KICKDEFELLA LEBIH JUJUR DARIPADA EXCO KANAN?

on Tuesday, May 18

1. PERTEMUAN DENGAN KICKDEFELLA petang tadi memberikan beberapa input yang boleh dikongsi bersama dengan pembaca, khususnya mereka yang terpedaya dengan lakonan kepimpinan di Kelantan. Gambar-gambar yang diiklankan di tepi-tepi jalan di Kota Bharu hanyalah kosmetik sahaja kata Kickdefella, supaya anak-anak Kelantan di perantauan diperdaya dengan kosmeik itu.

2. Bagi Kickdefella, selepas 3 tahun berada di negeri cek wan kembang tanah serendah taman bunga, kata Kickdefella apa perkara yang kepimpinan di sana tidak lakukan semasa memerintah kerajaan negeri Kelantan, penipuan, rasuah, kronisme , tiada tender terbuka sepertimana projek Bazaar, malah menyifatkan kepimpinan di Kelantan sebagai berkuasa mutlak dan tidak boleh dipersoal.

3. Menurut Kickdefella, Exco kanan bertanggungjawab dalam banyak perkara di negeri Kelantan, dia antara seorang dua Exco yang punya autoriti memberikan kelulusan kawasan balak kepada sesiapa yang dikehendakinya, tetapi satu kewajipan kepada penerima tender balak untuk berjanji memberi derma kepada parti.

4. Malangnya kata Kickdefella, derma itu tidak terus kepada akaun parti, tetapi kepada akaun individu-individu di dalam parti.

5. Kata Kickdefella, amat menyedihkan kerana janji hendak memberikan RM500 apabila berlaku kematian tidak mampu dilaksanakan sudah bertahun lamanya, pekerja-pekerja yang membuat overtime tidak dibayar overtime itu kerana ketidakmampuan kerajaan negeri, malangnya hasil balak negeri Kelantan diguna untuk tujuan lain...

6. Kata Kickdefella lagi, politik telah banyak mengubah sikap kepimpinan mereka. Katanya lagi, jika hendak berdakwah berdakwahlah dengan betul. Itulah antara beberapa cebis kata Kickdefella.

7. Kickdefella ini keturunan syed, rasanya dia sangat jujur dengan kata-katanya daripada exco kanan?. Ada exco kanan bila wartawan bertanya, hari ini menafikan terlibat dengan kes RM 4 Juta memburukkan Pak Lah, beberapa hari kemudian mengakui memang ada memberikannya. Persoalan yang lain kata Kickdefella, tak kan bendahari parti pun tidak tahu?

8. Kesimpulannya, diam juga adalah satu nasihat.

MB KEDAH JANGAN TUNGGU, YANG KE-11 SEDANG-SEDANG

on Friday, May 14



1. BERITA MP WANGSA MAJU keluar PKR bukanlah mengejutkan kerana sindrom ke arah itu sudah diketahui beberapa bulan yang lalu, hanya masa sahaja MP Wangsa Maju mengumumkannya petang tadi. Itu pun pada asalnya untuk mendedahkan penyelewengan MB Selangor dalam skandal mega pasir.

Siapa oleh dedahkan di sini berapa Keuntungan diperolehi oleh Syarikat tersebut yang diketuai oleh MB Selangor? Dengarnya berjuta-juta?

2. Kedua, di Kedah MBnya memberi amaran akan membubarkan Dewan Undangan Negeri seandainya 1 orang lagi YB keluar meninggalkan Pakatan Keluar Ramai-Ramai (PKR).

3. Khabarnya beberapa minggu yang lalu ADUN tersebut sepatutnya keluar bersama-sama dengan ADUN Bakar Arang??? Diskus sudah dijalankan? Perbincangan sudah ada? Apakah menunggu masa yang sesuai?

4. Pada hemat penulis, Menteri Besar Kedah jangan tunggu sekaligus 4 atau 5 ADUN dia keluar baru hendak bertindak membubarkan DUN. Ia perlu difikirkan segera kerana perbincangan khabarnya sudah berlangsung di kalangan mereka sendiri.

5. Ia memang dinafikan dan akan dinafikan. Siapa hendak mengaku berak di tengah jalan? Apakah Timbalan Presiden PAS dan Setiausaha Agung PAS dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi PAS dahulu memaklumkan kepada ahli-ahlinya semasa Rundingan dan Pertemuan Sulit dengan UMNO?

Tak kesahlah sama ada Pertemuan Sulit, Pertemuan Di Atas Kapal, Muzakarah atau Muqabalah , Meetingkah maksudnya rindungan kot... Apa yang dirunding boleh kot bertanya lanjut Pesuruhjaya PAS Selangor...

6. Bagi penulis, ada gerakan besar di dalam PKR sendiri yang diremotecontrol olehnya, oleh lakonannya, sehingga PAS dan DAP tertipu dan ditipu?

Siapakah dia? Dia memang mengejutkan, kawan di depan musuh di depan, kawan di belakang musuh juga di belakang,malangnya lakonannya first class...

7. Pernah baca buku penyiasat Enyd Blyton jika tak silap namanya,baca siri 1 2 3 4 5 6 hingga siri 17. Di dalam buku itu rupa-rupanya kawan itu adalah musuh utama yang anti klimaks.Dia di depan mata!

8. MB Kedah usah tunggu yang ke-11 !

KENAPA MEREKA BALIK AWAL ?

on Tuesday, May 11



1. PANGLIMA-panglima PAS terutama Mahfuz dan Khalid Samad serta dua tiga orang pengikut yang dibawa untuk membuat kacau di Sibu terpaksa balik awal. Kebetulan penulis duduk bersebelahan di dalam kapal dan bertanya petugas PAS kenapa balik awal, jawabnya " tak da jalan, tak boleh masuk, payah nak menang, Makan pun susah..." Apakah ini petanda BN akan menang besar?

2. Penulis hanya tersenyum dan membiarkan mereka terlena dan tertidur ...

3. Blogger Minah Jinggo diucapkan selamat bertugas, dan terus berikan gambar-gambar yang fantastik. Gambar menceritakan segalanya, kadang memberi petanda, seperti mana gambar pemimpin-pemimpin PR berceramah di Hulu Selangor yang hanya dihadiri 20 dan 30 orang sahaja. Lebih 1000 kerusi yang disediakan kosong belaka.

4. Di Sibu ini, akan terjawab benarkah orang Sarawak masih pakai cawat dan berfikiran cawat sebagaimana kata Presiden sebuah parti...

ANWAR SUDAH TIDAK RELEVEN DI AMERIKA (SIRI 3)

on Tuesday, May 4






1.PILIHANRAYA Kecil Hulu selangor memberi mesej yang jelas kepada pemimpin de facto bahawa PKR semakin tidak releven hatta beliau juga perlu membuat keputusan segera sama ada meneruskan hajat menjadi Perdana Menteri melalui PRU13 nanti,atau kembali ke persada asalnya.

2.Semakin hari semakin ramai hulubalang kanannya meninggalkannya tidak usah diulang lagi YB Zulkifli, YB Zahrain, YB Mohsin, YB Tan Tee Beng, hatta Dr Halili yang mengiringinya ke German dahulu. Satu demi satu meninggalkan perjuangan peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri.

Semua YB-YB di atas sudah menelanjangi segala-gala penipuan yang diarahkan kepada mereka hatta menipu surat akuan, menipu dokumen berkotak-kotak yang tidak ada pun, menipu projek 16 September sehingga PM berkata usahlah menipu lagi, semuanya sudah didedahkan oleh para hulubalang ini.

Barangkali juga Ahli Parlimen PKR yang membuat superimpose gambar PM dengan Altantunya itu pun merupakan satu arahan juga. Walaupun dia sudah memohon maaf kepada PM dan PM memaafkannya, perilaku itu melambangkan cara menghalalkan apa sahaja cara yang boleh.

3. Pemimpin de facto ini bukan saja menghancurkan Parti Rakyat oleh Dr. Syed Husin, malah menggoncang PAS yang kini ternoda dan dinodai dengan pelbagai imej rosak termasuk Erdogan, kes RM4 Juta, hancurnya cita-cita Negara Islam, hancurnya cita-cita Membangun Bersama Islam, segala-galanya bertukar atau terpaksa ditukar untuk merealisasikan kebersamaan bersama-sama DAP.

Nasib baiklah Presiden PAS segera menukar Setiausaha Agung PAS, menumbangkan satu demi satu kumpulan Erdogan,dan kini Presiden PAS menunggu masa yang sesuai...

4. Kesimpulannya dan terkini dari Washington melaporkan yang dipetik Bernama...:
KUALA LUMPUR, 4 Mei - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh kerajaan menggunakan khidmat firma perhubungan awam pro-Israel APCO Worldwide dan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan khidmat bekas ejen Israel dalam projek berkaitan pengurusan maklumat dan komunikasi, dikecam hebat oleh sebuah laman web berhaluan kanan Amerika.

Melalui tulisannya dalam 'The New Ledger', sebuah penerbitan Internet Amerika yang menyiarkan pendapat golongan yang menyokong sistem kapitalis dan konservatif, Rachel Motte berkata Anwar telah membuang kawan lamanya di Washington dan menjadikan kontrak APCO Worldwide sebagai asas untuk mereka cipta teori konspirasi mengenai penguasan Yahudi, rancangan Zionis dan kegiatan subversif di Malaysia.

Katanya beberapa orang kanan Anwar juga telah melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk kononnya kerajaan Malaysia telah menggunakan khidmat sebuah syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan regim Zionis di Israel berkaitan projek maklumat dan komunikasi.

Dalam tulisan bertajuk "The Reversal of Anwar Ibrahim", Motte mendakwa Anwar, yang dianggapnya sebagai ahli politik berbiasa dan berkarisma, menjadi punca munculnya semangat anti Yahudi di Malaysia.

Katanya lagi, ini bukan kali pertama "dia mengambil jalan ini" dan dia "mempunyai sejarah menggigit Yahudi (sikap prejudis atau bermusuh dengan Yahudi) apabila keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.


Sebagai contoh, kata penulis itu, menjelang pilihan raya umum pada 2008, dalam satu wawancara dengan IslamOnline, Anwar berkata beliau mempunyai bukti bahawa kerajaan bukan saja memberi sokongan kepada puak pelobi Yahudi di Amerika, tetapi juga kepada beberapa pihak di Israel.

Motte berkata dia berterima kasih kepada pengundi di Malaysia kerana tindakan mereka menyebabkan gabungan parti pembangkang yang diterajui Anwar tidak mendapat undi majoriti pada pilihan raya itu.

Katanya sejurus selepas Anwar dibebaskan dari penjara kira-kira 10 tahun lepas, beliau datang ke Washington, D.C. dan menghabiskan masa sejak 10 tahun lepas bagi menampilkan imejnya sebagai seorang yang penuh bersopan santun dan berperibadi mulia di Barat.

"Hasilnya, pemerhati hal ehwal luar Amerika menganggapnya sebagai contoh pemimpin Islam yang demokratik dan/atau pejuang pentadbiran yang liberal dari Asia Tenggara.

"Beberapa tahun lepas, beliau dijemput mengajar selama setahun di Johns Hopkins School of Advanced International Studies dan di situ, beliau menjalin persahabatan dengan Yahudi Amerika seperti Paul Wolfowitz - sebagai suatu cara untuk menunjukkan betapa beliau telah jauh berubah daripada imejnya sebagai seorang militan Islam suatu ketika dulu.

"Malah, pada 2008, (bekas naib presiden) Al Gore - yang terkenal sebagai lelaki yang bijak dan tajam persepsinya -- terdorong untuk menulis dalam laman blognya bagi mempertahankan maruah Anwar apabila dia dikritik.

"Beliau adalah antara tokoh hebat dari Barat yang tidak boleh dibeli -- tetapi seseorang itu boleh rapat dengan beliau sekiranya dia bermusuh dengan pihak tertentu dan mempunyai hubungan dengan media yang berpengaruh dalam Beltway (perkataan yang digunakan bagi merujuk kepada sebahagian daripada sistem politik Amerika sebenar atau yang dibayangkan dan mengambil sempena nama lebuh raya antara negeri yang melingkari ibu negara Amerika)," kata penulis itu.

Motte berkata hubungan antara Anwar dan tokoh-tokoh Yahudi Amerika yang berpengaruh begitu rapat hinggakan jika ditanya kepada rakyat Amerika siapakah tokoh demokrat liberal di Malaysia bagi tempoh 1999 hingga 2009, mereka dengan mudah akan menjawab tokoh itu ialah "Anwar Ibrahim."

"Tapi, adakah apa yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim tentang dirinya di luar Malaysia sama dengan tindakan yang dilakukannya di negaranya sendiri?," tanya penulis itu.


Motte berkata apabila berada jauh dari CNN, Al Gore dan Johns Hopkins, Anwar menampilkan dirinya sebagai penghasut yang menyemarakkan semangat anti-Amerika dan anti-Yahudi.

Kata Motte lagi, "dalam mencari siapa yang boleh dijadikan rakan Amerika di dunia Islam, memang sukar untuk membezakan antara kawan yang baik dan kawan yang jahat."

"Bagaimanapun, lazimnya, ahli politik yang memperjuangkan teori konspirasi anti-Yahudi bukanlah rakan Amerika," katanya bagi merujuk kepada Anwar.

Motte berkata perkembangan di Malaysia beberapa bulan lepas menyerlahkan perubahan yang mengejutkan apabila ketua Pembangkang Anwar Ibrahim meniupkan semangat anti-Yahudi, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pula berdiri teguh bersama Presiden Barack Obama dan Amerika.

Penulis itu mengulangi kenyataannya bahawa memang sukar untuk meneka siapakah yang boleh dijadikan kawan oleh Amerika di dunia Islam, selain Raja dan Permaisuri Jordan, beberapa orang di Emiriyah Arab Bersatu dan keluarga diraja Saudi.

"Sebagai contoh, lihatlah sesuatu yang aneh di Malaysia. Negara itu dan parti yang memerintahnya sedia bekerjasama dan bersikap konstruktif terhadap Amerika, tetapi lain pula halnya dengan parti politik pembangkangnya. Keanehan inilah yang sering digambarkan oleh media Barat," katanya.

Motte berkata kepimpinan Malaysia sekarang bersikap pro perniagaan, pro Amerika dan berani berterus terang kepada dunia Islam bahawa ia adalah sekutu strategik Amerika.

Maka, katanya, pada Sidang kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington baru-baru ini, Najib berikrar akan membantu Amerika dalam pelbagai bidang.

Motte berkata nama baik Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam yang stabil dan berpendirian sederhana begitu menyerlah pada dekad ini hasil usaha keras dan kepimpinan perdana menterinya sekarang dan perdana menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kini, masa yang paling sesuai untuk berhijrah. PAS berhijrah, hulubalang-hulubalang PKR sudah ramai berhijrah, anda juga akan berhijrah.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan