MAJLIS RAJA-RAJA : ELAK TRAGEDI NATRAH BERULANG

on Sunday, January 10


1. KETIKA insiden kepala lembu di hadapan bangunan SUK negeri Selangor tempohari, UMNO dituduh sebagai dalang kepada insiden itu. Beberapa minggu kemudian, Menteri Besar Selangor membuat pendedahan insiden tersebut bukan dilakukan oleh UMNO tetapi dilakukan oleh penduduk Selangor kawasan tersebut yang marah dengan keputusan kerajaan Selangor membina kuil di kawasan perumahan mereka.

2. Terbaru seorang lagi AMT PKR menuduh UMNO sebagai dalang di sebalik pembakaran gereja-gereja tersebut? Jika begitu, siapakah pula yang membaling bata di sebuah surau di Klang semalam yang mengakibatkan cermin pecah dan mengejutkan jamaah? Adakah hendak menuduh MIC atau MCA pula?

3. Pada pandangan penulis, DS Anwar sebagai pemimpin defactonya tidak menunjukkan sifat kenegaraannya apabila suka mensensasikan is-isu besar untuk kepentingan politiknya. Anwar sering berubah-ubah pandangan di lain tempat , di tempat yang berbeza , mungkin sebab itu PM Australia pun sudah berani menyebut Anwar sebagai sesumpah.

Jika DS Anwar benar-benar mempertahankan penggunaan kalimah Allah oleh orang lain , apa kata DS Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen membentangkan Usul tersebut. Apakah DS Anwar berani membentangkan isu membenarkan penganut lain menggunakan kalimah Allah dalam parlimen? Atau tidak berani berhadapan dengan YB Zulkifli, YB Taib Azamudin dan lain-lain pemimpin pembangkang yang tidak bersetuju itu.

4. Semasa DS Anwar menjadi Menteri Pertanian ( 1984 ), Anwar sebagaimana dalam video tersebut mempertikaikan usaha menterjemahkan Kitab Bible ke dalam bahasa Melayu, Anwar mengatakan ia mempunyai tujuan tidak baik kepada orang Melayu/Bumiputera. Begitu juga kes beliau mempersoalkan orang bukan Melayu yang mempersoalkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera. DS Anwar ketika itu sebagai Menteri Pendidikan mempersoalkan hak orang bukan Melayu sebagai pendatang tidak boleh menuntut itu dan ini.

Hari ini semuanya terbalik .

5. Sejak berada di luar kerajaan, DS Anwar melakukan pusingan 360 darjah termasuklah dalam isu penggunaan kalimah Allah ini. DS Anwar tidak lagi mempertahankan orang Melayu dan umat Islam sebagaimana beliau lantang mempertahankan Melayu dan UMNO ketika menjadi Menteri Kewangan & TPM.

6. Pada pandangan penulis, DS Anwar kini sedang berusaha melarikan isu-isu besar yang melanda PKR dan dirinya. Terbaru perletakan jawatan SU Agong PKR menunjukkan betapa besarnya tsunami dalam parti itu. Peguam-peguam terhebatnya pun semakin ramai yang menarik diri daripada mempertahankannya di mahkamah , malah perbicaraan kes nya dengan Saiful Bukhari tinggal beberapa hari lagi. Inilah perbicaraan yang hendak sangat dielakkannya, sepatutnya inilah peluang untuk beliau mempertahankan dirinya. Apakah bimbang saksi-saksi akan bercakap sesuatu yang membimbangkannya?

7. Dalam isu kalimah Allah ini ucapan-ucapan DS Anwar di Sarawak , Ipoh & Klang
(www.anwaribrahimdotcom.my) yang lebih mempertahankan penganut agama lain dan bangsa lain sebenarnya telah menaikkan kemarahan umat Islam dan orang Melayu. Ucapan-ucapan DS Anwar itu tidak membantu kepada keharmonian pelbagai kaum di negara kita, sebaliknya lebih kepada menaikkan kemarahan rakyat.

8. Dalam hal ini, Presiden PAS lebih bijak berbanding pemimpin De Facto kerana tidak menyentuh sensitiviti bukan Islam malah dalam masa yang sama mempertahankan kesucian agama Islam.

9. Pada pandangan penulis, Majlis Raja-Raja yang menjaga hal-ehwal orang Melayu dan agama Islam perlu diberi peranan untuk mempertahankan kesucian agama Islam. Ini pernting kerana sudah ada percobaan membaling surau pula, dan semua perkara ini perlu dihentikan segera.

Jika rumah ibadat ( gereja dan surau ) sudah terancam , ia perlu dihentikan segera untuk menjaga keamanan, kedamaian dan keharmonian negara.

Jika politik sukar mengatasinya, institusi Majlis Raja-Raja perlu dipanggil untuk memfungsikan peranan sebenar mereka ! Majlis Raja-Raja perlu bersidang segera untuk mengelakkan perkara lebih besar berlaku, kita perlu mengelak 13 Mei 1969 dan Tragedi Natrah berulang semula.

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan