SOAL JAWAB

on Friday, June 4

1. Dr. Razali berkata beliau menggunakan pelincir bagi memasukkan peralatan khas ke dubur Saiful. "Saya perhatikan terdapat lembapan,”.

2. “Selepas merujuk laporan saya sendiri dan juga laporan dari makmal jabatan kimia, saya membuat rumusan bahawa ada kesan tembusan dengan zakar. Ini konsisten dengan rentetan peristiwa oleh mangsa,” katanya.

3. Karpal: Ada Timbalan Perdana Menteri beri apa-apa nasihat?

Mohd Saiful: Pada mulanya beliau terkejut, ragu-ragu. Tapi lepas cerita dengan terperinci, beliau kata beliau tidak boleh buat apa-apa kerana ini adalah masalah peribadi Anwar dan melibatkan masa depan saya.

Karpal: Adakah pada bila-bila masa anda membuat laporan polis mengenai aduan yang dibuat kepada Timbalan Perdana Menteri, dan orang lain tadi?

Mohd Saiful : Sebelum 26 Jun 2008 (dakwaan berlaku liwat), saya tidak membuat laporan polis.

Karpal: Tidak ada siapa yang beri nasihat kepada anda supaya membuat laporan polis?

Mohd Saiful : Tidak ada. Mereka bimbang tentang masa depan saya.

Karpal : Jika TPM atau yang lain tidak membuat laporan polis, mereka telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjarakan. Tahu atau tidak?

Mohd Saiful : Saya tidak tahu.

Karpal : Tidak mengapa, saya akan beritahu awak sekarang. Apa yang anda beritahu TPM adalah perkara serius iaitu anda diliwat tanpa kerelaaan.

Sebelum Karpal menghabiskan soalannya Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan, membantah kerana itu bukannya soalan tetapi merupakan komen dan ini dipersetujui oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang mendengar perbicaraan kes itu.

"Saya mahu dengar soal bukannya komen. Teruskan dengan soalan," kata Mohamad Zabidin kepada Karpal.


Karpal : Saya cadangkan ini rancangan anda untuk tentukan Anwar kalah. Itu tujuannya, bukan?

Mohd Saiful : Tidak setuju.

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan