BN 55%

on Sunday, October 24

1. PEMILIHAN Datin Linda Tsen Thau Lin, 54 tahun, balu mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi merupakan satu kejutan. Pandangan penulis sangat mudah, Datuk Yong Teck Lee mantan Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan Presiden SAPP merupakan saingan berat.

2. Di Semenanjung Malaysia, amat mudah memahami bahawa orang-orang Melayu lumrahnya akan berada sama ada di dalam parti UMNO atau PAS. Di Sabah Bumiputera Islam tidak dalam keadaan itu, kerana terdapat banyak Bumiputera Islam turut menjadi ahli dan Ketua Cawangan di dalam parti PBS, LDP mahu pun SAPP. Walaupun majoriti Bumiputera Islam Sabah berada di dalam UMNO.

3. Peristiwa-peristiwa besar di dalam politik Sabah sekarang ialah tuntutan-tuntutan parti komponen BN terutama UPKO dan LDP. UPKO menuntut sesuatu yang lebih besar daripada BN, dan LDP masih mengungkit isu patung Mah Tzu dan hubungan renggang dengan Ketua Menteri.

4. Batu Sapi adalah turning point kepada BN Sabah. Seandainya BN menang, maka faktor Sabah sebagai fix deposit BN akan kekal sehingga PRU-13. BN tiada pilihan, selain memenangi kawasan tersebut.

5. Yong Teck Lee mantan pemimpin tertinggi PBS suatu ketika dahulu. Bagaimana pula pertemuan Yong Teck Lee dengan Tan Sri Chong Kah Kiat tidak berapa lama dahulu? Masih banyak misteri di sebalik Yong Teck Lee ini.

6. Kelebihan majoriti 3,500 undi oleh mendiang Datuk Edmund pada PRU-12 dahulu masih boleh dikekalkan apabila isteri mendiang menjadi calon. Harus diingat, Yong Teck Lee bukan seorang Presiden SAPP yang miskin.

7. Di dalam hal ini, penulis yakin PKR akan tarik diri. Yong Teck Lee sudah banyak menolong Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk ketika peristiwa satu demi satu wakil rakyat PBS keluar parti tahun 1994 dahulu sehingga tumbangnya Kerajaan PBS. Terkini, pengorbanan Yong Teck Lee ialah keluar daripada BN untuk sekali lagi menyertai DS Anwar Ibrahim.

8. Namun demikian, jika Datuk Musa Aman bersama-sama dengan Datuk Joseph Pairin Kitingan turun berkempen setiap hari, maka kelebihan tetap kepada calon BN. Dengan kekuatan 59 ADUN BN berbanding 1 ADUN DAP di Sabah, penulis optimis Batu Sapi akan kekal dengan BN.

9. BN Sabah mesti kerja kuat di Batu Sapi. Penulis memberi markah BN 55%, SAPP 45%.

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan