.

7. Hari ini Thailand mahu menjadi Siam semula. Thailand sudah menSiamkan segala-galanya. Jika melihat filem Hindi ia sudah diSiamkan. Pakaian, kereta dan apa sahaja yang masuk ke Thailand, akan diSiamkan terlebih dahulu. Sebab itulah mantan Perdana Menteri Thailand seperti Thaksin, Chuan Lek Pai dan Abishit hari ini semuanya keturunan Cina yang sudah diSiamkan. Untuk menjadi Perdana Menteri mereka terlebih dahulu menjadi Siam sepenuhnya.

8. Di Malaysia apakah teorinya ? Di Malaysia, ada pemimpin pembangkang bukan Muslim membaca ayat-ayat suci Al-Quran...wamakaru wamakarallah ...tapi dia sendiri tidak beriman kepada Allah SWT. Apakah tujuannya mentafsir dan menggunakan ayat itu? Katanya ia ajaran yang hebat ajaran yang benar, jika begitu masuklah Islam. Berimanlah kepada Allah SWT.

9. Pertemuan DS Anwar dengan ADUN UMNO yang kecewa dengan MB Terengganu tempohari khabarnya DS Anwar melarang mereka menyertai PAS, mereka diminta menyertai PKR.

10. Walaupun dua tiga ADUN UMNO itu bertemu tetapi mereka tidak berniat melompat hanya sebagai protes kepada MB Terengganu, persoalannya ketika pertemuan itu apakah give and take-nya?

11. Semua kemelut di atas diharap menjadi sejarah dan pengajaran kepada negara ini. Semoga 1Malaysia dapat menyatupadukan semua rakyat Malaysia sama ada Melayu, Cina , India, Sabah & Sarawak dengan aman, damai dan harmonis. Bukan begitu...

TITAH SULTAN PERAK vs ARAHAN YB TRONOH BERSIDANG

on Wednesday, September 2

SIAPA RAJA PERAK?
DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN AZLAN MUHIBBUDIN SHAH

1. ...Beta telah memperingatkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, berbilang agama, berbilang adat resam…. ; maka seharusnyalah diperingatkan, bahawa dalam negara yang semuanya berbilang itu, mesti ada suatu asas untuk ditumpukan perhatian.

2. ...Dalam konteks ini, Malaysia telah wujud dari cantuman tiga wilayah, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Persekutuan Tanah Melayu pula diasaskan atas tapak Kesultanan Melayu Melaka…. ; Perkataan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Persekutuan Tanah Melayu masih wujud dalam undang-undang kita.

3. ....Dengan lain perkataan, negara Malaysia adalah berteraskan kepada sejarah Melayu, evolusi politik Melayu, nasionalisme Melayu yang hidup subur dan kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu..... Faktor-faktor dan hakikat ini yang melahirkan Negeri-Negeri Melayu, Persekutuan Tanah Melayu, dan akhirnya Malaysia.

4. ....Beta telah menzahirkan pandangan bahawa Negara ini merintis perjalanan demokrasi berpelembagaan dengan kesedaran bahawa Negara ini adalah Negara pelbagai kaum dengan pelbagai bahasa, budaya dan agama. Perbezaan tersebut perlu disesuaikan dalam rangka perlembagaan yang mengiktiraf tradisi masyarakat Melayu; lalu diperkenalkan ciri yang unik, iaitu meletakkan sistem Kesultanan berada di puncak sistem pemerintahan.

5. ... Dalam konteks negeri Perak hari ini, arahan YB Tronoh mengadakan Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak hari ini siapa Rajanya yang akan merasmikan sidang itu? Siapa Raja yang memperkenan Persidangan itu? Atau negeri Perak sudah tidak ada Raja di mata YB Tronoh itu?.

6. ... Penulis hanya memberi minda, rakyat di Perak khususnya yang menjadi hakim. Isunya, negeri Perak sudah aman, gerangan apakah hendak dihuru-harakan lagi?.

SEORANG WANITA DAN BAYI ITU

on Tuesday, September 1

KEADAAN ANGGOTA POLIS YANG DIBAKAR

1. Laporan dalam sebuah portal bertajuk " Kisah penghuni Kampung Chulaborn 12 " bukanlah menghairankan, malah di kedai buku UM ada banyak dijual buku-buku mengenai Komunis dan Parti Komunis Malaya ( PKM ) yang menceritakan kegiatan dalam hutan Chin Peng, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh, Suriani Abdullah dan lain-lain.

Di sebalik cerita di atas, apa kata kita mengimbau pula kisah tragis di bawah.

2. Pada 23 Februari 1950, Balai Polis Bukit Kepong telah diserang oleh pengganas Komunis.

3. Lebih 100 Komunis mengepong balai polis itu, namun pihak polis dengan beraninya membalas serangan tetapi bilangan Komunis lebih ramai. Anggota Polis A.P. Ahmad dan Penghulu Ali bertarung nyawa mereka mempertahan Balai Polis Bukit Kepong dan anggota keluarga daripada serangan Komunis tanpa belas kasihan itu.

4. Pihak Komunis memerintahkan mereka menyerah diri, tetapi mereka enggan, lalu Komunis membakar Balai Polis Bukit Kepong , membunuh semua anggota polis dan anggota keluarga mereka, dibakar hidup-hidup.

5. Apabila Penghulu Ali mendapat tahu Balai Polis Bukit Kepong diserang, beliau serta-merta menghimpunkan semua Pengawal Kampung untuk menyelamatkan Balai Polis Bukit Kepong.

6. Semasa pertempuran, Penghulu Ali merangkak ke hadapan cuba mengambil senapang anggotanya yang terkorban, beliau tidak mahu senjata itu jatuh ke tangan pihak musuh.Dalam pertempuran, Penghulu Ali ditembak dan dibunuh.

7. Apabila fajar tiba, pihak Komunis meniup begol tanda mereka akan berundur. Walau bagaiamanapun, Balai Polis Bukit Kepong sudah musnah menjadi abu.

8. Jenazah anggota polis, keluarga mereka, dan empat orang Pengawal Kampung yang terkorban dan terbakar terkujur dalam kehancuran tersebut. Pemandangan sungguh mengerikan.

9. Ibu Pejabat Polis Daerah di Pagoh hanya menerima berita serangan lewat tengah hari kerana talian telefon dipotong. Mereka hanya dapat menghanatar bantuan keesokan harinya.

10. Dato' Onn Jaafar selaku Menteri Besar ketika itu bergegas ke sana bersama-sama dengan Jeneral ( B ) Tub Ibrahim Ismail. Mereka berlepas dari Muar ke Lengga menaiki jalanraya, kemudian menaiki Bot ke Bukit Kepong kerana tidak ada jalanraya dari Muar Ke Bukit Kepong. Perjalanan jauh dan sukar.

11. ...Sekujur mayat benar-benar menarik perhatian saya. Mayat itu Mayat seorang Wanita dengan Bayi dalam pelukannya. Gambaran itu masih menghantui saya sehingga hari ini...( Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail ).

12. *** Filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Samsudin sebenarnya lebih dasyat daripada dalam filem itu.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan