SIDANG PARLIMEN MAC : TAMBAH SATU LAGI BEBAS

on Saturday, February 20

1. ALLAHYARHAM Tun Mohd. Fuad Stephens pernah menjadi Menteri hal Ehwal Khas Sabah ketika penubuhan Malaysia 1963 dahulu. Beliau mewakili Malaysia ke mesyuarat menteri-menteri Komanwel di Buckingam Palace, London tahun 1965. ( Buku ' The Life & Death Of Tun Fuad Stephens,1999 ).

2. Ketika awal kemasukan UMNO ke Sabah, allahyarham Tun Datu Mustapha, Bapa Kemerdekaan negeri Sabah juga dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Khas Sabah.

3. Penulis berpendapat kerajaan patut mewujudkan semula portfolio tersebut kerana beberapa isu lama masih belum diselesaikan di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. BN Sabah memberi sumbangan yang paling besar selain Sarawak dalam mengekalkan kerajaan persekutuan. Tanpa Sabah & Sarawak kerajaan persekutuan BN bungkam.

4. Semasa Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Pelajaran, tuntutan PBS untuk menubuhkan sebuah universiti di Sabah ditolak dengan alasan ia bukan satu keperluan di Sabah ( buku Khusairie Talib, PBS Bangun membela Maruah ,1991 ). Apabila kerajaan BN dibentuk di negeri Sabah, Universiti Malaysia Sabah telah ditubuhkan.

5. Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Hj. Mulia memainkan peranan besar dan membuktikan kewibawaan anak Sabah mengawal Dewan Rakyat dengan bijaksana dan hebat. Pembangkang terutamanya kehilangan rentak semasa di bawah kawalan Pandikar Amin Hj. Mulia. Bulan hadapan, wakil-wakil rakyat akan bertandang semula ke parlimen.

6. Di Parlimen Mac ini, Parti Bebas menambah satu lagi kerusi baru dari Bayan Baru. Sebelum sidang parlimen, apakah ada beberapa PKR lagi akan menyertai Parti Bebas atau komponen BN? Tunggu dan lihat, apakah MP PAS bersetuju dengan kenyataan Presiden mereka yang mengutuk campurtangan MP Australia dalam perbicaraan peribadi kes liwat antara DS Anwar dengan Saiful? Nampaknya Presiden PAS sudah menonjolkan kenegarawannya.

7. Pertemuan Obama-Dalai Lama dikutuk negara China sebagai campurtangan Amerika dalam hal-ehwal China. Campurtangan Australia dalam kes liwat antara DS Anwar dengan Saiful dikutuk juga oleh Presiden PAS.

Menurut Presiden PAS ,"...Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara Barat, negara bukan Islam,” ...

8. Apa kata DS Anwar pula mengetuai pembangkang di Malaysia turut sama membela mantan Ketua Pembangkang Australia MP Pauline yang anti orang Asia, telah keluar dari Australia dan menetap di London dengan alasan Australia bukan satu tempat yang baik. Polis Melborne mengeluarkan amaran kepada orang-orang Asia supaya tidak keluar rumah secara bersendirian untuk mengelak daripada diserang oleh kumpulan anti orang Asia.

9. Bersambung...

UTUSAN MALAYSIA BERBOHONG

on Monday, February 15



1. Ketua Menteri Penang kata Utusan Malaysia berbohong.

SIAPA LAGI

on Friday, February 12


1. YB Zahrain yang ditemani bekas SU Agung PKR yang meletak jawatan akan dikenang sebagai pemimpin yang hebat atas keberaniannya meninggalkan pakatan meragukan dan Lim Guan Eng yang disifatkannya sebagai KM Cauvunis, Diktator dan berfikiran Komunis.

YB Zulkifli pula menyifatkan Pulau Pinang sekarang macam Macau ! Satu contoh terbaru, Perarakan memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW ditiadakan dalam takwim kerajaan Pulau Pinang.

"Tindakan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng membelakangkan prinsip-prinsip keadilan, hak asasi kemanusiaan dan keadilan semulajadi.

"Usaha penyingkiran saya sebagai Pengerusi (syarikat kerajaan negeri) Island Golf baru-baru ini adalah bukti jelas amalan politik cauvinis, diktatorial dan berfikiran alakomunis," katanya.

Beliau berkata, keputusannya itu juga kerana sudah hilang keyakinan kepada prinsip keadilan yang diperjuangkan oleh PKR.

"Namun keyakinan dan kepercayaan saya hari ini terhakis dan diselubungi keraguan. Malahan keraguan itu telah mengatasi keyakinan saya terhadap matlamat dan perjuangan yang dibawa oleh PKR khasnya dan Pakatan Rakyat khasnya," katanya.


2. Apakah YB Zulkifli dan YB Tan Tee Beng mengambil pendekatan tunggu dan lihat keputusan Jawatankuasa Disiplin parti PKR baru nak keluar? Mereka berdua hendak melihat sejauh mana keberanian pemimpin defacto menyingirkan mereka berdua.

3. Adakah pemimpin defacto berbelah-bahagi untuk mengambil tindakan lebih tegas? atau hanya tindakan main-main sahaja, atau tindakan lakonan sahaja, atau tindakan bersifat mengambil hati mereka supaya tidak keluar parti?

4. Sms or sms ,... after YB Zahrain, whos culculating to move ?...

RAJA MELAYU DISINDIR

on Tuesday, February 9


1. KENYATAAN INI MENYINDIR RAJA-RAJA MELAYU, TERUTAMA BAGINDA SULTAN PERAK :

"...Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan mengakibatkan situasi kemungkinan berlakunya monarki mutlak di Malaysia, dakwa menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin..."

"...Menurut beliau tidak perlu diadakan pilihan raya kerana raja-raja boleh menentukan siapa yang akan mengetuai kerajaan negeri ataupun pada peringkat persekutuan... "

2. Satu kursus Muhasabah diri perlu dilakukan kepada pemimpin-pemimpin yang tidak dapat menerima kenyataan. Kerana jika Mahkamah memutuskan berpihak kepadanya dikatakannya Mahkamah benar, adil dan demokrasi hidup di Malaysia.

3. Sebaliknya jika Mahkamah memutuskan sebaliknya, dikatakannya Mahkamah berat sebelah, Demokrasi telah mati dan sebagainya.

4. Sepatutnya hendaklah mencontohi Menteri Besar Kedah yang meminta supaya diterima keputusan Mahkamah dengan hati yang terbuka. Hati Nizar tertutupkah? Siapakah yang menutup hati Nizar?

5. Menurut Menteri Besar Kedah lagi, "...pakatan pembangkang khususnya di Perak tidak harus mempertikaikan keputusan mahkamah dan menerimanya daripada aspek undang-undang..."

6. Semalam Nizar amat-amat yakin akan menang.

7. Semalam Dr. Zambry hanya berserah kepada Allah SWT.

PARTI RAKYAT MASIH WUJUD ? : PARTI RAKYAT MENGAWAL PARTI KEADILAN

on Friday, February 5


1. YB Zuilkifli Nordin dalam satu wawancara eksklusif mempertikaikan Dr Syed Husin Ali dan kawan-kawannya yang kini menguasai sebahagian besar Parti Keadilan Rakyat( PKR). Beliau mempersoalkan mengapa banner-banner di Damansara, Perak, Pulau Pinang dihightlightkan Parti Rakyat bukan Parti Keadilan.

2. YB Tan Tee Beng dalam temuramah terbukanya di Kuala Lumpur baru-baru ini tidak mahu dipanggil YB PKR sebaliknya beliau mahu dikenali sebagai YB Parti Keadilan.

3. Menurut YB Tan Tee Beng, Penggabungan PRM dengan Parti Keadilan sebenarnya satu penipuan oleh Dr Syed Husin Ali. Beliau mempersoalkan jika ia satu penggabungan, mengapa Parti Rakyat Malaysia masih wujud.

4. Khabarnya Mahkamah Tinggi pada hujung tahun lepas juga ada memutuskan bahawa Parti Rakyat masih wujud. Khabarnya juga, nama Parti Rakyat masih ada di dalam Pendaftar Pertubuhan ( ROS ).

5. Maka kini jelas, fahaman sosialis sudah menyerap masuk jauh ke dalam Parti Keadilan.

6. YB Wee Che Keong ( PKR Wangsa Maju ) petang tadi dalam Press Conferencenya telah meminta supaya mereka yang menipu Parti Keadilan ini diambil tindakan tegas.

7. Perpecahan dalam Pakatan Rakyat kini sudah sukar diubati dengan bukan saja di kalangan DAP dan PKR di Pulau Pinang, tetapi sebenarnya di dalam Parti Keadilan dan Parti Rakyat.

PAS bijak kerana berdiam diri.

8. Boleh sesiapa terangkan fahaman Sosialis ?

SMS TIMBALAN PRESIDEN

on Wednesday, February 3

1. PRESS CONFERENCE oleh YB Tan Tee Beng (PKR) Nibong Tebal pagi tadi dipenuhi dengan kemarahan beliau kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng yang dianggapnya sangat angkuh. Lim Guan Eng, katanya sehingga ke hari ini sanggup tutup mulut daripada menjawab isu-isu yang melanda kepimpinannya di Pulau Pinang.

2. Beliau mendesak supaya Lim Guan Eng meletak jawatan atau dipecat daripada jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, atau menunggu masa rakyat Pulau Pinang menjatuhkannya dan menjathkan Pakatan Rakyat.

3. Akibat daripada kelantangan YB Tan Tee Beng itu, beliau telah diberi amaran keras oleh Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PKR. Beliau menunjukkan SMS Dr. Syed Husin Ali yang berbunyi, :

" Yb Tee Beng. Saya nasihat sdr berenti buat keny media seperti yg dilakukan 2-3 hari ini. Ia burukkan nama pkr dan jejas imej pr. Jika terus Parti akan terpaksa ambil tindakan. Tk. S Husin Ali, TP ".

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan