MB SELANGOR TIDAK HORMAT RAJA KITA

on Wednesday, August 4

SHAH ALAM 2 Ogos - Kerajaan Negeri Selangor akan menghadap Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah bagi memohon maaf terhadap insiden memalukan yang berlaku ketika baginda hadir merasmikan acara Festival Lagu-Lagu Islamik Antarabangsa 4 Julai lalu.

Menurut laporan akhbar The Malay Mail hari ini, antara insiden memalukan itu termasuk kegagalan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menjemput ketibaan Seri Paduka pada acara tersebut.

Selain itu, hanya kira-kira 200 pengunjung hadir pada festival yang diadakan di Stadium Tertutup Melawati yang mampu memuatkan 5,000 orang penonton itu.

Lebih memburukkan keadaan apabila kerajaan negeri turut gagal memaklumkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kehadiran Raja Permaisuri Agong ke acara tersebut.

Pengurus Besar Pelancongan Selangor, Noorul Ashikin Mohd. Din berkata, kerajaan negeri sedang menunggu pihak istana bagi memaklumkan tarikh untuk pihaknya menghadap Seri Paduka bagi menjelaskan perkara itu.

Beliau berkata, pihaknya yang diketuai Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong akan menghadap Tuanku Nur Zahirah nanti.

Noorul Ashikin berkata, pihaknya tidak dapat bertemu dengan baginda lebih awal memandangkan jadual ketat Raja Permaisuri Agong sebelum ini.

Dalam pada itu, Exco Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, Abdul Khalid sebelum ini telah mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor ekoran insiden tersebut.

Katanya, kerajaan negeri telah membincangkan perkara tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Sumber: Dunia Tiger

Bagi penulis tiada komen panjang, MB Selangor patut letak jawatan, tidak perlu dipecat, letak jawatan sahaja. Jika Selangor tiada Raja, MB Selangor bukan Khalid, barangkali YB Elizabeth Wong atau YB Ronnie Liu.

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan