DR. ASRI PATUT SEGERA SERTAI UMNO

on Wednesday, November 3


1. YB Zulkifli Nordin mempunyai pandangan yang jelas bahawa Dr. Asri lebih baik tidak memihak kepada mana-mana parti supaya beliau boleh berdakwah dan diterima dengan berkesan. NAmun, YB Zulkifli tidak menyatakan tentangannya yang jelas, sebagaimana YB Kalabakan menentang kemasukan YB Zahrain menyertai UMNO.

2. Namun, beberapa tindakan Dr. Asri seperti kehadirannya di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, kemudian kritikan besarnya supaya DS Anwar Ibrahim bersara daripada politk merupakan bayangan yang sangat jelas Dr. Asri berpihak di mana.

3. Pada pandangan penulis, Dr. Asri yang pernah berkhidmat sebagai Mufti Perlis mempunyai sebab yang kuat untuk menyertai UMNO dan memperkuatkan semula UMNO. Beliau sudah lama bekerja dengan kerajaan negeri yang diperintah UMNO.

4. Isu Wahabi yang dilekatkan kepada dirinya adalah isu lain, khilaf dan tafsiran yang berhak diulas oleh mereka yang pakar. Di Malaysia, ada juga negeri lain yang mengamalkan fahaman Wahabi, tidak Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana lazimnya.

5. Pilihanraya Umum Ke-13 semakin dekat, penulis percaya jalan Dr. Asri semakin dekat. Beliau dan idea Imam Muda semestinya dari satu sumber yang sama. Imam Muda mestilah daripada idea orang muda. Dr. Asri bercakap mengenai pemimpin tua yang perlu bersara.

5 Komen:

Anonymous said...

maaf ana tak setuju dengan cadangan enta tuk ajak asri srrtai umno.

jgn krn nak cari sokongan kita tak caro aliran pemikirannya.

asri boleh dok seperti keadaaan dia loni.

isu wahabi bukan isu khilaf tetapi isu AKIDAH. ana rasa enta dah tau.

lebih baik org berzina minum arak yang bertobat banding pakai jubah ado janggut berserban tetapi akidah tauhidnya hancur lebur.

sebab oleh canggoh dengan aliran ahli sunnah wal jamaah.

rosak akidah rosak amalan keseluruhannya.

maaf ini pandangan peribadi ana dan ana tak paksa enta terima.


al faqir ilallah


khuwaidim ummah islam al alamiyyah



muhd zaki al kelantani

Anonymous said...

Ya demo lebih faham. Ana melihat dari sudut lain, jika ana silap ana terima.

airman_1 said...

tak perlu la jadi umno, jadi la dr asri saja kalu dah jadi umno sama la jadi macam n ajis spoil habis....

Anonymous said...

ya ya elok jugak idea tu, mcm idea YB Zul

Anonymous said...

Pelik dan heran Dr Asri ini semacam disanjung. Dia dapat PhD di USM. Ilmunya tidaklah seberapa. He shot to "fame, selepas debate dengan Astro Jabat pasal negara Islam. Sejak dari itu dia exploit event tersebut untuk menonjolkan dirinya konon berwibawa.Saya ingat di salah sebuuah masjid di Selangor, lepas berceramah dia menegur jemaah yang'selepas memberi salam solat meletak tangan atas kepala sambil membaca sesuatu,kemudian menyapu muka.This self-proclaimed ustaz had the cheek to say ini bidaah. Dia tidak pernah baca kitab kuning karangan Sheikh Daud Al Fatani. Nama kitab bab solat 'Muniyatulmusalli' Siapa lebih alim Dr Asri ini atau sheikh Ahmad. Dengan mudah2 "membidaah" khuatir menjejas akidahnya. Perkara dipertikai sunat apatah lagi sudah keluar dari solah. Tidak menjejaskan. Please Dr try to reconcial ayat Allah dalam alquran tentang Nabi dan hadithsnya, bagimana pendapat Dr Asri ini.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan