SULTAN SELANGOR VS ANWAR IBRAHIM

on Tuesday, January 12



1. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak di negeri ini berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa hari ini memberitahu, titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu.

Baginda memaklumkan pendiriannya mengenai perkara itu bertujuan memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat di Selangor.

“Dalam pertemuan itu, baginda menitahkan supaya isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibincangkan dengan teliti oleh ahli-ahli MAIS.

“Sebagai Ketua Agama Islam negeri, baginda mahu semua peringkat berpegang teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain,” katanya.

2. Kepimpinan PAS berbelah bahagi dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. YB Taib Azamudin, DR. Harun Din menentang penggunaan Allah oleh bukan Islam, sebaliknya YB Khalid Samad terutamanya menyokong penuh penggunaan Allah oleh bukan Islam. Bukanlah satu yang pelik kerana YB Shah Alam itu memang terkenal dengan liberal dan kesamarataan dalam isu ini.

Yang jelas, mana-mana pemimpin PAS yang di bawah pengaruh Anwar akan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, manakala mana-mana pemimpin PAS yang bukan di bawah pengaruh Anwar seperti Dr. Haron Din dan Taib Azamudin menentangnya.

3. YB Zulkifli Nordin dari PKR sepatutnya keluar meninggalkan PKR dan DS Anwar Ibrahim kerana amat jelas pemimpin De Facto itu telah melanggari limit berpolitik. Hari ini , demi cita-cita mahu menjadi PM, pemimpin de facto sanggup berbuat apa saja hatta tidak kisah jika negara kacau-bilau. Penulis mencadangkan supaya YB Zulifli bertindak lebih berani bukan setakat memberi kenyataan menentang sahaja, sebaliknya hendaklah lebih berani sebagaimana YB DAP Penang sanggup keluar DAP dalam isu mempertahankan kepentingan masyarakatnya.

Kelihatannya mereka berjaya mewujudkan Melayu benci Bukan Melayu atau Bukan Melayu benci Melayu, dan Islam benci Bukan Islam, Bukan Islam benci Islam..yang akhirnya berlakulah insiden gereja dibakar dan surau dibaling bata.

Apakah ini satu cara untuk mengalihkan isu sebenar yang lebih besar yakni Perbicaraan kes liwatnya dengan Saiful Bahri?

4. Di dalam negara, DS Anwar membuat pelbagai janji kepada bukan Melayu dan bukan Islam kerana beliau tahu orang-orang Melayu terutamanya hanya memberikan sokongan minoriti kepadanya.

5. Di luar negara ( terbaru di Mailborne, Australia ), di hadapan pemimpin-pemimpin barat, Anwar dengan tanpa rasa bersalah menuduh Islam di Malaysia menekan penganut-penganut Hindu, Buddha dan Kristian di Malaysia.

6. Penulis amat berharap Majlis Raja-Raja bersidang segera untuk memutuskan perkara ini, yang akhirnya rakyat Malaysia akan patuh kepada keputusan Majlis Raja-Raja yang bertanggungjawab menjaga kesucian agama Islam di negara ini.

7. Mungkin anda tidak bersetuju dengan penulis...

8 Komen:

Muhammad said...

1Bukan Islam Tidak Berhak-Dr Khalif Muammar
2Penggunaan Kalimah Allah Yayasan Sofa
3Antara Nama dan Hakikat-IKIM
4HUJAH MENOLAK PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH-JAKIM
5Antara Celaru Dan Keliru
6Isu Kalimah Allah - Dr. Siddiq Fadzil
7Keputusan Majlis Fatwa : Penggunaan Kalimah Allah
7Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Haron Din

zakiahnaim said...

salam.

tuan, bila aku lebih dari AKU..mcm nie lah jadiknya...

whatever said...

kalau macam 2 saya mmg sokong zulkifli kluar pkr.. masalahnya ada orang2 dlm umno pn kn kuar umno jgk untuk kepentingan rkyt sbb umno da x releven.. korupsi..

Anonymous said...

MEMANG KAMU DAJAL KEDPADA UMNO

Anonymous said...

MEMANG KAMU DAJAL KEPADA UMNO. KAMU BERDIAM DIRI APABILA UMNO LAKNATULLAH INI MELAKUKAN KEZALIMAN TERHADAP SESAMA BANGSA DAN AGAMA. TIDAK PARTI DALAM DUNIA INI YANG SANGGUP MEMBUNUH BANGSANYA SENDIRI.

MAKSUD MEMBUNUH DISINI BERERTI SELURUH PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN-KONTRAK-TENDER, LESEN DLL, BANTUAN-LEMBU,PROJEK AYAM DAGING DLL, PINJAMAN-TEKUIN, RUMAH PPRT, RUMAH MESRA RAYA KEMUDAHANB INFRASTUKTUR DI KG-KG HANYA DINIKMATI OLEH ORANG UMNO, ORANG BUKAN UMNO HANYA MENJILAT JARI.SEMUA DIREMBAT OLEH ORANG UMNO DAJAL LAGI DILAKNATULLAH

Zainal Mohd Jais said...

Sangat malang,
ramai orang keliling dan pengikut anwar tak faham @ berjaya dikelirukan, tentang siapa diri anwar yang sebenar.
Seorang pemimpin tanpa idea untuk membangun negara dan rakyat - cuma bergantung kepada think tank, taksub idea barat.
Tapi kita kena akur, dia orator/manipulator yang bagus, sebab itu boleh membina rakan dan pengikut taksub, walaupun terdiri dari orang cerdik yang sepatutnya tak boleh 'terperangkap'.

Anonymous said...

malang sungguh kerana terlalu besar cita-cita hingga lupa segalanya..memang ada segelintir UMNO yang buruk perangai tapi tidaklah seburuk pemimpin parti lain yang sanggup gadai segalanya..kepada siapa yang kata penulis ini barua umno,sebenarnya tak berapa paham apa itu perangai baik dan perangai buruk

Anonymous said...

sambung sikit lagi.......UMNO berjasa besar kepada generasi Malaysia.Dari merdeka hingga sekarang tidak putus menabur bakti..Malaysia tidak pernah pun maju kerana PKR dan PAS.Dikelantan tiada apa pun yang boleh dibanggakan selama 20 lebih tahun ini.Yang kelihatan hanya jalanraya yang semakin berlubang dan kehidupan rakyat yang semakin malang..sebab itu rakyat kelantan sangat bergantung kepada subsidi..Pemimpin parti semuanya kaya...jual balak tapi rakyat tiada pembelaan..PKR ibarat anjing menyalak bukit..sedarlah wahai sahabat..PKR dan PAS memang tidak layak menjadi pemimpin..Anuar?Sultan pun dia lawan..Nik Aziz sedan menerima tekanan dari arus muda..islam yang dibawanya entah kemana...sedarlah..ini hanya parti untuk peribadi sahaja.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan