PKR TIDAK LAYAK MEMERINTAH NEGARA : UMPAMA AIR MENDIDIH 5 TAHUN

on Tuesday, November 23



1. PEMILIHAN PKR sampai ke penamatnya dengan pelbagai macam warna. Kerusi Terbang, Ugut-Mengugut, Tendang-Menendang, Saman-Menyaman, Tipu-Menipu sampailah kepada Datuki Zaid Ibrahim ditendang keluar sebelum pun sampai 16 Disember 2010.

2. Bayangkan jika PKR diberi peluang memerintah negara Malaysia. Seperti kata seorang pemimpin PKR di depan pejabat PKR, Tian Chua selalu sebut, ' oh Indian issues dont give to me '. Inilah antara wajah-wajah sebenar Tian Chua yang pernah Duplicate gambar Perdana Menteri Malaysia dengan Altantunya. Walaupun Tian Chua sudah memohon Maaf kepada Perdana Menteri Malaysia, perbuatannya itu melambangkan harga dirinya.


3. Baik di dalam DAP mahupun PKR, masyarakat India terutamanya semakin dipinggirkan. Apa yang berlaku di dalam Pemilihan PKR dan Pemilihan DAP, wakil masyarakat India semakin mengecil dan dikecilkan. Semua ini memberi kesedaran bahawa masyarakat India perlu kembali ke pangkal jalan. Formula BN yang memberi peluang adil dan saksama kepada semua masyarakat tidak kira Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain suku kaum sebenarnya lebih baik daripada Formula PR yang cacamerba.

4. Di Pulau Pinang, walaupun PAS menang 1 kerusi tetapi tidak mempunyai wakil di dalam Kerajaan Negeri. Seperti kata bekas-bekas YB PKR yang telah sedar, di Pulau Pinang mereka diarahkan supaya jangan beri muka sangat kepada PAS, sebaliknya hendaklah menjaga hati DAP. Itu pesan Pemimpin Defacto PKR.

5. Sebaliknya, di dalam konteks BN, walaupun parti PPP dan Gerakan kalah semua kerusi Parlimen, tetapi wakil mereka diberi tempat di dalam Kabinet. Di Negeri Sabah, walaupun parti LDP pernah hanya menang 1 kerusi DUN sahaja, namun Tan Sri Chong Kah Kiat diberi peluang menjadi Ketua Menteri Sabah. BN tidak melihat kepada perkauman, tetapi memelihara supaya sistem Perkongsian kuasa itu dihormati.

6. Di dalam hal ini, rakyat perlu sedar memberi peluang kepada PKR dan DAP memerintah negara seperti menuang air mendidih selama 5 tahun. Di Selangor, PKR tidak mampu membuat apa-apa tindakan tegas terhadap pembaziran RM300,000 majlis yang Tidak Diperkenan oleh Sultan Selangor. PKR tidak dapat membuat apa-apa pun kepada ahlinya yang murtad. PAS yang terbelit oleh perkongsian menakutkan di dalam PR juga tidak mampu bersuara di dalam kes tersebut.

7. Hampir 40 Pemimpin Pengasas PKR keluar Parti termasuklah Dr. Chandra Muzafar, Dr. Halili, peguam-peguam kesayangan mereka sehinggalah yang terbaru Datuk Zaid Ibarhim. Kini PKR hampir-hampir menjadi Parti Keluarga Raya sahaja. Bapa Pemimpin Defacto atau mudahnya Presiden Sebenar, Isteri Presiden ataupun bahasa mudahnya Presiden Patung, Anak Naib Presiden...Dahulunya menuduh Tun Dr Mahathir Maha Kronisme...hari ini Siapa Kronisme Tuan/Puan?

3 Komen:

Gelombang Rakyat said...
This comment has been removed by the author.
Gelombang Rakyat said...
This comment has been removed by the author.
Gelombang Rakyat said...

Salam Perjuangan,

BRAVO buat JentayuAbaka atas penulisan2 Tuan yang memberi impak positif kepada pengunjung dalam arena politik tanah air.

Saya juga menjemput Tuan mengunjungi blog saya iaitu Gelombang Rakyat. Di harap dapat memberi tunjuk ajar kepada saya.

Insyaallah, kita akan dapat bertemu di masa akan datang.

Saya telah linkkan blog Tuan dalam senarai blog pilihan di blog saya (Senarai Gelombang Transformasi).

Harap Tuan turut dapat linkkan blog saya dalam blog pilihan Tuan agar perjuangan saya dapat disampaikan kepada pengunjung2 di blog Tuan.

Sekian, Salam Kasih ikhlas dari,

Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat

http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan