BERI PELUANG PRESIDEN & TIMBALAN PRESIDEN PAS

on Saturday, March 13



1. APABILA Timbalan Presiden PAS menyertai Timbalan Perdana Menteri di dalam satu majlis baru-baru ini, maka timbul kembali isu Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS.

2. Namun, MP Shah Alam seorang ahli PAS yang memperjuangkan penggunaan Kalimah Allah kepada bukan Islam melenting dan menentangnya.

3. Dua minggu lepas, Mufti Perak membuka rahsia usaha Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS di Perak yang dipersetujui oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Presiden PAS dikatakan bersetuju dan tiada halangan melainkan Pesuruhjaya PAS Perak yang sangat rapat dengan pemimpin De Facto sejak zaman bujang lagi ,menentang habis-habisan usaha perpaduan tersebut.

4. Mursyidul Am PAS yang sekejap setuju sekejap tak setuju kemudian baru-baru ini bersetuju semula, disambut dengan cepat oleh Presiden PAS dengan kata-kata PAS tiada masalah bekerjasama dengan UMNO dalam hal-hal politik, ekonomi dan sebagainya.

5. Tidak ramai yang sedar penglibatan Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS dalam program-program Kerajaan Pusat sebenarnya mempunyai maksud yang mendalam.

6. Bagi penulis, masa yang ada sekarang khususnya di dalam PAS masih tidak menyebelahi Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS untuk meneruskan Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS. Walaupun tokoh-tokoh seperti Datuk Harun Din, Datuk Mustapha Ali, Datuk Harun Taib dan mereka yang Pro-Ulama di dalam PAS amat positif terhadap usaha Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS ini.

7. Sebenarnya krisis yang berlaku dalam PKR sekarang sudah dijangka oleh mereka ini. Sebab itu Presiden dan Timbalan Presiden PAS mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan, di mana Timbalan Presiden PAS menyatakan usaha perpaduan tersebut bukannya mudah, dan mememrlukan 'masa' dan 'keadaan' yang perlu sabar.

8. Penulis optimis, jika-jika kumpulan Erdogan boleh ditidakkan satu demi satu di dalam PAS bermula dengan kekalahan Husam di dalam Muktamar Agung PAS dahulu maka cita-cita terpendam Presiden dan Timbalan Presiden PAS akan tercapai. Kumpulan Erdogan sudah tidak menggigit di dalam PAS tetapi masih terdapat beberapa orang yang masih bersifat nakal yang mengganggu hasrat murni Presiden dan Timbalan Presiden PAS.

9. Hubungan baik MB Terengganu dengan kumpulan PAS Pro-Ulama ini perlu juga dimanafaatkan dalam konteks Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS. Di Terengganu di mana tokoh-tokoh PAS yang Pro-Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS berkampung di negeri itu perlu dimanafaat. Jika di Perak Pesuruhjaya PAS Perak sebagai penghalang perpaduan umat Islam, sebagaiamana dikatakan Presiden, maka di Terengganu sudah pasti tiada individu Erdogan yang akan menjadi batu penghalang.

10. Zaman berpecah belah semakin akan berlalu ditelan zaman, melainkan mereka yang berfikiran zaman itu. Zaman perpaduan semakin dekat terutama di era kepimpinan anak Tun Razak. Perpaduan merupakan satu aspirasi di dalam gagasan 1Malaysia.

11. Malangnya, di Perak ada orang mengatakan lebih baik berkawan dengan kafir harbi daripada berkawan dengan saudara seagamanya. Itulah dia penyakit politik.

12. Kata DS Najib Tun Razak, apa yang hendak kita komen, sekejap kata nak bersatu, sekejap kata tak nak bersatu, kemudian nak bersatu lagi, kemudian tak nak lagi, tiada pendirian yang konsisten. Jika ada pendirian yang konsisten, Perpaduan itu perkara kecil kepada DS Najib Tun Razak.

13. Mungkin anda tidak bersetuju...

1 Komen:

Anonymous said...

Pepatah sudah mengatakan bahawa "Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh"..."Bulat air kerana pemetong, Bulat manusia kerana maufakat"...Perpaduan serta Permaufakatan adalah respi utama bagi menjana kekuatan ummah....hindarkan perbalahan eratkan persahabatan serta genggam kemas tali persaudaraan maka lahirlah bangsa yang cermerlang, gembilang dan terbilang....kenapa harus kita menunding jari sesama sendiri sedangkan segala permasaalahan yg berlaku serahkan saja kpd pihak yg berwajib utk menanganinya.....letak kan agama serta syiar islam dihadapan dan bukan nya kemashoran duniawi yg di utamakan...."Ulamak jalan kan tugas ulamak,Perdana Menter jalankan tugas perdana menteri,Menteri Besar jalan kan tugas Menteri Besar dan juga yg lain nya...jgn pula MB nak buat kerja ulamak....dan ulaman di ajak berdebat atas soal2yg tiada kaitan tugas masing2...hormat menghormati diantara satu sama lain baik dlm bidang perkerjaan dan juga kekuasaan serta seterusnya sesama agama bangsa serta rakan taulan adalah amat dituntut demi mencapai keharmonian untuk menzahiran matlamat Gagasan 1 Malaysia...ummi merdeka said

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan