LAGI RAMAI AKAN KELUAR PKR : LEBIH 10 ORANG KATANYA

on Monday, March 1



TERKINI : Kira2 11.30 pagi YB Tan Tee Beng ditemani mantan SU Agung PKR mengumumkan keluar PKR.

Dalam Kenyataan Akhbar YB Tan Tee Beng menyebut, ...Slogan Harapan Baru itu lebih merupakan Mitos dan Politik Dongengan.

Kata YB Tan Tee Beng lagi ,...Saya sangat kecewa kerana Pakatan Rakyat masih mempunyai politikus seperti Jeff Ooi dan Ramasamy...dan tidak terpedaya dengan politik tahyul mereka.

Sambungnya lagi, "...Saya tidak sanggup tunduk kepada sikap Kediktatoran dan cara kerja LGE. Beliau cuba menjadikan Kerajaan Pulau Pinang sebagai Kerajaan milik Keluarganya.

Saya juga tidak nampak bila YB Dato Seri Anwar Ibrahim akan melupakan impian utamanya untuk menduduki kerusi empuk Putrajaya dengan apa cara sekalipun. Ketaksuban beliau untuk menjadi Perdana Menteri bukan sahaja mengorbankan rasa bangga dan jatidiri ahli, malah menyebabkan kekecewaan kepada pendokong dan penyokong PKR dan Pakatan Rakyat.

1. BERITA ahli-ahli PKR keluar parti sudah semakin kerap, ia memang berlaku walaupun dinafikan oleh mereka, terkini Mantan KM Pulau Pinang mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO.

2. Kali ini, sudah tidak lagi keluar kenyataan kononnya UMNO membeli ahli PKR dan pelbagai tuduhan lagi. Ia memang tidak berlaku. YB Datuk Zaharain pun meminta bukti dia dibayar UMNO untuk keluar parti.

3. Penulis cuma agak terperanjat kerana Fairus keluar lebih awal walaupun sudah kedengaran desas-desusnya minggu lalu. Apa sudah jadi kepada janji mereka nak hantar Fairus sambung belajar ?

4. YB Kulim Bandar Baharu pula menunggu keputusan Lembaga Disiplin PKR. Nampaknya beliau mahu ditendang tidak hendak keluar. Apakah PKR akan menendang keluar beliau atau terus membiarkan YB Zulkifli meneruskan kritikan kerasnya kepada De Facto, DR. Syed Hussin, Datuk Zaid Ibrahim dan lain-lain yang disifatkannya sebagai Firaun Kecil.

5. Siapakah yang dimaksudkan banjingan oleh YB Zulkifli itu ?...

2 Komen:

Hashim said...

Bakal PM Malaysia telah diketahui.....tentunya bukan Muhyiddin sila klik disini

airman_1 said...

salam,
Siapakah yang dimaksudkan banjingan oleh YB Zulkifli itu ?...
saya paste komen dari maharaja blogger untuk menjawab para 5 tulisan tuan,- "Nik Aziz pernah mensifatkan Zulkifli sebagai pengkhianat kerana tindak tanduknya yang tidak menghormati setiakawan pakatan rakyat.
Maka itu Nik Aziz tidak boleh menyalahkan orang ramai jika
mereka memahami bahawa "bajingan" dan "balaci" yang di maksudkan oleh Zulklifli adalah beliau sendiri.
Panggilan ini sangat hina kepada seorang yang telah mengangkat dirinya sebagai mursyidul yang dianggap sebagai "Nabi" oleh pengikut pengikutnya".

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan