UTUSAN MALAYSIA SUSAH NAK DAPAT : CEPAT HABIS

on Saturday, October 9



1. MULA-MULA, saya ingat apa yang penulis rasa ne, penulis sahaja yang berfikiran sedemikian. Rupa-rupanya, ramai yang bercakap mengenai sukarnya membeli Utusan Malaysia sekarang.

2. Dua hari lalu,ketika penulis sarapan di warung Kg. Baru, penulis sempat membeli beberapa akhbar arus perdana termasuklah Utusan Malaysia. selepas bersarapan, penulis lalu di depan kedai penjual akhbar tersebut...tetiba seorang mak cik yang rasanya peniaga di situ bersuara..." alamak kenapa pak cik tak simpankan saya dulu, tak pe lah pak cik ada yang dah dibaca tak, orang ramai kat warung akak ne cari Utusan..."

Namun, dia balik dengan kecewa dan muka masam.

3. Di sekitar KLIA dan Sepang, seawal 10.00 pagi akhbar Utusan Malaysia sudah habis di pasaran.

4. Ketika di Kuching minggu lalu, akhbar Utusan Malaysia kosong di rak buku Lapangan Terbang Kuching.

5. Sekejap lagi penulis akan meronda-ronda di bandar Tawau, harap-harap akhbar Utusan Malaysia masih ada di pasaran. Seseorang mencadangkan penulis membuka Utusan.Online sahaja. Namun, ianya tidak ada rasa. Suratkhabar mesti ada suratnya dan akhbarnya.

6. Beberapa blog rasanya pernah membangkitkan isu ini, tetapi pihak Utusan Malaysia hendaklah lebih peka dengan mencetak lebih lagi.

7. Apakah ini menunjukkan penanda aras orang-orang Melayu telah kembali semula kepada perjuangan sebenar dan mula meninggalkan pakatan rapuh dan parti baling kerusi.

8. Mengapakah Anwar Ibrahim sangat takut kepada Utusan Malaysia, memberi amaran kepada Zaid Ibrahim, tetapi dijawab semula oleh Zaid Ibrahim bahawa beliau Tidak Bersetuju Dasar Parti Memboikot Utusan Malaysia...

4 Komen:

Anonymous said...

memang benar memang sukar utk mendapatkan UTUSAN MALAYSIA sekarang.... sila siasat adakah ada unsur sabotaj kerana kita pun faham pengedar kalau tak nak edar mana nak dapat..dan siapa pengedar ini...

Anonymous said...

mana ada UTUSAN MALAYSIA cepat habis??? tak habis adalahh.. dan juga tidak di jual juga ada... dan jual hanya sedikit sahaja pun ada.. kalau tidak percaya, sila datang ke Bandar Perumahan Saujana Utama Sungai Buloh... ada kedai memang tak jual, dan mana kedai yang jual...yang semalam punya pun masih bertimbun.. kalau jual setakat 10 shj.. mmg cepat habisss

asrul amanda said...

Tapi utusan salah juga.

semua berita bodek UMNO. Tak boleh lah macam tu. Kena adil - kena pandangan bebas.

Kalu UMNO buat salah, kena tegur lah. Jangan terus sokong. Itu salah dari segi etika. Utusan perlu kritik kerajaan, kritikan tu penting untuk jadikan kerajaan lebih kuat dan wibawa.


Apa pun, Tahniah pada UTusan sebab mampu jadi akhbar online no 1 malaysia

Hariz Hussein said...

salam Tuan..

penulisan yang sangat2 menarik
harap dpt diberi tunjuk ajar...
saya telah memasukkn blog Tuan dlm blog pilihan saya..
harapan juga agar saudara membantu saya mempromosikn blog sesat jalan bertanya

hariz hussein
blogger sesat jalan bertanya
http://mencandat.blogspot.com/

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan