SINGAPURA AKAN TERKEBELAKANG

on Wednesday, October 27


1. PADA hujung tahun 1990an, apabila Lee Kuan Yew memasuki Malaysia melalui Tambak Johor, mengikuti laluan Lebuhraya UTara Selatan, beliau khabarnya memberitahu bahawa Malaysia sudah jauh di hadapan berbanding Singapura. Dalam setahun dua ini, apabila gergasi bank Malaysia seperti MayBank dan CIMB membeli bank-bank tempatan di Indonesia, Lee Kuan Yew semakin terdesak dan rimas.

2. Beberapa majalah ekonomi antarabangsa sudah mula membandingkan Temasek Holdings dengan Khazanah Nasional Berhad...Simpanan Tetap Temasek Holdings walaupun lebih tinggi berbanding Khazanah Nasional, tetapi Khazanah Nasional mengejar dengan cepat.

3. Economic Transformation Programme (ETP), satu lagi idea YAB Perdana Menteri bersama-sama pasukan yang diketuai oleh Datuk Seri Idris Jala yang pakar menyelamatkan Shell dan MAS tidak berapa lama dahulu.

4. President Asia e-University dalam laporannya berkata, " The ETP endorsed by the Right Honourable PM for the rakyat is bold, visionary and innovative. Let us as Malaysian embrance, commit and work on it for the nation".

5. CEO Hans Dudenhausen, LFoundry Malaysia berkata, " LFoundry Malaysia, a joint between semiconductor leaders LFoundry GmbH and QT HighTech, agrees that the ETP is cogent towards accerlerating Malaysia's plan to achieve developed nation status.

6.Yang menariknya apabila Mydin Mohamed Holdings Berhad akan melabur sejumlah RM1Billion untuk membuka lebih banyak pasaraya Mydin sehinggalah ke Sabah. Kita harap Mydin akan membuka cawangan di Tawau dan memberi persaingan positif kepada Giant yang bersendirian di Tawau.

7. Dengan ETP ini,rakyat Malaysia akan memperolehi lebih daripada 30,000 peluang pekerjaan, penulis lihat lebih daripada itu apabila pelaburan besar-besaran seperti ini dimajukan. Malahan, lebih daripada 600,000 pekerja yang berpendapatan rendah akan dapat meningkatkan pendapatan mereka. Kerajaan sedang menyediakan rel yang tepat dan jelas untuk memberi gaji manimum kepada rakyatnya.

8. Lee Kuan Yew sangat teruja dengan program ekonomi negara kita, penulis percaya beberapa pengambilalihan saham-saham Temasek Holding di dalam GLC kerajaan perlu diteruskan malah disegerakan. Sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk KHazanah Nasional mengambil alih saham-saham tersebut.

9. Bagi penulis, GLC dan KHazanah Nasional perlu menampakkan diri mereka lebih Patriotik Economy berbanding hanya keuntungan perniagaan semata-mata. Penulis tidak pasti apakah mereka bersetuju.

2 Komen:

tungkaran hati said...

Patriotik Economy akan jelas kelihatan jika kerajaan dapat membina JAMBATAN bagi menggantikan TAMBAK JOHOR.
Sultan dan rakyat Johor amat berbesar hati jika perkara ini dapat dilaksanakan segera!

asrul amanda said...

Big Boss Mydin pernah cakap, ego sebenar beliau 'Kill Giant'

sekarang, Mydin position diri sebagai pesaing Giant

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan