LAKONAN TERBAIK DI ATAS KERTAS BUKAN DI PADANG

on Saturday, January 23


1. YB KULIM BANDAR BAHARU mengambil langkah berani apabila membuat laporan polis terhadap YB Shah Alam atas isu kelimah Allah. Kedua-dua mereka memiliki rasional masing-masing untuk mempertahankan pandangan masing-masing.

2. Apakah motif YB Kulim membuat laporan polis? Apakah untuk melarikan isu sebenar 2 Fabuari? Setakat Laporan polis tidak memberi apa-apa kesan politik kepada YB Shah Alam.Sebab itu penulis mengulangi cabaran kepada YB Kulim Bandar Baharu supaya meninggalkan Pakatan Rakyat jika benar-benar mempertahankan kesucian agama Islam. Jika tidak, ia sekadar lakonan-lakonan lamanya dahulu. Ia sama ketika YB Kulim berperang dengan DAP dan PKR tahun lalu, di mana akhirnya YB Kulim rebah menyembah mengalah.

3. Sebagai orang politik, YB Kulim akan memainkan isu lain untuk melarikan isu sebenar, YB Kulim tidak akan berani mengambil tindakan lebih drastik, hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.

4. Kerana, jika benar YB Kulim berjuang kerana Allah SWT dan kesucian agama Islam, maka jika mengetahui YB Shah Alam terang-terang menyokong pihak gereja dan kristian, hanya bertengkar di atas kertas dan blog, hanya mencari glamor di kaca TV, itu bukan pejuang yang ikhlas sebenarnya. Ia hanya aca-aca sahaja.

5. Tindakan yang paling tepat ialah YB Kulim Bandar Baharu keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi YB Bebas sebagaimana ancaman YB DAP di Pulau Pinang dan Kedah akan keluar DAP jika kerajaan Pulau Pinang/Kedah tidak mengikuti permintaan mereka. Oleh kerana kerajaan Pulau PInang dan Kedah tunduk kepada desakan YB DAP itu, maka mereka tidak jadi meneruskan hasrat keluar DAP.

6. Sebaliknya YB Kulim Bandar Baharu hanya aca-aca sahaja...

7. Selepas bertemu atau ditemukan oleh pemimpin de facto...laporan polis YB Kulim itu berlalu ditelan zaman. Hanya menjadi cerita boneka sahaja.

8. Ini semua sudah pernah dilakukan oleh mereka semua...Lihatlah dalam kes arak bagaimana YB Datuk Dr. Hassan Ali tunduk kepada YB Ronnie Liu, dahulu YB Kulim pun tunduk diam juga.

9. Hanya jika YB Kulim bertindak lebih berani, lebih jantan, lebih ke hadapan baharulah boleh ditabalkan pejuang sejati...bukan pelakon sejati. Ia sudah pernah mereka lakonkan tetapi anda mungkin masih tidak bersetuju...

3 Komen:

Tan Loo Ley said...

Salam.....lebih elok jika pemimpin PAKATAN RAKYAT ini mengambil jalan yang lebih sesuai bagi menjernihkan suasana sekiranya betul suasana telah keruh.

Misi dan visi PAKATAN RAKYAT perlu diutamakan....

Christianna Koh said...

Nda boleh kalau mo bilang Si Zul tu pengecut kalau kekal dalam PKR. Cara yang paling bagus adalah cure PKR dari dalam. Si Zul tu macam berpengaruh juga, jadi kalau dia berupaya ubah pemikiran PKR adalah suatu yang sangat bagus.

Saya x keberatan pilih PR, sekiranya pada masa depan PR lebih baik dari BN. Cuma sekarang saya akan sokong BN.
BN bukan lah yang terbaik, w/p sekarang BN lebih baik dari PR.

Sekarang Malaysia suda kena sekatan ekonomi tidak langsung. Pelabur takut datang. Saya bukan tau pasal ekonomi, tapi kalau tak silap dari report TV saya ingat, saiz pasaran malaysia tidak berkembang.
Pelabur takut owh.. Bakar gerja, bakar surau.. Kalu saya ni investor dari west pun saya x akan pilih malaysia. Saya akan pilih Indonesia untuk melabur.
Kestabilan politik penting. Jangan bagi rakyat miskin, susah. Sekarang, makin ramai orang miskin, stress, susah hati laban harga barang mahal.

Media pun lebh lebih juga, melampau.. besar besarkan cerita bakar gereja tu. Padahal yang betul betul terbakar ada sebuah gereja ja. 7 gereja lain cuma kena jelaga sikit saja. Tambah pula dengan KDN tu gila media, nak tunjuk semua kebaikan dia buat. Bagi RM500k pada gereja, itu betul tapi bila benda ni masuk paper, media asing akan quote berita dari paper malaysia. Lebih lebih lagi berkenaan agama.

Bila spekulator tau benda ni, mula la mereka sebarkan cerita ni. Mereka pakai headlines gempak, '8 Churchs burned in Malaysia'. Nampak racist.

Saya minta, jangan bagi rakyat miskin. Saya rakyat Terengganu, saya rasa agak bertuah. Suasana tegang x terasa di sini, ya lah bila hari raya kami dapat duit ehsan, dapat netbook, dapat bantuan pakaian sekolah, bantuan tu, bantuan ni.. Saya respek MB Datuk Ahmad Said. Sekarang Terengganu tenang, dan rakyat tak kisah sangat siapa yang mentadbir, asalkan jangan ada dendam, dan jatuhkan orang lain.

Saya tak tau berapa banyak urusniaga tertangguh.

Anonymous said...

kristianna koh...

saya sokong apa yang anda luahkan...terutama bab media.
Media electronic besar pengaruhnya..kalau tersilap betul lah apa yang anda katakan...barangkali media kita dah tak pakai garis panduan lagi kot...cuma nak yang sensasi aja...
Untuk kedepan,harap media electronic lebih berhati2 demi menjaga nama baik negara terutama bab ekonomi.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan