KHALIFAH PULAU PINANG

on Sunday, January 31







YB ZAHRAIN PKR : Lim Guan Eng Khalifah Pulau Pinang seorang yang cauvinis, diktator dan berfikiran bahaya

YB Zulkifli PKR : Kalau saya yang buat kenyataan macam ini ( macam Zahrain ), mesti dah melenting habis ' Firaun-firaun Kecil'. Jadi saya nak tengok apa pula tindakan mereka terhadap Zahrain.

YB Lim Guan Eng :...Kita hendaklah mencontohi Khalifah Umar Abdul Azizzzzzzzzz

PAS : Diam ( kalau kita bersalah diamkan )

PKR : Diamkan ( kita terperangkap )

Rakyat : Menagih Janji-Janji Pilihanraya...

BARU TAHU DIKTATOR

on Saturday, January 30



1.APABILA YB Datuk Zahrain MP Bayan Baru mengatakan Ketua Menteri Pulau Pinang Diktator, baru tahukah? Baru tahukah dia tidak boleh dikrtitik? Bayangkan kalau dia jadi Perdana Menteri Malaysia?

2.Walaupun Lim Guan Eng mempromosikan pentadbiran yang telus, adil dan cekap kononnya tetapi realitinya YB Zahrain mendapati Lim Guan Eng yang berjanji menggunakan sistem tender terbuka, sebaliknya Ketua Menteri ini menggunakan kuasanya mempengerusikan lembaga pemilihan tender. ( Lim Guan Eng is promised an open tender system, but he has made the process worse by personally chairing the tender board )

Ada sesiapa di Pulau Pinang boleh senaraikan sejak Mac 2008 berapa tender diberikan kepada orang Melayu, Cina dan India dan kaum-kaum lain secara adil, samarata dan saksama.

Ada sesiapa boleh berikan statistik apa projek dan berapa nilai projek yang diberikan kepada orang Melayu , Cina dan India dan kaum-kaum lain?

Semua ini perlu didedahkan untuk membuktikan betapa rakus dan diktatornya Ketua Menteri Pulau Pinang sebagaimana marahnya YB Zahrain itu.

3. DAN kemarahan YB Zahrain yang paling kita tidak dapat terima ialah apabila YB Zahrain berkata Lim Guang Eng sepatutnya menghormati semua kaum dengan menggunakan bahasa yang difahami oleh semua kaum...
( Lim Guan Eng should respect people of all races and speak in a languange undestood by all )


Isunya, adakah Lim Guan Eng bercakap Mandarin dalam Mesyuarat Exco? Adakah Lim Guan Eng bercakap Mandarin dalam situasi ada 2 Cina 1 Melayu ?

Anda baru tahu DAP begitu?...

Kini kita sudah boleh lihat Ketua Menteri Pulau Pinang ikut cara Khalifah Umar Abdul Aziz atau Lee Kuan Yew?

Mungkin anda tidak bersetuju dengan YB Zahrain?

ADA MUSUH DALAM SELIMUT DI KELILING MENTERI BESAR KELANTAN

on Wednesday, January 27


1. DI NEGERI Cik Siti Wan Kembang satu demi satu isu Dalaman kerajaan Kelantan dibongkar, bukan terbongkar sebenarnya, tetapi dibongkar oleh orang dalam PAS sendiri.

2. Kita ambil isu menantu Menteri Besar dalam Perbadanan Kerajaan Negeri Kelantan itu, dibuka satu demi satu rahsia ketidaktelusan di situ.

3. Kemudian ada orang dalam PAS dikatakan memberi Maklumat Minit Mesyuarat Exco Negeri Kelantan yang belum disahkan. Exco Kanan menafikan terlibat. Bagaimana Kickdefella boleh mengetahui dan mendedahkan begitu banyak maklumat .

4. Selepas itu, ditimbulkan isu Kerugian Bazar Kota Bharu yang rugi berjuta-juta ringgit itu. Siapakah dan bagaimanakah ia didedah dan terdedah?. PAS dan kepimpinannya sangat Terkenal untuk menyembunyikan dan menutup rahsia kelemahan mereka sekuat-kuatnya, namun kini nampaknya tidaki begitu.

5. Kemudian terdedah lagi isu Bil Hospital Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan. Sepatutnya Raja-Raja kita perlu dihormati dan dijaga dengan baik hal-hal sedemikian ini, tetapi nampaknya didedahkan juga.

6. Tidak sampai seminggu, dimunculkan pula isu Rumah Kelantan di Kuala Lumpur. MB Kelantan terpaksa menjawab sementara Exco Kanan berdiam diri.

7. Penulis percaya selepas ini satu demi satu isu-isu besar yang melibatkan Kerajaan Negeri Kelantan akan dibongkar oleh orang-orang di sekeliling Menteri Besar Kelantan sendiri.

8. Selama ini diyakinkan ahli-ahli PAS akan taat kepada pemimpin dan parti mereka, tetapi mereka tidak sedar di sekeliling Menteri Besar Kelantan sudah ada musuh dalam selimut. Persoalannya siapakah dia? Mengapakah?

9. Selepas ini apakah isu besar lain pula? Anda tidak percaya ?

TIDAK PERCAYA YB KULIM SERTAI UMNO?

on Monday, January 25

1. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang. Beliau meletak jawatan kerana kecewa dengan pentadbiran parti itu di peringkat negeri.

2. Zaid Ibrahim mencadangkan ahli parlimen PKR dari Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dipecat. .Sebagaimana saranan penulis, Zulkifli lebih baik menjadi YB Bebas dan ini membolehkan beliau bebas mengemukakan pandangan Islamnya yang tidak boleh diperjuangkan di dalam Pakatan kerana adanya penghalang yang tidak mampu diatasinya.

Bukanlah rahsia YB Zulkifli mempunyai hubungan yang baik dengan UMNO dan BN. Barangkali boleh dilihat dari sudut kekalnya YB Zulkifli di Kulim tanpa ada petisyen bantahan tempohari walaupun BN mempunyai asas untuk menghantar petisyen.

YB Zulkifli sedang mempraktikkan konsep memberi dan menerima.

3. Dr Syed Husin Ali berkata Zulkifli Noordin nampaknya tidak bercadang untuk menyelesaikan masalah berhubung perdebatan isu penggunaan kalimah 'Allah', tetapi sebaliknya bertindak seolah-olah "membantu Umno".

4. Zulkifli turut dibidas ketua umumnya sendiri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah ceramah di Hulu Klang.

5. Matematiknya kini terletak pada integriti laporan polis itu, sama ada YB Zulkifli keluar pakatan atau tetap di Pakatan Rakyat yang menyusahkannya itu. Jika YB Zulkifli kekal dalam Pakatan, laporan polis itu tidak bernilai dalam perjuangannya.

Jika YB ZulKifli keluar Pakatan, YB Zulkifli akan menang lagi di mata rakyat. Kini beliau sedang membuat pilihan, sama ada kekal, menunggu keputusan mesyuarat PKR esok, atau mengiakan sahaja desakan Zaid Ibrahim supaya dia dipecat.

LAKONAN TERBAIK DI ATAS KERTAS BUKAN DI PADANG

on Saturday, January 23


1. YB KULIM BANDAR BAHARU mengambil langkah berani apabila membuat laporan polis terhadap YB Shah Alam atas isu kelimah Allah. Kedua-dua mereka memiliki rasional masing-masing untuk mempertahankan pandangan masing-masing.

2. Apakah motif YB Kulim membuat laporan polis? Apakah untuk melarikan isu sebenar 2 Fabuari? Setakat Laporan polis tidak memberi apa-apa kesan politik kepada YB Shah Alam.Sebab itu penulis mengulangi cabaran kepada YB Kulim Bandar Baharu supaya meninggalkan Pakatan Rakyat jika benar-benar mempertahankan kesucian agama Islam. Jika tidak, ia sekadar lakonan-lakonan lamanya dahulu. Ia sama ketika YB Kulim berperang dengan DAP dan PKR tahun lalu, di mana akhirnya YB Kulim rebah menyembah mengalah.

3. Sebagai orang politik, YB Kulim akan memainkan isu lain untuk melarikan isu sebenar, YB Kulim tidak akan berani mengambil tindakan lebih drastik, hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.

4. Kerana, jika benar YB Kulim berjuang kerana Allah SWT dan kesucian agama Islam, maka jika mengetahui YB Shah Alam terang-terang menyokong pihak gereja dan kristian, hanya bertengkar di atas kertas dan blog, hanya mencari glamor di kaca TV, itu bukan pejuang yang ikhlas sebenarnya. Ia hanya aca-aca sahaja.

5. Tindakan yang paling tepat ialah YB Kulim Bandar Baharu keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi YB Bebas sebagaimana ancaman YB DAP di Pulau Pinang dan Kedah akan keluar DAP jika kerajaan Pulau Pinang/Kedah tidak mengikuti permintaan mereka. Oleh kerana kerajaan Pulau PInang dan Kedah tunduk kepada desakan YB DAP itu, maka mereka tidak jadi meneruskan hasrat keluar DAP.

6. Sebaliknya YB Kulim Bandar Baharu hanya aca-aca sahaja...

7. Selepas bertemu atau ditemukan oleh pemimpin de facto...laporan polis YB Kulim itu berlalu ditelan zaman. Hanya menjadi cerita boneka sahaja.

8. Ini semua sudah pernah dilakukan oleh mereka semua...Lihatlah dalam kes arak bagaimana YB Datuk Dr. Hassan Ali tunduk kepada YB Ronnie Liu, dahulu YB Kulim pun tunduk diam juga.

9. Hanya jika YB Kulim bertindak lebih berani, lebih jantan, lebih ke hadapan baharulah boleh ditabalkan pejuang sejati...bukan pelakon sejati. Ia sudah pernah mereka lakonkan tetapi anda mungkin masih tidak bersetuju...

IKLAN BERITA HARIAN

on Wednesday, January 20

1. BERITA PKR Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini diumum dibubarkan setelah 13 ahli jawatan kuasanya (AJK) meletak jawatan. Perletakan jawatan kerana hilang kepercayaan kepada Abdul Khalid yang turut melibatkan Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita itu bermula November lalu hingga kelmarin. Pengumuman dibuat oleh Timbalan Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar.

2. Hari ini akhbar BERITA HARIAN yang seringkali dituduh kononnya sangat cenderung kepada kerajaan BN menyiarkan Satu Halaman Penuh Iklan YAB Menteri Besar Selangor. Ia amat mustahil bagi pemimpin-pemimpin BN mendapat iklan penuh di akhbar-akhbar mereka.

Sedangkan semasa Muktamar Agong PAS tahun lalu, beberapa syarikat besar pro-BN dilihat memberi penajaan yang besar dan ia dipersoalkan oleh ahli-ahli mereka bagaimana syarikat Pro-BN memberi sumbangan besar kepada muktamar agung mereka.

Sehingga tersebar kononnya ada pemimpin mereka menginap di hotel 5 bintang , menaiki kereta-kereta mewah Mercedes Benz dan sebagainya. Menteri Besar Kelantan mempunyai asas kukuh bercakap pasal Chah Keting dalam parti PAS memandang Minit Mesyuarat Sulit Mesyuarat Exco Kelantan pun boleh tersebar sebelum ia disahkan. Exco Kanan Husam menafikan ia ada kaitan dengannya.

3. Nampaknya beberapa peristiwa besar sedang berlaku sekarang. Apakah semuanya menanti perbicaraan de facto 2 Febuari ini.

4. Seolah-olah semua orang mahu melarikan diri dan menyelamatkan diri masing-masing.

SULTAN SELANGOR VS ANWAR IBRAHIM

on Tuesday, January 12



1. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak di negeri ini berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa hari ini memberitahu, titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu.

Baginda memaklumkan pendiriannya mengenai perkara itu bertujuan memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat di Selangor.

“Dalam pertemuan itu, baginda menitahkan supaya isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibincangkan dengan teliti oleh ahli-ahli MAIS.

“Sebagai Ketua Agama Islam negeri, baginda mahu semua peringkat berpegang teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain,” katanya.

2. Kepimpinan PAS berbelah bahagi dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. YB Taib Azamudin, DR. Harun Din menentang penggunaan Allah oleh bukan Islam, sebaliknya YB Khalid Samad terutamanya menyokong penuh penggunaan Allah oleh bukan Islam. Bukanlah satu yang pelik kerana YB Shah Alam itu memang terkenal dengan liberal dan kesamarataan dalam isu ini.

Yang jelas, mana-mana pemimpin PAS yang di bawah pengaruh Anwar akan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, manakala mana-mana pemimpin PAS yang bukan di bawah pengaruh Anwar seperti Dr. Haron Din dan Taib Azamudin menentangnya.

3. YB Zulkifli Nordin dari PKR sepatutnya keluar meninggalkan PKR dan DS Anwar Ibrahim kerana amat jelas pemimpin De Facto itu telah melanggari limit berpolitik. Hari ini , demi cita-cita mahu menjadi PM, pemimpin de facto sanggup berbuat apa saja hatta tidak kisah jika negara kacau-bilau. Penulis mencadangkan supaya YB Zulifli bertindak lebih berani bukan setakat memberi kenyataan menentang sahaja, sebaliknya hendaklah lebih berani sebagaimana YB DAP Penang sanggup keluar DAP dalam isu mempertahankan kepentingan masyarakatnya.

Kelihatannya mereka berjaya mewujudkan Melayu benci Bukan Melayu atau Bukan Melayu benci Melayu, dan Islam benci Bukan Islam, Bukan Islam benci Islam..yang akhirnya berlakulah insiden gereja dibakar dan surau dibaling bata.

Apakah ini satu cara untuk mengalihkan isu sebenar yang lebih besar yakni Perbicaraan kes liwatnya dengan Saiful Bahri?

4. Di dalam negara, DS Anwar membuat pelbagai janji kepada bukan Melayu dan bukan Islam kerana beliau tahu orang-orang Melayu terutamanya hanya memberikan sokongan minoriti kepadanya.

5. Di luar negara ( terbaru di Mailborne, Australia ), di hadapan pemimpin-pemimpin barat, Anwar dengan tanpa rasa bersalah menuduh Islam di Malaysia menekan penganut-penganut Hindu, Buddha dan Kristian di Malaysia.

6. Penulis amat berharap Majlis Raja-Raja bersidang segera untuk memutuskan perkara ini, yang akhirnya rakyat Malaysia akan patuh kepada keputusan Majlis Raja-Raja yang bertanggungjawab menjaga kesucian agama Islam di negara ini.

7. Mungkin anda tidak bersetuju dengan penulis...

MAJLIS RAJA-RAJA : ELAK TRAGEDI NATRAH BERULANG

on Sunday, January 10


1. KETIKA insiden kepala lembu di hadapan bangunan SUK negeri Selangor tempohari, UMNO dituduh sebagai dalang kepada insiden itu. Beberapa minggu kemudian, Menteri Besar Selangor membuat pendedahan insiden tersebut bukan dilakukan oleh UMNO tetapi dilakukan oleh penduduk Selangor kawasan tersebut yang marah dengan keputusan kerajaan Selangor membina kuil di kawasan perumahan mereka.

2. Terbaru seorang lagi AMT PKR menuduh UMNO sebagai dalang di sebalik pembakaran gereja-gereja tersebut? Jika begitu, siapakah pula yang membaling bata di sebuah surau di Klang semalam yang mengakibatkan cermin pecah dan mengejutkan jamaah? Adakah hendak menuduh MIC atau MCA pula?

3. Pada pandangan penulis, DS Anwar sebagai pemimpin defactonya tidak menunjukkan sifat kenegaraannya apabila suka mensensasikan is-isu besar untuk kepentingan politiknya. Anwar sering berubah-ubah pandangan di lain tempat , di tempat yang berbeza , mungkin sebab itu PM Australia pun sudah berani menyebut Anwar sebagai sesumpah.

Jika DS Anwar benar-benar mempertahankan penggunaan kalimah Allah oleh orang lain , apa kata DS Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen membentangkan Usul tersebut. Apakah DS Anwar berani membentangkan isu membenarkan penganut lain menggunakan kalimah Allah dalam parlimen? Atau tidak berani berhadapan dengan YB Zulkifli, YB Taib Azamudin dan lain-lain pemimpin pembangkang yang tidak bersetuju itu.

4. Semasa DS Anwar menjadi Menteri Pertanian ( 1984 ), Anwar sebagaimana dalam video tersebut mempertikaikan usaha menterjemahkan Kitab Bible ke dalam bahasa Melayu, Anwar mengatakan ia mempunyai tujuan tidak baik kepada orang Melayu/Bumiputera. Begitu juga kes beliau mempersoalkan orang bukan Melayu yang mempersoalkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera. DS Anwar ketika itu sebagai Menteri Pendidikan mempersoalkan hak orang bukan Melayu sebagai pendatang tidak boleh menuntut itu dan ini.

Hari ini semuanya terbalik .

5. Sejak berada di luar kerajaan, DS Anwar melakukan pusingan 360 darjah termasuklah dalam isu penggunaan kalimah Allah ini. DS Anwar tidak lagi mempertahankan orang Melayu dan umat Islam sebagaimana beliau lantang mempertahankan Melayu dan UMNO ketika menjadi Menteri Kewangan & TPM.

6. Pada pandangan penulis, DS Anwar kini sedang berusaha melarikan isu-isu besar yang melanda PKR dan dirinya. Terbaru perletakan jawatan SU Agong PKR menunjukkan betapa besarnya tsunami dalam parti itu. Peguam-peguam terhebatnya pun semakin ramai yang menarik diri daripada mempertahankannya di mahkamah , malah perbicaraan kes nya dengan Saiful Bukhari tinggal beberapa hari lagi. Inilah perbicaraan yang hendak sangat dielakkannya, sepatutnya inilah peluang untuk beliau mempertahankan dirinya. Apakah bimbang saksi-saksi akan bercakap sesuatu yang membimbangkannya?

7. Dalam isu kalimah Allah ini ucapan-ucapan DS Anwar di Sarawak , Ipoh & Klang
(www.anwaribrahimdotcom.my) yang lebih mempertahankan penganut agama lain dan bangsa lain sebenarnya telah menaikkan kemarahan umat Islam dan orang Melayu. Ucapan-ucapan DS Anwar itu tidak membantu kepada keharmonian pelbagai kaum di negara kita, sebaliknya lebih kepada menaikkan kemarahan rakyat.

8. Dalam hal ini, Presiden PAS lebih bijak berbanding pemimpin De Facto kerana tidak menyentuh sensitiviti bukan Islam malah dalam masa yang sama mempertahankan kesucian agama Islam.

9. Pada pandangan penulis, Majlis Raja-Raja yang menjaga hal-ehwal orang Melayu dan agama Islam perlu diberi peranan untuk mempertahankan kesucian agama Islam. Ini pernting kerana sudah ada percobaan membaling surau pula, dan semua perkara ini perlu dihentikan segera.

Jika rumah ibadat ( gereja dan surau ) sudah terancam , ia perlu dihentikan segera untuk menjaga keamanan, kedamaian dan keharmonian negara.

Jika politik sukar mengatasinya, institusi Majlis Raja-Raja perlu dipanggil untuk memfungsikan peranan sebenar mereka ! Majlis Raja-Raja perlu bersidang segera untuk mengelakkan perkara lebih besar berlaku, kita perlu mengelak 13 Mei 1969 dan Tragedi Natrah berulang semula.

CHIN PENG = DARI SINGAPURA TRANSIT DI KELANTAN

on Friday, January 1


1. Tahun 2010 menjelma dengan penuh tandatanya politik? Di Kelantan, ada pihak bercakap pasal kuasa ketiga yang mencaturkan pentadbiran Menteri Besar Kelantan. Bermakna MB Kelantan telah mula dipinggirkan oleh Exco-Exconya sendiri sebagaimana tulisan anak MB sendiri.

Persoalannya selama mana MB Kelantan boleh bertahan dengan desakan kuasa ketiga yang diperkatakan itu? Siapakah kuasa ketiga itu? Siapakah Exco yang dimaksudkan oleh anak MB itu? Mengapakah MB Kelantan diserang dari luar oleh wakil-wakil rakyat PAS?

MB kelantan sebagai ahli politik berpengalaman lebih bijak daripada penyerang-penyerang dalaman PAS sendiri, apabila MB Kelantan melihat ada exconya yang tidak sabar menggantikan tempatnya, ada kuasa ketiga yang merosakkan pentadbiran kerajaannya, MB Kelantan menjawab mudah sahaja,yakni... Bukan Melayu boleh menjadi Menteri Besar Kelantan.

Faktanya Melayu dan Islam di Kelantan meliputi 95%, sudah tentulah tidak mungkin ia berlaku melainkan ' kos meleaps politik' sahaja atau melarikan isu sahaja. Maka disambut oleh Datuk Ibrahim Ali, jika benar-benar begitu berilah jawatan MB Kelatan kepada YB Bukan Melayu yang ada sekarang. Akhirnya, cabaran Datuk Ibrahim Ali itu tidak disambut dan isu itu menyepi ditelan arus lain.

2. Di satu pihak lagi, Chin Peng masih berusaha untuk kembali ke Malaysia. Chin Peng menggunakan alasan zaman perang untuk menghalalkan kekejaman PKM yang dipimpinnya dahulu. Tragedi Bukit Kepong , 14 Hari selepas tamatnya Perang Dunia Ke-2, penyiksaan dan sebagainya masih sukar dilupakan oleh mereka yang masih hidup hari ini.

Lee Kuan Yew sendiri amat membenci komunis, sehinggakan Lee Kuan Yew semasa lawatannya ke Eropah tahun 1960an dahulu memberitahu deligasi Eropah antaranya Tito bahawa beliau bukan Komunis, walaupun beliau orang Cina dan berasal dari wilayah selatan China, tetapi Lee Kuan Yew memberitahu deligasi Eropah, bahawa dia adalah nasionalis tulen ( buku The Memoirs of Lee Kuan Yew ).

Agaknya jika Chin Peng memohon kerakyatan Singapura, adakah Lee Hsien Leong dan Lee Kuan Yew akan menerimanya? Bagaimanakah pula nasib Lily Zubaidah sekarang? Adakah beliau belum dibenarkan memasuki Singapura?

Di Malaysia, baik MCA atau Gerakan dalam BN, selain DAP dan PKR, semuanya seiring dalam isu Chin Peng. MCA dan Gerakan kehilangan kata-kata. Hanya perajurit-perajurit yang kehilangan keluarga,mereka yang kehilangan ibu dan bapa, yang sewaktu kecilnya menyaksikan orangtua mereka diseksa, yang hilang tangan dan kaki, dan sebagainya, ...hanya mereka ini jiwanya kembali menjadi muda merah menyala apabila nama Chin Peng dikumandangkan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bagi penulis, anggota-anggota PKM yang telah diberi tempat dan kampung yang baik di selatan Thailand sudah cukup bahagia dengan kedudukan mereka di sana. Mereka sudah menjadi sebahagian daripada bahan sejarah.

Perjuangan mereka untuk mengKomuniskan Tanah Melayu suatu masa dahulu sudah menjadi lipatan sejarah. Lee Kuan Yew sendiri menulis dalam bukunya, kalau tidak dengan bantuan Tunku Abdul Rahman, Singapura barangkali juga akan jatuh ke tangan Komunis suatu ketika dahulu.

Dapatkah bayangkan jika Singapura menjadi negara Komunis? Lee Kuan Yew menulis beliau terhutang budi kepada Tunku, barangkali sebab itu Lee Kuan Yew menitiskan air mata apabila Tunku mengeluarkan Singapura daripada Malaysia.

Jika tidak kerana Tunku , Malaya dan Singapura sudah lama menjadi negara Komunis...Terimakasih Tunku ( Al-Fatihah ).

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan