ANGKATAN TENTERA MALAYSIA AMBIL ALIH?

on Saturday, June 18

1. TIMBALAN KETUA POLIS Negara telah memberi kata dua kepada para penganjur BERSIH2 sama ada menghentikan rancangan demo atau menghadapi tindakan tegas pihak keselamatan. Namun, kata dua itu tidak sedikit pun menakutkan pemimpin penganjur BERSIH2, malah pihak polis dicabar pula. Bayangkanlah betapa pihak polis pun boleh diperlekehkan.

2. Namun, penulis ingin mencadangkan supaya pihak polis menjemput Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk sama-sama menghalang demo BERSIH2 yang tidak ada keperluan dilakukan, melainkan niat politik pihak tertentu yang terdesak mencari sokongan melalui demo demo yang sedemikian rupa.

3. Pada pandangan penulis, pihak polis janganlah menunggu 9 Julai baru hendak bertindak. Sebaik-baiknya ialah langkah pencegahan. Tidak adakah peruntukan undang-undang untuk menghalang mereka yang mencemarkan keamanan, kebahagian dan ketenangan ibu kota.

4. Perhatikanlah, DYMM Yang Dipertuan Agong terpaksa campur tangan dan menitahkan pilihanraya masjid di Pulau Pinang dibatalkan. DAP terpaksa tunduk kepada DYMM Yang Dipertuan Agong. Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan berani berkata tidak kepada Raja-Raja Melayu.

Sebab itulah kita mesti mempertahankan sistem Raja-Raja Melayu kerana di antara benteng yang akan mempertahankan kesucian agama Islam, kesucian masjid-masjid, hak-hak Istimewa orang Melayu ialah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

5. ATM di bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sudah tentu mempunyai kredibiliti, daulah, keistimewaan dan keupayaan yang tinggi. Isunya mudah, jika pihak PDRM perlukan bantuan ATM apa salahnya?

6. PDRM tidak seharusnya bersendirian untuk menjaga, memulihara dan memastikan keamanan di ibu kota berterusan. ATM sudah tentu mempunyai akta yang membenarkan mereka turut serta memelihara keamanan kesejahteraan dan menghalang musuh-musuh negara yang berselindung di sebalik NGO-NGO yang ditaja barangkali oleh musuh negara di luar sana.

7. Penulis bukan tidak bersetuju demo itu, bersetuju jika ada keperluannya, tetapi buatlah di Stadium Shah Alam Kah? Stadium Kota Bhatu kah? Stadium Darul Amankah? Buatlah berjam-jam tiap-tiap pemimpin yang hendak berucap berucaplah berjam-jam lamanya sampai dinihari. Kemudian buatlah lintas langsung, pancarkan ke TVSelangor. TVHarakah, IPTV Selangor dan sebagainya. Tun Dr. Mahathir pun pernah buat demo di Stadium Bukit Jalil menentang kekejaman Israel dan kekejaman Amerika ketika menyerang rakyat Iraq.

8. Kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang hendak turut serta di gelombang BERSIH ini, penulis nasihatkan, berfikirlah dua kali, anda terlalu muda untuk menunjukkan taring yang belum kukuh. Kita boleh bersefikiran dengan pembangkang jika kita menentang kekejaman Israel dan Yahudi seperti dahulu, tetapi kita tidak seharusnya terikut-ikut dengan agenda mereka yang bertopengkan nama demokrasi, sosialis, kesamarataan dan keadilan ala barat.

9. Jika penulis Ketua Pemuda UMNO Malaysia, penulis akan perkukuhkan dahulu pemuda di peringkat cawangan dan bahagian untuk menghadapi PRU13 yang tidak lama lagi. Tahukah anda betapa lesunya pemuda di peringkat bahagian dan cawangan sekarang. Anda tidak perlu marah, kerana kita perlu menegur orang yang tidur, atau orang yang lena, atau orang yang syok sendiri.

7 Komen:

Anonymous said...

Mengikut lapuran pihak polis telah mendapatkan bantuan pihak ATM semasa perhimpunan Bersih 2007 lalu untuk bersiap sedia kerana PDRM tidak mampu untuk menangani sebarang kekacauan / huru hara yang melibatkan sejuta orang.

Malangnya perkara ini telah diputar belitkan oleh pihak pembangkang kononnya DYMM Agung mengarahkan pihak tentera memberikan perlindungan kepada penunjuk perasan dari kekejaman polis.

Pinggiran Bukit Aman

Jiwa Kacau said...

Bro pilihanraya masjid di Penang bukan dibatalkan tetapi ditangguhkan.
Kenapa Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu takut?

Anonymous said...

ERA TUN MAHATHIR.. POLIS MASA TU POWER..ERA PAK LAH DGN BANTAUN NGO..YG PRO KAKI LIWAT LANAKTULLAH TU TELAH MEMPOLITIKKAN MASALAH DALAM POLIS.. PENJENAYAH KINI DI NOBATKAN SEBAGAI "HERO".. POLIS ITU DI "PENJENAYAHKAN " MORAL POLIS SEJAK 2007 KINI MASIH RENDAH...SEMUA TAKUT BUAT KEJA...ITU AJA..JIKA ATAM DI LIBAT KAN ITU LAH NIAT ALJUBURI NAK LOBI KATA MALAYSIA NI ZALIM...JGN MASUK PERANGKAP KAKI JUBUR @ 2 ALAM NI...

Anonymous said...

POLIS TELAH LONGLAI..DIKEJAKAN OLEH PAK LAH...HAK PESALAH/PENJENAYAH DIHEBATKAN DIPERKASAKAN.. SEMUANYA KESILAPAN PAKLAH TANPA MENGETAHU NIAT NGO/PAKATAN DAN MP YG DLAM DIA ADA AGENDA MEMBELA ALJUBURI..YAHUDI...AKU RASA PDRM DA TAK RELEVAN LAGI DA LEMAH..AKAN DIJADIKAN BAHAN POLITIK.....ELOK SERAH PADA TENTERA...UTK KEAMANAN NEGARA...BIAR KITA LIHAT TENTERA BUAT KEJA...MEMBERHENTIKAN DEMOTRASI "BERSIT@KOTOR" INI....

Anonymous said...

Kenapalah sikhalid mamak Timb KPN ni. Jawatan tinggi tapi tolol bab perlembagaan. Jelas kerja polis dan jadi TKPN sebab kaler sama ngan Mahathir. Kalau dh mamak tu mamak jugak la. Penganjur relax jer. cuma menunggu harinya. Tapi yang paling sibuk yang x berkenaan. Mereka takut bersih berjaya dan segala buruk laku merekaa akan terdedah.
Pertikai Ambiga peguam yang anti islam semasa membela kes lina joy. Camane pulak kes 3 pengikut Ayah Pin yang istiyhar keluar islam. Mereka ini dibela oleh peguam islam. Sape yang murtad sekarang. Ambiga dh tentu seorang kafir. Memang tugas peguam membela untuk kebenaran. Peguam melayu yang bela 3 pengikut tu seorang ape???? Mana jamil khir ketika tu? mungkin sedang asyik menikmati daging mentah bernyawa kut.

Anonymous said...

TKPN!!!! KAMI TIDAK BERDEMO KENAPA NAK TAKUT. FAHAM SIKIT LA. BERSIH AKAN BERARAK SECARA AMAN. ITU PASTI. YANG AKAN BERDEMO ADALAH PUAK2 KETURUNAN KATAK DAN MR BEAN KHAIRY DAN SAMPAH2NYA

Anonymous said...

Memang tugas peguam membela untuk kebenaran??.. dlm dunia kini, peguam juga bkn shja membela kebenaran, juga menutupi kebenaran.. kes lina joy murtad tu, dibenarkan oleh kau ke.. ni hukum Islam, hukum Allah SWT.. bukan hukum manusia.. so bg kau ambiga betul la krna cuba nak pertahankan orang murtad.. kalau menentang hukum dgn nama Islam, kau boleh pertikaikan suka2 hati.. tp kau tahu ke hukum islam nilah hukum Allah SWT, berani ke kau tentang.. silap2 kau plak yg murtad..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan