ROMBAKAN KABINET : KU LI MASUK?

on Friday, November 5


1. APABILA Tengku Razaliegh Hamzah berucap di pentas PAS mengenai isu Royalti minyak Kelantan, pemimpin-pemimpin PAS gembira sakan dengan sokongan Tengku Razaliegh Hamzah kepada mereka. Maka diberilah peluang Ku Li berucap di stadium Kota Bharu.

2. Sebaliknya, ada sesetengah pemimpin UMNO yang cetek fikiran marah-marah kepada Ku Li dan meminta UMNO Pusat mengambil tindakan kepada Ku Li.

3. Kebijaksanaan Ku LI terbukti semasa di PRK Galas. Pemimpin-pemimpin PAS kelu dan hilang idea untuk menyerang Ku Li. Mereka tidak dapat membawa isu Royalti di Galas kerana ada Ku Li yang pernah mereka jemput berucap di pentas PAS.

4. Penulis percaya, di dalam PRK 13 nanti Ku Li tetap menjadi racun kepada PAS.

5. Bagi penulis, jika rombakan kabinet akan dilakukan tidak lama lagi untuk memperkuatkan BN, pertimbangan perlu dibuat untuk membawa semula Ku Li ke dalam Kabinet. Satu post Menteri Kanan perlu difikirkan kepada Ku Li sebagai menghargai pengalaman Ku Li di dalam politik dan kerajaan.

6. Jika Ku Li dilantik sebagai Menteri Kanan, ia satu lagi langkah ke hadapan untuk menawan Kelantan. Menteri Kewangan pun satu Menteri Kanan yang sangat penting.

7. Khabarnya, jika penulis tidak lupa, Tun Dr. Ismail pernah menjadi TPM 2. Mungkin penulis silap.

9 Komen:

Anonymous said...

lantik semula ku li jd menteri kewangan..

Anonymous said...

Ku Li harus masuk semula kementeri kabinet kerana telah membantu BN menang digalas pengalaman Ku Li harus dipandang tinggi Ku Li harus berada bersama sama DS Najib Dan TS mayuddin yassin kalau BN mahu menang dikelantan pada PRU 13 hanya Ku LI yg tahu kelemahan Nik Aziz dan pas Kelantan.

ISAC said...

Bagus jugak tu... Memanda Menteri kitapun dah X larat nak memangku tugas banyak2...

Secara teorinya post Menteri Kewangan pun kosong...Kalau DSN melepaskannya jadi x adalah orang yang terasa diketepikan...

Mungkin rakyaat Kelantan juga memerlukan seorang Menteri Pertanian di Kerajaan Pusat... Ekonomi negeri tersebut berasaskan kepada pertanian... Mungkin pertanian akan dapat dipertingkatkan lagi... Dan rakyaat akan merasa nikmatnya...

asrul amanda said...

Tak boleh..

Kalau lantik Tengku jadi menteri, itu beri perspektif UMNO ni murah jawatan. Asal bejasa terus dapat jawatan.


Penasihat kewangan mungkin boleh. Tapi kalau menteri, itu tak boleh.

Anonymous said...

Sokong pandangan asrul amanda,

Jika mahu mengenang dan menghormati Ku Li sebaiknya dilantik sebagai Penasihat Kerajaan, ini membolehkan beliau memantau perjalanan dan hala tuju kerajaan.

Sam PPuteh said...

Begitu lah dunia ni... Saya penoh yakin Kuli tak diberi jawatan apa2 pun dlm kabinet tu... Kelantan Kalah pun dlam PRU13 nanti tak pa, janji pemimpin tertinggi umno tak tergugat... Sudah suratan Kuli akan terabai.. bn menang katanya kepercayaan rakyat pada proses transformasi PM berjaya, tapi kalau di Galas kalah semalam, pengaroh Kuli telah berkubur, lupakan saja Kuli...

Dunia-dunia... kalau sudah tak ada kuasa, diri tak berguna lagi.. sedar-sedarlah semua, ini suratan Ilahi. Amin

Anonymous said...

"""Tak boleh..

Kalau lantik Tengku jadi menteri, itu beri perspektif UMNO ni murah jawatan. Asal bejasa terus dapat jawatan.


Penasihat kewangan mungkin boleh. Tapi kalau menteri, itu tak boleh. """

betul la tu asal jasa sikit jer tgerus nak bagi kanan ... gilo ker apa korang nie komen pakai kepala lutut .. udah laaa berapa banyak nak lingkup dulu jadi menteri kewangan laaa sampai nama bank bumiputra pun dah tak ujud .... aparaaaa bodoh + banggang punya komen .... haahhahahahahah take out both of u ....

Anonymous said...

Sebaiknya berikan beliau menjadi peneraju UMNO di Kelantan, dan biarkan beliau mencorak bagaimana untuk UMNO mengambil kembali pentadbiran Kelantan...dengan pengetahuan luas beliau kemajuan Kelantan yang tercicir selama 20 tahun dibawah PAS insyaallah Kelantan Maju dalam masa 5 tahun...

Anonymous said...

KU LI PERLU MENGETUAI UMNO KELANTAN. TUK PA PERLU BERI LALUAN DEMI RAKYAT KELANTAN. MUNGKIN FORMULA BARU INI MAMPU MENAWAN KELANTAN KEMBALI DLM PRU13

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan