PERTEMUAN TIDAK LAMA LAGI...

on Thursday, July 22


1. Kesibukan di luar kawasan membantutkan penulis menyampaikan pandangan untuk dikongsi bersama. Pagi ini penulis akan menulis satu perkara yang amat penting untuk dikongsi bersama untuk kemashlahatan negara kita.

2. Pilihanraya semakin dekat, sama ada Sarawak dahulu ataupun serentak hanya masa yang akan menentukan. Hanya Perdana Menteri tahu bila masa yang sesuai untuk membubarkan parlimen. Cuma pandangan penulis agar kerajaan usah terpedaya dengan statistik Merdeka Centre mahupun laporan Mafrel. Kedua-dua NGO ini perlu diselidiki terlebih dahulu, siapakah di belakang mereka. Adakah mereka 100% bebas ataupun mereka sebahagian agenda asing untuk merobekkan asas kekuatan negara kita.

3. Jika kita melihat Bajet Amerika Syarikat, salah satu aliran wang mereka ialah kepada NGO-NGO yang mempelopori dan menyokong kebebasan, kesamarataan, liberalisme, pluralisme dan menjatuhkan sistem-sistem yang menghalang nilai-nilai kebebasan, kesamarataan dan libralisme itu.

4. Sebab itu, baik di dalam Parti Republikan mahu pun Demokrat di Amerika Syarikat kedua-duanya menubuhkan NGO-NGO yang mempelopori nilai-nilai bebas di atas tadi. Malaysia tidak terkecuali.

5. Antara Lembaga Pengarah National Endowment For Democracy (NED) yang ditubuhkan pada tahun 1984 dahulu seperti Henry Kessinger, Madeline Albright, Frank Carlucci, Zbigniew Brzezinski, Wesly K. Clark dan Paul Wolfowitz. Di Malaysia, Anwar Ibrahim tidak pernah menafikan hubungannya dengan pertubuhan-pertubuhan Liberal, Plural, freedom dan sebagainya .

6. Anwar Ibrahim hanya sekejap sahaja berani mengkritik kawan-kawan Yahudinya, apabila Anwar disergah oleh kawan-kawan Yahudinya atas isu APCO dan kekejaman Israel, Anwar cepat-cepat terbang ke Amerika Syarikat dalam misi memohon maaf dan menjernihkan kembali hubungan intimnya dengan kumpulan Yahudi Amerika. Hari ini, selepas ini, penulis pasti Anwar akan tutup mulut bila berbicara pasal APCO dan kekejaman Israel.

7. Anwar yang pernah terlibat cergas dengan Foundation For the Future (FFF) satu lagi cabang demokrasi ala-Amerika , Liberal ala-Amerika perlu menjelaskan kenapa beliau amat bergantung kepada NGO-NGO Yahudi Amerika untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

8. Bukan itu sahaja, NGO-NGO yang ditubuhkan untuk mempelopori kebebasan mutlak, liberalisme, pluralisme, kesamarataan dan sebagainya seperti Heritage Foundation, American Jewish Committe, IRI, National Democratic Instituite (NDI), Konrad Adenauer Stiftung telah melibatkan diri mereka di dalam percaturan politik di Malaysia.

9. Malang sekali , kerana Anwar Ibrahim membiarkan dirinya diikat oleh kawan-kawan Yahudinya dan memberi kesan besar kepada masa depan negara kita. Nampaknya 2 Naib Presiden PAS yang tidak terlibat dalam Agenda Perpaduan Ummah seolah-olah meraung kesedihan dan lupa diri. Mereka perlu belajar menghormati Presiden PAS dan juga Mursyidul Am PAS yang semakin positif.

10. Akhir kata, penulis mengucapkan tahniah kepada Mursyidul Am PAS yang akan bertemu pemimpin tertinggi UMNO tidak berapa lama lagi.

1 Komen:

Muhammad said...

adual Pengajian Ba’Alawi 22hb Julai-8hb Ogos 2010 : http://pondokhabib.wordpress.com/2010/07/22/jadual-pengajian-baalawi-22hb-julai-8hb-ogos-2010/

MAJLIS PERDANA : CERAMAH ISRA’ MI’RAJ : http://pondokhabib.wordpress.com/2010/07/21/majlis-perdana-ceramah-isra-miraj/

Majlis Haul Sayidatina Khadijah Al-Kubro : http://pondokhabib.wordpress.com/2010/07/20/majlis-haul-sayidatina-khadijah-al-kubro/

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan