CHIN PENG = DARI SINGAPURA TRANSIT DI KELANTAN

on Friday, January 1


1. Tahun 2010 menjelma dengan penuh tandatanya politik? Di Kelantan, ada pihak bercakap pasal kuasa ketiga yang mencaturkan pentadbiran Menteri Besar Kelantan. Bermakna MB Kelantan telah mula dipinggirkan oleh Exco-Exconya sendiri sebagaimana tulisan anak MB sendiri.

Persoalannya selama mana MB Kelantan boleh bertahan dengan desakan kuasa ketiga yang diperkatakan itu? Siapakah kuasa ketiga itu? Siapakah Exco yang dimaksudkan oleh anak MB itu? Mengapakah MB Kelantan diserang dari luar oleh wakil-wakil rakyat PAS?

MB kelantan sebagai ahli politik berpengalaman lebih bijak daripada penyerang-penyerang dalaman PAS sendiri, apabila MB Kelantan melihat ada exconya yang tidak sabar menggantikan tempatnya, ada kuasa ketiga yang merosakkan pentadbiran kerajaannya, MB Kelantan menjawab mudah sahaja,yakni... Bukan Melayu boleh menjadi Menteri Besar Kelantan.

Faktanya Melayu dan Islam di Kelantan meliputi 95%, sudah tentulah tidak mungkin ia berlaku melainkan ' kos meleaps politik' sahaja atau melarikan isu sahaja. Maka disambut oleh Datuk Ibrahim Ali, jika benar-benar begitu berilah jawatan MB Kelatan kepada YB Bukan Melayu yang ada sekarang. Akhirnya, cabaran Datuk Ibrahim Ali itu tidak disambut dan isu itu menyepi ditelan arus lain.

2. Di satu pihak lagi, Chin Peng masih berusaha untuk kembali ke Malaysia. Chin Peng menggunakan alasan zaman perang untuk menghalalkan kekejaman PKM yang dipimpinnya dahulu. Tragedi Bukit Kepong , 14 Hari selepas tamatnya Perang Dunia Ke-2, penyiksaan dan sebagainya masih sukar dilupakan oleh mereka yang masih hidup hari ini.

Lee Kuan Yew sendiri amat membenci komunis, sehinggakan Lee Kuan Yew semasa lawatannya ke Eropah tahun 1960an dahulu memberitahu deligasi Eropah antaranya Tito bahawa beliau bukan Komunis, walaupun beliau orang Cina dan berasal dari wilayah selatan China, tetapi Lee Kuan Yew memberitahu deligasi Eropah, bahawa dia adalah nasionalis tulen ( buku The Memoirs of Lee Kuan Yew ).

Agaknya jika Chin Peng memohon kerakyatan Singapura, adakah Lee Hsien Leong dan Lee Kuan Yew akan menerimanya? Bagaimanakah pula nasib Lily Zubaidah sekarang? Adakah beliau belum dibenarkan memasuki Singapura?

Di Malaysia, baik MCA atau Gerakan dalam BN, selain DAP dan PKR, semuanya seiring dalam isu Chin Peng. MCA dan Gerakan kehilangan kata-kata. Hanya perajurit-perajurit yang kehilangan keluarga,mereka yang kehilangan ibu dan bapa, yang sewaktu kecilnya menyaksikan orangtua mereka diseksa, yang hilang tangan dan kaki, dan sebagainya, ...hanya mereka ini jiwanya kembali menjadi muda merah menyala apabila nama Chin Peng dikumandangkan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bagi penulis, anggota-anggota PKM yang telah diberi tempat dan kampung yang baik di selatan Thailand sudah cukup bahagia dengan kedudukan mereka di sana. Mereka sudah menjadi sebahagian daripada bahan sejarah.

Perjuangan mereka untuk mengKomuniskan Tanah Melayu suatu masa dahulu sudah menjadi lipatan sejarah. Lee Kuan Yew sendiri menulis dalam bukunya, kalau tidak dengan bantuan Tunku Abdul Rahman, Singapura barangkali juga akan jatuh ke tangan Komunis suatu ketika dahulu.

Dapatkah bayangkan jika Singapura menjadi negara Komunis? Lee Kuan Yew menulis beliau terhutang budi kepada Tunku, barangkali sebab itu Lee Kuan Yew menitiskan air mata apabila Tunku mengeluarkan Singapura daripada Malaysia.

Jika tidak kerana Tunku , Malaya dan Singapura sudah lama menjadi negara Komunis...Terimakasih Tunku ( Al-Fatihah ).

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan