SERUAN

on Tuesday, June 29

1. BERMULA dari hari ini, orang-orang melayu di negara ini perlulah sedar bahawa walaupun jumlah mereka kira-kira 65% daripada 28 Juta penduduk Malaysia, namun orang-oran Melayu terlupa serta lalai di dalam satu perkara.

2. Perkara itu ialah sistem politik di negara ini mengamalkan sistem demokrasi baik di negeri Kelantan mahupun di negeri Sarawak. Maksudnya, pemerintah akan dipilih setiap 5 tahun sekali melalui pilihanraya untuk memlikih ketua kerajaan yang akan mentadbir politik, sosioekonomi negara.

3. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia di dalam satu analisisnya menyebut parti DAP adalah parti yang paling aktif melaksanakan kempen mendaftar undi di kalangan penyokong mereka terutama masyarakat Cina.

4. Parti-parti Melayu sama ada UMNO, PAS dan sebahagiannya PKR walau apa pun alasan adalah sangat terkebelakang. Terdapat khabar kononnya daripada 3 Juta pengundi baru, 1 Juta sahaja mewakili masyarakat Melayu. Jika perkara ini benar, maka penulis percaya impian DAP membentuk Kerajaan Persekutuan akan berjaya ada PRU13 nanti. Apakah ini yang dimaksudkan oleh kajian Pemuda UMNO dalam nisbah 1:40 itu.

5. Maka, penulis membuat rayuan keramat di sini supaya orang-orang Melayu yang belum mendaftar sebagai pengundi sila lah mendaftar sebagai pengundi. Satu undi merupakan satu kuasa yang akan menentukan masa hadapan.

6. Perhatikan ini:

Statistik Penduduk Pulau Pinang Tahun 2009

Bumiputera 660,800 44.89%
Cina 651,600 44.27%
India 153,100 10.40%
Lain-lain 6,400 00.43%


Ringkasan Daftar pemilih 2009

Jumlah 710,216

Melayu 237,891 (33.50%)

Cina 389,820 (54.89%)

India 79,181 (11.15%)

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan