ERA PERPADUAN = TUN RAZAK/DATUK ASRI = DS NAJIB/DS HADI

on Tuesday, October 27



1. Exco Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata sesetengah ahli PAS cukup berani berbohong dan memfitnah melalui blog.

"Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata-kata manusia dan peristiwanya.

"Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakui pada yang benar,".

2. Sepatutnya sebagai parti yang memakai pakaian atas nama agama Islam, perkara yang ditimbulkan oleh Nik Abduh itu tidaklah berlaku.

Oleh kerana ia berlaku, maka apakah PAS ini benar-benar mengamalkan ajaran Islam atau hanya menggunakan nama Islam untuk kepentingan politik? Banyak persoalan lain, apakah mereka tidak cukup tarbiah? Ini bukan kali pertama Nik Abduh menyelar ahli PAS, malah Nik Abduh pernah menggelarkan penasihat ayahnya sebagai penasihat .....

3. Sebagai sebuah jemaah politik, UMNO dan PAS sama-sama tidak rela kesucian agama Islam dipermain-mainkan oleh sesiapa pun baik MCA, GERAKAN, DAP, PKR dan sebagainya.

4. Bagaimana sukarnya PAS melaksanakan dasar-dasar negara Islam, Undang-undang Hudud di negeri-negeri Pakatan sekarang ini, begitulah juga cabaran UMNO yang terus berusaha melaksanakan syiar Islam secara berhemah dan bijaksana.

5. Dr. Hassan Ali melihat dan mengalami betapa sukarnya melaksanakan cita-cita Islam bersama DAP dan PKR. Lalu DR. Hassan Ali melihat kepada UMNO yang pernah menaikkan namanya. Dr. Hassan Ali melihat hanya dengan UMNO , PAS boleh melaksanakan perundangan Islam.

6. Terdapat tuduhan bahawa Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS hanya mainan politik UMNO . Terdapat tuduhan blogers, akhbar dan media memanupulasi cerita ini.

Jika begitu, siapa boleh menafikan ada pertemuan Tertinggi antara kepimpinan PAS dengan UMNO untuk merundingkan kerajaan Perpaduan UMNO-PAS?

Siapa boleh menafikan Dr. Hassan Ali, Hj. Mustapha Ali, Nasharudin dll telah bertemu dengan Kepimpinan Tertinggi UMNO ?

Barangkali hanya masa akan menentukan Dr. Hassan Ali akan menjawat Menteri Besar Selangor, dan DS Hj Hadi Awang Menteri Penuh...Memang jalan perpaduan tidak mudah...

PM YANG AKAN MENGGEMBIRAKAN SEMUA

on Thursday, October 22


1. DS Najib menjadi Pendamai kepada Tun Dr. Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Bdawi. DS Najib tidak mengenepikan Tun Abdullah Tidak juga mengenepikan Tun Dr. Mahathir. DS Najib tidak menghapuskan ECER DS Najib tidak juga menghapuskan Wawasan 2020. DS Najib meneruskan apa yang baik kepada rakyat dan negara.

2. Pertelagahan MCA didamaikan dengan mudah , menunjukkan sentuhan kepimpinan yang hebat. Bagi PM, semua orang Melayu, Cina, India dan lain-lain mempunyai hak masing-masing yang telah diperuntukkan di dalam perlembagaan. Semua pihak akan mendapat hak masing-masing tanpa perlu mengambil hak orang lain.

3. Hari ini, orang Bukan Melayu semakin berasa yakin dengan kepimpinan DS Najib. Dari satu segi, ia boleh dibuktikan dengan undi hampir total diraih oleh BN di pusat-pusat undi Bagan Pinang. Semua saluran Bukan Melayu dimenangi oleh BN. Semua saluran MIC menang di Bagan Pinang. Semua saluran MCA menang di Bagan Pinang.

4. Di Perak, perhimpunan 1Malaysia menyaksikan seluruh kaum hadir memberi sokongan kepada Perdana Menteri. Penuh stadium dengan rakyat yang memberi sokongan kepada Perdana Menteri.

5. Sebaliknya, wakil-wakil rakyat PKR satu demi satu berhijrah dan membayangkan untuk berhijrah. Bermula dengan YB PKR Kedah, kemudian YB PKR Pelabuhan Klang, kemudian YB PKR Sarawak semuanya sudah tiada hati bersama PKR. Khabarnya setiap hari mereka berhijrah sama ada kepada UMNO atau PAS.

6. Terkini YB PKR kawasan Batu dijatuhi hukuman 6 Bulan Penjara dan RM3,000. Jika gagal dalam rayuan, maka ia memerlukan pilihanraya baru.

7. Bagi kita, yang penting sekarang ialah memenuhi keperluan rakyat yang semakin ramai. Graduan yang semakin ramai, pasaran kerja yag kecil, menyediakan rumah yang mampu milik, kenderaan mampu milik, pendidikan sempurna, dan sebagainya. Tahun 2020 tidak lama bakal menjelang, rakyat Malaysia mesti bersedia berhadapan dengan cabaran yang lebih besar di hadapan.

THE MALAY WARRIOR

on Tuesday, October 20



1. SEMALAM ( 19/10/2009 ) merupakan Hari Ulang Tahun ke-87, Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail, mantan Panglima ATM.Beliau merupakan insan yang sangat berjasa kepada agama, bangsa dan negara ini terutama semasa Perang Dunia Kedua sehingga beliau bersara pada tahun 1977.

2. Buku beliau patut dibaca " IBRAHIM PAHLAWAN MELAYU (DBP) dan " IBRAHIM : THE MALAY WARRIOR (PELANDOK PUBLICATIONS). Buku ini menceritakan kesah beliau , Tun Hussien Onn, dan Ungku Ahmad dihantar ke Akademi Tentera Terulung di Dehra Dun, Agra , India.

3. Kesah sedih beliau ditahan Kempetei Jepun selama 8 bulan di Kota Bharu ketika menjadi perisik untuk membebaskan Tanah Melayu daripada tentera Jepun.

4. Buku tersebut juga menceritakan kesah sebenar Bukit Kepong, perjuangan di sebalik Kemerdekaan Tanah Melayu, kesah di sebalik Pemberontak Parti Komunis Indonesia ( PKI ) di Kalabakan, kesah sebenar penubuhan MAGERAN dan sebagainya.

5. Beliau juga menyaksikan Kekalahan Israel kepada Tentera Mesir. Beliau melawat Semenanjung Sinai dan melihat bagaimana kereta-kereta kebal dan tentera Israel bergelimpangan.

6. Perjuangan beliau memartabatkan pegawai-pegawai tentera Melayu yang diberi taraf Bawahan dan Rendah oleh pegawai-pegawai tentera British di Tanah Melayu ketika itu. Antaranya pegawai tentera Melayu makan di tempat yang lebih rendah daripada tentera British, pegawai tentera Melayu tidak boleh diberi tabik hormat dan sebagainya, semuanya berjaya diatasi dengan ketegasan Tun Ibrahim menghadap Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dan Setiausaha Tanah Jajahan British di London ketika itu.

7. Semoga generasi baru melihat sejarah yang tidak ternilai ini. Negara ini tidak berdiri sebegini hebat tanpa pejuang-pejuang seperti Tun Ibrahim...

MENTERI BESAR KEDAH

on Saturday, October 17


1. 1Malaysia telah berjaya mengeratkan hubungan antara kaum dengan lebih baik, kelihatannya perpaduan antara kaum semakin kukuh dan percakapan-percakapan serta tindakan-tindakan berbau perkauman semakin reda dan semakin pergi ditinggalkan masa yang terus berlalu.

2. Di kalangan pengundi-pengundi muda, pengundi atas pagar dan ' silent majority yang menyokong atau tidak menyokong Kerajaan secara senyap juga kelihatannya memberi harapan yang besar kepada DS Najib sebagai Peneraju negara ini.

Di Bagan Pinang dan Manek Urai, statistik menunjukkan Saluran 4, 5 dan 6 dimenangi oleh UMNO dan BN.

3. Maka, barangkali tidak hairanlah Ketua Menteri Pulau PInang melahirkan kegusaran hatinya semasa ditemuramah oleh wartawan asing, bahawa masa depan Pakatan menjadi semakin sukar di bawah Kepimpinan DS Najib yang ssngat berkesan.

4. Kini , semua orang menanti apakah Pelabuhan Kelang akan ada Pilihanraya Kecil lagi. Dengan insiden terbaru Datuk Zaid Ibrahim , keluar untuk berehat panjang daripada PKR, menunjukkan petanda apa bentuk Demokrasi yang mereka amalkan di dalam parti itu.

Dengan masalah PKR Sabah yang semakin besar, dengan khabar angin Datuk Jefferey Kitingan sedang mencari tapak baru di PBS, maka jalan-jalan Kehancuran sebenarnya menanti PKR.

5. Penulis optimis, dalam 5 dan 10 tahun ini PKR akan berkubur. PKR tidak mempunyai pemimpin pelapis yang boleh menjadi Presiden . Pemimpin De Facto sendiri Tidak Berani menjadi Presiden. Walau Berapa Kali Perhimpunan Agong Tahunan PKR...dia tidak akan mahu menjadi Presiden ...Seharusnya ahli-ahli PKR mempersoal kenapa dia tidak mahu menjadi Presiden parti PKR.

Apakah hatinya ada di UMNO?

6. Bajet 2010 akan dibentang minggu hadapan...Perdana Menteri tidak pernah menganaktirikan kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan, jika tidak percaya bertanyalah kepada Menteri Besar Kedah...

MALAYSIAKINI SUDAH PRO-BN

on Tuesday, October 13



1. DAHULU Portal Malaysiakini asyik hentam kerajaan BN sahaja. Boleh dikatakan setiap hari tajuk dan berita-berita sering kontra dan menghentam kerajaan BN sahaja.

2. Penulis dapati sejak beberapa bulan ini, Portal Malaysiakini sudah berubah! Mereka sudah mula memuatkan berita-berita positif untuk pemimpin-pemimpin kerajaan . Malah mereka juga sudah mula menimbulkan kesilapan, ketidaktelusan, cakaptakserupabikin pemimpin-pemimpin pembangkang.

3. Malaysiakini sudah mula menyiarkan pergeseran dan pergaduhan dalam pakatan pembangkang, sudah tidak lagi mengagung-agungkan pemimpin defacto, sudah tidak lagi memburuk nama Perdana Menteri dan kerajaan.

4. Contoh-Contoh Terkini Artikel Malaysiakini Pro BN :

a. PAS Gagal Dekati Pengundi Waktu Pilihanraya
b. PM : Kemenangan Tiup Semangat Baru
c. MB Yakin Pakatan Hadir Sidang DUN
d. Hakim Kecewa Petra Terus Hilang
e. Perhimpunan UMNO jadi Fokus
* Banyak lagi artikel yang positif sejak beberapa bulan yang lalu.

5. Contoh-Contoh Terkini Artikel yang Menyindir Pakatan :

a. Ketua Wanita PKR Ipoh Barat Keluar PKR
b. Kaum India kembali sokong BN
* Dan banyak lagi

6. Seseorang penulis amat memahami ayat-ayat psiko, amat memahami strategi information operation.

7. Jika begitu seterusnya, tahniahlah kepada Sidang Pengarang Malaysiakini. Teruskan beri maklumat yang adil gitu. Sesungguhnya Allah SWT memberi petunjuk dan sedang membuka hati-hati mereka...

KALAH 8 KALAH 18

on Monday, October 12


1. KEMENANGAN BN di Bagan Pinang memanglah dijangka tetapi Majoriti yang diperolehi menunjukkan Gelombang Biru sudah datang. Kesabaran ahli-ahli BN berdepan provokasi kasar Pakatan Rakyat mendapat pulangan yang menakjubkan.

2. Majoriti Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad meningkat kepada 5,435 undi berbanding 2,333 undi pada Pilihan Raya Umum 2008.

Pengarah Pilihanaraya PAS kata BN menang kerana Pengundi Pos...Namun, jika kita berikan sebahagian besar secara percuma 4,000 Undi Pos kepada PAS pun, apakah mereka akan menang juga...

3. BN menang di semua 8 daerah mengundi termasuk 3 daerah yang dimenangi pembangkang pada Mac tahun lalu.

4. Calon PAS, Pesuruhjaya Negeri hanya memperoleh 2,578 undi. Pas kalah di semua 18 saluran mengundi.

5. Kemenangangan ini merupakan Gelombang Sokongan rakyat yang bermula di Bagan Pinang kepada kepimpinan YAB DS Najib Tun Razak sebagai PM.

Setiap Hari, Setiap M/S Harakah, Setiap Penjuru Calon BN di Bagan Pinang difitnah, dan dikata apa sahaja demi untuk memaksa pengundi Bagan Pinang mengundi calon Pas. Namun akhirnya, Allah SWT membuka hati-hati mereka untuk memberi kemenangan kepada BN.

6. Momentum ini perlu diteruskan, PM sudah memberi 2 point penting. Pertama Selangor perlu kembali kepada BN, dan Bandar Tun Razak perlu kembali juga kepada BN.

7. Pendukung BN perlu meneruskan sifat Tabah, Tenang, dan Sabar menghadapi Kerakusan, Kekasaran dan Keangkuhan mereka.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan