ENAM JUTA & ENAM BILLION

on Saturday, February 12

Penasihat PKR dicabar mendedahkan sumber kewangan yang diperolehnya untuk mengendalikan sebuah pejabat di Washington DC, Amerika Syarikat (AS) yang didakwa menelan kos operasi kira-kira RM6 juta (AS$2 juta) setahun.


Bekas Setiausaha Sulitnya, Muhamad Rahimi Osman mendakwa, jumlah kos operasi pejabat itu yang didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate adalah besar dan tidak mungkin mampu dibiayai oleh Anwar yang hanya berjawatan Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.

Malah, katanya, pejabat tersebut turut mengambil lima orang pekerja yang terdiri daripada golongan muda dan ada di antaranya warga Pakistan dan Turki yang menetap di AS dengan gaji mencecah lima angka sebulan dalam mata wang AS.

“Bayangkan Anwar mempunyai sebuah pejabat di Washington. Saya lihat perbelanjaan bagi pejabat itu bagi 2006 hingga 2007 hampir RM6 juta.

Mana dia dapat duit sebanyak ini dan dari sumber mana dia perolehnya atau siapakah yang membiayai kos operasi pejabat itu? Saya yakin ramai pemimpin dalam PKR tidak tahu akan hal ini.

“Dalam ceramah, dia cakap tidak ada duit, minta sumbangan dan sebagainya. Dia harus jelaskan mengenai perkara ini,” dakwanya ketika berucap pada majlis ceramah mengenai isu-isu semasa di Kampung Jalan Kebun.


KEDUA:

Para penganalisis pertahanan menolak dakwaan seorang anggota Parlimen pembangkang bahawa usaha kerajaan mendapatkan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) dengan kos RM6 bilion adalah 870 peratus lebih daripada apa yang dibayar negara-negara lain untuk kapal yang sama.

Penganalisis pertahanan dan keselamatan Dzirhan Mahadzir berkata perbandingan yang dibuat Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP Tony Pua dalam satu portal berita tempatan, adalah berdasarkan kepada kapal-kapal yang jauh berbeza.

" Jumlah kerajaan itu adalah dalam lingkungan anggaran yang berpatutan mengenai kosnya dengan keupayaannya dikatakan menyamai bagi SGPV-LCS ( kapal rondaan generasi kedua – kapal tempur pesisir pantai)," katanya kepada Bernama di sini hari ini apabila diminta mengulas kenyataan Pua dalam laman web itu.


Editor Asian Defence Journal Mohd Ghazemy Mahmud
, berkongsi pandangan yang sama bahawa kos yang tinggi dalam mendapatkan enam LCS itu adalah rasional, jika diambil kira keupayaan dan kecanggihan kapal-kapal itu.

" Walaupun kapal-kapal itu berasaskan kepada reka bentuk korvet , ia sebenarnya dikenali sebagai LCS dan peralatannya jauh lebih canggih,berkemampuan dan lebih unggul daripada enam kapal-kapal rondaan luar pantai (OPV) yang terdahulu dan oleh itu, kosnya lebih tinggi," katanya.

Ghazemy berkata disebabkan pembinaan kapal laut itu yang semulajadinya rumit dan kompleks, adalah mudah ia terkeliru berhubung jenis kapal-kapal laut dan kos sebenar.

"Jumlah itu (RM6 bilion) adalah anggaran standard dalam industri pembinaan kapal laut. Hanya mereka yang terbabit dalam industri itu dapat memahami mengenai pembinaan kapal laut yang secara semulajadinya agak kompleks," katanya.

Katanya pembelian itu adalah sebahagian daripada keseluruhan program yang dirancang lebih daripada sedekad lalu di mana Tentera Luat Diraja Malaysia (TLDM) mahu membina 17 kapal perang jenis korvet bagi menggantikan kapal-kapal rondaan buatan British yang dibeli pada tahun 60an dan 70an.

Dzirhan, seorang koresponden bagi Janes Defence Weekly berkata pembelian enam LCS itu bukan sahaja meningkatkan bilangan kapal-kapal armada bagi menghadapi cabaran abad ke-21, kapal-kapal yang dirangka dengan pengesan dan radar juga akan memberikan TLDM kemampuan pemantauan kelautan yang moden bagi mengesan dan mencegah kegiatan lanun dan keganasan.

" Dengan kemampuannya yang dirancang bagi penangkis udara, penangkis permukaan dan penangkis perang kapal selam, kapal-kapal itu akan dapat meningkatkan keupayaan TLDM bagi menghadapi ancaman sedemikian (lanun, keganasan dan pertikaian wilayah) semasa perang," katanya.

Berhubung isu bahawa pembelian kapal-kapal itu tidak dijalankan melalui bidaan yang kompetitif berbanding dengan negara-negara maju yang lain, Dzirhan berkata Pua mendapatkan fakta yang salah.

Dzirhan berkata sebelum itu Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata bahawa kapal-kapal itu akan dibina oleh Boustead Naval Shipyard dengan kerjasama enam limbungan kapal luar negara.

"TLDM telah memohon untuk sebut harga dan cadangan yang dikumpul dari syarikat-syarikat asing pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada 2009.

" Sebenarnya, ia telah dilaporkan sejak itu beberapa kali mengenai fakta ini dan bahawa kerajaan sedang meneliti pelbagai cadangan luar. Penelitian sebut harga dan cadangan juga dijalankan mengenai sistem persenjataan kapal-kapal, radar, peralatan elektronik dan sensor yang kesemuanya bersumber daripada pelbagai pembekal asing," katanya.

Bagaimanapun, semuanya dijalankan secara tertutup, "bukan hanya kerana kerajaan mahukannya sedemikian, tetapi juga kerana syarikat-syarikat juga tidak mahu cadangan dan tawaran harga mereka diketahui oleh pesaing mereka."

Dzirhan berkata pengalaman dalam pembinaan kapal-kapal dan pemindahan teknologi dan kepakaran akan membolehkan industri pertahanan tempatan membangunkan keupayaan bagi memenuhi matlamat kerajaan untuk berdikari sendiri dalam pertahanan.

Hingga ke hari ini mereka mendiamkan diri.

2 Komen:

izad70 said...

walaupun mereka kerap berdolak dalik dan berubah2 dalam tindak tanduk mereka,tetapi dalam hal ini di mana kesilapan dilakukan,mereka amat konsisten.tiada kemaafan yang dipohon seolah2 apa yang berlaku tiada kaitan dengan mereka.jika ada peruntukan undang2 yang boleh digunakan bagi menghalang sebarang kenyataan yang berniat jahat dikeluarkan terhadap pihak2 tertentu ia harus digunakan kerana kewujudan tindakan sebegini hanya memberikan impak negatif semata.jika kita lihat banyak kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak2 tertentu terhadap institusi2 kerajaan adalah bersifat 'mala fide' dan ia seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang berunsurkan jenayah.malangnya tiada tindakan yang diambil dan sehingga kini ianya telah mengakar dan bertambah subur..

Pak Tam said...

Sesiapa shj yang membuat dakwaan/tuduhan tanpa fakta/maklumat yang berasas boleh dianggap sebagai memfitnah. Politikus sekarang ini termasuklah PAS sudah tak kisah lagi dengan fitnah..kaedah menghalalkan cara. Mesti ada peruntukan undang2 negara mengatasi isu fitnah dalam negara.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan