PERDANA MENTERI BERBAJU HIJAU

on Wednesday, June 8

1. KITA mungkin sudah lupa, bahawa Tun Dr. Mahathir telah mengisyhtiharkan negara Malaysia sebuah negara Islam. Malah fundemental Islam. Malah satu-satunya Presiden Parti yang mengkritik Israel dengan isu anti semetik. Presiden parti lain walaupun menggunakan nama Islam tidak akan berani mengistihar negara Malaysia sebuah negara Islam, malah tidak juga akan berani mengutuk kejahanam Israel.

2. Hari ini, mereka sudah menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam. Negara Islam bukan agenda utama lagi.

3. Soalnya, bukankah lebih baik UMNO pula, yang sekian lama memperjuangkan kebajikan orang Melayu dan, umat Islam, meletakkan pula dirinya sebagai sebuah parti yang lebih berfokus menjadikan negara Malaysia ini menjadi sebuah negara betul-betul Islamik suatu hari nanti.

4. Seorang Intelektual Melayu, Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud (UTM), berkata di dalam bukunya yang terkenal Pembangunan Di Malaysia, Ke Arah Satu Kefahaman Yang Lebih Sempurna (UM), menyatakan sebaiknya kerajaan yang sedia ada diberikan input, ditambahbaik, bukan dihancurkan, bukan dirobohkan, malah dipandu ke arah membawa nilai-nilai yang lebih Islamik, pengamalannya, kepada umat Islam dan bukan Islam, di dalam negara kita.

5. Selama ini UMNO dilihat hanya memperjuangkan orang Melayu, sebagaimana MCA/DAP/MIC/ memperjuangkan kaum mereka, parti-parti lain yang kelihatannya sekularbebas seperti PKR/PBS/GERAKAN juga masih majoritinya dicengkam oleh satu kaum,PAS walaupun bertujuan kepada Islam tetapi majoritinya dan harapan besarnya masih juga kepada orang Melayu dan sedikit umat Islam yang lainnya.

Maka, UMNO yang dari dulunya juga memperjuangkan umat Islam di negara ini, hendaklah pula meletakkan, menaikkan, hightlightkan perjuangan Islam mereka lebih nampak, daripada parti lain. UMNO masih gagal di segi ini, masih gagal meyakinkan sebilangan pengundi atas pagar ini.

Mereka tidak faham kenapa Presiden Parti UMNO memakai baju Melayu hijau sebagai salah satu gambar rasmi beliau. Mereka sangat tidak faham. Mereka tidak baca permainan warna Perdana Menteri.

1 Komen:

pok nik said...

Saya lebih melihat kepada perspektif "positif' dgn pemilihan saf baru kepimpinanan PAS baru2 ini. Bagi saya dengan gugurnya Negara Islam dari perjuangan PAs (yg terkini)bermakna PAS telah mengangkat "bendera putih" kepada UMNO dgn secara tersirat telah mengiktiraf perjuangan UMNO selama ini menjadikan Malaysia sebagai negra Islam. Sebelum ini PAS bermatia-matian mencaci UMNO kerana tidak bersungguh2 menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam..

Negara berkebajikan bukan isu baru yg nak diteruskan perjuangan oleh PAS. Kerajaan BN ( campuran Melayu/Cina/India/Iban/Kadazan/Dusn dll) telah lama membawa Negara Berkebajikan. Tengok saja subsidi minyak, makanan /kebajikan masyarakat (bukan loteri kebajikan masyarakat..ini hanya ada dijual di negeri Kelantan sahaja). Jadi apa bendaru negara berkebajikan yg nak diperjuangkan oleh PAS?? Maknanya PAS juga turut cemburu bahawa selama ini BN telah pun ber"kerajaan berkebajikan".

Kita doakan PAS semuga tersedar dari lamunan. Picit sedikit asam/garam/limau nak keluarkan "iblis" yg mula bersarang dalam PAS..tentunya anda faham sapa "iblis" itu..Wallahuallam

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan