JAWABLAH HUSAM ERDOGAN JANGAN BURUKKAN MENTERI BESAR KELANTAN

on Thursday, April 29



" SAYA TERIMA WANG RM4 JUTA UNTUK MEMBURUKKAN DS ABDULLAH AHMAD BADAWI?

1. HUSAM ERDOGAN diharap menjawab segera isu besar ini, jika tidak ia akan memburuk-burukkan lagi kepimpinan Menteri Besar Kelantan yang semakin terdedah-dedah segala kepincangan dan penipuan yang disembunyi-sembunyikan oleh mereka.

2. Jawablah Husam siapakah pemberi dana sebesar itu ? Syarikat Permodalan MB Kelantan kah? IKD yang disponsor oleh kumpulan YahudiIsrael kah? Akan banyak timbul tanda tanya, atau dari Husam sendirikah yang pernah digelar individu PAS paling kaya di Malaysia? Ataukah Brother DSAInya yang sekarang lari ke Oslo, Norway membiarkan Zaid Ibrahim terkontang-kontang sekarang ini.

3. Penulis dimaklumkan akan ada lagi Pendedahan yang lebih besar daripada blogger Kickdefella yang amat disayangi oleh Husam and the geng suatu ketika dahulu...Harapan penulis dedah dengan buktinya sekali wahai Kickdefella termasuklah Slip Gaji, Kickdefella ketika itu yang khabarnya dibayar gaji mencecah ribuan ringgit juga. Kickdefella perlu berani mendedahkannya supaya masyarakat dapat melihat wajah-wajah sebenar mereka. Supaya kelak mereka dapat berfikir sebelum memberi undi.

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my
KOTA BHARU 28 April - Seorang penulis blog mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.

Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella membuat dakwaan tersebut dalam laman blognya selepas beberapa pihak termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan mengecam dan mempertikaikan sumbangannya terhadap parti.

Beliau turut mencabar pihak-pihak terbabit supaya menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu dan dari mana sumber peruntukan yang disalurkan kepadanya diperoleh.

"Sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.

"Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Abdullah seterusnya mempermudahkan Pas menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kelantan?" katanya.

Beliau mendakwa demikian dalam tulisan di blognya hari ini.

Tulisannya itu merujuk kepada kenyataan oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri dan tulisan seorang penulis blog yang menyifatkannya sebagai seorang yang kecewa serta membuat pelbagai pembohongan.

Sebelum ini, Syed Azidi yang suatu ketika cukup akrab dengan pimpinan Pas Kelantan turut mendedahkan dokumen mengenai beberapa kepincangan dalam negeri.

Ini bagi mengesahkan dakwaannya berhubung pemohon tender kawasan balak dan hutan simpan memberi sumbangan kepada Pas Kelantan, juga sebahagian daripada syarikat serta individu yang sering mendapat habuan.

Malah beliau juga individu yang menjadi tumpuan ketika isu menantu Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), dikaitkan dengan isu rasuah.

Syed Azidi pernah bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam PMBK dan jawatannya itu ditamatkan pada November 2009.

Syed Azidi turut mencabar penulis blog berkenaan menyiasat dan mendedahkannya sekali dengan nama individu yang membiayai aktiviti gerak saraf itu dan jumlahnya di blog beliau.

Jelasnya, beliau tidak perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana agensi tersebut telah membuat kenyataan bahawa kes melibatkan Nik Abdul Aziz dan Abdul Ariffahmi masih dalam siasatan.

Syed Azidi juga mencabar pihak terbabit supaya membuktikan bahawa beliau kini 'dibela' oleh individu-individu tertentu.

Sementara itu, Syed Azidi ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan menerima peruntukan tersebut daripada beberapa sumber bagaimanapun enggan mendedahkan individu terbabit.

Dakwanya, sehingga sekarang beliau masih memegang beberapa aset yang digunakan untuk tujuan operasi gerak saraf semasa memainkan peranan penting melalui sebuah syarikat berkait dengan multimedia di sini.

"Kunci bangunan dan peralatan yang berharga berjuta ringgit sehingga sekarang masih saya pegang.

"Saya ada bukti siapa yang memberikan peruntukan tersebut," dakwanya.

BERTINDAK ATAU NEGARA HURU-HARA

on Wednesday, April 28

PAKATAN SUDAH BERAKHIR: AWAN MENDUNG SUDAH BERLALU

on Sunday, April 25

PERTAK: BN 98 PKR 18

SKC BERNAM : BN 265 PKR 145

UNDI POS : BN 767 PKR 120 (Ada juga undi pos undi PKR, ingatkan takde)

ULU YAM LAMA : BN 176 PKR 415

LADANG 15 : BN 265 PKR 145 (peti undi india)

1. MENJELANG 9.20MALAM ,Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon BN Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.


BKT BERUNTUNG : BN 454 PKR 588

SG BUAYA : BN 246 PKR 39

KUALA KUBU BARU : BN 794 PKR 853

KUALA KALUMPANG BN : 128 PKR 98

TAMAN BUNGA RAYA 2 : BN 157 PKR 85

AMPANG PECAH : BN 781 PKR 578

KAMPUNG PADANG : BN MENANG 175

SUNGAI CHOH : BN MENANG 324

2. Khabarnya Kedah menanti awan biru...

PAS FOR ALL = ISRAEL FOR ALL IDEA SIAPA?

on Saturday, April 24




1. ILHAM CENTRE Badan kajian milik PAS dan rapat dengan Datuk Seri Haji Hadi Awang itu, menyatakan seramai 261 (37.25%) responden mengatakan BN akan menang manakala 16.1 % peratus menjangkakan PKR akan menang dalam pilihanraya tersebut. Sementara bakinya sebanyak lebih 40 peratus mengatakan belum pasti akan mengundi parti mana.

2. Di Bagan Pinang hasil kajian Ilham Centre mengatakan PAS akan kalah pilihanraya kecil tersebut dan jangkaan tersebut akhirnya benar berbanding dengan kajian Merdeka Centre yang mengatakan BN akan kalah kepada PAS.

3. Semalam di sebuah tempat, Anwar sambil memegang risalah penglibatannya dengan kumpulan Zionist-Yahudi di Israel tidak menjawab isu sebenar, malah memusingkan kenyataannya konon punya senarai nama MP BN dalam penipuan 16 Septembernya. Malah Anwar terus-terusan menuduh ada elemen Israel dalam PDRM dan APCO Worldwide dalam kerajaan Malaysia. Anwar tidak menjawab jawatan-jawatan dan peranannya di dalam pertubuhan-pertubuhan Zionist-Yahudi yang dia terlibat di dalamnya. Mengapa think-thank Zionist-Yahudi ini (Mary Robinson, Jim Wolfenson, Martin Indyk,David Petraoues, MIcheal Danby,Jeremy, Rubin selain Madeline Albright, Cohen, terutama Al-Gore ) sentiasa mengekori Anwar di mana sahaja.

4. Anwar tidak menjawab apakah peranannya dalam mengembangkan Islam Liberal, Islam Moderate, Pluralisme, Kesamarataan, Keadilan dalam konteks Amerika, Demokrasi Amerika bukannya Demokrasi Islam, yang semuanya Anwar diberi peranan berucap mengenainya di dalam NED, Foundation FFF, CSID, CFR dan lain-lain pertubuhan yang disokong kewangannya oleh CONRAD, German Kristian Demobratic Foundation, FNF, AJC .

YB Zulkifli Noordin, bekas Peguam Anwar berkata kalau Anwar bising pasal APCO kononnya syarikat Israel kenapa kita tidak mempersoalkan IKD ( Institut Kajian Dasar ) think-thank Anwar yang ditaja oleh Zionist-Yahudi.

Di Malaysia, begitu menonjolkan Anwar dan PKR dilihat ditaja Yayasan luar negara seperti Konrad Adenauer Foundation (KAF) dan Friedrich Neumann Foundation (FNF) yang mendapat sokongan kewangan American Jewish Committee (AJC).

KAF menaja badan pemikir Anwar yang dikenali sebagai Institut kajian Dasar (IKD) dan Middle Eastern Graduate Center (MEGC). KAF menaja program dan penerbitan buku mengembangkan usaha Pluralisme Agama (Persamaan antara agama) di Malaysia yang menjadi asas kepada Interfaith Commission (IFC).

3. Di Hulu Selangor, anda boleh perhatikan Jentera PKR sebahagiannya lumpuh dengan kini PAS terpaksa dikerah dan mengerah anggotanya ditambah daripada 2,000 kepada 7,000 petugas dari seluruh negara. DAP terutama petugas-petugas DAP tidak kelihatan dalam kempen bersama Zaid! Malah Lim Kit Siang juga meramalkan BN akan menang. Lim Kit Siang dilaporkan berkata,kaji selidik dalaman menunjukkan bahawa calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim masih ketinggalan di belakang Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Hulu Selangor.Katanya, P Kamalanathan masih mendahului kerana sokongan pengundi Melayu dan India.

4. HUSAM dan kumpulan Erdogan terutamanya penyokong kuat Anwar di dalam PAS selain mantan SU Agung yang dipecat yang menggunakan cara dan lambang yang hampir serupa dengan Israel perlu pula menjelaskan kepada ahli-ahlinya yang marah dengan slogan PAS FOR ALL = ISRAEL FOR ALL. Idea Siapakah?

KEDAH BAKAL PILIHANRAYA SEMULA

on Monday, April 19

ANTARA GAMBAR-GAMABR PERTEMUAN KERAJAAN PERPADUAN

1. PERTEMUAN di antara pemimpin PAS Kedah dengan pemimpin UMNO tidak mencapai kata sepakat. UMNO Kedah dan PAS Kedah tidak hendak mengalah, di mana PAS Kedah berusaha mempertahankan kerajaannya sementara wakil-wakil rakyat PR satu demi satu keluar parti.

2. Jika MB Kedah, Ustaz Azizan membuat keputusan yang lambat , maka MB Kedah hanya memiliki 1 pilihan sahaja, yakni membubarkan dewan undangan negeri atau melihat keruntuhan kerajaannya.

3. Dr. Halili salah seorang pakar perubatan kepada Pemimpin DeFacto PKR membuktikan untuk meninggalkan PKR sangat mudah, tanpa diduga, kerana perjuangan PKR adalah umpama buih di lautan, buih itu hilang terutama jika ditenggelami nafsu melangit kepimpinannya.

4. Siapa menyangka YB Zulkifli Nordin salah seorang Peguam DS Anwar meninggalkannya. Siapakah yang dimaksudkan oleh YB Zulkifli Norden sebagai manusia bertopengkan syaitan itu?

5. YB Zahrain kawan rapat DS Anwar meninggalkan PKR dan DS Anwar Ibrahim setelah melihat pembohongan demi pembohongan. Masihkah kita mahu tertipu.

6. Di Hulu Selangor, DS Anwar barangkali masih boleh menipu dan mempermainkan PAS, namun DS Anwar tidak berjaya mempermainkan Dr. Halili, Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda PKR Cabang Shah Alam, esokm siapakah lagi yang akan keluar PKR?

7. YB Wee Choo Keong menempelak Tian Chua kerana membuat gambar super impose DS Najib dengan Altantunya.

8. YB Mohsin hampir 25 tahun bersahabat dengan DS Anwar, tetapi di penghujungnya YB Mohsin keluar PKR dengan alasan melihat kebobrokan dalam PKR, yang akhirnya dia memilih perjuangan Islam dan meninggalkan perjuangan palsu DS Anwar Ibrahim.

9. Mereka semua sahabat-sahabat dan orang belakang, tulang belakang DS Anwar. Satu demi satu meninggalkannya, anda bila lagi? Masih mahu tertipu? Masih mahu menunggu bertahun lagi baru hendak kembali kepada perjuangan sebenarnya?

10. Presiden PAS, Timbalan Presiden PAS, Pesuruhjaya PAS Selangor, Setiausaha Agung PAS, dan pemimpin-pemimpin PAS yang tidak pro-Erdogan sudah lama mendekatkan diri kepada UMNO untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan. Mereka hanya menunggu masa yang sesuai. Husam sudah disingkirkan daripada Kepimpinan PAS dan yang tinggal hanya Mursyidul Amnya yang masih menolak kerajaan perpaduan.

11. Esok siapa pula yang akan meninggalkan PKR? Salah seorang Exco Kedah kah? hehe

12. YB Wee Choo Keong menunggu masa yang sesuai agaknya...

13. YB Batu , akan kekalkah dia di dalam PKR?

14. Maka , jawapannya ada satu, tinggalkan PKR? Sebelum PKR dibubarkan dan meninggalkan anda terpakai-pakai sendirian.

15. PAS pula kembalilah kepada perjuangan asal, jangan kerana politik segala-galanya hendak dihalalkan. Segala-galanya hendak didiamkan. Satu YB kata boleh guna Allah dalam gereja, satu YB kata tidak boleh, Datuk Harun Din kata tidak boleh YB PAS Shah ALam kata boleh saja, YB Taib Azamudin kata tidak boleh YB SAlehudin tutup mulut.

16. Mereka terlalu mengecam DS Najib, akhirnya Allah SWT menunjukkan jalan, menggerakkan hati mereka untuk bersama-sama DS Najib...Dr.Halili yang terkini, YB Zulkifli, Yb Zahrain, YB Wee Choo Keong dan mereka yang telah membebaskan diri daripada kehantuan PKR dan Pakatan palsu...Allah SWT menggerakkan hati mereka... bukan begitu...

YANG KEENAM KELUAR PKR

on Friday, April 16



1. AKHIRNYA YB BAKAR ARANG meneruskan niatnya meninggalkan PKR selepas beberapa minggu tertangguh, khabarnya selepas bercuti dari Selatan tanah air.

2. Pertemuan Tun Daim Zainudin dengan Menteri Besar Kedah pula menimbulkan pelbagai spekulasi. Antaranya merealisasikan hasrat Presiden PAS untuk bekerjasama dan bersatu dengan UMNO menubuhkan kerajaan Perpaduan UMNO-PAS. Bukannya satu rahsia lagi bahawa hasrat dan harapan Presiden PAS sudah lama tertangguh akibat kacauan kumpulan Erdogan Pro-Anwar yang menjangkiti dan merosakkan PAS dari dalam.

3. Jika Rundingan tersebut berjaya, maka satu kerajaan perpaduan dapat diwujudkan di Kedah sebelum satu demi satu YB PKR meninggalkan kerajaan negeri Kedah. Semuanya dijangka dalam 10 orang selepas YB Zahrain, YB Tan Tee Beng, YB MOhsin, YB Zulkifli,YB Bakar Arang... Persoalannya siapakah yang ke-6?

4. Di Hulu Selangor, PAS terjerat dan hilang kredebeliti apabila Calon Pakatan Rakyat yang dianggotainya merupakan seorang yang amat tidak disenangi oleh ahli-ahli PAS di Hulu Selangor. Baik dalam Blog PAS mahupun Blog PKR semuanya pening kepala dengan calon PKR di Hulu Selangor. Lihat sendirilah blog-blog PAS dan ahli-ahli PKR yang kecewa.

5. Salah satu perjuangan PAS ialah melaksanakan Hukum Hudud. Malangnya Zaid Ibrahim adalah Penentang nombor wahid Hukum Hudud .

6. Pada tahun 2003, Zaid Ibrahim memfailkan Saman terhadap Kerajaan Negeri Kelantan berhubung Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 ( Hukum Hudud ) yang didakwa beliau tidak sah mengikut Perlembagaan Persekutuan.

7. Jalan-Jalan Penulis di Hulu Selangor menunjukkan BN tidak sukar menang kali ini. Hari Pertama lagi semasa pengumuman Calon PKR, kelihatan Presiden PAS tidak gembira dan mengerut dahi sepanjang masa.

Edisi PRK Hulu Selangor : Khalid Samad desak PAS keluar Pakatan Rakyat

on Sunday, April 11





KUALA LUMPUR, 11 April — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menasihatkan PAS harus keluar Pakatan Rakyat (PR) jika merasakan keanggotaan dalam ikatan itu merugikan perjuangan parti Islam itu, tetapi sama sekali tidak menghianati persefahaman yang telah dicapai.

Sehubungan itu tegas beliau, PAS juga tidak harus menjadi "gunting dalam lipatan" hanya kerana tidak bersetuju dengan sesetengah tindakan dalam PR memandangkan ikatan itu dibentuk berdasarkan keputusan jemaah.

Dalam pandangan ketika PR bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, anggota Biro Politik PAS ini menambah, jika PAS merasakan dengan berada dalam PR merugikan, maka"keluar sahajalah dan jangan khianat."

"Tetapi, apabila dalam Pakatan, bertindak jujur dan ikhlas terhadap Pakatan, jangan menjadi gunting dalam lipatan atau bagaikan biawak hidup.





Ulasan :

Kenyataan ini membuktikan bahawa Khalid Samad sedar ramai orang PAS sudah tidak dapat menerima Anwar. Beliau tahu bahawa keyakinan ahli PAS sendiri terhadap Anwar sudah runtuh dan tidak ada lagi peluang untuk diperbetulkan. Apatah lagi dengan pengisytiharan jadi ahli bebas oleh beberapa YB PKR juga menunjukkan setakat mana kepercayaan mereka terhadap Anwar Ibrahim.

Beliau juga sanggup menyarankan agar PAS keluar dari PR dalam keadaan beliau sendiri sudah digantung 6 bulan oleh Lembaga Disiplin PAS. Tidak pelik kerana gelaran Erdogan sudah lekat secara rasminya kepada beliau ekoran tindakannya yang pro Anwar dan menentang geng Ulama dalam PAS.

Pergolakan dalaman yang dizahirkan oleh Khalid Samad ini pasti akan memburukkan lagi peluang PAKATAN RAKYAT untuk menang di Hulu Selangor.

Mereka cuba menggambarkan UMNO/BN bergolak tetapi hakikatnya merekalah yang sedang berpecah belah akibat perselisihan faham yang timbul antara parti PAS PKR dan DAP.

Khabar dari Hulu Selangor juga menceritakan bahawa dua kumpulan utama dalam PKR sedang berebut untuk mengangkat calon pilihan masing masing.

Nasib PAKATAN RAKYAT semakin teruk dari hari ke hari.


Inilah masanya rakyat menunjukkan KEBENCIAN mereka kepada mana mana calon Pakatan Rakyat samada di Hulu Selangor atau di Sibu tidak lama lagi.



Jangan pangkah walau satu undi pun kepada gerombolan penipu rakyat ini.


Kita jangan mudah ditipu kerana kita juga masih ada akal yang waras untuk membezakan antara yang hak dan yang batil.





artikel dari blog

Panglima Perang Cyber 







DAP BILA NAK KELUAR PR : YB WANGSA MAJU BILA NAK JADI MP BEBAS

on Thursday, April 8



Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan