BARU TAHU DIKTATOR

on Saturday, January 30



1.APABILA YB Datuk Zahrain MP Bayan Baru mengatakan Ketua Menteri Pulau Pinang Diktator, baru tahukah? Baru tahukah dia tidak boleh dikrtitik? Bayangkan kalau dia jadi Perdana Menteri Malaysia?

2.Walaupun Lim Guan Eng mempromosikan pentadbiran yang telus, adil dan cekap kononnya tetapi realitinya YB Zahrain mendapati Lim Guan Eng yang berjanji menggunakan sistem tender terbuka, sebaliknya Ketua Menteri ini menggunakan kuasanya mempengerusikan lembaga pemilihan tender. ( Lim Guan Eng is promised an open tender system, but he has made the process worse by personally chairing the tender board )

Ada sesiapa di Pulau Pinang boleh senaraikan sejak Mac 2008 berapa tender diberikan kepada orang Melayu, Cina dan India dan kaum-kaum lain secara adil, samarata dan saksama.

Ada sesiapa boleh berikan statistik apa projek dan berapa nilai projek yang diberikan kepada orang Melayu , Cina dan India dan kaum-kaum lain?

Semua ini perlu didedahkan untuk membuktikan betapa rakus dan diktatornya Ketua Menteri Pulau Pinang sebagaimana marahnya YB Zahrain itu.

3. DAN kemarahan YB Zahrain yang paling kita tidak dapat terima ialah apabila YB Zahrain berkata Lim Guang Eng sepatutnya menghormati semua kaum dengan menggunakan bahasa yang difahami oleh semua kaum...
( Lim Guan Eng should respect people of all races and speak in a languange undestood by all )


Isunya, adakah Lim Guan Eng bercakap Mandarin dalam Mesyuarat Exco? Adakah Lim Guan Eng bercakap Mandarin dalam situasi ada 2 Cina 1 Melayu ?

Anda baru tahu DAP begitu?...

Kini kita sudah boleh lihat Ketua Menteri Pulau Pinang ikut cara Khalifah Umar Abdul Aziz atau Lee Kuan Yew?

Mungkin anda tidak bersetuju dengan YB Zahrain?

3 Komen:

Jo said...

"ANDA BARU TAHU?"..............ha1ha!ha!...........mampos le melayu...di bodo selamanya...

Anonymous said...

Salaam,

Susah juga tuan,

ada jenis orang, dah kena barulah faham, percaya atau nampak.

kalau takat cakap2 macam tu, mereka tak nampak. walaupun kita terangkan ikut mana sekali pun.

dalam kes Guan Eng ini, macam tulah. tapi kita tak tahu apa alasan2 puak2 Anuwar bagi pada penyokong taksub dia kat sana.

mereka mungkin tak merasa kediktatoran Guan Eng sebab mereka tak involve dalam business. yg business saja yg merasa.

bayangkan mereka ini sanggup menyokong anuwar walaupun mereka percaya anuwar itu melakukan liwat itu.

Anonymous said...

ini la yg dikatakan marahkan nyamok kelambu dibakar.....marahkan BN pasal termakan hasutan anwar.. undi PR...sekarang terimalah balasan utk org melayu..itu pun PAS blh sedar lg...kasihan melayu.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan