TIDAK BERAPA LAMA LAGI, KALAU KAMU FAHAM.

on Tuesday, November 1


1. RAKYAT MALAYSIA sama ada sedar atau tidak, peka atau kurang peka, akan menantikan satu period baru sejarah negara tidak berapa lama lagi, barangkali sebulan dua ini, barangkali keputusan yang akan menentukan masa depan si Biru atau masa depan si Hijau di dalam PR, mahupun masa depan si Roket di dalam PR, sama ada mereka kekal bersama, atau terpaksa terlerai, hanya masa tersebut nanti akan menentukan. Sebagaimana ayat yang sering dibaca oleh sesiapapun, wamakaru wamakarallah...dan seterusnya.

2. Jika anda faham apa yang penulis katakan di sini, baguslah. Kemenangan, seperti kemenangan perlawanan bola sepak Terengganu VS Negeri Sembilan, 1 - 2, atau 2 - 3, atau 3 - 5, atau apa sahaja jenis kemenangan sama ada di mahkamah 1 juri berbanding 2 juri. Semua itu sudah menjadi sejarah. Kesilapan pihak pertahanan, kesilapan teknikal pengadil, kesilapan pasukan pendakwa, kelemahan bukti, akan melepaskan si pesalah, akan menyambung hayat si pesalah, akan menyambung nafas si politikus terbijak, namun, ianya tidak akan selama-lamanya, kerana macam ayat di atas tadi, Manusia boleh merencanakan apa saja, namun Allah juga ada perancangan.

3. Sang Pengadil adalah manusia biasa, dia ada nafsu yang keterbergantungannya, pengawalannya, kesilapannya jika dia melakukannya, secara sengaja atau tidak, pada pandangan penulis, sebaiknya kita menghukumnya dia lebih awal, atau dia berhenti sahaja menjadi pengadil, supaya segala yang sudah 100%, atau segala yang sudah benar dan betul, tidak mengapalah kalau 99.9%, tetap begitulah.Janganlah dengan hanya satu dua ayat, janganlah hanya dengan satu tiupan wisel, ianya merosakkan negara ini. Anda tidak faham lagi, bacalah dua tiga kali.

4. Dia sang si kaya, apa sahaja bisa dilakukannya, sarapan pagi di Jakarta, Lunch di Perth, Dinner di Washington, apakan pula tukang membaca skrip, skrip yang diubah-ubah, diubah lagi, lima angka sekelip mata sahaja menjadi enam angka, yang patah sekelip mata saja bisa lurus, ianya bukan silap mata, tetapi mata kamu silap, malangnya hati kamu juga disilapkan, lalu kamu menanda dia yang si kaya itu sebagai sang hero, walaupun dia bakal menghumban anak-anak kamu ke lembah gelap gulita, bukan sekarang, tetapi selepas dia sudah tiada.

5. Tidak berapa lama lagi, tidak sampai 100 hari rasanya, jangan bimbang, Malaysia tidak akan kiamat, hanyasanya barangkali PR akan gempa bumi, rasanya 6.6. skala hitc. Jangan risau, ISA sudah tiada, kamu akan sentiasa selamat. Tiap-tiap bulan November dan Disember, sering sahaja berlaku gegak-gumpita, banjir lah, Tsunami lah, atau barangkali ada lagi, kiralah harinya, kita tunggu. Kamu tidak percaya, tunggulah.

6. Cukuplah setakat ini, kamu faham atau tidak, jika tidak penulis akan mempermudahkan lagi bahasa ini. Kalau kamu orang sastera gampang sahaja kamu memahaminya, kalau kamu biasa berpolitik enteng sahaja bahasa ini, kalau kamu masih pening, oh tidak, penulis tunggu dulu komen kamu, tunggulah, jika roket terbang terlalu tinggi di atas dia akan meletup dan hilang kawalan, kalau bulan di tengahari kadang-kadang tidak nampak, atau tidak nampak langsung, dan yang satu itu, akan tinggal satu juga macam dulu, kerana apa..., kerana gempa bumi 6.6 sudah mari. Bukan sekarang, tunggu, tidak berapa lama lagi...tetapi dengan satu syarat, si pengadil itu orang yang adil. Jika dia tidak adil, perumpamaannya dia membunuh 30Juta rakyat Malaysia.

Selamat membaca, selamat memahami.

2 Komen:

Anonymous said...

bahasa sedara sgt tinggi...sedara perlu permudahkan, ia amat merungsingkan, ia menggetarkan,amat mendebarkan membacanya,mcm juga menakutkan,

Anonymous said...

apa sebenarnya yg kamu nak sampaikan ne

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan