SIAPA DIA?

on Thursday, December 30


1. KEMELUT Perlantikan SUK Negeri Selangor masuk babak baru apabila orang kuat DAP memberi komen yang mempersoalkan perlunya Sultan Selangor dimaklumkan atau diberi perkenan. Maksudnya amat mudah, iaitu perlantikan SUK mestilah dimaklumkan kepada MB Selangor atau pun maksud yang lebih jauh ialah mestilah melalui Kerajaan Pakatan Rakyat. Seperti yang disebutnya kepada sebuah portal, "...Menurutnya, walaupun undang-undang tubuh Selangor tidak menyebut tentang peranan menteri besar dalam pelantikan SUK, ia juga tidak menyatakan peranan Sultan dalam hal yang sama..."

2. Dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, secara spesifik dinyatakan SUK harus dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan. Suruhanjaya Perkhidmatan tersebut, pada saya, sudah semestinya merujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang memilih, menemuduga, mengambil, menawarkan dan memberikan pekerjaan kepada mereka yang berjaya. Apabila sudah dilantik, sudah tentu tertakluk kepada Arahan Kerajaan yang telah pula dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

3. Ketua Setiausaha Negara (KSN) mempunyai hak untuk melantik, memindahkan, menaikkan pangkat dan sebagainya setelah memenuhi syarat-syarat perjawatan kepada sesiapa sahaja pegawai kerajaan yang diambil bekerja oleh SPA dan bernaung di bawah JPA. Pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri adalah bidang kuasa KSN. Ia amat jelas.

4. Masalah yang berlaku ialah, perkara ini telah dipolitikkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Mereka mahu segala-galanya, termasuklah mahu mengambil pengurusan air di Selangor, kononnnya akan memberi balik hak air Selangor kepada rakyat Selangor. Ya kalau benar siapa itu Rakyat Selangor yang akan menguasai pula Bisnes Air di Selangor jika bukan SYABAS?

5. Nyatakan siapa orangnya? Apa nama Syarikatnya? Berapa Saham akan diberikan kepada Rakyat Selangor? Air percuma 20 Liter itu kerajaan Selangor kah yang beri atau SYABAS yang dipaksa beri?Perkara ini tidak jelas? Rakyat hanya disoalkan Kembalikan Hak Air Selangor kepada Rakyat Selangor? Siapa Dia? Apakah orang-orang MB Selangor? Atau Orang-Orang Exconya?.

6. Bagi penulis yang bukan orang Bisnes, penulis melihat semua ini adalah perkelahian untuk mengaut seberapa banyak dan seberapa segera wang daripada sumber-sumber lumayan ini. Perebutan dalam melantik SUK juga merupakan sebahagian daripada elemen ini. Untuk kebaikan rakyat Selangor dan mereka yang menetap di Selangor, sebaiknya urusan seperti ini tidak perlu dipolitikkan. Sebagai pegawai kerajaan, SUK sudah memiliki piagamnya, akan patuh kepada arahan.

7. Jika MB Kelantan, MB Kedah malah Ketua Menteri Pulau Pinang boleh menerima SUK lantikan KSN, mengapa Selangor tidak boleh?

1 Komen:

Anonymous said...

salam cikgu...jangan peduli dengan keadaan selangor...tolong ambil peduli keadaan di tawau...usahakan yang terbaik untuk membangunkan tawau...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan