TIDAK SETIA KEPADA PKR

on Tuesday, September 28


KATA-KATA KERAMAT ZAID IBRAHIM SEPANJANG PEMILIHAN PKR :


"Jika anda kata ini adalah parti terbuka (dengan) proses yang demokratik, kenapa ada pemimpin yang berkempen menentang saya?

"Dan inilah orang yang mendakwa mereka mahukan perpaduan (tapi kata) jangan cabar kepemimpinan. Tapi mereka masih bergabung, mereka adakan sidang akhbar, mereka kata 'orang ini tidak setia, kesetiaan mereka dipertikai.'

"Adakah saya persoalkan kesetiaan sesiapa? (Isu) kesetiaan telah ditimbulkan, jadi saya pula bertanya, kesetiaan kepada siapa? Jika anda setia kepada reformasi, perubahan dan menegakkan keadilan, saya rasa ianya satu persoalan yang penting.


"PKR berpura-pura sebagai parti yang progresif, tapi sebenarnya tidak. Kita perlu bergerak ke peringkat yang lebih tinggi dan parti ini dalam proses pembelajaran. Kita perlu hormati ketua cabang dan jangan tekan mereka.


"Jadi siapakah (Azmin) hendak katakan (begitu). Berterus-terang sajalah mengenainya, katalah saya tidak patut ambil peluang (bertanding)," katanya lagi.


Zaid yang juga seorang peminat kuda berkata, ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan kenyataannya sebelum ini mengenai Kuda Trojan yang mungkin telah menyelinap ke dalam parti itu. *** Kenapa Malaysia kini membenarkan ayat ini : Zaid yang juga seorang peminat kuda...

"Saya tidak tahu dengan pasti (sama ada Anwar memaksudkan dirinya). Tapi saya rasa Anwar tidak patut terus dengan gaya membuat kenyataan kiasan mengenai satu perkara yang sangat serius.

"Sebagai seorang pemimpin anda mesti boleh dipercayai dan bertanggungjawab. Dan bila anda kata perkara penting seperti itu dalam keadaan pemilihan sekarang, saya rasa adil sekiranya dia (bertindak) demikian dan memberi bukti.

ANAK-BERANAK

on Thursday, September 23



1. TAHUN 1998, DS Anwar Ibrahim menuduh kerajaan mengamalkan KKN(Kronisme Korupsi Nepostisme ).

2. Hari ini, siapa pula yang mengamalkan Kronisme...Anwar sendiri menjadi Ketua Umum PKR, manusia paling berkuasa di dalam PKR. Presiden PKR dikuasai oleh Isterinya, dan kini anaknya Nurul Izzah menuju ke arah Naib Presiden PKR. Maknanya semua jawatan tertinggi dipegang oleh ANAK-BERANAK!

3. Maka, benarlah kata orang tua-tua meludah nun tinggi ke atas, akhirnya terpercik di muka sendiri. Anwar tidak peduli kritikan, bagi Anwar kalau kamu mahu keluar PKR keluarlah, Kalau YB Zahrain dan YB Zulkifli siapa sangka akan keluar PKR, bagi Anwar keluarlah, dia tak peduli pun.

4, Begitu juga teman baiknya YB Mohsin, keluarlah Anwar peduli apa, Anwar sudah terlalu kaya. Tiada siapa yang boleh menafikan kekayaan Anwar.

5. Maka, apa jua idealisme Anwar zaman dahulu, hanya omong-omong kosong sahaja...

PERDANA MENTERI BARU

on Friday, September 17

1. YA KALAU BUKAN MEI, JUN...KALAU BUKAN JUN, JULAI...WE HAVE NUMBERS...82 YA LEBIH CUKUP...

2. Hari ini 16 September 2010, bukan setakat kita memperingati Hari Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, tetapi dalam sejarah moden kita juga turut memperingati Pembohongan Mega yang dilakukan oleh DS Anwar Ibrahim kepada seluruh dunia, kononnya akan menggantikan kerajaan persekutuan melalui jalan belakang.

3. Akhirnya, Pembohongan Anwar itu dibayar dengan harga yang sangat mahal apabila YB-YB PKR yang tidak tahan berterusan ditipu meninggalkan PKR, bermula YBZahrain,YB Zulkifli Nordin, YB Tan Tee Beng, YB Hj Mohsin dan ramai lagi.

4. Anda bila lagi...

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Bakal Diterbitkan

Yayasan Pendidikan Islam

Buku Tun Mahathir

Pengunjung