YB WEE CHOO KEONG : THE LITTLE NAPOLEON YB BATU KAH?

on Monday, March 29

THE LITTLE NAPOLEONS

Tetapi saya amat dukacita apabila beberapa Little napoleons di sebelah sini (disebelah sana pun ada juga tetapi bukan hal saya). Little napoleons menyoal kedudukan saya dalam mesyurat rasmi parti kenapakah saya dipilih oleh Parlimen Malaysia sebagai ahli untuk lawatan kerja di Washington baru-baru ini dan kenapa mereka tidak dipilih. Saya tahu "little napoleons" dan Ahli-Ahli YB dari PAS dan DAP pun pernah dipilih sebagai ahli lawatan kerja dengan Menteri-Menteri atau Sepaker ke Parlimen atau kerajaan negara lain.

Kalau pilihan saya menjadi satu persoalan, maka PR memerlukan satu dasar baru bahawa Ahli-Ahli Parlimen PR tidak boleh mengambil bahagian dalam semua lawatan ke luar negeri dengan Menteri,Speaker atau Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan.

Walaubagiman pun saya tidak pernah mempertikaikan perlantikan little napoleons kerana saya tidak ada perasan cemburu walaupun little napoleons tersebut sideline saya dan menklasificasikan saya senbagai seorang “junior MP”.

Walaupun saya tidak bersetuju dan saya tidak pernah mempertikaikan YB Batu, YB Bukit Lanjan dan YB Macang apabila mereka telah dilantik untuk “to chase after BN MPs in Taiwan to cross-over” walaupun tiada hasil.
Ada juga little napoleons yang pintar sedikit, mereka yang memlemparkan batu sebunyikan tangan.

Segelintir little napoleon sanggup melakukan apa sahaja termasuk “manufacturing lies” dengan izin seperti dengan “superimposed” gambar dan diterbit dalam internet untuk fitnah dan mengaibkan tokoh politik negara semata-mata.

Tindakan FITNAH ini telah diakui oleh little napoleon tertentu tetapi tiada tindakan diambil terhadap dia. Sebaliknya tidakan disiplin diambil terhadap peminpin lain atas perkara yang temeh remeh.

If these little napoleon could stoop so low to do such thing like superimpose picture to defame others for political reason, nothing on earth will stop them from destroying the country, degna izin.

Saya juga amat kesal dengan tingkah laku Little Napoleons terhadap isu-isu yang dibangkitkan mengenai dengan peristiwa September 16 atau isu-isu yang lain di Parlimen atau di luar, tidak dijawab langsung. Jawapan little napoleons adalah serangan pribadi “in the hope that all will be well and the public will be fooled again”, dengan izin. Little napoleons, nasihat saya adalah: If you have no answers to what have been said just hide under the saying “SILENCE IS GOLDEN’, dengan izin.

Saya juga berharap bahawa the little napoleons tersebut jangan memaksakan saya untuk membongkarkan politics of deceit, politics of expediencies mereka dengan izin dan politik cakap tak serupa bikin atau politik bermusin.

Dengan ini saya berharap these little napoleons berhentikan kegiatan politik kotor dan fitnah menfinah mereka melalui internet atau lain untuk satu tujuan matlamat poltik sempit mereka yang mementingkan diri sahaja tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.

Jika kegiatan ini berterusan maka parti ktia akan hancur, perjaungan akan jadi sia-sia shaja dan dua parti sistem akan menjadi bayangan atau impian semata-mata.

Terima kasih

ADINDA YB ZAHRAIN

on Sunday, March 21



1. MENJELANG 16 SEPTEMBER 2008, MP Pakatan Rakyat diminta bersedia untuk pertabalan DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-6. Kata sahabat DS Anwar lagi ( YB Zahrain ), DYMM Yang Dipertuan Agong sudah bersedia untuk menerima DS Anwar Ibrahim sebagai PM ke-6.

2. Angkatan Tentera Malaysia juga dikatakan memberi sokongan kepada DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-6.

3. Sekarang rakyat bolehlah menilai siapa penipu, siapa ditipu, siapa tertipu, namun yang paling penting YB Zahrain meminta mana-mana pihak yang berkata dakwaannya itu tipu mintalah angkat sumpah.

4. Khabarnya suara ' adinda ' YB Zahrain itu menunjukkan minat yang mendalam untuk menjadi orang ke-6 keluar PKR? Apakah menunggu masa yang sesuai?

BERI PELUANG PRESIDEN & TIMBALAN PRESIDEN PAS

on Saturday, March 13



1. APABILA Timbalan Presiden PAS menyertai Timbalan Perdana Menteri di dalam satu majlis baru-baru ini, maka timbul kembali isu Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS.

2. Namun, MP Shah Alam seorang ahli PAS yang memperjuangkan penggunaan Kalimah Allah kepada bukan Islam melenting dan menentangnya.

3. Dua minggu lepas, Mufti Perak membuka rahsia usaha Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS di Perak yang dipersetujui oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Presiden PAS dikatakan bersetuju dan tiada halangan melainkan Pesuruhjaya PAS Perak yang sangat rapat dengan pemimpin De Facto sejak zaman bujang lagi ,menentang habis-habisan usaha perpaduan tersebut.

4. Mursyidul Am PAS yang sekejap setuju sekejap tak setuju kemudian baru-baru ini bersetuju semula, disambut dengan cepat oleh Presiden PAS dengan kata-kata PAS tiada masalah bekerjasama dengan UMNO dalam hal-hal politik, ekonomi dan sebagainya.

5. Tidak ramai yang sedar penglibatan Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS dalam program-program Kerajaan Pusat sebenarnya mempunyai maksud yang mendalam.

6. Bagi penulis, masa yang ada sekarang khususnya di dalam PAS masih tidak menyebelahi Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS untuk meneruskan Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS. Walaupun tokoh-tokoh seperti Datuk Harun Din, Datuk Mustapha Ali, Datuk Harun Taib dan mereka yang Pro-Ulama di dalam PAS amat positif terhadap usaha Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS ini.

7. Sebenarnya krisis yang berlaku dalam PKR sekarang sudah dijangka oleh mereka ini. Sebab itu Presiden dan Timbalan Presiden PAS mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan, di mana Timbalan Presiden PAS menyatakan usaha perpaduan tersebut bukannya mudah, dan mememrlukan 'masa' dan 'keadaan' yang perlu sabar.

8. Penulis optimis, jika-jika kumpulan Erdogan boleh ditidakkan satu demi satu di dalam PAS bermula dengan kekalahan Husam di dalam Muktamar Agung PAS dahulu maka cita-cita terpendam Presiden dan Timbalan Presiden PAS akan tercapai. Kumpulan Erdogan sudah tidak menggigit di dalam PAS tetapi masih terdapat beberapa orang yang masih bersifat nakal yang mengganggu hasrat murni Presiden dan Timbalan Presiden PAS.

9. Hubungan baik MB Terengganu dengan kumpulan PAS Pro-Ulama ini perlu juga dimanafaatkan dalam konteks Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS. Di Terengganu di mana tokoh-tokoh PAS yang Pro-Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS berkampung di negeri itu perlu dimanafaat. Jika di Perak Pesuruhjaya PAS Perak sebagai penghalang perpaduan umat Islam, sebagaiamana dikatakan Presiden, maka di Terengganu sudah pasti tiada individu Erdogan yang akan menjadi batu penghalang.

10. Zaman berpecah belah semakin akan berlalu ditelan zaman, melainkan mereka yang berfikiran zaman itu. Zaman perpaduan semakin dekat terutama di era kepimpinan anak Tun Razak. Perpaduan merupakan satu aspirasi di dalam gagasan 1Malaysia.

11. Malangnya, di Perak ada orang mengatakan lebih baik berkawan dengan kafir harbi daripada berkawan dengan saudara seagamanya. Itulah dia penyakit politik.

12. Kata DS Najib Tun Razak, apa yang hendak kita komen, sekejap kata nak bersatu, sekejap kata tak nak bersatu, kemudian nak bersatu lagi, kemudian tak nak lagi, tiada pendirian yang konsisten. Jika ada pendirian yang konsisten, Perpaduan itu perkara kecil kepada DS Najib Tun Razak.

13. Mungkin anda tidak bersetuju...

YB ZUL : PKR SICK MENTALITY

on Tuesday, March 9

SETIAUSAHA AGUNG PKR

on Monday, March 8



1. LIM Kit Siang daripada DAP dijangka akan mengetuai Ketua Pembangkang di parlimen memandangkan Ketua Pembangkang yang ada sekarang hanya memiliki 26 Kerusi tidak termasuk beberapa orang lagi yang dijangka akan keluar tidak lama lagi. Ia satu pencapaian terbaik keluarga Lim memandangkan anaknya dari Melaka sekarang menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

2. Penulis menerima komen ini daripada pembaca blog penulis, katanya, "...Hassan Sarawak said,

" Saya harap setiausaha agung pkr, saifuddin nastion dapat mengikut jejak langkah yb zul dan yb haji mohsin mufaraqah daripada parti yang tidak jelas halatujunya".

" saya kenal saudara saifuddin kerana beliau menjadi idola kami sebagai rakan dalam mpp dan mppi upm 1984-1989 sebagai seorang muda yang bersemangat tinggi dalam perjuangan islam hinggakan kami sanggup "menyeludup" nik aziz dan haji hadi ke kampus untuk berjumpa pelajar pada waktu malam".

" disebabkan semangat itu saudara saifuddin mungkin "gaduh" dengan ustaz *** pengetua kolej *** hingga terpaksa "kandas" subjek tamaddun islam yang sepatutnya kacang bagi saudara saifuddin. masih ingatkah saudara tentang perjuangan itu?"

" sekali lagi saya menyeru... tinggallah perjuangan saudara melalui pkr yang saya lihat sekarang sebagai sia-sia itu. carilah wadah perjuangan lain yang dapat memberi manfaat kepada anak bangsa dan seagama."

STAGE 1 STAGE 2 STAGE 3

on Sunday, March 7



1. AKHIRNYA, YB Kulim Bandar Baharu berjaya mendesak PKR memecatnya. PKR akhirnya tewas di tangan YB Kulim. Kita ucapkan Tahniah kepada beliau kerana dapat memisahkan diri daripada firaun-firaun kecil yang semakin membesar di dalam sana.

2. Selepas ini, khabarnya beberapa MP akan menjejaki rakan-rakan mereka yang sudah pun menjadi YB Bebas menjelang persidangan parlimen tidak lama lagi. Antara yang disebut-sebut ialah MP PKR yang tidak menyertai 12 rakan mereka melakukan ikrar taat setia tempohari.

3. MP yang sesat tempohari juga mempunyai cerita di sebalik tabir. Kita tunggu cerita tersebut.Pada awal-awal kehadiran beliau di Parlimen, MP sesat ini pernah membahaskan di dalam parlimen akan sokongannya kepada dasar-dasar kerajaan BN yang baik dan menguntungkan rakyat jelata, walaupun rakan-rakannya tidak memberi respon. Penulis yakin, MP sesat tempohari akan memberi jawapan sebenar tidak lama lagi.

4. Ketua Pembangkang kini dikuasai sebenarnya olah DAP, bukan PKR ataupun PAS. Ketua Pembangkang yang menerima elaun besar perlu menerima hakikat bahawa jawatan tersebut adalah milik Lim Kit Siang atau Karpal Singh. Jika tidak Ketua Pembanbgkang sekarang umpama wayang kulit, di arah-arahkan, terpaksa menerima arahan, akan didesak-desak. Jika di Australia yang dikaguminya itu, Ketua Pembangkang adalah dari parti yang menang banyak kerusi.

5. Lima sudah berlalu, siapakah 5 lagi? Seperti kata mantan SU Agung PKR , tunggulah, ada stage 1, stage 2, stage 3, sabaaaaar dan tidak boleh sekaligus...Beberapa MP PKR yang tidak termasuk 12 orang itu kini lebih banyak berdiam diri, menjauhkan diri dan mesra kerajaan.

6. Kita tunggu episod seterusnya, siapakah yang ke-6?

10 BUDAK NAKAL

on Thursday, March 4

1. HANYA 12 yang memberikan taat setia, itu pun selepas 1 orang hanmpir-hampir tidak hadir kerana sesat ke pejabat yang begitu sinonim dengannya. He he Pejabat yang sudah biasa dilalui pun boleh sesat, itu lah Kuala Lumpur yang pesat membangun. Setiap hari KL berubah-ubah aje...

2. Seperti cerita 10 budak nakal, satu satu lompat melompat, dia tak lompat sekaligus, dia lompat satu, esok satu, besok satu, lusa satu, tulat satu, minggu depan satu, bulan depan satu, maka genaplah jadi 10 budak nakal dalam cerita dongeng.

3. Kata YB Tuan Haji Mohsin Fadzli, "...KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SAYA TERHADAP PERJUANGAN DAN MATLAMAT POLITIK PKR & pAKATAN RAKYAT, TERUTAMANYA DALAM MENGEMBALIKAN POLITIK DAN KEDAULATAN ISLAM SUDAH HILANG..."

4. Katanya lagi "...KEPALSUAN RANCANGAN 16.09.2008 TELAH MENGGUGAT KEPERCAYAAN SAYA..."

5. Sambung YB Hj Mohsin lagi, "...Perebutan kuasa, jawatan kedudukan dan habuan semakin menjadi-jadi. Perbuatan khianat, tikam belakang, sabotaj dan budaya politik fitnah memfitnah semakin menjadi patrah di dalam parti..."

6. "...saya menganggap beliau ( DSAI) seperti adik saya sendiri lantaran umur saya yang lebih tua daripada beliau. Namun hubungan akrab dan peribadi tidak boleh menjadi alalsan untuk mengenepikan aqidah dan prinsip perjuangan yang saya yakini.."

7. Berdasarkan itu, kata YB Tn Hj Mohsin, "... saya dengan ini mengiystiharkan meletakkan semua jawatan dalam PKR dan keluar daripada PKR ..."

8. Persoalannya siapa lagi...? Batu ? Padang Serai? KL? Kulim ? atau barangkali orang yang sesat itu ? ataukah PP...?

LAGI RAMAI AKAN KELUAR PKR : LEBIH 10 ORANG KATANYA

on Monday, March 1



TERKINI : Kira2 11.30 pagi YB Tan Tee Beng ditemani mantan SU Agung PKR mengumumkan keluar PKR.

Dalam Kenyataan Akhbar YB Tan Tee Beng menyebut, ...Slogan Harapan Baru itu lebih merupakan Mitos dan Politik Dongengan.

Kata YB Tan Tee Beng lagi ,...Saya sangat kecewa kerana Pakatan Rakyat masih mempunyai politikus seperti Jeff Ooi dan Ramasamy...dan tidak terpedaya dengan politik tahyul mereka.

Sambungnya lagi, "...Saya tidak sanggup tunduk kepada sikap Kediktatoran dan cara kerja LGE. Beliau cuba menjadikan Kerajaan Pulau Pinang sebagai Kerajaan milik Keluarganya.

Saya juga tidak nampak bila YB Dato Seri Anwar Ibrahim akan melupakan impian utamanya untuk menduduki kerusi empuk Putrajaya dengan apa cara sekalipun. Ketaksuban beliau untuk menjadi Perdana Menteri bukan sahaja mengorbankan rasa bangga dan jatidiri ahli, malah menyebabkan kekecewaan kepada pendokong dan penyokong PKR dan Pakatan Rakyat.

1. BERITA ahli-ahli PKR keluar parti sudah semakin kerap, ia memang berlaku walaupun dinafikan oleh mereka, terkini Mantan KM Pulau Pinang mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO.

2. Kali ini, sudah tidak lagi keluar kenyataan kononnya UMNO membeli ahli PKR dan pelbagai tuduhan lagi. Ia memang tidak berlaku. YB Datuk Zaharain pun meminta bukti dia dibayar UMNO untuk keluar parti.

3. Penulis cuma agak terperanjat kerana Fairus keluar lebih awal walaupun sudah kedengaran desas-desusnya minggu lalu. Apa sudah jadi kepada janji mereka nak hantar Fairus sambung belajar ?

4. YB Kulim Bandar Baharu pula menunggu keputusan Lembaga Disiplin PKR. Nampaknya beliau mahu ditendang tidak hendak keluar. Apakah PKR akan menendang keluar beliau atau terus membiarkan YB Zulkifli meneruskan kritikan kerasnya kepada De Facto, DR. Syed Hussin, Datuk Zaid Ibrahim dan lain-lain yang disifatkannya sebagai Firaun Kecil.

5. Siapakah yang dimaksudkan banjingan oleh YB Zulkifli itu ?...

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan