DAP MENUJU KEHANCURAN : SIAPAKAH YANG KE-11?

on Wednesday, June 16

Berita lucu kepada para wartawan dan blogger semalam, khabarnya akan ada Press Conference ADUN Kedah akan keluar parti. Sebaliknya venue dan masa berubah apabila yang keluar parti itu ialah daripada DAP. Ia sungguh mengejutkan.

Pakatan Rakyat Perak dengan bangganya memomokkan kekuatan mereka, sebaliknya mereka tidak sedar dalam kalangan mereka sendiri berlaku seribu macam masalah yang akhirnya meletup di meja Press Conference.

Seperti biasa, mereka akan berkata ADUN DAP mereka sendiri dibeli dan ditawar macam-macamlah. Pemimpin Defacto dengan penuh yakin dan bangganya berkata Pakatan Rakyat sudah bersih dan tidak akan ada lagi yang akan melompat parti. La ne macam mana pula?

Pengajaran di sini ialah, rakyat perlu menilai semula gabungan rapuh ini. Kebetulan penulis berada di KOta Bharu semasa Muktamar PAS dan bertemu rakan-rakan PAS.

Bagi mereka, Anwar tidak penting kepada PAS. Sama ada Anwar ada atau tiada dalam Pakatan Rakyat Anwar bukan satu intan berlian yang diperlukan oleh PAS. PAS boleh berdiri jatuh dan bangun tanpa Anwar. Ia satu yang menarik.

PAS akan terus mempergunakan DAP dan pengundi-pengundi Cina dan India untuk mendapatkan sokongan mereka. Sebaliknya PAS sendiri tidak akan memberi peluang kepada Kelab Penyokong mereka untuk memilih, menjadi Naib Presiden, dijadikan sayap penting dan sebagainya. Semuanya adalah kosmetik belaka.

Perkara ini sudah berlaku di Kedah. Apabila PAS memerintah jika wakil rakyat bukan Islam tidak hendak mengikuti dasar parti mereka, mereka boleh meninggalkan Pakatan Rakyat, dan ianya berlaku. Ia satu perkongsian yang nampak bijak, tetapi dalam keadaan sekarang Adakah PAS yang KOntrol DAP, atau DAP sebenarnya yang Monitor PAS?

Dalam permainan mereka ini, nampaknya yang banyak mendapat manafaat ialah DAP bukan PAS. Hari ini PKR sudah tiada nilai, sesiapa pun di dalam PKR yang nak lompat, biarlah dia lompat sebab sudah tiada nilai politik. PKR hanya parti sampingan. Khabarnya semakin ramai hendak keluar parti terutama di Kedah dan Perak menanti masa yang sesuai.

ADUN Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh dari DAP mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.

Keshvinder berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

"Saya menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan amat tertarik dengan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Keshvinder berkata beliau tidak menghadapi tekanan atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam membuat keputusan itu, yang diambil setelah membuat pengamatan selama 15 bulan terhadap corak kepimpinan BN di peringkat negeri dan pusat.

Beliau juga tertarik dan yakin dengan corak serta cara kepimpinan kerajaan BN hari ini terutama konsep 1Malaysia yang menurutnya merupakan pendekatan realiti yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

"Saya sebenarnya telah melihat dan yakin dengan keupayaan serta pembaharuan yang telah dibawa oleh kerajaan negeri dalam membangunkan negeri Perak.

"DAP kebangsaan dan negeri gagal membantu saya menghulurkan bantuan kepada rakyat. Saya tidak boleh berbuat apa-apa sebagai ADUN pembangkang,” katanya sambil mendakwa selama ini beliau menggunakan dana sendiri untuk membantu penduduk di Malim Nawar.

Beliau juga menafikan bahawa ditawarkan ganjaran bagi meninggalkan DAP dan mencabar mereka yang membidasnya memeriksa buku akaun banknya.

Keshvinder berkata beliau juga tidak didatangi oleh mana-mana ahli BN.

“Saya bersih,” katanya.

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan