SURAT, DATO' DR. HASSAN ALI

on Thursday, December 22

Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh.

Dato' yang dihormati,

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Dato' atas keberanian Dato' mempertahankan prinsip perjuangan Dato' memperjuangkan agama Islam, bangsa Melayu dan Institusi Raja-Raja di negara kita. Walaupun Dato' diserang dengan tidak sepatutnya oleh rakan-rakan di dalam parti seperti Setiausaha Agong parti dan kepimpinan parti di negeri Selangor, ianya tidak mematahkan kekuatan minda dan jihad fisabillillah yang Dato' perjuangkan.

Sebagai Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam di negeri Selangor, sememangnya insiden di DUMC tempohari amat menggugat kemarahan kita apabila saudara seagama kita ditarbiyahkan dengan aktiviti-aktiviti agama Kristian, yang nantinya akan membawa kepada isu yang lebih besar iaitu Pemurtadan. Saya percaya ada banyak lagi kes lain yang Dato' tidak sempat sebutkan seperti kes penjualan  Arak dan aktiviti Judi di kawasan penduduk majoriti masyarakat Islam. Keberanian Dato' menegur Exco Kanan DAP dalam Kerajaan DAP Selangor dalam kes ini telah membuka pekung dan masalah besar yang berlaku di dalam pasrti PAS selepas berkawan dengan DAP.

Apabila Dato' bercakap isu 3R (Religion, Royal & Race), Dato' telah dituduh sebagai bersuaranada UMNO. Apabila Dato' menentang dasar baru parti iaitu Negara Berkebajikan sebenarnya Dato' memang bukan berada di arena yang betul. Seperti kata Dato', pembuat Dasar di dalam parti PAS hari ini dikuasai oleh kira-kira 65% golongan profesional, dan tinggal lagi hanya kira-kira 35% golongan Ulama. Maka, sudah tentu istilah-istilah sekular seperti Negara Berkebajikan, PAS For All (kalau di Israel, mereka gunakan kod Israel For All), Islam Liberal, Islam Plural (seperti Ucapan DS Anwar di Eropah yang memberi maksud semua agama sama yakni mempunyai Tuhan yang satu), Kesamarataan dan sebagainya akan juga menjadi seperjuangan kepada parti PAS itu. Semua itu adalah sesuatu yang alergik kepada PAS khususnya di dalam era Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, Allahyarham Ustaz Yusuf Rawa malah asing juga kepada TG Haji Hadi Awang.

Pada saya, sama juga seperti kata Dato', tiada gunanya menjadi kerajaan (pemenang) sekiranya air mata berderai melihat umat Islam di Selangor tidak mampu dibela. Dato' hampir-hampir umpama patung bernyawa. Bukan sahaja isu di DUMC dan kes penjualan Arak itu Dato' tidak berjaya atasi, walaupun Dato' mempunyai kuasa exco atas hal-hal berkaitan agama Islam dan  adat-adat bangsa Melayu di Selangor. Dato' pasti tidak lupa masalah besar yang belum meletup di Sepang, bagaimana surat dan arahan Dato' di sana terpaksa dibakulsampahkan kerana kakitangan telah mendapat arahan baru dari dua orang Exco Kanan DAP. Rukun Tetangga di situ, ahli kareah di situ, kebanyakannya ahli PAS pun Dato' tak mampu hendak membela masa depan mereka dek kuatnya DAP menutup dan mengikat pergerakan Dato'. Berapa banyak surat mereka yang Dato' sendiri malah Menteri Besar pun tidak mampu tolong. Malahan Menteri Besar Selangor pun terpaksa tunduk kepada Exco-Exco kanan DAP dalam hal ehwal umat Islam. Kerana kerajaan DAP Selangor menggunakan konsep samarata, samakuasa, sama-sama di dalam banyak perkara.

Maka, tidak ada gunanya lagi Dato' berada di dalam satu jamaah yang Dato' tidak boleh berfungsi sebagaimana yang sepatutnya. Saya telah menulis banyak tentang Dato', saya berharap Dato' mufaraqah dengan segera demi kebaikan umat Islam di Selangor, bangsa Melayu dan Institusi Raja-Raja di negara. Dato' Mahfuz sendiri meminta Dato' segera meninggalkan jamaah tanpa perlu menunggu masa dipecat. Dato' harus ingat suara itu adalah suara siapa?

Salam Hormat.
Assalamualaikum.


TWITTER PEMBANTU TIMBALAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

on Thursday, December 15



 Sinchew Daily News
13 Disember 2011 (Selasa)

Tajuk: GodFather VS Pemberontak
Penulis: Lim Sue Guan

DAP pulau Pinang tahun ini menggunakan slogan “negeri Pulau Pinang-harapan Malaysia” sebagai slogan utama mereka, apa yang menyinggung perasaan ialah isu dalaman parti semakin meningkat, menyebabkan seluruh rakyat negara ini melihat DAP berlaku perbalahan dalaman yang ketara.

Isu “GodFather” bukan berlaku secara tiba-tiba kerana ia sudah terpendam lama yang akan terdedah dan menular, ia tidak mungkin berlaku hanya dengan perkataan “pemberontak dan GodFather” yang terus menjadi kecoh yang begitu besar, di dalamnya sudah tentu tidak boleh ada dua kepala dalam sesuatu tempat, kerana dalam hasil sumber  politik ia akan berlaku pembahagian yang tidak sama rata dan bercanggah.

Pengerusi DAP Karpal Singh pada bulan September tahun ini mencadangkan, menghadkan calon PRU akan datang tidak boleh bertanding 2 kerusi sekali gus, iaitu kerusi parlimen dan kerusi DUN untuk calon yang sama, di mana pemimpin Pakatan Rakyat yang menjawat jawatan Menteri besar ataupun ketua menteri tidak dihadkan untuk bertanding 2 kerusi itu, contohnya seperti Lim Guan Eng.

Cadangan Karpal Singh itu semata-mata mahu lebih ramai  orang-orang baru dapat ambil bahagian dalam pertandingan kerusi, sebaliknya telah memberi kesan kepada beberapa pemimpin, termasuk timbalan ketua menteri II Pulau Pinang Dr. Ramasamy a/l Palanisamy.

Dr. Ramasamy a/l Palanisamy pernah menjadi pensyarah di UKM selama 25 tahun, pada tahun 2005 beliau masuk DAP. Pada PRU 2008 beliau sebagai calon baru yang diperkenalkan, bertanding kerusi Parlimen di Batu Kawan berdepan dengan Koh Tsu Koon, dan diterima juga untuk bertanding kerusi DUN Perai, akhirnya pada Tsunami politik itu beliau menang kerusi Parlimen dan kerusi DUN kedua-duanya, dan menjadi kaum India yang pertama menjawat jawatan timbalan ketua menteri di Negara ini.

Apabila memegang jawatan tinggi, beliau mempunyai hasil sumber dalam politik yang banyak, sudah tentu beliau punyai pengikut yang ramai.  Dalam akhbar Tamil Nisan Dr. Ramasamy a/l Palanisamy memberitahu, pada PRU akan datang beliau akan bertanding kerusi perlimen dan kerusi DUN, dan akan mencadangkan 3 lagi wanita kaum India dalam parti untuk bertanding  dalam PRU akan datang.

Mencadangkan 3 kaum wanita India bertanding, hanya semata-mata beliau mahu mendapat lebih ramai penyokong, ini adakah satu keperluan dalam politik; tetapi Dr. Ramasamy a/l Palanisamy telah umumkan bahawa beliau akan bertanding di kerusi parlimen dan kerusi DUN, menyebabkan karpal Singh kurang senang, dengan itu Karpal Singh memberi amaran bahawa pemimpin dalam parti tidak boleh melanggar keputusan jawatankuasa pusat dan menjadi “askar pemberontak”; selepas itu Dr. Ramasamy a/l Palanisamy membidas, parti bukan sahaja perlu hapuskan “askar Pemberontak” malah perlu hapuskan “GodFather”.

Dr. Ramasamy a/l Palanisamy dilahirkan sebagai ahli pendidik, mungkin beliau kekurangan pengetahuan dalam berpolitik, beliau tidak boleh memberi banyak janji-janji kepada penyokong sendiri, supaya pada belakang hari tidak dapat menjawabnya dan tidak dapat kotakannya.

Isu “GodFather” semakin rancak dimainkan, fakta yang utama adalah untuk kepentingan penyokong-penyokong mereka dalam politik, yang boleh membimbangkan dan merungsingkan. Pada mulanya 2 orang ahli dewan yang menyokong Karpal Singh pada 9 haribulan yang menggerakkan perhimpunan beramai-ramai secara aman, tetapi di atas nasihat pemimpin-pemimpin parti perhimpunan itu dibatalkan.

Tetapi pihak penyokong-penyokong dari Dr. Ramasamy a/l Palanisamy tidak dapat hentikan perhimpunan itu, menyebabkan majlis jadi kecoh dan membantah Karpal Singh, Karpal Singh yang selalunya bersikap tegas dan angkuh, macam mana boleh terima dan sabar lagi? Sebab itu apabila Dr. Ramasamy a/l Palanisamy cuba berlembut mahu bersalaman dengan Karpal Singh, Karpal Singh tidak menyapa dan tidak tunjuk reaksi untuk menyambut salaman itu.

Jika dilihat dari reaksi perbualan kedua belah pihak, boleh dilihat mereka mahu ketengahkan Karpal Singh dan Dr. Ramasamy a/l Palanisamy yang telah memberi sumbangan besar kepada kaum India di Pulau Pinang, di mana Dr. Ramasamy a/l Palanisamy lebih menyerlah dalam kedudukan sebagai “Big Brother”,  beliau bijak dalam berkata-kata dan mempunyai pengaruh dari hasil sumber politik.

Sebaliknya Barisan Nasional lebih bergembira apabila melihat mereka membuka pekung di dada mereka sendiri, seterusnya pembantu Dr. Ramasamy a/l Palanisamy telah menulis di Twitter ada berlakunya penyelewengan wang kerajaan dan isu duit kontraktor dan duit kontraktor oleh 2 wakil rakyat Pakatan Rakyat, ini akan menjadi isu dan bahan penting bagi pihak BN untuk dipergunakan pada PRU akan datang.

Kaum India bukan semudah itu dalam Tsunami PRU 2008, baru sahaja mendapat menikmati kedudukan kuasa dalam politik yang begitu tinggi, sepatutnya dihayati dan dijaga dengan baik, tetapi oleh kerana sesuatu kepentingan, kedua-dua belah mata telah kabur, mungkin dalam sekelip mata sahaja semuanya akan menjadi kosong.

Terjemahan disumbangkan oleh : RA & STA
       

DR. HASSAN ALI SERTAI KERAJAAN BN...

on Tuesday, December 13


1.Dr. Hassan Ali, satu nama yang tidak diperlukan lagi oleh PAS Selangor. Dendam lama kumpulan PAS Syiah dan Kumpulkan Husam  Erdogan kepada Dr. Hassan Ali sudah sampai ke kemuncaknya. Pengumuman PAS Selangor bahawa Dr. Hassan Ali tidak diperlukan telah difahami  beliau,kini menunggu masa yang sesuai.

2. Sebagai Mantan Timbalan Ketua Pengarah BTN beberapa tahun dahulu, Dr. Hassan Ali masih tidak boleh membuang idealisme Mempertahankan Orang Melayu, Mempertahankan Raja-Raja Melayu, Mempertahankan Agama Islam terutama apabila semua itu dipermain-mainkan oleh PAS la ne, apatah lagi oleh DAP.


3. Maka, jalan terbaik kepada Dr. Hassan Ali adalah menyegerakan balik semula ke pangkal jalan, dengan kembali semula kepada perjuangan asalnya. Dr. Hassan Ali sudah berusaha sedaya upaya untuk menyatukan PAS dengan UMNO dengan bantuan Kumpulan Ulama yang diwakilkan kepada Ustaz Nasharudin. Walaupun ianya tidak berjaya, namun idealisma Dr. Hassan Ali menunjukkan, jika sudah begitu jalannya, bukan satu masalah besar Dr. Hassan Ali keluar dari jamaah PAS.


4. Penulis telah banyak menulis tentang Dr. Hassan Ali, seorang motivator yang hebat suatu ketika dahulu, pada saya beliau patut dipelawa kembali segera kepada jemaah Islam Melayu yang lebih besar. Tambahan di
http://jentayuabaka.blogspot.com/2011/11/dr-hassan-ali-selamat-kembali-ke.html
Ulangan di 
http://jentayuabaka.blogspot.com/2011/10/jawapan-dr-hassan-ali-sertai-himpun.html
dan di
http://jentayuabaka.blogspot.com/2011/10/tahniah-dr-hassan-ali-berani-menyanggah.html
Juga di
http://jentayuabaka.blogspot.com/2011/10/hassan-ali-kembali.html
Serta di
http://mymassa.blogspot.com/2011/12/khalid-ibrahim-kena-sindir-dengan-dr.html

5.  Jika Dr. Hassan Ali belum bersedia sertai UMNO, beliau boleh sertai Kerajaan BN. Tiada Masalah. Perjuangan masih boleh diteruskan. Semua mantan BTN tidak akan lupa istilah Perjuangan walaupun sudah lama meninggalkan perjuangan, seperti Dr. Hassan Ali masih tebal lipatan dan semangat Perjuangan, kecuali mereka yang dot dot...

PRODUK 1MALAYSIA DI SABAH

on Wednesday, November 23

Kedai Rakyat 1Malaysia Perlu Ada Di Sabah Juga

1. Para peniaga, atau yang baru hendak berniagam atau pencenis yang hendak berniaga digalakkan supaya membuka Kerai Rakyat 1Malaysia. Bukan sahaja ianya merupakan Idea YAB DS Najib Tun Razak yang baik, namun juga rakyat di Sabah sendiri boleh mendapatkan harga dan barangan yang lebih murah, berkualiti sama dengan kedai-kedai yang lain dan bersih.

Menu Rakyat 1Malaysia Boleh Jadi Bisnez Baru Di Sabah

2. Begitu juga, di bandar-bandar besar seperti di Kota Kinabalu, Sandakan, Labuan dan Tawau perlu diwujudkan Menu Rakyat Restoran 1Malaysia yang lebih murah dan baik. Dengan cara ini, pekerja-pekerja berpendapatan rendah dan sederhana di bandar-bandar besar, bolehlah menikmati makanan yang tidak mahal.


Klinik 1Malaysia Juga Perlu Diperluaskan Di Sabah

3. Klinik 1Malaysia satu lagi produk jenama 1Malaysia yang perlu diperluaskan di Sabah. Khabarnya Tawau & Kalabakan akan menerima sebuah Klinik 1Malaysia tidak lama lagi.

4. Mungkin anda mempunyai idea lain yang belum dibuat sekarang ini. Silakan memberikan idea itu. YAB PM mempunyai fikiran terbuka dan sangat suka dengan idea-idea anda yang membawa kebaikan kepada rakyat dan negara kita.

* TQVM rakan blogger yang memberi contoh-contoh gambar berkaitan 1Malaysia.

PRO-ULAMA SEMAKIN MENDEKATKAN DIRI

on Thursday, November 10


1. Tokoh-tokoh PAS Pro-UMNO semakin mendekatkan diri kepada program-program anjuran kerajaan BN termasuklah oleh GLC BN seperti Media Prima di TV3 ataupun di TV9. Suara Dr. Hassan Ali juga sudah pernah berkumandang di Radio IKIM. Perkembangan ini menunjukkan ada sesuatu yang sedang berlaku secara positif dan sehat.

2. Konsep Kesederhanaan yang di bawah DS Najib nampaknya sangat disukai oleh tokoh-tokoh PAS yang cenderung kepada Kerajaan Perpaduan. Forum Perdana Ehwal Islam kembali semula seperti tahun-tahun 1990-an dahulu. Mereka semua ingin kembali, dan akan kembali semula. Berita selanjutnya kemudian...

AMBIGA vs MAT INDERA

on Tuesday, November 8

In appreciating the people’s aspirations, Pakatan Rakyat therefore declares our commitment to fully internalise and carry out an agenda of new politics by mobilizing the people’s power from the various races, religions and cultures as one force.

Further, we have confidence; we can change our policy framework from narrow
racial approach to principles based on religious faiths, humanism, ethical and
human rights, and equality before the law regardless of status, race or group.

The policies that are derived from adherence to the Constitution and universal
principles of justice will safeguard the rule of law and the independence of the
judiciary, which in turn will guarantee that the human rights and dignity of the
people will continuously be defended and upheld.
(The Policies Of Pakatan Rakyat, page 2)

1. MATLAMAT Pakatan Rakyat khususnya DAP bukan setakat hendak mengurangkan, ataupun lebih jauh lagi memberhentikan kakitangan kerajaan apabila memerintah, sebenarnya ianya lebih jauh daripada itu. Kakitangan kontrak, sambilan malahan yang tetap akan berdepan dengan risiko diberhentikan sama ada secara pentadbiran ataupun secara politik. Anda mesti bersedia dengan kemungkinan tersebut, kerana Tony Pua sudah menyatakannya dengan jelas dan secara terbuka. Sebagai salah seorang pemimpin DAP, Tony Pua rasanya mendapat arahan daripada LGE dan LKS sebagai pemimpin tertinggi mereka, Tony Pua tidak akan bercakap soal dasar jika bukan keputusan mesyuarat parti.

2. Sebenarnya, penulis juga ingin mengajak pembaca supaya berhati-hati dengan satu gerakan baru di Malaysia, yang dikenali sebagai gerakan Total Change. Ubah segala-galanya, Ubah 100%, bukan setakat mengubah kerajaan, tetapi terdedah di dalam bahaya akan diubah ialah Institusi Sultan, Institusi Agama (anda mesti faham bagaimana YB Ronnie Liu lebih berkuasa daripada Dr. Hassan Ali dalam menentukan hak orang Islam di Selangor). Arahan YB Ronnie Liu lebih mengatasi arahan Dr. Hassan Ali. Anda boleh dapatkan bukti dan bertanya kepada pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Subang Jaya atau Majlis Perbandaran Sepang dan lain-lainnya di Selangor.

3. Kumpulan Kerajaan Perpaduan yang digerakkan oleh YB Nasha (sudah tentu arahan Presiden) Datuk Harun Taib, juga YB Salehudin turut pernah bersama mengetahui perkara ini, namun mereka tidak dapat bergerak bebas, lantaran tekanan kuat kumpulan Erdogan dan pemimpin de facto yang mencaturkan banyak perkara di dalam PR. Tokoh-tokoh Ulama yang Pro Perpaduan seperti Dato Harun Din, YB Taib Azamudin turut berada di dalam kelompok yang sama.

Penulis percaya kesilapan memilih Mat Sabu akan lebih parah lagi menjelang PRU13. Mat Sabu teman baik LGE sudah menjadi mangsa keadaan. DAP sudah memanupulasi Mat Sabu. Mat Sabu tidak dapat mempertahankan kredibiliti partinya. Setiap ucapan Mat Sabu mesti memuji dan mempertahankan DAP dan LGE. Mat Sabu tidak boleh memberi komen acara pasangan songsang di dalam program Seksualiti Merdeka 2011.

Anda tidak percaya, silakan bertanya kepadanya 5 soalan sahaja mengenai Seksualiti Merdeka, nescaya dia terpaksa menutup mulutnya! Kerana, kakinya sudah dirantai oleh dirinya sendiri! Mat Sabu boleh bercakap mengenai Komunis dan Mat Indera Tetapi Mat Sabu tidak boleh bercakap isu Seksualiti Merdeka dan Ambiga. Ia satu dosa dan fatamorgana kepada pergerakannya, apa boleh buat, ianya keputusan politiknya.

Apa pun sinar akan menyebelahi Islam. Hamas dan Fatah sudah kembali bersama. Kita sambung akan datang dengan isu Total Change ini.



DR. HASSAN ALI SELAMAT KEMBALI KE ....

on Friday, November 4

1. DR. HASSAN ALI, ketika menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor pernah menghalang penjualan Arak secara terbuka kepada orang Muslim, tetapi dihalang oleh kumpulan YB Ronnie Liu yang sangat berkuasa di Selangor, walaupun di dalam hal-ehwal Islam.

2. Dr. Hassan Ali, atas nama Aqidah, menerjah Arahan PAS Pusat untuk tidak menghadiri HIMPUN Selamatkan Aqidah Umat Islam. Kata beliau, saya sudah 64 Tahun, tidak lena tidur saya jika tak pergi HIMPUN. Kalau main bola Selangor VS Kelantan tiada keperluan beliau menontonnya. Maksud politiknya ialah jika pertemuan MB Kelnatan VS MB Selangor, tiada keperluan beliau hadir.

3. DR. HASSAN ALI, sekali lagi menyokong JAIS dan Sultan Selangor di dalam Kes Memurtadkan Umat Islam di DUMC Selangor. Walaupun ditentang oleh puak-puak Liberal dan Syiah di dalam PAS Selangor.

4. DR. Hassan Ali, hari ini, sekali lagi menyokong Demo di Masjid Shah Alam, menentang Seksualiti Merdeka, anjuran Majlis Peguam dan Ambiga. PAS Selangor yang Pro Liberal dan Pro Syiah amat-amat marah kepada Dr. Hasan Ali.

5. Kata Dr. Hassan Ali, beliau sudah 64 Tahun...

6. SELAMAT DATANG DR. HASSAN ALI BERSAMA ....

TIDAK BERAPA LAMA LAGI, KALAU KAMU FAHAM.

on Tuesday, November 1


1. RAKYAT MALAYSIA sama ada sedar atau tidak, peka atau kurang peka, akan menantikan satu period baru sejarah negara tidak berapa lama lagi, barangkali sebulan dua ini, barangkali keputusan yang akan menentukan masa depan si Biru atau masa depan si Hijau di dalam PR, mahupun masa depan si Roket di dalam PR, sama ada mereka kekal bersama, atau terpaksa terlerai, hanya masa tersebut nanti akan menentukan. Sebagaimana ayat yang sering dibaca oleh sesiapapun, wamakaru wamakarallah...dan seterusnya.

2. Jika anda faham apa yang penulis katakan di sini, baguslah. Kemenangan, seperti kemenangan perlawanan bola sepak Terengganu VS Negeri Sembilan, 1 - 2, atau 2 - 3, atau 3 - 5, atau apa sahaja jenis kemenangan sama ada di mahkamah 1 juri berbanding 2 juri. Semua itu sudah menjadi sejarah. Kesilapan pihak pertahanan, kesilapan teknikal pengadil, kesilapan pasukan pendakwa, kelemahan bukti, akan melepaskan si pesalah, akan menyambung hayat si pesalah, akan menyambung nafas si politikus terbijak, namun, ianya tidak akan selama-lamanya, kerana macam ayat di atas tadi, Manusia boleh merencanakan apa saja, namun Allah juga ada perancangan.

3. Sang Pengadil adalah manusia biasa, dia ada nafsu yang keterbergantungannya, pengawalannya, kesilapannya jika dia melakukannya, secara sengaja atau tidak, pada pandangan penulis, sebaiknya kita menghukumnya dia lebih awal, atau dia berhenti sahaja menjadi pengadil, supaya segala yang sudah 100%, atau segala yang sudah benar dan betul, tidak mengapalah kalau 99.9%, tetap begitulah.Janganlah dengan hanya satu dua ayat, janganlah hanya dengan satu tiupan wisel, ianya merosakkan negara ini. Anda tidak faham lagi, bacalah dua tiga kali.

4. Dia sang si kaya, apa sahaja bisa dilakukannya, sarapan pagi di Jakarta, Lunch di Perth, Dinner di Washington, apakan pula tukang membaca skrip, skrip yang diubah-ubah, diubah lagi, lima angka sekelip mata sahaja menjadi enam angka, yang patah sekelip mata saja bisa lurus, ianya bukan silap mata, tetapi mata kamu silap, malangnya hati kamu juga disilapkan, lalu kamu menanda dia yang si kaya itu sebagai sang hero, walaupun dia bakal menghumban anak-anak kamu ke lembah gelap gulita, bukan sekarang, tetapi selepas dia sudah tiada.

5. Tidak berapa lama lagi, tidak sampai 100 hari rasanya, jangan bimbang, Malaysia tidak akan kiamat, hanyasanya barangkali PR akan gempa bumi, rasanya 6.6. skala hitc. Jangan risau, ISA sudah tiada, kamu akan sentiasa selamat. Tiap-tiap bulan November dan Disember, sering sahaja berlaku gegak-gumpita, banjir lah, Tsunami lah, atau barangkali ada lagi, kiralah harinya, kita tunggu. Kamu tidak percaya, tunggulah.

6. Cukuplah setakat ini, kamu faham atau tidak, jika tidak penulis akan mempermudahkan lagi bahasa ini. Kalau kamu orang sastera gampang sahaja kamu memahaminya, kalau kamu biasa berpolitik enteng sahaja bahasa ini, kalau kamu masih pening, oh tidak, penulis tunggu dulu komen kamu, tunggulah, jika roket terbang terlalu tinggi di atas dia akan meletup dan hilang kawalan, kalau bulan di tengahari kadang-kadang tidak nampak, atau tidak nampak langsung, dan yang satu itu, akan tinggal satu juga macam dulu, kerana apa..., kerana gempa bumi 6.6 sudah mari. Bukan sekarang, tunggu, tidak berapa lama lagi...tetapi dengan satu syarat, si pengadil itu orang yang adil. Jika dia tidak adil, perumpamaannya dia membunuh 30Juta rakyat Malaysia.

Selamat membaca, selamat memahami.

JAWAPAN DR. HASSAN ALI SERTAI HIMPUN

on Tuesday, October 25

"Saya akan hadir, melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah, saya akan berada di situ selama tiga jam atas nama Aqidah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama Aqidah, tidak tidur malam kalau saya tidak pergi kerana ia adalah isu Aqidah, kalau bola, Selangor lawan Kelantan tiada keperluan untuk saya hadir."

"Kita harus bersyukur kerana masih ada dari kalangan kita yang tampil untuk membela, berjuang dan individu ini telah membuka langkah, takkanlah Hassan Ali yang berumur 64 sebagai seorang muslim tidak tergerak untuk hadir."

"Saya tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak." Tegasnya, HIMPUN bukan bertujuan menimbulkan ketengangan mahupun meniup api kemarahan dikalangan umat Islam dan penganut Kristian. Katanya kesempatan perjumpaan ini adalah untuk menyedarkan serta umat Islam tentang kebejatan isu keruntuhan aqidah.

Berbeza dengan Demo BERSIH 2.0, Dr. Hassan Ali berkata, "Ini adalah perhimpunan yang aman, berbudaya dan sopan, yang penting penganjuran ini bukalah untuk menimbulkan ketegangan dan emosi yang tidak terkawal antara penganut Islam dan bukan Islam."

Ulasan Blogger PAS yang memarahi Dr. Hassan Ali:
GB dah kata dulu, Hassan Ali dan kumpulan UG ini memang jahatlah. Dia menongkah arus, tidak menghormati keputusan pimpinan PAS untuk tidak terlibat di dalam HIMPUN. Beberapa blogger pro-UMNO telah bertepuk sorak dengan keputusan Hassan Ali tersebut. Apa maknanya jika blogger pro-UMNO bersikap demikian? Anda endiri boleh manjwabnya.

Tindakan Hassan Ali itu menyerupai tindakan Ketua Pemuda PAS yang telah memberikan komitmen 200% untuk menyertai HIMPUN sekalipun ketika itu PAS Pusat belum membuat sebarang keputusan melibatkan diri dalam HIMPUN. Baca di SINI.

Keputusan Hassan Ali itu bukan sahaja membelakangkan keputusan PAS Pusat dan PAS Selangor, malah juga kerajaan negeri, dimana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan kerajaan negeri tidak terlibat dalam penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun), Selamatkan Akidah Umat di Stadium Shah Alam. Sekalipun MB Selangor tidak menghalang mana-mana pegawai kerajaan termasuk Exco kerajaan negeri menyertai perhimpunan tersebut selagi tidak mencampuri urusan dan masa bekerja, namun tindakan Hassan Ali selaku seorang exco kerajaan negeri jelas memaparkan watak sebenarnya.

PAS Selangor sebelum ini telah melarang ahlinya menyertai perhimpunan berkenaan. Baca SINI. Pecat segera Hassan Ali dari barisan pimpinan PAS dan barisan exco negeri Selangor. Kerana jika, tidak percayalah, kerajaan PR Selangor bakal runtuh di dalam PRU13 nanti. Sengaja membiarkan duri menyucuk dan bernanah di dalam daging yang kelak merebakkan parasit ke seluruh anggota badan. Jangan sampai nanti sudah terhantuk baru nak tengadah.

http://greenboc.blogspot.com/2011/10/hassan-ali-menongkah-arus-tolak.html

Pembaca lebih bijak. Selamat membaca.

TAHNIAH DR. HASSAN ALI BERANI MENYANGGAH TEKANAN MENGHALANG: ISLAM BERSATU DI STADIUM SHAH ALAM

on Saturday, October 22

1. PENULIS kini berada di Stadium Shah Alam, bersama ribuan masyarakat Islam berhimpun demi satu tujuan. Mempertahankan Aqidah Umat Islam yang kini digolok-gadai khususnya di negeri Selangor yang kini diperintah oleh parti yang dikuasai DAP. 2. Penulis sangat gembira, kerana walaupun DS Anwar berusaha menghalang umat Islam hadir, namun umat Islam membanjiri Stadium untuk menunjukkan sokongan. Malah mantan Pesuruhjaya PAS yang disingkirkan, Dr. Hassan Ali turut hadir bersama-sama Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Pada penulis, ini merupakan langkah-langkah yang semakin dekat, di mana Dr. Hassan Ali bakal menjauhkan diri dari PAS Selangor yang dikuasai oleh kumnpuklan Pro Samarata. 3. Walaupun Presiden Hj. Hadi Awang berusaha menghalang ahli-ahli PAS hadir, namun kehadiran Dr. Hassan Ali bersama-sama penyokongnya menunjukkan Dr. Hassan Ali berada di dalam lingkungan sedar dan rasional. Tidak emosi, tidak peduli tekanan yang datangnya dari DAP. Jika Hj. Hadi Awang terlalu risau dan takut menjaga hati DAP, namun tidak bagi Dr. Hassan ALi. 4. Bagi penulis, selamat kembali ke pangkal jalan. Byuikan maksud penulis menyertai parti mlamanya UMNO, bagi penulis mufarakah kepada pakatan yang dikuasai DAP, sehingga kesucian agama Islam dan umat Islam tidak dapat dipertahankan kerana tekanan dan halanagan DAP dalam kerajaan negeri Selangor. Tahniah Dr. Hassan Ali. 5. Takbir Bergema di Stadium Shah Alam.

HASSAN ALI KEMBALI

on Monday, October 17

1. DESAS-Desus Datuk Dr. Hassan Ali, Mantan Pesuruhjaya PAS kembali ke pangkuan UMNO menjadi bualan di mana-mana sekarang di negeri Selangor, sehingga pihak PAS Selangor terpaksa membuat sidang akhbar memujuk dan menafikan perkara tersebut...http://www.malaysiakini.com/news/178887 2. Perkara tersebut tidaklah menghairankan kerana, pertentangan Idealisme di antara beliau dengan Ahli Parlimen Shah Alam , YB Khalid Samad yang kelihatannya lebih Liberalistik, Pluralistik dan Samarata amat-amat berbeza dengan Idealisma beliau yang lebih Pro Sultan, Pro JAIS, dan sekali sekala Pro UMNO. Penyingkiran Datuk Dr Hasan Ali merupakan kemenangan besar kepada kumpulan penentang beliau di dalam PAS Selangor. Mungkin kerana Datuk Dr Hasan ALi mantan UMNO. 3. Penulis berpendapat, seandainya Datuk Dr Hassan Ali hendak memperjuangkan kesucian agama Islam yang sukar dilakukan bersama Pakatan Rakyat, adalah munasabah beliau mufarakah, berpisah dan mendekatkan pula perjuangan beliau kepada yang memudahkan. Jika YB Zulkifli Noordin, mantan Peguam DSAI boleh memilih jalan yang sudah dilihat benar, untuk memperjuangkan kesucian agama Islam daripada dinoda oleh Pakatan Rakyat, maka Datuk Dr. Hasan Ali perlu juga melilhat perkara ini semula. 4. Kerana, Datuk Dr Hasan Ali sendiri sukar malah gagal berdepan dengan kuasa hebat Exco Kanan YB Dr Xavier dan Exco Kanan YB Ronnie Liu untuk mendaulatkan dan menjaga kesucian agama Islam di Selangor. Banyak peristiwa beliau kalah, mengalah, dipaksa kalah malah dibiarkan bersendirian, oleh partinya sendiri. 5. Mungkin penulis salah.

PRU-13 = SENARAI CALON?

on Thursday, October 13

1. PILIHANRAYA SEMAKIN DEKAT. Persidangan Parlimen sedang berlangsung. Kakitangan Awam pula akan menikmati Kenaikan Gaji, Tunggakan Gaji dan Bonus bermula Disember dan Januari ini.

2. Golongan sektor Pendidikan yang mencecah 600 ribu orang di seluruh negara,menikmati keuntungan yang paling besar dalam sejarah kenaikan gaji kakitangan awam melebihi sedikit keuntungan kakitangan awam yang lain.

3. Nasehat Tun Dr Mahathir supaya PRU13 tidak diadakan dalam tempoh terdekat ini adalah wajar. Kerajaan BN masih ada tempoh sehingga Mac,2013. Walaupun Kerajaan BN semakin kuat dan meyakinkan rakyat jelata, tetapi parti-parti Komponen BN didapati masih kurang berkesan.

4. BN perlu Melaksanakan Transformasi Politik dengan segera. Beberapa perkara belum dilaksanakan lagi. BN tidak akan menang dengan sokongan ahli BN sahaja, begitu juga PR tidak akan menang dengan sokongan ahli PR sahaja. Yang menang ialah apabila Pengundi Atas Pagar, Pengundi Tanpa Parti, Pengundi Yang Tak Kesah, Pengundi Muda, Pengundi Wanita, Pengundi Baharu, Pengundi Tanpa Berfikir, Pengundi Ikut-IKut dan yang seumpamanya mengundi parti mana yang mereka nak undi.

5. Mereka semua hendak melihat Transformasi Politik yang masih tidak dilaksanakan sepnuhnya di dalam komponen parti. Contohnya=

a. BN belum memperkenalkan bakal-bakal calon di kawasan masing-masing. Cara Lama ialah Calon akan diumumkan oleh Pengerusi BN. Pengundi hanya tahu pada masa pengumuman dan penamaan calon. Perkara ini perlu diubah. Sebnagai contoh: Di kawasan Wangsa Maju, BN perlu menyenaraikan Senarai Calon-Calon Berpotensi (Win Candidate- BUkan setakat Win Able Candidate).

b. Di kalangan Senarai Calon ini pula mereka mesti bekerjasama, bersatu hati, berdsatu padu, siapa dicalonkan hendaklah menerima dengan hati terbuka. Perkara ini BN belum lakukan, walapun Idea YAB PM DS Najib sudah sebutkan. Kita gagal mentafsir Idea PM kita.

c. Tun Dr Mahathir Calon Luar jika bersesuaian boleh digunakan misalan dahulu Tun Daim Zainudin bukanlah aktif UMNO tetapi aktif membantu Kerajaan BN. YAB DS Najib sudah laksanakan dalam Beberapa Siri PRK yang lepas di mana semua Calon Luar sama ada Calon Itu Pegawai Kerajaan, Pensyarah, Guru, Ketua NGO dsbnya telah menang. Tidak semestinya seseorang Ketua Bahagian UMNO akan menang.

d. Pengerusi-Pengerusi BN di Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor belum Menamakan pun bakal Menteri Besar yang berpotensi. Bagi penulis, kita perlu namakan segera supaya rakyat kenal dan yakin. Belum ada Transformasi Politik yang jelas, mereka tidak faham Idea YAB PM.

6. Anda mungkin tidak bersetuju, tetapi kadang-kadang untuk Menang Pilihanraya, kita perlu melakukan yang luar kebiasaan, Transformasi Politik yang YAB PM mesti diterjemahkan dengan tepat dan segera. Kita tidak boleh membiarkan YAN PM melakukannya sendirian.

7. PRU13 bukan pertentangan antara UMNO dengn PKR, bukan pertentangan DS Najib dengan DS Anwar. Tetapi PRU13 ialah berkenaan = sama ada DAP memerintah Malaysia atau tidak. DAP sudah punya nama-nama Melayu untuk menjadi Calon DAP dalam PRU13, yang membolehkan mereka menjadi Menteri Besar DAP dan Perdana Menteri DAP yang pertama.

8. Undang-Undang di Negara kita bukan menyatakan DAP tidak boleh menjadi PM atau MB. Undang-undang menyatakan PM dan MB hendaklah seorang Melayu, Yang Beragama Islam, (Tafsiran Tepatnya sila rujuk Perlembagaan Persekutuan dan pakar-pakar Perlembagaan yang lain)...Maka apabila ada Calon Melayu DAP di peringkat DUN dan Calon DAP Melayu di Parlimen dan mereka menang, bukan satu masalah besar untuk Lim Kit Siang melantik mereka sebagai MB atau PM Melayu DAP yang pertama.

9. Aziz Bari mentafsirkan sesuatu mengikut tafsiran sebegitu, silapnya tidak melihat kepada konteks Sejarah, Budaya, Agama, Raja-Raja. Semuanya mahu diliberalisasikan. Semuanya mahu dineutralkan. Semuanya boleh Sejarah diketepikan, Budaya disampingkan, Agama disisihkan, Raja-Raja dijauhkan, asalkan semuanya tidak salah kerana...kesamarataan, liberal, plural dsbnya.


Wallahualam.
Selamat Membaca.

DUA CERITA?

on Sunday, August 28






1. SELAMAT MENYAMBUT AIDUL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATHIN KEPADA SEMUA PEMBACA JENTAYU.

2. KIBARKAN JALUR GEMILANG SEBAGAI TANDA KITA KASIHKAN NEGARA KITA.

3. Antara Timbalan Presiden Memuliakan Komunis, katanya dia tidak ingat apa yang dia cakap. Mursyidul Am menyokong 1Malaysia, jika tidak, tidak perlu memakai 1Malaysia ciptaan Presiden UMNO.

IDEA DAN TINDAKAN ANWAR SEMAKIN TERKEBELAKANG : OLEH JAMBATAN EMAS BUKAN CINCIN EMAS

on Tuesday, August 9

1. SEBENARNYA, Pakatan Rakyat (PR) di bawah Penasehat Ekonomi Selangor, DS Anwar Ibrahim hendak mengumumkan sesuatu yang mengejutkan dalam Bajet alternetif mereka. Mereka berusaha hendak mendahului Kerajaan Persekutuan di bawah teraju YAB DS Najib Tun Razak. Malangnya, walaupun sedang bercuti, DS Najib masih boleh membuat pertimbangan bijak memberikan Bonus 1/2 bulan gaji kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan. Bagi penulis, ia satu keputusan yang sangat tepat dan kena pada masanya.

2. Ini juga merupakan petanda, ekonomi negara Malaysia semakin bertambah baik, pengurusan ekonomi negara semakin bertambah efisyen, dan dasar-dasar Transformasi Ekonomi, Transformasi Politik, Transformasi Sosial semakin menampakkan kejayaan. Program 1Malaysia, Model Baru Ekonomi, RMK10 semakin berjalan di atas rel yang betul. Penulis yakin, jika keadaan ini berterusan, Wawasan 2020 akan tercapai dan BN akan dapat menambahkan kerusi parlimen sambil menawan semula negefri-negeri yang ditawan pembangkang dahulu.

3. Sebahagian anda sangat terkejut apabila Tengku Razaliegh (Ku Li) menubuhkan NGO AMANAH dan seminggu kemudian pengumuman Ku Li dicadangkan menggantikan DSAI sebagai Ketua Pembangkang. Beberapa hari kemudian DS Wan Azizah membuat pengumuman bersedia untuk menggantikan DSAI. Rentetan peristiwa ini bukan kebetulan tau....

Mursyidul Am masih belum menjawab permintaan YB Zaharain supaya mendedahkan butir-butir pertemuan dengan Ku Li. Ia disenyapkan. Anda perlu tweet Datuk Husam Musa supaya beliau bercakap benar dalam hal ini.

4. PRU13 akan ada kejutan...Tekaan penulis selalu benar. Anda boleh saja sebut penulis meneka sebagaimana penulis katakan akan kejatuhan kerajaan Perak tempohari.

5. Penulis hendak menyatakan satu sahaja, akan ada penyatupaduan melalui jambatan emas.Terima kasih . Selamat Membaca.

KU LI vs PEMIMPIN DE FACTO

on Sunday, July 31




1. TERLEBIH dahulu JENTAYUABAKA mengucapkan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat. Sebelum berpuasa, seperti biasa penulis juga mengambil kesempatan memohon maaf jika penulisan jentayuabaka selama ini mengguris hati dan minda pembaca. Apa pun perkogsian minda adalah sehat untuk kita sama-sama menilai rasional, faktanya, sebab musababnya dan tujuan masa depannya.

2. Tengku Razaliegh bukan asing dalam dunia politik, Tun Dr. Mahathir pernah menulis, sekiranya Ku Li sabar sedikit, beliau sudah pasti akan menjadi Perdana Menteri. Tun Dr. Mahathir mengatakan, bukan beliau marah atau sakit hati Ku Li mencabarnya sebagai Presiden UMNO suatu ketika dahulu.

3. Tengku Razaliegh pernah mengetuai kumpulan parti pembangkang dengan nama Gagasan Rakyat, di mana beberapa hari menjelang PRU-10, Parti Bersatu Sabah (PBS) keluar daripada BN dan menyertai Gagasan Rakyat. Kekuatan Ku Li menjadikan Terengganu tumpas ke tangan PAS, Kelantan kekal dengan PAS.

4. Namun, Ku LI juga seorang pemimpin yang berpijak di bumi yang nyata, seorang yang rasional, akhirnya beliau membubarkan Semangat 46 dan menyertai semula UMNO. Bukan mudah kembali ke pangkal jalan sekiranya tidak kerana sayangkan agama, bangsa dan negaranya. PKR sebuah lagi serpihan UMNO,bilakah pula hendak dibubarkan?

5. DAP mahu pun PAS, mereka sudah sedar, perjalanan mereka menuju Putrajaya tidak akan tercapai dengan bergantung kepada pemimpin de facto. Mereka ingin Ku Li kembali memimpin mereka. Mereka sedar tidak ada gunanya, malah membuang masa hanya membangkang dasar-dasar kerajaan persekutuan secara membuta tuli, brutal dan senteng.

Mereka sedar, untuk terus kuat, pembangkang mesti jadi pembangkang yang bijak, pembangkang untuk pembangunan, bukan membangkang gila nak jadi Perdana Menteri, bukan jadi pembangkang yang merosakkan perpaduan dan kekuatan sedia ada negara, bukan membangkang kerana hanya menjadi pembangkang.

6. Kerana itu, Ku Li kelihatannya menepati aspirasi mereka. Ku Li menyokong kerajaan negeri Kelantan dalam isu Royalti Minyak, itu rasioanliti Ku Li. Namun, Ku Li mempertahankan parti UMNO dan kerajaan Persekutuan.

7. Ku Li, anak Raja yang turun menjadi pemimpin rakyat. Ku Li perlu diberi peluang menjadi sebahagian daripada pemimpin masa depan. Kerajaan BN memerlukan pembangkang yang kuat, pembangkang yang membangkang untuk kemajuan negara dan rakyat, bukan pembangkang yang gila hanya mahu jadi Perdana Menteri sahaja.

8. Apakah Ku Li sekali lagi akan membawa kepada penyatuan umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini sama seperti ketika zaman Tun Razak dahulu. Apakah Ku Li jambatan kepada perpaduan?

Ada cerita di belakang cerita. Pemimpin De Facto tidak perlu gundah.

BERBANDING DAHULU = HAMPIR 50% BERITA DI malaysiakini PRO-BN, APAKAH MAKNANYA?

on Tuesday, July 12

http://www.malaysiakini.com/news/169755
Ekonomis: BERSIH tak ubah persepsi dunia
Jul 12, 11 7:49pm

Perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu tidak menjejaskan persepsi terhadap ekonomi dan politik negara ini kerana Malaysia negara yang stabil, kata Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Pakar Ekonomi di AMP Capital Investors.

"Ia merupakan sebahagian daripada langkah demokrasi yang lebih luas yang kebanyakan negara lalui dalam pembangunan mereka.

"Ia tidak mungkin mengubah persepsi antarabangsa terhadap Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil," kata Dr Shane Oliver kepada Bernama di Singapura.

AMP Capital Investors merupakan pakar pengurus pelaburan dengan lebih A$99 bilion dalam dana yang diurus.

Ia adalah anak syarikat milik penuh AMP, satu daripada penyedia pencen korporat dan runcit terbesar Australia, dengan lebih 160 tahun pengalaman.

Dengan pejabat di Australia, China, Hong Kong, India, Jepun, Luxembourg, New Zealand, Singapura, United Kingdom, dan Amerika Syarikat, ia juga merupakan pengurus hartanah global utama dan satu daripada pengurus infrastruktur tertua.

Shane menyifatkan Malaysia sebagai negara yang menunjukkan prestasi yang baik berbanding dengan negara-negara Asia lain dan tidak diragukan lagi akan menjadi ekonomi berpendapatan tinggi sebagaimana yang dirancang, lapor Bernama.

"Malaysia pada kedudukan yang baik untuk mencapai aspirasiya untuk menjadi ekonomi pendapatan tinggi," beliau dipetik sebagai berkata.

Seorang lagi pakar ekonomi yang turut bersetuju dengan pendapat Oliver, berkata beliau optimistik perhimpunan berkenaan tidak akan mengganggu pertumbuhan ekonomi dan daya saing Malaysia dalam menarik pelabur asing.

"Sejak bertahun, kita telah melihat Malaysia merupakan negara yang stabil, dari segi politik atau ekonomi.

"Di bawah pentadbiran perdana menteri sekarang ini, Malaysia akan terus mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik," katanya.

DEMO BERSIH REKOD DUNIA KALAHKAN PIDATO BUNG KARNO

on Wednesday, July 6


1. PADA Hari ini. kali kedua Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong menyelamatkan negara kita daripada dihuru-harakan. Dengan Titah DYMM SPB Yang Dipertuan AGong, maka penganjur yang begitu degil akhirnya tunduk kepada Titah DYMM SPB Yang DiPertuan Agong. Kali pertama bulan lalu, DYMM SPB Yang DiPertuan AGong turut menitahkan supaya Pilihanraya AJK Masjid di Pulau Pinang dibatalkan, ada kata ditangguhkan, penulis yakin ia dibatalkan. Siapakah rakyat Malaysia yang sanggup Menyanggah Titah DYMM SPB Yang Dipertuan Agong!

2. Cadangan Penulis supaya Demo Bersih itu dibuat sahaja di mana-mana Stadium dan supaya Angkatan Tentera Malaysia dijemput bersama-sama PDRM, untuk mengawal keamanan ibukota dan negara kelihatannya diterima. Rujuk http://jentayuabaka.blogspot.com/2011/06/angkatan-tentera-malaysia-ambil-alih.html dan http://www.malaysiakini.com/news/168964 dan http://www.malaysiakini.com/news/168953


3. Jika begitu, Penulis sekali lagi mencadangkan supaya Demo Bersih ini yang akan diadakan di dalam Stadium supaya dibuat rally 48 Jam pecahkan Malaysia Book Of Record dan Rekod Dunia. Datuk Ambiga bolehlah berucap tanpa henti maybe dalam 5 jam,Tuan Hj Mohd Sabu bolehlah berucap 10 Jam tanpa henti (berhentilah ketika Solat), jika Pemimpin De Facto hendak berucap maybe boleh gunakan kebolehan berpidatonya selama 15 Jam (atasi Rekod Pidato Bung Karno yang hanya dalam 5 ke 7 Jam tanpa henti). Lain-lain pemimpin yang hendak berucap berilah mereka peluang, jika 48 Jam tidak mencukupi tambahlah lagi 24 jam. Buatlah sehingga betul-betul puas hati.


4. Penulis yakin dengan kesungguhan yang ada pada mereka, mereka boleh pecahkan rekod dunia.

Anda mungkin tidak percaya, mereka boleh.

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA AMBIL ALIH?

on Saturday, June 18

1. TIMBALAN KETUA POLIS Negara telah memberi kata dua kepada para penganjur BERSIH2 sama ada menghentikan rancangan demo atau menghadapi tindakan tegas pihak keselamatan. Namun, kata dua itu tidak sedikit pun menakutkan pemimpin penganjur BERSIH2, malah pihak polis dicabar pula. Bayangkanlah betapa pihak polis pun boleh diperlekehkan.

2. Namun, penulis ingin mencadangkan supaya pihak polis menjemput Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk sama-sama menghalang demo BERSIH2 yang tidak ada keperluan dilakukan, melainkan niat politik pihak tertentu yang terdesak mencari sokongan melalui demo demo yang sedemikian rupa.

3. Pada pandangan penulis, pihak polis janganlah menunggu 9 Julai baru hendak bertindak. Sebaik-baiknya ialah langkah pencegahan. Tidak adakah peruntukan undang-undang untuk menghalang mereka yang mencemarkan keamanan, kebahagian dan ketenangan ibu kota.

4. Perhatikanlah, DYMM Yang Dipertuan Agong terpaksa campur tangan dan menitahkan pilihanraya masjid di Pulau Pinang dibatalkan. DAP terpaksa tunduk kepada DYMM Yang Dipertuan Agong. Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan berani berkata tidak kepada Raja-Raja Melayu.

Sebab itulah kita mesti mempertahankan sistem Raja-Raja Melayu kerana di antara benteng yang akan mempertahankan kesucian agama Islam, kesucian masjid-masjid, hak-hak Istimewa orang Melayu ialah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

5. ATM di bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sudah tentu mempunyai kredibiliti, daulah, keistimewaan dan keupayaan yang tinggi. Isunya mudah, jika pihak PDRM perlukan bantuan ATM apa salahnya?

6. PDRM tidak seharusnya bersendirian untuk menjaga, memulihara dan memastikan keamanan di ibu kota berterusan. ATM sudah tentu mempunyai akta yang membenarkan mereka turut serta memelihara keamanan kesejahteraan dan menghalang musuh-musuh negara yang berselindung di sebalik NGO-NGO yang ditaja barangkali oleh musuh negara di luar sana.

7. Penulis bukan tidak bersetuju demo itu, bersetuju jika ada keperluannya, tetapi buatlah di Stadium Shah Alam Kah? Stadium Kota Bhatu kah? Stadium Darul Amankah? Buatlah berjam-jam tiap-tiap pemimpin yang hendak berucap berucaplah berjam-jam lamanya sampai dinihari. Kemudian buatlah lintas langsung, pancarkan ke TVSelangor. TVHarakah, IPTV Selangor dan sebagainya. Tun Dr. Mahathir pun pernah buat demo di Stadium Bukit Jalil menentang kekejaman Israel dan kekejaman Amerika ketika menyerang rakyat Iraq.

8. Kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang hendak turut serta di gelombang BERSIH ini, penulis nasihatkan, berfikirlah dua kali, anda terlalu muda untuk menunjukkan taring yang belum kukuh. Kita boleh bersefikiran dengan pembangkang jika kita menentang kekejaman Israel dan Yahudi seperti dahulu, tetapi kita tidak seharusnya terikut-ikut dengan agenda mereka yang bertopengkan nama demokrasi, sosialis, kesamarataan dan keadilan ala barat.

9. Jika penulis Ketua Pemuda UMNO Malaysia, penulis akan perkukuhkan dahulu pemuda di peringkat cawangan dan bahagian untuk menghadapi PRU13 yang tidak lama lagi. Tahukah anda betapa lesunya pemuda di peringkat bahagian dan cawangan sekarang. Anda tidak perlu marah, kerana kita perlu menegur orang yang tidur, atau orang yang lena, atau orang yang syok sendiri.

IDEA LEE KUAN YEW PALING BAGUS ATASI DEMO 'BERSIH2'.

on Sunday, June 12

1. Demo BERSIH2 yang dirancang pada awal Julai akan menguji sejauhmana keberkesanan dan kecekapan pihak berkuasa menghalangnya.

2. Masalah utama kerajaan kita ialah kita tidak memiliki individu yang hebat untuk menangani penganjuran demo seperti BERSIH ini. Anda boleh cadangkan mereka lakukan Demo BERSIH2 di dalam stadium, namun mereka menjawab ianya bukan pertunjukan.

Cuba baca Memoir Lee Kuan Yew, katanya, Tun Razak dan Tun Dr. Ismail, individu yang sangat dihormati dan ditakuti. Kita tidak perlu mencari Umar Al-Khatab, apabila dia marah, syaitan pun bertempiaran lari.

3. Anda memberikan isu merosakkan perniagaan para peniaga, mereka tidak akan peduli, malah Timbalan Presiden PAS yang baru mengatakan tiada yang bankrap selepas demo.

4. Maka, apakah caranya? Ada kuasa tetapi tidak tahu menggunakannya? Berikan jawatan tersebut kepada Mr. Lim Guan Eng, penulis percaya tindakan yang lebih tegas malah berat akan diambil.

5. Perhatikan Singapura, seorang penulis, hanya menulis dan mengkritik pemerintah, dia dipenjara berpuluh-puluh tahun! http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PenuliswargaBritaindipenjarakeranahinasistemkehakimanSingapura/Article/pos_art

6. Kesimpulannya, anda perlu lebih tegas, bukan memberi amaran. Rakyat Malaysia perlu hidup dalam suasana harmonis dan aman, bukan demo yang mengganggu lalu lintas, urusan harian dan sebagainya. Kuala Lumpur perlu tenang, gembira dan peacefull.

Jika kamu tandus idea, bilang aja, barangkali idea saya boleh digunakan.

Selamat berhari minggu.

PERDANA MENTERI BERBAJU HIJAU

on Wednesday, June 8

1. KITA mungkin sudah lupa, bahawa Tun Dr. Mahathir telah mengisyhtiharkan negara Malaysia sebuah negara Islam. Malah fundemental Islam. Malah satu-satunya Presiden Parti yang mengkritik Israel dengan isu anti semetik. Presiden parti lain walaupun menggunakan nama Islam tidak akan berani mengistihar negara Malaysia sebuah negara Islam, malah tidak juga akan berani mengutuk kejahanam Israel.

2. Hari ini, mereka sudah menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam. Negara Islam bukan agenda utama lagi.

3. Soalnya, bukankah lebih baik UMNO pula, yang sekian lama memperjuangkan kebajikan orang Melayu dan, umat Islam, meletakkan pula dirinya sebagai sebuah parti yang lebih berfokus menjadikan negara Malaysia ini menjadi sebuah negara betul-betul Islamik suatu hari nanti.

4. Seorang Intelektual Melayu, Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud (UTM), berkata di dalam bukunya yang terkenal Pembangunan Di Malaysia, Ke Arah Satu Kefahaman Yang Lebih Sempurna (UM), menyatakan sebaiknya kerajaan yang sedia ada diberikan input, ditambahbaik, bukan dihancurkan, bukan dirobohkan, malah dipandu ke arah membawa nilai-nilai yang lebih Islamik, pengamalannya, kepada umat Islam dan bukan Islam, di dalam negara kita.

5. Selama ini UMNO dilihat hanya memperjuangkan orang Melayu, sebagaimana MCA/DAP/MIC/ memperjuangkan kaum mereka, parti-parti lain yang kelihatannya sekularbebas seperti PKR/PBS/GERAKAN juga masih majoritinya dicengkam oleh satu kaum,PAS walaupun bertujuan kepada Islam tetapi majoritinya dan harapan besarnya masih juga kepada orang Melayu dan sedikit umat Islam yang lainnya.

Maka, UMNO yang dari dulunya juga memperjuangkan umat Islam di negara ini, hendaklah pula meletakkan, menaikkan, hightlightkan perjuangan Islam mereka lebih nampak, daripada parti lain. UMNO masih gagal di segi ini, masih gagal meyakinkan sebilangan pengundi atas pagar ini.

Mereka tidak faham kenapa Presiden Parti UMNO memakai baju Melayu hijau sebagai salah satu gambar rasmi beliau. Mereka sangat tidak faham. Mereka tidak baca permainan warna Perdana Menteri.

PILIHANRAYA KE-13 : BELUM BERSEDIA 100% KERANA SINDROM MISKIN

on Tuesday, June 7

1. JIKA anda perhatikan ke belakang, semasa PRU-12, jentera dan poster Pakatan Rakyat (PR) lebih besar dan terkedepan berbanding jentera parti UMNO dan BN?. Barangkali ramai yang tidak bersetuju dengan penulis.

2. Terdapat banyak cerita-cerita yang perlu disahkan ketika itu,terutama sumber dan kakitangan wang PR yang sangat luar biasa. Dengan kekuatan sumber kewangan tersebut, penulis dan kita semua perhatikan betapa mereka berjaya menambah jumlah kerusi dan berjaya menawan beberapa buah negeri.

Di alam siber, blog, portal dsbnya ketika itu banyak dikuasai oleh pasukan pembangkang, manakala UMNO dan BN jauh terkebelakang. Sudah tentu, untuk membina sebuah portal yang besar memerlukan sumber kewangan yang besar juga. Ini tidak dinafikan. UMNO dan BN baru sedar perkara ini selepas PRU12.

Kejayaan demo BERSIH dahulu juga banyak memberi kesan positif kepada PR. Sebab itu demo BERSIH2 mereka sedang gerakkan untuk menaikkan momentum sokongan. Kegagalan menyekat BERSIH2 kali ini sebenarnya melambangkan kelemahan Menteri yang dipertanggungjawabkan dan pasukannya.

3. Sebaliknya, UMNO khususnya dan BN kelihatannya miskin sumber kewangan, atau terhad kewangannya. Kemenangan UMNO terutamanya pada tahun 2008 itu banyak bersandarkan kepada keyakinan orang Melayu dan umat Islam kepada perjuangan UMNO sejak merdeka, mereka belum lagi melihat parti lain sebagai pengganti yang sesuai.

4. Untuk menghadapi PRU13, UMNO dan BN perlu berkorban. Pemimpin-pemimpin UMNO & BN perlu berkorban. Mereka yang sudah berjaya hasil daripada perjuangan UMNO dan BN perlu membalas balik jasa itu dengan memberi derma kepada UMNO dan BN di seluruh negara bagi menghadapi kekayaan PR khususnya kekayaan Pemimpin De Facto mereka.

Ramai orang tidak sedar pemimpin de facto boleh mengadakan sejumlah sumber kewangan yang lebih besar daripada sumber kewangan UMNO dan BN!

Ramai orang di luar sana melihat UMNO dan BN ini sebuah parti yang kaya, sebenarnya, pada pandangan penulis, yang kaya bukan parti UMNO dan BN, yang kaya itu ialah segelintir daripada ahli-ahli UMNO dan BN yang mendapat nikmat hasil perjuangan parti.

Perkara ini pasti berlaku, kerana, contohnya; http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0607&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm


Semasa pemimpin de facto di dalam UMNO, penggunaan sumber kewangan yang besar dan maha besar, untuk mencapai cita-citanya adalh sangat besar dan berlebih-lebihan. Ini dapat dirasai sehingga di peringkat bahagian dan cawangan. Sekarang ini, ahli-ahli UMNO kembali seperti dahulu, keluar wang poket sendiri untuk mengadakan majlis dan sebagainya.

4. Pada pandangan penulis, UMNO dan BN belum mencapai 100% bersedia untuk PRU13 tahun ini. Anda barangakali tidak bersetuju.

SERANGAN SEBELUM SOLAT JUMAAT : KICKDEFELLA - EXCO KANAN - NAIB PRESIDEN PRO-ULAMA OR PRO-ANWAR

on Friday, June 3

1. KICKDIFELLA bukanlah asing kepada penulis, kerana penulis sendiri pernah berjumpa dan bekerjasama dengan beliau dalam usaha meletakkan agama Islam, bangsa Melayu dan negara ini berada di kedudukan yang terbaik.

Rujukan, Pada 18 Mei 2010 penulis sendiri telah menemuramah beliau, dan penulis memberi kesimpulan begini,http://jentayuabaka.blogspot.com/2010/05/kickdefella-seorang-yang-jujur.html

2. Apa pun, semalam selepas beberapa blogger menulis mengenai sejumlah wang yang sangat besar diterima oleh beliau, katanya dari Exco Kanan Kelantan, ia amatlah memeranjatkan. Exco anan Kelantan tersebut, yang dikaitkan sebagai ketua team Erdogan, atau team Pas Pro-Anwar, menafika perkara tersebut.

RM350,000.00 itu sangat besar. Jika wang tersebut penulis bawa ke Parlimen Kalabakan atau di DUN Merotai,Sabah penulis boleh menaiktaraf Madrasah Nurul Iman Bombalai dan membesarkan jalan masuk ke Madrasah di Sungai Imam, serta menaiktraf parking Masjid Babut Taqwa di Sungai Imam, Bombalai.

Tetapi wang itu diberikan kepada blogger.

3. Menariknya, bahasa Presiden PAS ialah, "parti itu mengalu-alukan siasatan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas kes berkenaan demi membersihkan parti itu daripada pemimpin yang terlibat rasuah".


"Kita tidak ada kuasa, yang ada kuasa ialah SPRM. Mengikut amalan pentadbiran, orang yang hendak bertindak mesti mendapat green light daripada menteri besar dan juga menteri.

"Sebab itu menteri besar Pakatan Rakyat terbuka untuk SPRM menyiasat semua yang dituduh, yang difitnah, dibuat dengan rasuah kerana kita betul-betul hendak bersih kerajaan kita.

"Walaupun exco walaupun menteri besar sekalipun kalau tidak betul, kita pecat. Dalam sejarah PAS (ada) kita pecat. Kita tidak mahu pelihara orang yang ada penyakit ini," katanya dalam satu sidang media di muktamar parti itu di Gombak hari ini.

3. Apakah serangan ini sekali lagi membantukan perjalanan Exco Kanan Kelantan tersebut ke jawatan Naib Presiden, kita tunggu dan lihat kesannnya.

Jika pada tahun lalu, isu Erdogan berjaya menewaskan beliau dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden, kali ini serangan sebelum Jumaat nampaknya sangat bertalu-talu.

SAPP SERTAI BN...

on Monday, May 30



1. YB Datuk Chua Soon Bui, sebelum itu mantan Ahli Parlimen Datuk Geoffrey Yee dan Shim Paw Fatt, semuanya sangat akrab dan mempunyai hubungan baik dengan BN, ahli-ahli BN kerana mereka semua menang dahulu atas tiket BN. Hanya kerana Datuk Yong Teck Lee tertipu, maka beliau keluar dari BN tempoh hari dengan cara yang sangat kelam-kabut, selepas diberikan pelbagai janji manis oleh PR.

2. Hari ini, SAPP dipaksa menyertai PR. Hari berlalu, pertemuan yang diatur oleh Tian Chua masih tidak berjaya. Maka, semalam pula, Lim Kit Siang memaksa SAPP menyertai PR.

3. Pemimpin Parti Maju Sabah (SAPP) meluahkan rasa kecewa yang mendalam terhadap tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang memberi kata dua kepada parti itu.

Timbalan Presiden SAPP, Dullie Marie berkata, gesaan yang lebih bersifat ugutan dibuat oleh Kit Siang pada majlis sambutan Pesta Kaamatan, dekat sini semalam seharusnya tidak berlaku.

Katanya, penganjuran majlis itu yang sepatutnya digunakan sebagai platform mengeratkan hubungan di kalangan masyarakat telah disalah guna, sebaliknya boleh mencetus rasa marah dan kecewa di kalangan ahli SAPP.

"Malangnya majlis keramaian ini telah disalah guna dan bertukar menjadi medan perbincangan politik yang didominasi oleh pemimpin-pemimpin DAP dan pakatan rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Menurutnya, lebih memalukan apabila Kit Siang turut memonopoli majlis tersebut dengan menjaja janji palsu kepada masyarakat Sabah bahawa hanya pembangkang yang berupaya membawa perubahan di negeri tersebut.

Jelasnya, Penasihat DAP itu seolah-olah tidak menghiraukan kehadiran masyarakat daripada pelbagai parti politik lain, malah langsung tidak menunjukkan rasa hormat kepada hadirin yang ingin meraikan majlis tersebut.

Tambahnya, ucapan Kit Siang langsung tidak memberi sebarang makna dalam usaha menjalinkan hubungan baik dengan parti politik tempatan lain seperti SAPP.

Selain itu katanya, Kit Siang turut memberi kata dua atau gesaan secara keras kepada SAPP untuk berada dalam pembangkang, sekali gus mengelakkan parti itu mengalami nasib sama seperti Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) di Sarawak.

"Kit Siang berucap pada majlis itu seperti dia tidak langsung mempedulikan orang lain dan sensitiviti orang ramai. Ia satu tindakan yang sangat angkuh dan memalukan,"
katanya.

BERKENALAN DENGAN PERDANA MENTERI

on Thursday, May 26



HARAKAH UTUSAN SUARA KEADILAN SAHAJAKAH

on Tuesday, May 10

1. KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) dan PDRM telah diarah oleh Menterinya untuk menjalankan siasatan terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia pada hari Sabtu lalu, berkenaan dakwaan penulis blog akan isu agama Kristian dan agama rasmi negara Malaysia.

2. Pada hemat penulis, siasatan itu tentulah wajar kerana beberapa laporan polis telah dibuat ke atas penulis blog berkenaan. Penulis-penulis blog yang terbabit bukanlah asing kepada para bloggers dan wartawan yang sudah lama berkecimpung di dalam dunia berita dan kewartawanan.

3. Dalam pada itu, pihak yang berwajib juga hendaklah turut sama mengambil tindakan yang sama kepada mana-mana pihak yang melakukan perkara yang sama. Janganlah kepada akhbar berbahasa Melayu sahaja, tetapi akhbar-akhbar lain juga.

4. Kita tidak harus lari fokus. Kelihatannya kita hanya sering mengambil tindakan dan mahu diambil tindakan kepada akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Malaysia, Harakah & Suara Keadilan. Bagaimana pula dengan akhbar-akhbar yang lain.

5. Kalau di Singapura, kita akan melihat political will yang lebih kuat.

6. Mungkin anda tidak bersetuju.

REPUBLIK OF GINEA/GUNEA/GINIE DI AFRIKA

on Sunday, May 8





1. BAGI orang biasa seperti penulis, memahami Perlembagaan Persekutuan dalam konteks paling asas salah satunya ialah menghormati kebebasan penganut agama lain mengamalkan amalan agama mereka di tempat masing-masing.

2. Begitu juga, orang biasa memahami bahawa agama Islam merupakan agama Rasmi negara Malaysia, ataupun ada yang lebih tepat menyebut agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan Malaysia, ataupun ada yang menyebutnya agama rasmi persekutuan Malaysia ialah agama Islam. Tafsiran dalam kalangan pengamal undang-undang sangat besar, masing-masing mempunyai tafsirannya yang tersendiri, maka sebab itulah wujud bidang guaman.

3. Tafsiran salah seorang peguam popular pada tahun 1998 sekarang sudah berbeza pada tahun sekarang ini. Jika dulu dia mengatakan ada bukti kukuh, hari ini dia tidak langsung menyebutnya. Bahasa mudahnya, jika hari ini anda mentafsir gula-gula itu sagat manis dan sedap, 10 tahun akan datang barangkali anda akan menyebut gula-gula itu sudah pahit dan tidak enak.

4. Maka, di manakah titik pertemuannya? Di manakah titik perpaduannya? Ramai di kalangan kita gagal mentafsir maksud sebenar gagasan 1Malaysia oleh DS Najib Tun Razak. Ramai yang hanya mentafsir konsep dan logonya, tetapi tidak mentafsir inti dan intuisinya.

5. Perhatikan di sekeliling kita, aspek paling mudah dan kecil sahaja untuk memahami gagasan 1Malaysia. Di seluruh negara kita jabatan manakah, atau NGO manakah, atau siapakah yang meletakkan bendera Malaysia sebagai higtlight untuk gagasan 1Malaysia.

6. Semasa dalam perjalanan pulang ke Malaysia, penulis satu kapal dengan seorang ahli perniagaan Johor yang berniaga di Republik Gunea dan Algiers di Afrika. Apa yang penulis tertarik dengan ideanya ialah soal bagaimana hendak menanam semangat cinta dan kasih sayang rakyat kepada negara Malaysia.

7. Katanya, kebanyakan kita syok sendiri. Penulis berkata kenapa? Katanya ramai di kalangan kita mengaku kasih dan patriotik kepada negara tetapi sebenarnya kita tidak nampak hakikat sebenarnya? Lanjutnya lagi, perhatikanlah di sekeliling kita, ketika lagu NEGARAKU dinyanyikan perhatikan sebilangan rakyat kita masih bercerita,bersembang, bermain-main dan sebagainya. Sambungnya lagi, sebab itulah antara pendekatan yang dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir ialah mempercepatkan dan menaikan semangat lagu NEGARAKU supaya renTaknya lebih bersemangat, patriotik dan bertenaga.

8. Kemudian sambil dia memberi tunjuk beberapa letter head negara-negara lain yang meletakkan gambar BENDERA JALUR GEMILANG sebagai yang diutamakan. Katanya, kenapakah pakaian seragam sekolah, atau pun NGO, ataupun pasukan keselamatan negara kita tidak memaparkan BENDERA JALUR GEMILANG di baju mereka.

Katanya, seperti di Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia, baju seragam tentera mereka semua ada BENDERA JALUR GEMILANG tetapi di Malaysia tidak ada. Pakaian seragam sekolah anak-anak kita, kita lebih hightlightkan lambang lencana sekolah tetapi tidak menyemat BENDERA JALUR GEMILANG. Cuba bayangkan jika JALUR GEMILANG disemat di sebelah kanan pakaian seragam sekolah anak-anak kita! Penulis terpegun dengan idea ahli perniagaan ini.

9. Dia memberi contoh lagi mengenai 1MALAYSIA. Mudahnya tujuan utama 1Malaysia adalah untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Namun hakikatnya, di kalangan negeri-negeri kita pn berpecah belah katanya. Orang Kelantan dengan gengnya, orang Sabah dengan caranya, orang Johor dengan dek nya dan sebagainya. Katanya, di Amerika lagu kebangsaan Amerika lebih diutamakan, tidak ada lagu negeri-negeri di Amerika dinyanyian dalam majlis-majlis rasmi.

Ya fikir saya, penulis cuba bayangkan bagaimanakah gambarannya, bagaimanakah hebatnya nanti, kalau di seluruh negara kita, di seleuruh sekolah baik di Kelantan di Johor di Sabah hanya dinyanyikan lagu NEGARAKU sahaja di setiap perhimpunan pagi dan acara rasmi. Kecualilah melibatkan Sultan dan Raja, dan Yang Dipertua Negeri di negeri masing-masing, ketika acara rasmi negeri bolehlah dinyanyikan lagu negeri dan lagu NEGARAKU.

Isunya, kita sedang bercakap soal perpaduan negara. Maka, kesimpulannya, jika penyokong-penyokong kerajaan akan menyemat logo 1Malaysia di baju masing-masing, dan penentang kerajaan tidak akan memakai logo 1Malaysia...maka apakah penentang kerajaan ini juga tidak akan memakai BENDERA JALUR GEMILANG di pakaian rasmi dan sekolah mereka.

Katanya lagi, hanya Allahyarham Sudirman Hj Arshad telah menunjukkan kasih dan sayangnya kepada negara. Alfatihah semoga roh allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT.

Sekian penulis kongsikan bicara ini.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Bakal Diterbitkan

Yayasan Pendidikan Islam

Buku Tun Mahathir

Pengunjung