2. Walaupun Anwar terus dimomokkan sebagai Ketua Pembangkang oleh DAP dan PAS, namun ia hanya makeup dan kosmetik sahaja. Pendesak utama pastinya DAP yang memiliki kerusi terbanyak. Pendesak kedua pastinya PAS yang memiliki kerusi kedua terbanyak. Yang terhimpit, dihimpit, dipaksa, adalah PKR yang semestinya tertekan, ditelunjuk dan dipaksa melaksanakan doktrin-doktrin DAP terutamanya.
3. Penulis percaya, dengan isu-isu besar yang tidak mampu dijawab oleh Anwar terutama siapakah yang menerima RM2Juta itu benarkah YB Zulkifli juga menerima RM2Juta? Malah isu besar seperti menonton video seorang YB Pakatan tidak dijawab malah dijauhi. Malah kini, Ketua Pembangkang sudah semakin menjauhi parlimen.
4. Di dalam sistem Demokrasi, fungsi Ketua Pembangkang yang menerima Elaun yang besar perlu dilaksanakan dengan berkesan untuk kemajuan negara kita. Namun begitu, sekiranya Ketua Pembangkang terikat, diikat, tersumbat dan disumbat maka peranan Ketua Pembangkang untuk membangunkan negara ini akan terbantut.
5. Maka, bersediakah Haji Hadi Awang menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen? Atau mengapakah Lim Kit Siang tidak berani menjadi Ketua Pembangkang? Nampaknya pembangkang di Malaysia amat takut pada diri sendiri...
2 Komen:
amende lu mengarut nie labu....adoyai cam xde modal jer..kunun2nye wartawan penganalis politik la tue..kuikuikui..x best lgsung analisis politik anda..aku cume mampu gelak jer..
anon
kau hanya mampu tergelak, sebab kau tak mapu berfikir dan menganalisa, kan?
Post a Comment