KEKALAHAN DEMI KEKALAHAN; MUNGKINKAH MURSYIDUL LETAK JAWATAN

on Sunday, March 6

1. CALON BN ROSLAN AHMAD memenangi PRK Merlimau dengan Majoriti semakin besar 5,962, Calon PAS hanya mendapat 2,319. Majoriti BN sebanyak 3,643 berbanding tahun 2008 sebanyak 2,154 peningkatan sebanyak 1,489 undi.

2. Manakala Calon BN di Kerdau, Syed Ibrahim mendapat 5,060 undi berbanding Hasanudin Salim dari PAS mendapat 2,336 undi. Majoriti BN turut meningkat 2,724 undi.

3. Kesimpulannya mudah, Rakyat Malaysia di mana-mana sahaja sekarang baik di Perlis, Kelantan, Sabah, Melaka, Pahang kini semakin memberi kepercayaan kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan gandingannya YAB TPM TS Muhyidin Yassin.

Manakala, gandingan Anwar-Lim Kit Siang-Nik Aziz-Karpal Singh-Hadi Awang semakin dipinggirkan.

3. Yang amat rugi dalam persahabatan mereka ini ialah PAS. Orang Melayu dan Umat Islam di Malaysia semakin menolak PAS, walaupun Mursidul Amnya di saat-saat akhir memujuk orang-orang Melayu.

4. Yang paling untung hanya DAP seorang. Penyokong PAS dan penyokong PKR memberi Undi kepada DAP, sebaliknya penyokong DAP didapati tidak memberi undi kepada PAS. Buktinya di Tenang, masyarakat Cina yang suatu ketika dahulu memberi Undi besar kepada DAP, tetapi kini mereka memberi Undi meninggalkan PAS keseorangan. PAS tewas di semua Pusat mengundi sama ada di Kerdau ataupun di Merlimau.

5. Penulis berborak lama dengan seorang Profesor di Universiti Malaya. Katanya, PAS dan UMNO tidak usah bersatu di dalam BN. Lebih baik PAS berada di luar BN di mana PAS boleh menjadi Suara Pendesak kepada kepentingan orang Melayu dan umat Islam. Katanya, biarkan UMNO di dalam BN yang memperjuangkan orang Melayu dan umat Islam.

6. Beliau berkata, di dalam hal ini, DAP telah berfungsi dengan berkesan apabila menjadi pendesak terbesar kepada masyarakat Cina di luar BN, walaupun ada MCA, LDP, SUPP dan GERAKAN.

Walaupun penulis lebih suka melihat penyatuan UMNO dan PAS sebagaimana tahun 1970an dahulu, namun idea Profesor itu sangat menarik. Katanya lagi, sepatutnya di dalam BN, harus ada lebih parti yang mewakili orang Melayu, bukannya UMNO sahaja. Jika UMNO hanya terusan berseorangan, sekiranya Tragedi 1988 berlaku lagi, maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

7. Anda tidak bersetuju dengan saya? atau anda bersetju idea Profesor itu? Selamat Membaca.

5 Komen:

Anonymous said...

idea yang boleh menghancurkan orang melayu kerana suara daripada pas tak boleh pakai....cacarmarba

pok nik said...

Saya berpendapat ada baik juga kalau PAS kekal sbg suara pendesak utk kepentingan Islam dan bangsa Melayu dari luar BN. Cuma kesilapan terbesar PAS masa sekarang ialah menjalinkan hubungan dgn DAP yg ternyata sgt2 menguntungkan DAP. Kesilapan terbesar PAS bilamana Presiden parti tidak lagi bersuara. Mursyidul Am telah mengambil alih parti secara total. Ini sangat2 tidak sihat dalam perjalanan/perjuangan sesebuah parti politik. Mursyidul Am telah membawa watak hanya beliau yg berhak bercakap untuk PAS. Memang kita lihat keperibadian Mursyidul AM sangat molek dan elok..tetapi projection begitu tidak akan kekal bertahan lama. Mutakhir ini org Melayu dan Islam telah melihat MA sebagai satu liabiliti kepada PAS. Ini boleh disimpulkan dari PRK..sokongan kpd PAS sgt2 mendukacitakan. Inilah kesilapan terbesar PAS bilamana terlalu bersandarkan kpd peribadi Dato Nik Aziz...Di Kelantan sendiri sudah ada suara2 menyatakan keperibadian Dato Nik Aziz tidak begitu memberansangkan.. kroni dimana2...harta kekayaan Kelaantan diratah dgn begitu rakus sekali..

PAS kena berhati2..Kelantan merupakan benteng terakhir PAS.. Kerapuhan di Kelantan akan menular ke negeri2 lain..maka PAS akan kembali menjadi melukut di tepi gantang..Dalam berpolitik saya berpendapat Dato Nik Aziz tidaklah mempuyai asas yg kukuh melainkan berpaut kepada projection diri beliau sebagai sgt zuhud.. walaupun ada suara2 telah mempertikaikan kezuhudan Dato Nik Aziz...Dato Husam sbg org kanan Dato MB Kelantan ini juga menunjukkan kesetiaan yg melampau kpd DS Anwar Ibrahim.. melebihi kesetiaan kpd PAS sendiri. Org Kelantan melihat Dato Husam tiada beza dgn org UMNO sekarang ini..Kebijaksanaan berpolitik Dato Husam semakin hilang..ayat yg digunakan oleh beliau sama sahaja ayat yg digunakan oleh DS Anwar Ibrahim..Sbg contoh terbaik semasa majlis maulidul rasul yg diadakan di Pasar Arked UDA..kenyataan beliau yg menyalahkan UDA etc adalah sgt2 tidak bijak..sekurang2nya utk berpolitik...Rakyat marhain sudah bosan dgn politik salah menyalahkan ini..Sepatutnta tindakan diambil bukan menyalahkan org lain sambil mendendangkan janji2 baru kpd peniaga2 di Pasar Lama MPKB..

PAS harus bangkit segera..pemimpin yg telah terkeluar dari arus politik perdana seperti Mursyidul Am perlu melangkah keluar dgn segera..kerjasama dgn DAP mesti dikaji semula..Kalau tidak PAS akan menjadi kambing hitam kepada Pakatan Rakyat..

Anonymous said...

takda masalah utk pas jd pendesak..tp mau ke umno..mendengar?cuba tgk apa mca buat pada cina..tak kira cina cina dap ke,gerakan ke mrk tetap tolong...tp umno...mintak maaf la....pijak lg ada le...kita blh tgk sejarah dr dulu sampai skrg ni...perangai tak ubah2

Muhammad Razif said...

siapa pilih bulu ? dalam byk perkara , BN x pilih bulu . Ramai anak2 pembangkang terima PTPTN , bantuan MARA malah ramai juga yg terima pelbagai subsidi dari kerajaan . anak2 pembangkang juga belajar d skolah2 kebangsaan yg sama dgn anak2 pro-kerajaan . mereka juga terima bantuan buku teks , bantuan RMT . berapa ramai anak pembangkang kne pijak ? berikan fakta . sedangkan seluruh sekolah agama rakyat d kelantan pun d bantu oleh kerajaan pusat .. bagaimana anda boleh nafikan ?

Anonymous said...

tanggung kita sampaikan, ALLAH lah tempat balasan sebenarnya!!!! Kalau dah sampaikan dengan hikmah dan dakwah orang kepada amal islam tentu ALLAH hakim yang akan adili kita semua.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan