KEYAKINAN PULAU PINANG AKAN MERDEKA

on Wednesday, August 25


1. LEE KUAN YEW dalam memoirnya menulis untuk berjaya, Singapura mestilah memastikan hanya polisi kerajaan diikut 100%, Singapura hendaklah memastikan Pembangkang di Singapura tidak bernafas. Sebab itulah, para pembangkang di Singapura tidak akan mampu pergi ke mana melainkan disaman sampai bankrap, dipenjara, ditutup akhbar mereka sehingga pembangkang di Singapura dipastikan kecil sekecil-kecilnya.

2. Sebelum Singapura merdeka dan keluar Malaysia, UMNO yang mewakili orang Melayu Singapura mempunyai 3 kerusi parlimen. Namun kebijaksanaan Lee Kuan Yew, memecah-mecahkan kawasan majoriti Melayu di Singapura, membina flat-flat dan dimasukkan dipecah-pecahkan orang Melayu Singapura sehingga tidak ada satu pun kawasan majoriti Melayu di Singapura sekarang.

3. Di Pulau Pinang, antara yang dicontohi oleh kerajaan Pulau Pinang sekarang ialah menubuhkan Perbadanan Ketua Menteri ( CMI ). Tujuan CMI adalah untuk menghancurkan geopolitik orang Melayu di Pulau Pinang dengan sasaran utama ialah tanah-tanah wakaf Melayu.

Perkara ini,berlaku juga semasa para jurutera dan perancang bandar merencanakan bandaraya Kuala Lumpur beberapa tahun dahulu. Ketika tahun 1950an dan 1960an, orang-orang Melayu masih berada di kampung-kampung dan boleh dibilang jari, dan tidak ada kelulusan dalam bidang tersebut. Maka siapakah yang memotong jalan, melencongkan sungai, membina jalanraya, membinta jejambat melintasi dan memecahbelahkan kampung-kampung Melayu di Kuala Lumpur. Kesannya selepas 40 dan 50 tahun apakah bentuk Kuala Lumpur hari ini. Majoriti kawasan Kuala Lumpur tidak lagi wujud kampung-kampung Melayu.

4. Di Pulau Pinang sekali lagi, Ketua Menterinya sekarang mendesak supaya jawatan portfolio pembangunan tanah diberi kepada beliau kerana tanah adalah senjata untuk menghalau keluar orang Melayu dari Pulau Pinang. Taktik ini sangat-sangat mirip dengan cara Lee Kuan Yew menghapuskan orang-orang Melayu di Singapura.

5. Lee Kuan Yew barangkali gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia suatu ketika dahulu, tetapi hanya dalam tempoh 40 tahun sahaja Pulau Pinang tidak lama lagi akan mengikui langkah Singapura. Ia sesuatu yang foreshadow namun PRU13 menunjukkan DAP sudah bersedia menjadi Perdana Menteri dengan bantuan PAS.

6. Penulis membaca dua buah buku iaitu "The Crisis Identity Of Malaysia" oleh Lim Kit Siang dan " Memoirs of Singapore" oleh Lee Kuan Yew. Kedua-dua pemimpin DAP dan PAP ini mempunyai satu sahaja cita-cita murni iaitu hendak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

7. Isunya, Jika Lim Guan Eng Perdana Menteri Malaysia yang paling pasti DS Anwar mahu pun TG Haji Hadi Awang tidak akan menjadi Timbalan Perdana Menteri di dalam usia 63 tahun sekarang. Malah DS Anwar dan TG Haji Hadi Awang tidak pun akan menjadi Perdana Menteri...kerana di dalam buku itu, Lim Kit Siang menyatakan prinsip dan hasratnya bahawa semua kaum adalah sama dan samarata.

8. Jika Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri Malaysia, anda harus berterimakasih kepada DS Anwar Ibrahim yang membawa jalan ke arah trend ini. DS Anwar dan DS Wan Azizah ataupun Dr Syed Husin Ali adalah sekelipat pemimpin Melayu di dalam PKR, majoritinya di dalam PKR sebenarnya bukan Melayu. Sudah pasti nasib PKR akan menjadi seperti GERAKAN, di mana GERAKAN diasaskan oleh Dr. Syed Hussin Ali tetapi akhirnya menjadi milik orang lain.

9. DAP bangga bercakap pasal Demokrasi, namun sepertilah juga PAP...Lee Kuan Yew mahupun Lim Kit Siang tidak mungkin meletak jawatan di dalam parti jika bukan anak mereka sebagai penggantinya.

10. Anda mungkin tidak percaya...

2 Komen:

tungkaran hati.blogspot said...

banyak kemungkinan untuk itu...!
sebahagian daripada Melayu meredhakannya sehingga meminggirkan maruah ugama, bangsa dan negaranya sendiri.

tungkaran hati.blogspot said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan