BUKU TEKS SEJARAH SINGAPURA

on Tuesday, March 15








1. SEJAK setahun dua ini, terdapat desakan pihak-pihak tertentu supaya buku-buku Teks Sejarah di Malaysia dirombak, kononnya tidak tepat.



2. Sebagai bekas guru Sejarah yang berpengalaman mengajar Sejarah lebih 10 tahun,ianya merupakan satu desakan yang boleh dibahaskan lagi. Kebanyakan pelajar tidak berminat dengan subjek Sejarah kerana, buku Teks Sejarah gagal memberikan keyakinan kepada mereka akan pentingnya sejarah lama. Maka sebab itulah isu-isu lain seperti Buku Teks Sastera Interlok timbul walaupun buku itu sudah 40 tahun lebih diterbitkan.

3. Buku Teks Sejarah kita gagal menunjukkan gambar-gambar sebenar,manuskrip sebenar, gambar-gambar tersebutlah akan menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah di dalam negara. Kekurangan gambar-gambar di dalam Buku Teks Sejarah kita, barangkali kurangnya kajian atau kerjasama dengan Arkib Negara Malaysia khasnya.


4. Peranan gambar-gambar lama dan manuskrip-manuskrip lama, sangat penting kerana ianya akan memberikan mereka kebanggaan akan kehebatan sejarah negara kita,seterusnya dapatlah menyedarkan mereka akan pentingnya jati diri dan semangat menyayangi negara kita.


5. Gambar-gambar di atas antara contoh yang perlu dimasukkan di dalam Buku Teks Sejarah.

6. Perhatikanlah bagaimana mereka menulis Buku Teks Sejarah Singapura.

2 Komen:

Naisophon said...

Tak faham entri ni. maksudnya?

Meang bagi saya buku sejarah ni terlalu lurus, dan tidak lengkap. Pembahagian topik pun tak lengkap.

Saya tak nampak kenapa perlu ada sampai 5 tajuk berkaitan Islam dalam buku teks sejarah. Mungkin 1 tajuk lengkap sudah cukup.

Buku sejarah juga terlalu lewatkan sejarah malaysia. Zaman melaka baru dikira sejarah moden.
Saya ingat patut mulakan kes seja

Ary ariasputera said...

teringat saya waktu sekolah dulu..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan