HILANG SEBUTIR BINTANG

on Friday, December 24



1. SEMASA dalam tawanan tentera Jepun di Kota Bharu, mereka ( Ibrahim Ismail, Yahya dan Zain ) yang terlibat dalam operasi membebaskan Tanah Melayu dari Jepun telah dipaksa menerangkan operasi mereka. Mereka dipenjara dalam bilik sempit yang tidak diketahui siang-malamnya.

2. Kesilapan Tengku Mohyideen ( barangkali satu rahmat juga )semasa di Colombo temphari, ialah mereka terlupa diberikan ubat Letha untuk membunuh diri sekiranya tertangkap. Tentera Jepun sebenarnya sudah bersedia lama sebelum menjajah Tanah Melayu.

3. Yang tidak diajar di dalam buku Teks sekolah ialah, Tentera-tentera Jepun mempunyai pakar-pakar bahasa Inggeris, pakar bahasa Melayu, pakar bahasa India ( Urdu ), pakar bahasa Melayu dan bahasa Cina, yang membolehkan mereka membaca kod-kod rahsia tentera British dan memintasnya.

4. Markas Besar British di Colombo tidak tahu pasukan Force 136 (Zain, Ibrahim, Yahya ) itu telah ditangkap oleh tentera Jepun. Pihak Jepun telah memaksa mereka berhubungan dengan Markas Besar Inggeris di Colombo, tetapi Ibrahim telah memberi pengenalan/kod tentera yang berbeza. Maka Markas Tentera Inggeris di India mengetahui pasukan Ibrahim telah ditawan dan bertugas dalam paksaan.

5. Selama 10 bulan pasukan ini menyamar dan meyakinkan tentera Jepun mereka bukan ejen British. Akhirnya tentera Jepun mepercayai mereka tetapi tiap-tiap Mesej yang diterima mereka daripada Colombo telah diterima terlebih dahulu oleh pihak Jepun, dan Ibrahim dan kawan-kawannya terpaksa membalas mesej mengikut kehendak tentera Jepun.

6. Kejayaan ejen British ini ( Force 136 ini ) ialah meyakinkan tentera Jepun bahawa Pihak Berikat akan menyerang kawasan utara Pulau Pinang dan Kota Bharu Pantai Timur. Sebaliknya, tentera Berikat mendarat pula di Pantai Morib, Selangor.

7. Walaupun Kerajaan Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945 di Tokyo selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom, tetapi tentera-tentera Jepun di Tanah Melayu masih bertempur sehingga 12 September 1945.

8. Pasukan-pasukan Gerila dalam hutan, ejen-ejen British di bandar, pasukan-pasukan MPAJA, Tentera Wataniah Pahang, Askar Melayu Setia Negeri Perak & Kedah masih terus menyerang tentera-tentera Jepun.

9. Dalam penyamaran ini , Yahya hampir dipotong kepalanya kerana semasa mereka di bandar Buterworth terserempak dengan Haji Abdullah ( seorang ejen Inggeris ). Yahya pura-pura tidak mengenalinya tetapi tentera Jepun yang mengiringi mereka tidak mempercayainya. Lalu mereka bertiga sekali lagi disoal-siasat oleh Kapten Watanabe dan pergerakan mereka dikawal ketat.

10. Dalam pada itu, Laporan-laporan dari Radio All India menyebut tentera Jerman telah kalah di Eropah. Tentera-tentera Jepun juga kalah di Burma dan Filipina. Mereka bertiga sangat gembira dengan berita itu tetapi mereka pura-pura tidak mengetahuinya.

11. Hujung Ogos 1945, Kapten Watanabe memberi pilihan kepada Ibrahim/Yahya/Zain untuk membunuh diri dengan cara Harakiri daripada dibunuh oleh tentera British. Ibrahim menolak kerana bertentangan dengan agama Islam. Kapten Watanabe marah lalu mencadangkan mereka dibunuh sahaja. Seorang tentera Jepun bernama Sarjan Shindo menentang.

12. Akhirnya mereka diberi 3 pilihan. Dihantar ke Seberang Prai, Dihantar ke Jawa/Sumatera atau Terus tinggal di Tanah Melayu di kampung terpencil sehingga aman dan kemudiannya dihantar ke negara Jepun setelah aman.

13. Selepas berbincang mereka memilih pilihan ke3 kerana mereka tahu Jepun tidak akan berupaya menghantar mereka ke negara Jepun selepas perang tamat.

14. Pada 22 Ogos 1945, askar-askar Jepun telah mengadakan jamuan besar-besaran pada malamnya sebelum mereka balik ke negara Jepun. Semua kod,suratkhabar, peralatan dibakar berjam-jam lamanya.

15. Pada hari siangnya kapal-kaal tentera British telah menggugurkan risalah Kekalahan tentera Jepun. Bendera Union Jack telah dinaikkan di Balai Polis Pusat Penang.

Askar orang putih telah mendarat, seorang Pegawai Marin DiRaja Inggeris telah bertemu dengan Ibrahim/Yahya/Zain dan terus mengenali mereka melalui kod jawatan " MCS,Force 136".

Tanah Melayu bebas dari Jepun...Inggeris datang kembali. Kesannya orang Melayu mahu Merdeka...

ALFATHIAH ALLAHYARHAM TUN IBRAHIM...

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan