PKR TIDAK LAYAK MEMERINTAH NEGARA : UMPAMA AIR MENDIDIH 5 TAHUN

on Tuesday, November 23



1. PEMILIHAN PKR sampai ke penamatnya dengan pelbagai macam warna. Kerusi Terbang, Ugut-Mengugut, Tendang-Menendang, Saman-Menyaman, Tipu-Menipu sampailah kepada Datuki Zaid Ibrahim ditendang keluar sebelum pun sampai 16 Disember 2010.

2. Bayangkan jika PKR diberi peluang memerintah negara Malaysia. Seperti kata seorang pemimpin PKR di depan pejabat PKR, Tian Chua selalu sebut, ' oh Indian issues dont give to me '. Inilah antara wajah-wajah sebenar Tian Chua yang pernah Duplicate gambar Perdana Menteri Malaysia dengan Altantunya. Walaupun Tian Chua sudah memohon Maaf kepada Perdana Menteri Malaysia, perbuatannya itu melambangkan harga dirinya.


3. Baik di dalam DAP mahupun PKR, masyarakat India terutamanya semakin dipinggirkan. Apa yang berlaku di dalam Pemilihan PKR dan Pemilihan DAP, wakil masyarakat India semakin mengecil dan dikecilkan. Semua ini memberi kesedaran bahawa masyarakat India perlu kembali ke pangkal jalan. Formula BN yang memberi peluang adil dan saksama kepada semua masyarakat tidak kira Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain suku kaum sebenarnya lebih baik daripada Formula PR yang cacamerba.

4. Di Pulau Pinang, walaupun PAS menang 1 kerusi tetapi tidak mempunyai wakil di dalam Kerajaan Negeri. Seperti kata bekas-bekas YB PKR yang telah sedar, di Pulau Pinang mereka diarahkan supaya jangan beri muka sangat kepada PAS, sebaliknya hendaklah menjaga hati DAP. Itu pesan Pemimpin Defacto PKR.

5. Sebaliknya, di dalam konteks BN, walaupun parti PPP dan Gerakan kalah semua kerusi Parlimen, tetapi wakil mereka diberi tempat di dalam Kabinet. Di Negeri Sabah, walaupun parti LDP pernah hanya menang 1 kerusi DUN sahaja, namun Tan Sri Chong Kah Kiat diberi peluang menjadi Ketua Menteri Sabah. BN tidak melihat kepada perkauman, tetapi memelihara supaya sistem Perkongsian kuasa itu dihormati.

6. Di dalam hal ini, rakyat perlu sedar memberi peluang kepada PKR dan DAP memerintah negara seperti menuang air mendidih selama 5 tahun. Di Selangor, PKR tidak mampu membuat apa-apa tindakan tegas terhadap pembaziran RM300,000 majlis yang Tidak Diperkenan oleh Sultan Selangor. PKR tidak dapat membuat apa-apa pun kepada ahlinya yang murtad. PAS yang terbelit oleh perkongsian menakutkan di dalam PR juga tidak mampu bersuara di dalam kes tersebut.

7. Hampir 40 Pemimpin Pengasas PKR keluar Parti termasuklah Dr. Chandra Muzafar, Dr. Halili, peguam-peguam kesayangan mereka sehinggalah yang terbaru Datuk Zaid Ibarhim. Kini PKR hampir-hampir menjadi Parti Keluarga Raya sahaja. Bapa Pemimpin Defacto atau mudahnya Presiden Sebenar, Isteri Presiden ataupun bahasa mudahnya Presiden Patung, Anak Naib Presiden...Dahulunya menuduh Tun Dr Mahathir Maha Kronisme...hari ini Siapa Kronisme Tuan/Puan?

KAPAL SEMAKIN KARAM : ANDA BILA LAGI?

on Monday, November 15

THE STAR Melaporkan Datuk Zaid Ibrahim telah mengambil keputusan untuk meninggalkan PKR.

"Saya sedari hari-hari saya semakin singkat kerana pemimpin parti tidak berhenti-henti membuat serangan peribadi ke atas saya.

"Saya berundur kerana mahu menjauhkan diri saya daripada penipu dan pembohong. Saya tidak lagi mahu menjadi swebahagian daripada kumpulan yang menaburkan fitnah dan sanggup menipu semata-mata untuk tujuan peribadi mereka,”

MARAH BANGET : 80% JATUH MERUDUM

on Thursday, November 11



1. PERTENGKARAN Menteri Besar Kelantan dengan Ustaz Mohd. Noh Deris yang tersebar di internet menunjukkan tahap pemikiran seorang Menteri Besar yang membawa imej agama Islam tetapi mengejutkan. Selama ini, masyarakat disogokkan betapa bersih dan murninya sifat-sifat mereka yang jauh dari sikap pemarah. Akibat daripada pertengkaran tersebut, 80% imej Menteri Besar Kelantan jatuh merudum.

Nasib baiklah, ustaz Omar Khalid sudah tiada, jika ketika itu Ustaz Omar Khalid pun ada juga, sudah pasti perang yang lebih besar akan berlaku.


2. Tidak sampai beberapa hari, tercetus pula sifat Marah yang amat amarah dari seorang lagi Ahli Parlimen PAS di dalam Dewan Rakyat. MP PAS Kuala Selangor amat marah dengan senggolan bahasa YB Zulkifli Nordin, tetapi MP PAS tersebut tidak pula pernah marah dengan kawan baik mereka daripada DAP yang tidak pernah pun berhenti mempertikaikan agama Islam di negara ini.


3. Yang amat mengejutkan juga, apabila Menteri Besar Kedah juga marah-Marah yang amat marah ketika sidang akhbar di Alor Setar semalam.

4. Maka di manakah nilai Islam seorang wakil rakyat yang kononnya paling Islamik di dalam dunia, tetapi selepas berkuasa semua sifat-sIfat itu hilang bertukar ego, sombong dan bongkak.

5. Anda, tidak bersetuju tetapi itu telah benar-benar berlaku.

ROMBAKAN KABINET : KU LI MASUK?

on Friday, November 5


1. APABILA Tengku Razaliegh Hamzah berucap di pentas PAS mengenai isu Royalti minyak Kelantan, pemimpin-pemimpin PAS gembira sakan dengan sokongan Tengku Razaliegh Hamzah kepada mereka. Maka diberilah peluang Ku Li berucap di stadium Kota Bharu.

2. Sebaliknya, ada sesetengah pemimpin UMNO yang cetek fikiran marah-marah kepada Ku Li dan meminta UMNO Pusat mengambil tindakan kepada Ku Li.

3. Kebijaksanaan Ku LI terbukti semasa di PRK Galas. Pemimpin-pemimpin PAS kelu dan hilang idea untuk menyerang Ku Li. Mereka tidak dapat membawa isu Royalti di Galas kerana ada Ku Li yang pernah mereka jemput berucap di pentas PAS.

4. Penulis percaya, di dalam PRK 13 nanti Ku Li tetap menjadi racun kepada PAS.

5. Bagi penulis, jika rombakan kabinet akan dilakukan tidak lama lagi untuk memperkuatkan BN, pertimbangan perlu dibuat untuk membawa semula Ku Li ke dalam Kabinet. Satu post Menteri Kanan perlu difikirkan kepada Ku Li sebagai menghargai pengalaman Ku Li di dalam politik dan kerajaan.

6. Jika Ku Li dilantik sebagai Menteri Kanan, ia satu lagi langkah ke hadapan untuk menawan Kelantan. Menteri Kewangan pun satu Menteri Kanan yang sangat penting.

7. Khabarnya, jika penulis tidak lupa, Tun Dr. Ismail pernah menjadi TPM 2. Mungkin penulis silap.

DR. ASRI PATUT SEGERA SERTAI UMNO

on Wednesday, November 3


1. YB Zulkifli Nordin mempunyai pandangan yang jelas bahawa Dr. Asri lebih baik tidak memihak kepada mana-mana parti supaya beliau boleh berdakwah dan diterima dengan berkesan. NAmun, YB Zulkifli tidak menyatakan tentangannya yang jelas, sebagaimana YB Kalabakan menentang kemasukan YB Zahrain menyertai UMNO.

2. Namun, beberapa tindakan Dr. Asri seperti kehadirannya di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, kemudian kritikan besarnya supaya DS Anwar Ibrahim bersara daripada politk merupakan bayangan yang sangat jelas Dr. Asri berpihak di mana.

3. Pada pandangan penulis, Dr. Asri yang pernah berkhidmat sebagai Mufti Perlis mempunyai sebab yang kuat untuk menyertai UMNO dan memperkuatkan semula UMNO. Beliau sudah lama bekerja dengan kerajaan negeri yang diperintah UMNO.

4. Isu Wahabi yang dilekatkan kepada dirinya adalah isu lain, khilaf dan tafsiran yang berhak diulas oleh mereka yang pakar. Di Malaysia, ada juga negeri lain yang mengamalkan fahaman Wahabi, tidak Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana lazimnya.

5. Pilihanraya Umum Ke-13 semakin dekat, penulis percaya jalan Dr. Asri semakin dekat. Beliau dan idea Imam Muda semestinya dari satu sumber yang sama. Imam Muda mestilah daripada idea orang muda. Dr. Asri bercakap mengenai pemimpin tua yang perlu bersara.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan