ADA MUSUH DALAM SELIMUT DI KELILING MENTERI BESAR KELANTAN

on Wednesday, January 27


1. DI NEGERI Cik Siti Wan Kembang satu demi satu isu Dalaman kerajaan Kelantan dibongkar, bukan terbongkar sebenarnya, tetapi dibongkar oleh orang dalam PAS sendiri.

2. Kita ambil isu menantu Menteri Besar dalam Perbadanan Kerajaan Negeri Kelantan itu, dibuka satu demi satu rahsia ketidaktelusan di situ.

3. Kemudian ada orang dalam PAS dikatakan memberi Maklumat Minit Mesyuarat Exco Negeri Kelantan yang belum disahkan. Exco Kanan menafikan terlibat. Bagaimana Kickdefella boleh mengetahui dan mendedahkan begitu banyak maklumat .

4. Selepas itu, ditimbulkan isu Kerugian Bazar Kota Bharu yang rugi berjuta-juta ringgit itu. Siapakah dan bagaimanakah ia didedah dan terdedah?. PAS dan kepimpinannya sangat Terkenal untuk menyembunyikan dan menutup rahsia kelemahan mereka sekuat-kuatnya, namun kini nampaknya tidaki begitu.

5. Kemudian terdedah lagi isu Bil Hospital Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan. Sepatutnya Raja-Raja kita perlu dihormati dan dijaga dengan baik hal-hal sedemikian ini, tetapi nampaknya didedahkan juga.

6. Tidak sampai seminggu, dimunculkan pula isu Rumah Kelantan di Kuala Lumpur. MB Kelantan terpaksa menjawab sementara Exco Kanan berdiam diri.

7. Penulis percaya selepas ini satu demi satu isu-isu besar yang melibatkan Kerajaan Negeri Kelantan akan dibongkar oleh orang-orang di sekeliling Menteri Besar Kelantan sendiri.

8. Selama ini diyakinkan ahli-ahli PAS akan taat kepada pemimpin dan parti mereka, tetapi mereka tidak sedar di sekeliling Menteri Besar Kelantan sudah ada musuh dalam selimut. Persoalannya siapakah dia? Mengapakah?

9. Selepas ini apakah isu besar lain pula? Anda tidak percaya ?

3 Komen:

airman_1 said...

doa nya telah termakbul..

Anonymous said...

musuh dia pun org PAS juga..mungkin klu cakap terus terang dia takut tu la sebab dia bagi kat blogger supaya dedahkan...berdoa lah utk kesejahteraan bukan kemusnahan sesama islam...ini yang guru ugama sy ajar disekolah dulu...

Anonymous said...

Terima kasih atas maklumat menarik

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan