SEPATUTNYA WAJIB LULUS DENGAN KEPUJIAN

on Sunday, October 31


1. RAJA-RAJA MELAYU merupakan institusi yang sudah wujud sebelum merdeka lagi, sebelum penjajah Portugis atau British datang ke Melaka lagi pun. Maknanya, sebelum proses transmigrasi, migrasi ataupun imigrasi di nusantara ini, Raja-Raja Melayu sudah mempunyai sistem pemerintahannya sendiri, sehinggakan pedagang dari negara China, India, Arab dan lain-lain tunduk memberi hormat kepada Sultan kita.

Bukankah satu perkara yang pelik, bilamana di dalam Dewan Undangan Negeri ada pihak yang tidak memakai songkok sebagai satu kemestian ketika Raja-Raja Melayu berada di takhta singgahsana.

2. Walaupun British dan Belanda khasnya, memecah-mecahkan Nusantara ini kepada Malaysia, Indonesia,Brunei, Patani, Naratiwat dll untuk kepentingan ekonomi dan politik mereka, namun sistem pemerintahan Raja-Raja Melayu terus kekal hingga ke hari ini. Maka, ada baiknya subjek sejarah dijadikan subjek penting, namun sebagai bekas guru sejarah, penulis kurang bersetuju ianya dijadikan Subjek Wajib Lulus.

3. Sepatutnya Sejarah patut diletakkan di dalam status Subjek Wajib Lulus Dengan Kradit (Kepujian). Jika setakat lulus sahaja ianya masih kurang memberi kesan positif kepada mereka yang buta sejarah, benci sejarah atau yang nak ubah fakta sejarah. .

Seperti di Singapura hari ini, Sejarah diubah dengan memulakannya bahawa Singapura dibuka oleh Stamford Raffles! Bukannya dimiliki oleh Raja-Raja Melayu di Johor, bukannya bernama Temasek dan sebagainya.

4. Jika di peringkat SPM, Lulus Sejarah dengan A atau B baguslah kerana itu sudah cemerlang. Jika pelajar mendapat keputusan Sejarah C oklah masih boleh diterima kerana ianya masih ditingkat Kepujian. Jika mereka mendapat nyawa-nyawa ikan seperti D yakni LuLus sahaja sebagaimana kehendak sekarang, ianya tidak begitu memberi kesan. Modusnya ialah, selepas D ialah E iaitu Gagal.

4. Jika hendak memartabatkan subjek Sejarah, memartabatkan Sejarah negara, Memartabatkan Perlembagaan Persekutuan, Memartabatkan Raja-Raja Melayu, Memartabatkan Bahasa Melayu semuanya itu bermula dengan ilmu pengetahuan Sejarah.

Jika tidak, bila besar nanti ada peguam hendak menyaman Raja-Raja Melayu, sebab dia tidak tahu dia adalah Rakyat yang hendak disamannya itu ialah Raja-Raja Melayu.

4. Pada zaman dahulu, sistem yang ada ialah jika Pelajar SPM tidak mendapat Keputusan Kradit Bahasa Melayu, maka walaupun Agregatnya 10A1 namun dia akan diletakkan sebagai SPM Pangkat/Kelas 2. Maka, pelajar zaman itu, berhati-hati dan belajar dengan tekun untuk mengelakkan diri mendapat SPM Pangkat/kelas 2.

5. Penulis berharap, perkara ini dikaji semula. Jabatan Sejarah, Universiti Malaya sudah pernah membuat kajian 20 tahun dahulu betapa kritikalnya perkara ini.

6. Kajian perlu dibuat, supaya sistem yang ada sekarang diperbaiki iaitu daripada Lulus Sejarah tetapi hendaklah diubah kepada Lulus Dengan Kepujian., bukannya setakat Lulus sahaja. Pengalaman penulis mengajar murid-murid Cina di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu dahulu, mereka sebenarnya boleh memahami dan boleh menjawab dengan baik. Sekiranya status matapelajaran itu dianggap Sangat Penting seperti subjek Bahasa Melayu, Matematik dan B. Inggeris, maka mereka akan mempelajarinya dengan lebih tekun untuk mengelakkan jatuh ke SPM Pangkat/Kelas 2.

7. Anda mungkin tidak bersetuju...

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan