RUM0S

on Tuesday, November 24



1. Kemelut dalaman PAS dijangka akan semakin parah walaupun Menteri Besar Kelantan telah memecat CEO syarikat perbadanan kerajaan negeri Kelantan. Itu harga yang terpaksa MB Kelantan bayar , jika tidak mahu Husam meletak jawatan. Jika Husam meletak jawatan dalam parti dan kerajaan , perkara yang lebih buruk akan berlaku kepada PAS tetapi ia tidak berlaku buat masa ini kerana MB Kelantan sudah berkorban.

Yang kita semua tidak sangka ialah ulasan daripada Tok Guru Ayah Hj. Lah, Pengasas Pondok Geting, AMT Persatuan Pondok Kelantan .

2. Kita tahu ramai pemimpin-pemimpin dan blogger PAS yang anti-Husam ini, sebab kita sudah berjumpa mereka,rupanya dalam PAS pun ada geng A ada geng B, sebabnya sangat mudah, kerana Husam membiarkan dirinya diperalat oleh defacto. Terbaru, dalam satu majlis besar , Husam dijemput bukan Haji Hadi Awang atau Nasharudin yang menjawat jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS.

Apabila seorang blogger pro-Husam dipecat, maknanya semakin banyak rahsia sulit akan dibongkar dan terbongkar. Perkara ini akan berlaku dan kita pun sedang menanti apakah lagi yang akan terbongkar.

3. Umat Islam di Malaysia hendaklah melihat statistik PRU12 dengan bijaksana, bahawa dalam Parlimen PAS yang hanya bertanding 66 Kerusi Parlimen dan mendapat 23. Kalau hendak mengganti UMNO, sepatutnya PAS bertanding 130 kerusi majoriti Melayu dan Islam. Sebaliknya PKR pula bertanding 96 kerusi Parlimen dan mendapat 31 kerusi Parlimen. DAP pula berjaya mendapat 28 Kerusi Parlimen.( 31 - 28 - 23 ).

4. Statistik ringkas di atas menunjukkan PAS tdak mungkin akan berjaya menjadi Perdana Menteri. Sebaliknya Lim Guan Eng akan lebih berpeluang menjadi Perdana Menteri dengan bantuan PAS dan PKR.

5. Bagaimana pula masa depan PKR. Pada hemat penulis, PKR akan menjadi seperti GERAKAN yang dulunya diasaskan oleh Syed Husin kini beralih tangan kepada orang lain. Dan PKR pun menuju ke arah itu, kerana PKR tidak mempunyai pengganti Dr. Wan Azizah. DS Anwar Ibrahim tidak akan mahu menjadi Presiden PKR, cadangkanlah beliau tetap akan menolak.

Kerana itu, YB-YB PKR dan pemimpin-pemimpin PKR semakin hari semakin ramai meninggalkan parti PKR. Sebabnya mudah, mereka sudah melihat siapa Anwar-Azizah-Azmin (3A). Di Sabah Dr. Jefferey dan Christina Liew menjadi managsa 3A ini, dan kini mereka sudah insaf PKR hanya mempergunakan mereka sahaja, dengarlah luahan sedih hati mereka berdua.

6. Terkini sudah ada rumos bahawa akan ada lagi negeri tumbang kerana YB-YB PKR akan keluar parti menjadi YB Bebas. Dalam politik, rumuos ini ada kebenarannya, perhatikanlah rumos YB Pelabuhan Kelang, berbulan-bulan rumos itu dan akhirnya dia meninggalkan PKR .

UMNO pun tidak terkecuali, kerana sudah ada rumos mantan Menteri UMNO kononnya akan keluar parti, walaupun ia mantan tak apalah. MCA sudah berlaku kepada Chua Jui Meng, mantan Menteri Kesihatan, tetapi penulis juga yakin Chua Jui Meng juga akan kembali semula kepada MCA pada masa yang sesuai.

7. Pada hemat penulis, usaha Nasharudin dan Haji Hadi Awang termasuklah Hj Mustapha Ali, dll pemimpin PAS tahun lalu perlu diteruskan. Tahun 1974 membuktikan Tun Razak tidak mengenepikan PAS, kini DS Najib Tun Razak yang mengusahakan 1Malaysia sudah pasti tiada halangan untuk bekerjasama dengan sesiapapun untuk agama, bangsa & negara kita.

JIWA-JIWA YANG BESAR = TUN RAZAK, DATO' ASRI, DS NAJIB, DS HADI

on Tuesday, November 10

MEREKA YANG BERJIWA BESAR AKAN BERSATU

1. AGAK lama penulis menyepi kerana berada di luar kawasan.

2. YAB DS Najib Tun Razak selaku PM dan Pengerusi BN mempunyai agenda yang amat ketat dalam program memperkukuhkan BN sebelum PRU-13. Sewaktu berucap di Persidangan Agong PBS, UPKO dan LDP , DS Najib berucap dengan tema Juara Rakyat.

3. Pendedahan oleh Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan Prof Dr Abdul Aziz Bari bahawa rakyat semakin menjauhkan diri dan memandang negarif kepada PAS selepas PRU-12 menunjukkan tangan-tangan DS Anwar semakin berjaya memporak-perandakan parti tersebut.

Seminar PAS baru-baru ini menampakkan DS Haji Hadi Awang berjaya mengukuhkan kedudukannya, tema bahas banyak menguntungkan DS Haji Hadi Awang sebaliknya, banyak isu-isu tidak berpihak kepada Anwar, Husam, Datuk Nik Aziz dan teman seperjuangannya.

DS Haji Hadi Awang menegaskan akan tetap setia bersama Pakatan, tetapi jika diperhalusi ucapan DS Haji Hadi tiada bermaksud akan setia kepada DS Anwar.

4. Kemarahan perwakilan PAS mengapa akhbar rasmi Harakah lebih banyak menulis ucapan Anwar berbanding DS Haji Hadi Awang menunjukkan tangan-tangan Anwar yang sudah jauh meresap. Mereka mempersoal apakah DS Anwar lebih bagus daripada Presiden PAS sendiri DS Haji Hadi Awang?

5. Walaupun Mesyuarat Agong PAS yang lepas berjaya menjatuhkan orang-orang kuat DS Anwar dalam PAS terutamanya Husam dan Kamarudin Jaafar, namun mereka tidak pernah hendak berhenti.

Tatkala Datuk Nik Aziz bersyukur akan mendapat wang ehsan, Husam pula senada dengan DS Anwar menolak wang ehsan. Bagi penulis, apapun istilahnya wang royalti kah, wang ehsan ker, wang pendahuluan kah, yang paling penting Rakyat Kelantan menerima peruntukan itu mulai tahun hadapan.

Rakyat Kelantan akan menikmati projek-projek daripda wang ehsan itu, itu yang lebih penting daripada tidak ada.

6. Terkini, penganalisis politik meramalkan Kedah dan Kelantan akan kembali kepada BN pada PRU-13. ULasan mereka,

** Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah mendedahkan hasil kajiannya terhadap 2,100 responden berkata, 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi berbanding hanya 67 yang menyokong.
Selain itu tambahnya, 519 orang daripada golongan yang berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding hanya 181 orang yang positif.

** Prof. Samsul Amri memberitahu, elemen yang menyumbang kepada krisis dalaman Pas telah lama wujud kerana keanggotaan ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan.

** Prof. Samsul Amri berkata lagi "Lebih daripada itu, Pas sendiri gagal berfungsi seperti yang diharapkan oleh penyokongnya. Pertelingkahan di Selangor dan Kedah membuktikan parti ini tunduk kepada rakan pakatan mereka. Ini tidak disukai khususnya pengundi Melayu.

** Prof. Datuk Dr. Zainal Kling bahawa Pas akan kehilangan apa yang dinikmatinya pada PRU Ke-12 lalu jika masalah dalaman, hilang sokongan dan imej negatif tersebut tidak dapat ditangani dengan segera.

** "Imej yang negatif dan hilang sokongan berpunca daripada banyak sebab. Antaranya percanggahan dalam pakatan pembangkang di mana Pas yang sepatutnya lebih dominan banyak mengalah dan seolah-olah menjadi kuda tunggangan.

** "Masalah dalaman walaupun reda sekejap tidak bererti telah selesai. Ramai yang menyedari ia persefahaman yang rapuh antara Abdul Hadi dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,'' ujarnya.

Menurutnya, kini bergantung kepada pucuk pimpinan Pas untuk melakukan perubahan seperti yang diinginkan rakyat jika mereka masih lagi bercita-cita memerintah negara ini.

** Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff menjelaskan, "Pas akan mati jika berdiri sendiri. Persekitaran politik sekarang tidak boleh untuk Pas bersendiri walau sekuat mana pun mereka. Pas perlukan sokongan pengundi bukan Melayu dan tanpanya ia akan tetap menjadi parti pembangkang,'' katanya.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan