PERMOHONAN MAAF PJJ=TIDAK IKHLAS TIDAK CUKUP: MENGADAP MERAFAK SEMBAH KEPADA DYMM SULTAN JOHOR IKUTLAH ADAT MELAYU

on Sunday, October 2

1. SELEPAS TERLAJAK KATA menghina negeri Sultan Johor, atau pun lebih tepat secara langsung menghina Sultan Johor yang menaungi Jajahan Takluk Negeri Johor, selepas Sultan Ibrahim Terhina Tersinggung & Amarah, barulah seorang rakyat Malaysia yang sombong dan bongkak meminta maaf.

2. Itu pun Permohonan Jarak Jauh (PJJ), melalui media pula, maksudnya LGE suruh Sultan Ibrahim tengok TV dia minta maaf kerana keterlepasan cakapnya di negeri Temasik, sebuah negara kota milik Sultan Johor suatu ketika dahulu.

3. Kalaulah LGE bercakap benda yang serupa di negara Thailand, dia kena mengadap menyembah tunduk mencium kaki Raja Thailand. Sebelum itu, dia kena buka kasut di luar istana dan menyembah beberapa lama dengan menyatakan kekesalannya kerana bercakap terlepas kata menghina Raja.

4. Penulis berpendapat permohonan maaf secara PJJ tidak ikhlas dan tidak mengikut adat dan tatasusila Raja-Raja Melayu.Sultan Ibrahim adalah Raja Johor keturunan Raja-Raja Bugis, di mana Raja-Raja Bugis mempunyai peradaban yang mesti dipatuhi dalam beretika rakyat dan raja. LGE patut membaca buku Sulalatus Salatin, Salasilah Raja-Raja Johor dengan Bugis ataupun kalau rajin membaca buku Tanah Abang Salah Silah Raja-Raja Bugis.

5. Di negara China, semasa pemerintahan Dinasti Chin, seorang tentera berpangkat tinggi, bukan sahaja dilucutkan jawatannya kerana tidak mengikut arahan Rajanya, tetapi dipenjarakan bertahun-tahun lamanya sehingga akhir hayatnya. Malah seluruh keluarga dan keturunannya, telah dihalau dari Istana dan tidak dibenarkan menjejakkan kaki lagi di kawasan istana.

6. Jika LGE bercakap benda yang serupa di Indonesia, penulis fikir LGE perlu mencari suaka plitik di negara yang tidak ada hubungan diplomatik dengan negara Indonesia.

7. Tidak berapa lama dahulu, di negara Filipina, seorang rakyatnya memasang bendera negara Filipina secara terbalik, dan dia dihukum penjara.

8. Di Malaysia, LGE hanya memohon Jarak Jauh sahaja...Sultan Johor yang menaungi negeri Johor dan jajahan takluknya pun dihina sedemikian rupa negerinya. Negeri Johor tidak selamat katanya, seluruh keluarga Raja Johor Raja Bugis ini rasa terhina.

9. Penulis cadangkan, LGE membaca semula buku Memoirs Of Lee Kuan Yew...LKY memberi banyak contoh banyak tentang adat dan peradaban bangsa Melayu.

1 Komen:

Anonymous said...

kami rakyat JOHOR sgt bersetuju...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan