KU LI vs PEMIMPIN DE FACTO

on Sunday, July 31




1. TERLEBIH dahulu JENTAYUABAKA mengucapkan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat. Sebelum berpuasa, seperti biasa penulis juga mengambil kesempatan memohon maaf jika penulisan jentayuabaka selama ini mengguris hati dan minda pembaca. Apa pun perkogsian minda adalah sehat untuk kita sama-sama menilai rasional, faktanya, sebab musababnya dan tujuan masa depannya.

2. Tengku Razaliegh bukan asing dalam dunia politik, Tun Dr. Mahathir pernah menulis, sekiranya Ku Li sabar sedikit, beliau sudah pasti akan menjadi Perdana Menteri. Tun Dr. Mahathir mengatakan, bukan beliau marah atau sakit hati Ku Li mencabarnya sebagai Presiden UMNO suatu ketika dahulu.

3. Tengku Razaliegh pernah mengetuai kumpulan parti pembangkang dengan nama Gagasan Rakyat, di mana beberapa hari menjelang PRU-10, Parti Bersatu Sabah (PBS) keluar daripada BN dan menyertai Gagasan Rakyat. Kekuatan Ku Li menjadikan Terengganu tumpas ke tangan PAS, Kelantan kekal dengan PAS.

4. Namun, Ku LI juga seorang pemimpin yang berpijak di bumi yang nyata, seorang yang rasional, akhirnya beliau membubarkan Semangat 46 dan menyertai semula UMNO. Bukan mudah kembali ke pangkal jalan sekiranya tidak kerana sayangkan agama, bangsa dan negaranya. PKR sebuah lagi serpihan UMNO,bilakah pula hendak dibubarkan?

5. DAP mahu pun PAS, mereka sudah sedar, perjalanan mereka menuju Putrajaya tidak akan tercapai dengan bergantung kepada pemimpin de facto. Mereka ingin Ku Li kembali memimpin mereka. Mereka sedar tidak ada gunanya, malah membuang masa hanya membangkang dasar-dasar kerajaan persekutuan secara membuta tuli, brutal dan senteng.

Mereka sedar, untuk terus kuat, pembangkang mesti jadi pembangkang yang bijak, pembangkang untuk pembangunan, bukan membangkang gila nak jadi Perdana Menteri, bukan jadi pembangkang yang merosakkan perpaduan dan kekuatan sedia ada negara, bukan membangkang kerana hanya menjadi pembangkang.

6. Kerana itu, Ku Li kelihatannya menepati aspirasi mereka. Ku Li menyokong kerajaan negeri Kelantan dalam isu Royalti Minyak, itu rasioanliti Ku Li. Namun, Ku Li mempertahankan parti UMNO dan kerajaan Persekutuan.

7. Ku Li, anak Raja yang turun menjadi pemimpin rakyat. Ku Li perlu diberi peluang menjadi sebahagian daripada pemimpin masa depan. Kerajaan BN memerlukan pembangkang yang kuat, pembangkang yang membangkang untuk kemajuan negara dan rakyat, bukan pembangkang yang gila hanya mahu jadi Perdana Menteri sahaja.

8. Apakah Ku Li sekali lagi akan membawa kepada penyatuan umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini sama seperti ketika zaman Tun Razak dahulu. Apakah Ku Li jambatan kepada perpaduan?

Ada cerita di belakang cerita. Pemimpin De Facto tidak perlu gundah.

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan