RODA MALAYSIA SUDAH BERPUSING KE ATAS

on Sunday, December 19


1. KEJAYAAN YAB DS Najib mengemudi negara mula menunjukkan hasil setahun dua ini. Dari segi ekonomi, Ringgit yang kini pada tahap tertinggi dalam masa 13 tahun iaitu pada paras RM3.11 bagi setiap US dollar.
.

2. Selain itu, dalam kalangan 58 ekonomi dunia , Malaysia berada di kedudukan ke-10 berbanding dengan kedudukan ke-19 pada tahun sebelumnya. Penarafan ini dikeluarkan oleh agensi penarafan antarabangsa Institute for Management Development (IMD) dalam laporan terkini World Competitiveness Yearbook 2010 (WCY).

3. Kejayaan di dalam ekonomi ini telah menjadi pemangkin kepada kebangkitan Sukan Malaysia di Sukan Komanwel New Delhi dan Sukan Asia di China. Malah kejayaan Malaysia ke perlawanan Akhir Bola Sepak Piala AFF semalam adalah antara kesan-kesan daripada kejayaan ekonomi negara.

Lihatlah, negara-negara Asia yang membangun dan bertambah maju ekonomi mereka seperti Jepun, Korea Selatan malah Jepun telah berjaya mencipta kejayaan di dalam pasukan Bola Sepak mereka, khususnya dan sukan-sukan yang lain.

4. Begitu juga dalam bab politik, kejayaan ekonomi negara ini malah keuntungan di dalam GLC seperti Petronas, Proton, Perodua dll telah mengangkat Keyakinan Rakyat kepada BN melalui kemenangan BN di Batu Sapi dan Galas, dan insyaallah di DUN Tenang, Johor.

5. Rakyat menunggu dengan debar...apakah akan ada perubahan besar di dalam BN sebagaimana ucapan YAB DS Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini tentang penyusunan dan penambahbaikan. Apakah Kabinet akan dirombak sebagai satu Fasa penting, hanya Perdana Menteri mengetahuinya!

6. Perubahan sedang berlaku, awan mendung sudah berlalu...Menjelang 2011, Rakyat Malaysia akan menikmati Kesejahteraan yang lebih baik, Roda Sudah Berpusing Ke Atas.

1 Komen:

Panglima Perang Cyber said...

doa kita nampaknya semakin dimakbulkan Allah.

alhamdulillah

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan