SEPATUTNYA WAJIB LULUS DENGAN KEPUJIAN

on Sunday, October 31


1. RAJA-RAJA MELAYU merupakan institusi yang sudah wujud sebelum merdeka lagi, sebelum penjajah Portugis atau British datang ke Melaka lagi pun. Maknanya, sebelum proses transmigrasi, migrasi ataupun imigrasi di nusantara ini, Raja-Raja Melayu sudah mempunyai sistem pemerintahannya sendiri, sehinggakan pedagang dari negara China, India, Arab dan lain-lain tunduk memberi hormat kepada Sultan kita.

Bukankah satu perkara yang pelik, bilamana di dalam Dewan Undangan Negeri ada pihak yang tidak memakai songkok sebagai satu kemestian ketika Raja-Raja Melayu berada di takhta singgahsana.

2. Walaupun British dan Belanda khasnya, memecah-mecahkan Nusantara ini kepada Malaysia, Indonesia,Brunei, Patani, Naratiwat dll untuk kepentingan ekonomi dan politik mereka, namun sistem pemerintahan Raja-Raja Melayu terus kekal hingga ke hari ini. Maka, ada baiknya subjek sejarah dijadikan subjek penting, namun sebagai bekas guru sejarah, penulis kurang bersetuju ianya dijadikan Subjek Wajib Lulus.

3. Sepatutnya Sejarah patut diletakkan di dalam status Subjek Wajib Lulus Dengan Kradit (Kepujian). Jika setakat lulus sahaja ianya masih kurang memberi kesan positif kepada mereka yang buta sejarah, benci sejarah atau yang nak ubah fakta sejarah. .

Seperti di Singapura hari ini, Sejarah diubah dengan memulakannya bahawa Singapura dibuka oleh Stamford Raffles! Bukannya dimiliki oleh Raja-Raja Melayu di Johor, bukannya bernama Temasek dan sebagainya.

4. Jika di peringkat SPM, Lulus Sejarah dengan A atau B baguslah kerana itu sudah cemerlang. Jika pelajar mendapat keputusan Sejarah C oklah masih boleh diterima kerana ianya masih ditingkat Kepujian. Jika mereka mendapat nyawa-nyawa ikan seperti D yakni LuLus sahaja sebagaimana kehendak sekarang, ianya tidak begitu memberi kesan. Modusnya ialah, selepas D ialah E iaitu Gagal.

4. Jika hendak memartabatkan subjek Sejarah, memartabatkan Sejarah negara, Memartabatkan Perlembagaan Persekutuan, Memartabatkan Raja-Raja Melayu, Memartabatkan Bahasa Melayu semuanya itu bermula dengan ilmu pengetahuan Sejarah.

Jika tidak, bila besar nanti ada peguam hendak menyaman Raja-Raja Melayu, sebab dia tidak tahu dia adalah Rakyat yang hendak disamannya itu ialah Raja-Raja Melayu.

4. Pada zaman dahulu, sistem yang ada ialah jika Pelajar SPM tidak mendapat Keputusan Kradit Bahasa Melayu, maka walaupun Agregatnya 10A1 namun dia akan diletakkan sebagai SPM Pangkat/Kelas 2. Maka, pelajar zaman itu, berhati-hati dan belajar dengan tekun untuk mengelakkan diri mendapat SPM Pangkat/kelas 2.

5. Penulis berharap, perkara ini dikaji semula. Jabatan Sejarah, Universiti Malaya sudah pernah membuat kajian 20 tahun dahulu betapa kritikalnya perkara ini.

6. Kajian perlu dibuat, supaya sistem yang ada sekarang diperbaiki iaitu daripada Lulus Sejarah tetapi hendaklah diubah kepada Lulus Dengan Kepujian., bukannya setakat Lulus sahaja. Pengalaman penulis mengajar murid-murid Cina di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu dahulu, mereka sebenarnya boleh memahami dan boleh menjawab dengan baik. Sekiranya status matapelajaran itu dianggap Sangat Penting seperti subjek Bahasa Melayu, Matematik dan B. Inggeris, maka mereka akan mempelajarinya dengan lebih tekun untuk mengelakkan jatuh ke SPM Pangkat/Kelas 2.

7. Anda mungkin tidak bersetuju...

BUKUBARU KICKDEFELLA: PURNAMA RETAK SERIBU

on Friday, October 29

SINGAPURA AKAN TERKEBELAKANG

on Wednesday, October 27


1. PADA hujung tahun 1990an, apabila Lee Kuan Yew memasuki Malaysia melalui Tambak Johor, mengikuti laluan Lebuhraya UTara Selatan, beliau khabarnya memberitahu bahawa Malaysia sudah jauh di hadapan berbanding Singapura. Dalam setahun dua ini, apabila gergasi bank Malaysia seperti MayBank dan CIMB membeli bank-bank tempatan di Indonesia, Lee Kuan Yew semakin terdesak dan rimas.

2. Beberapa majalah ekonomi antarabangsa sudah mula membandingkan Temasek Holdings dengan Khazanah Nasional Berhad...Simpanan Tetap Temasek Holdings walaupun lebih tinggi berbanding Khazanah Nasional, tetapi Khazanah Nasional mengejar dengan cepat.

3. Economic Transformation Programme (ETP), satu lagi idea YAB Perdana Menteri bersama-sama pasukan yang diketuai oleh Datuk Seri Idris Jala yang pakar menyelamatkan Shell dan MAS tidak berapa lama dahulu.

4. President Asia e-University dalam laporannya berkata, " The ETP endorsed by the Right Honourable PM for the rakyat is bold, visionary and innovative. Let us as Malaysian embrance, commit and work on it for the nation".

5. CEO Hans Dudenhausen, LFoundry Malaysia berkata, " LFoundry Malaysia, a joint between semiconductor leaders LFoundry GmbH and QT HighTech, agrees that the ETP is cogent towards accerlerating Malaysia's plan to achieve developed nation status.

6.Yang menariknya apabila Mydin Mohamed Holdings Berhad akan melabur sejumlah RM1Billion untuk membuka lebih banyak pasaraya Mydin sehinggalah ke Sabah. Kita harap Mydin akan membuka cawangan di Tawau dan memberi persaingan positif kepada Giant yang bersendirian di Tawau.

7. Dengan ETP ini,rakyat Malaysia akan memperolehi lebih daripada 30,000 peluang pekerjaan, penulis lihat lebih daripada itu apabila pelaburan besar-besaran seperti ini dimajukan. Malahan, lebih daripada 600,000 pekerja yang berpendapatan rendah akan dapat meningkatkan pendapatan mereka. Kerajaan sedang menyediakan rel yang tepat dan jelas untuk memberi gaji manimum kepada rakyatnya.

8. Lee Kuan Yew sangat teruja dengan program ekonomi negara kita, penulis percaya beberapa pengambilalihan saham-saham Temasek Holding di dalam GLC kerajaan perlu diteruskan malah disegerakan. Sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk KHazanah Nasional mengambil alih saham-saham tersebut.

9. Bagi penulis, GLC dan KHazanah Nasional perlu menampakkan diri mereka lebih Patriotik Economy berbanding hanya keuntungan perniagaan semata-mata. Penulis tidak pasti apakah mereka bersetuju.

BN 55%

on Sunday, October 24

1. PEMILIHAN Datin Linda Tsen Thau Lin, 54 tahun, balu mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi merupakan satu kejutan. Pandangan penulis sangat mudah, Datuk Yong Teck Lee mantan Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan Presiden SAPP merupakan saingan berat.

2. Di Semenanjung Malaysia, amat mudah memahami bahawa orang-orang Melayu lumrahnya akan berada sama ada di dalam parti UMNO atau PAS. Di Sabah Bumiputera Islam tidak dalam keadaan itu, kerana terdapat banyak Bumiputera Islam turut menjadi ahli dan Ketua Cawangan di dalam parti PBS, LDP mahu pun SAPP. Walaupun majoriti Bumiputera Islam Sabah berada di dalam UMNO.

3. Peristiwa-peristiwa besar di dalam politik Sabah sekarang ialah tuntutan-tuntutan parti komponen BN terutama UPKO dan LDP. UPKO menuntut sesuatu yang lebih besar daripada BN, dan LDP masih mengungkit isu patung Mah Tzu dan hubungan renggang dengan Ketua Menteri.

4. Batu Sapi adalah turning point kepada BN Sabah. Seandainya BN menang, maka faktor Sabah sebagai fix deposit BN akan kekal sehingga PRU-13. BN tiada pilihan, selain memenangi kawasan tersebut.

5. Yong Teck Lee mantan pemimpin tertinggi PBS suatu ketika dahulu. Bagaimana pula pertemuan Yong Teck Lee dengan Tan Sri Chong Kah Kiat tidak berapa lama dahulu? Masih banyak misteri di sebalik Yong Teck Lee ini.

6. Kelebihan majoriti 3,500 undi oleh mendiang Datuk Edmund pada PRU-12 dahulu masih boleh dikekalkan apabila isteri mendiang menjadi calon. Harus diingat, Yong Teck Lee bukan seorang Presiden SAPP yang miskin.

7. Di dalam hal ini, penulis yakin PKR akan tarik diri. Yong Teck Lee sudah banyak menolong Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk ketika peristiwa satu demi satu wakil rakyat PBS keluar parti tahun 1994 dahulu sehingga tumbangnya Kerajaan PBS. Terkini, pengorbanan Yong Teck Lee ialah keluar daripada BN untuk sekali lagi menyertai DS Anwar Ibrahim.

8. Namun demikian, jika Datuk Musa Aman bersama-sama dengan Datuk Joseph Pairin Kitingan turun berkempen setiap hari, maka kelebihan tetap kepada calon BN. Dengan kekuatan 59 ADUN BN berbanding 1 ADUN DAP di Sabah, penulis optimis Batu Sapi akan kekal dengan BN.

9. BN Sabah mesti kerja kuat di Batu Sapi. Penulis memberi markah BN 55%, SAPP 45%.

UTUSAN MALAYSIA SUSAH NAK DAPAT : CEPAT HABIS

on Saturday, October 9



1. MULA-MULA, saya ingat apa yang penulis rasa ne, penulis sahaja yang berfikiran sedemikian. Rupa-rupanya, ramai yang bercakap mengenai sukarnya membeli Utusan Malaysia sekarang.

2. Dua hari lalu,ketika penulis sarapan di warung Kg. Baru, penulis sempat membeli beberapa akhbar arus perdana termasuklah Utusan Malaysia. selepas bersarapan, penulis lalu di depan kedai penjual akhbar tersebut...tetiba seorang mak cik yang rasanya peniaga di situ bersuara..." alamak kenapa pak cik tak simpankan saya dulu, tak pe lah pak cik ada yang dah dibaca tak, orang ramai kat warung akak ne cari Utusan..."

Namun, dia balik dengan kecewa dan muka masam.

3. Di sekitar KLIA dan Sepang, seawal 10.00 pagi akhbar Utusan Malaysia sudah habis di pasaran.

4. Ketika di Kuching minggu lalu, akhbar Utusan Malaysia kosong di rak buku Lapangan Terbang Kuching.

5. Sekejap lagi penulis akan meronda-ronda di bandar Tawau, harap-harap akhbar Utusan Malaysia masih ada di pasaran. Seseorang mencadangkan penulis membuka Utusan.Online sahaja. Namun, ianya tidak ada rasa. Suratkhabar mesti ada suratnya dan akhbarnya.

6. Beberapa blog rasanya pernah membangkitkan isu ini, tetapi pihak Utusan Malaysia hendaklah lebih peka dengan mencetak lebih lagi.

7. Apakah ini menunjukkan penanda aras orang-orang Melayu telah kembali semula kepada perjuangan sebenar dan mula meninggalkan pakatan rapuh dan parti baling kerusi.

8. Mengapakah Anwar Ibrahim sangat takut kepada Utusan Malaysia, memberi amaran kepada Zaid Ibrahim, tetapi dijawab semula oleh Zaid Ibrahim bahawa beliau Tidak Bersetuju Dasar Parti Memboikot Utusan Malaysia...

RAKYAT MALAYSIA KINI SEMAKIN TERKEJUT...

on Wednesday, October 6



1. TIADA PERKATAAN, sangat terkejut apabila seorang lagi pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis mengenai liwat...Apa pula komen beliau kali ini? Apa pula keterkejutan ulama-ulama PAS di dalam hal terbaru ini...

2. Ingatkah kita akan laungan Anwar, kita mahu demokrasi tulen, kita mahu kebebasan bersuara, zaman Dr. Mahathir katanya Diktator, Zaman Pak Lah katanya tidak demokratik, zaman DS Najib katanya tidak bebas...la ne, Rahimi nak bercakap pun dihalang, sehalang-halangnya...

3. Belum habis kejAdian membaling kerusi, perwakilan luka dibaling kerusi, diterajang sehingga masuk hospital di dalam pemilihan mereka, tersembul pula cerita baru dari Rahimi...

4. Yang amat mengejutkan kata laporan Rahimi :-

Rahimi berkata dia telah dipaksa oleh Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya(salah seorang bekas peguam Anwar) menandatangani dua pengisytiharan bersumpah di Quality Hotel pada 28 Jun 2008 yang menuduh Datuk Seri Najib Razak and Datin Seri Rosmah Mansor merancang konspirasi liwat untuk menjatuhkan Anwar.

"Saya dipaksa menandatangani dua pengisytiharan berkanun pada Jun 2008 tentang Anwar dan Saiful. Perisytiharan itu adalah tidak benar kerana saya tidak menulisnya"
, kata Rahimi.

"Saya dipaksa menandatanganinya kerana saya berasa takut tentang keselamatan diri saya. Pada masa itu terdapat ratusan penyokong-penyokong Anwar di sekitar Quality Hotel," katanya lagi.

5. Selepas Tian Chua yang tidak ada harga diri kerana super imposed gambar PM dengan ALTANTUNYA, Kini ada lagi rupanya kisah-kisah yang sewaktu dengannya.

6. Maka, sudah sampai masanya Haji Hadi meneruskan hajatnya meninggalkan Pakatan yang merosakkan perjuangan PAS. Semakin lambat Haji Hadi membuat keputusan, semakin besar hukuman rakyat dan ahli-ahlinya sendiri. Di mana hukuman terdekat itu...di PRK GAlAS...

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan