SIDANG PARLIMEN MAC : TAMBAH SATU LAGI BEBAS

on Saturday, February 20

1. ALLAHYARHAM Tun Mohd. Fuad Stephens pernah menjadi Menteri hal Ehwal Khas Sabah ketika penubuhan Malaysia 1963 dahulu. Beliau mewakili Malaysia ke mesyuarat menteri-menteri Komanwel di Buckingam Palace, London tahun 1965. ( Buku ' The Life & Death Of Tun Fuad Stephens,1999 ).

2. Ketika awal kemasukan UMNO ke Sabah, allahyarham Tun Datu Mustapha, Bapa Kemerdekaan negeri Sabah juga dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Khas Sabah.

3. Penulis berpendapat kerajaan patut mewujudkan semula portfolio tersebut kerana beberapa isu lama masih belum diselesaikan di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. BN Sabah memberi sumbangan yang paling besar selain Sarawak dalam mengekalkan kerajaan persekutuan. Tanpa Sabah & Sarawak kerajaan persekutuan BN bungkam.

4. Semasa Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Pelajaran, tuntutan PBS untuk menubuhkan sebuah universiti di Sabah ditolak dengan alasan ia bukan satu keperluan di Sabah ( buku Khusairie Talib, PBS Bangun membela Maruah ,1991 ). Apabila kerajaan BN dibentuk di negeri Sabah, Universiti Malaysia Sabah telah ditubuhkan.

5. Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Hj. Mulia memainkan peranan besar dan membuktikan kewibawaan anak Sabah mengawal Dewan Rakyat dengan bijaksana dan hebat. Pembangkang terutamanya kehilangan rentak semasa di bawah kawalan Pandikar Amin Hj. Mulia. Bulan hadapan, wakil-wakil rakyat akan bertandang semula ke parlimen.

6. Di Parlimen Mac ini, Parti Bebas menambah satu lagi kerusi baru dari Bayan Baru. Sebelum sidang parlimen, apakah ada beberapa PKR lagi akan menyertai Parti Bebas atau komponen BN? Tunggu dan lihat, apakah MP PAS bersetuju dengan kenyataan Presiden mereka yang mengutuk campurtangan MP Australia dalam perbicaraan peribadi kes liwat antara DS Anwar dengan Saiful? Nampaknya Presiden PAS sudah menonjolkan kenegarawannya.

7. Pertemuan Obama-Dalai Lama dikutuk negara China sebagai campurtangan Amerika dalam hal-ehwal China. Campurtangan Australia dalam kes liwat antara DS Anwar dengan Saiful dikutuk juga oleh Presiden PAS.

Menurut Presiden PAS ,"...Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara Barat, negara bukan Islam,” ...

8. Apa kata DS Anwar pula mengetuai pembangkang di Malaysia turut sama membela mantan Ketua Pembangkang Australia MP Pauline yang anti orang Asia, telah keluar dari Australia dan menetap di London dengan alasan Australia bukan satu tempat yang baik. Polis Melborne mengeluarkan amaran kepada orang-orang Asia supaya tidak keluar rumah secara bersendirian untuk mengelak daripada diserang oleh kumpulan anti orang Asia.

9. Bersambung...

1 Komen:

nalapambu said...

Kini BN/UMNO sedang berada dalam ICU.

UMNO sendiri masih belum stabil, pergolakan disayap pemuda UMNO sedang hangat diperbincangankan oleh pencacai2 UMNO.

MCA, MIC, Gerakan tak perlu ditanya lagi - memang dah padam.

Kami kaum india dan cina sudah bersatu menyokong DAP. Malang bagi melayu yang masih berpecah-belah -ada sokong PAS, PKR dan tidak kurang pula yang sokong DAP.

UMNO masih belum sedar tentang apa yang telah berlaku pada PRU12 yang lepas. Yang pasti Kelantan, Kedah, P Pinang, Perak dan Selangor termasuk Wilayah Persekutuan sudah dapat kami tawan.

Kaum bukan melayu sudah semuanya sedar akan hak2 mereka sebagai warganegara Malaysia. Kami tidak lagi boleh dikongkong dan di perbodohkan oleh UMNO lagi.

Anda akan saksikan kebangkitan suara kami, setiap kawasan majoriti kaum bukan melayu 100% akan jatuh ketangan kami.

Kami juga sudah mendapat sokongan kuat dari kaum melayu melalui PAS dan PKR. Sekarang kami juga tiada masalah untuk tawan kawasan yang tidak majoriti bukan melayu.

API KESEDARAN DARI KAUM BUKAN MELAYU INI TIDAK MUDAH DAPAT DI PADAMKAN OLEH UMNO.
BEGITU JUGA DENGAN SOKONGAN MELAYU DARI PAS DAN PKR TERHADAP KAMI TIDAK MUDAH DAPAT DITAHAN OLEH UMNO.

Kami akan terus maju kehadapan untuk menghancurkan UMNO. Kekuatan kami tidak mudah di patahkan oleh UMNO kerana kekuatan ekonomi dan sosial kami.

Ekonomi melayu adalah ditahap yang terendah, begitu juga taraf sosial nya, hampir 90% muda-mudi melayu sudah terjebak dengan DADAH dan semua gejala buruk seperti mat rempit, meragut, minum arak dan judi.

Tanpa melayu UMNO pasti akan runtuh.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan