AMARAN KEPADA MCA: FAKTOR SINGAPURA AKAN MEMPENGARUHI

on Friday, December 9




Lawatan penulis ke Singapura memberikan beberapa kesan di fikiran penulis. Penulis ingin berkongsi pandangan ini dengan anda.

Minggu lalu, DAP) berpendapat pada PRU13 akan datang DAP yakin dapat tawan parlimen Kulai dan parlimen Kluang, sebaliknya DAP tidak yakin parlimen di Ayer Hitam dan Tanjung Piai. Maknanya ada tambahan 2 Parlimen DAP yakin akan menang di Johor.

DAP berkeyakinan menang di Kulai, kerana mereka telah menang di DUN Senai; di Kluang pula DAP lebih yakin kerana mereka telah menang di DUN Mengkibol.

MCA lebih yakin boleh menang di kawsan Ayer Hitam, Tanjong Piai, Labis dan Gelang Patah. MCA nampaknya masih gah di empat kawasan tersebut. Di kawasan lain, jika MCA sendiri tidak yakin, kenapa tidak berikan kepada UMNO jika pengundi Melayu melebih 60%. Give and take lah, bukankah UMNO sejak sekian lama memberikan undi dan menolong memenangkan kerusi-kerusi MCA bahkan MIC dan Gerakan.

Keputusan PRU di Singapura yang lalu pasti akan memberi kesan pada pengundi di Johor, khususnya kepada masyarakat Cina. Penulis sangat yakin PRU di Singapura yang baru sahaja lepas boleh memberi impak kepada pengundi-pengundi di negeri Johor. Pertumbuhan ekonomi Singapura begitu baik terbaru telah mengatasi Hong Kong sebagai bandaraya paling mahal di dunia, sebaliknya parti pemerintah PAP masih tidak dapat mempertahankan jangkaan sebenar bilangan undi yang mereka diperolehi.

Perkara ini menyebabkan Pakatan Rakyat sedang  menunggu saat-saat sebegini iaitu kelekaan di pihak kerajaan membaca momentum pengundi Cina, kerana masyarakat Cina akan lebih dulu melihat kemampuan kerajaan mengurus ekonomi mereka dengan baik. Ini boleh menunjukkan reaksi pengundi-pengundi di negeri Johor yang sebenar, kebanyakan pengundi di Selatan negeri Johor bekerja di Singapura, maka ianya lebih banyak dimanipulasi oleh Singapura. Jangkaan penulis ialah di Selatan negeri Johor akan ada sesuatu perubahan, tetapi peratusan yang boleh menggugat itu masih tidak jelas. Masih silent majority or silent minority.

Sebahagian pandangan penulis asal artikel ini, "...Apakah perbezaan masyarakat negeri Johor dan di negeri-negeri lain? Orang-Orang Johor Lebih Pentingkan Ekonomi. Orang-orang Johor lebih suka bincang masalah bisnes dan ekonomi, contohnya satu ketika dahulu apabila Mahathir dan Lee Kuan Yew bertelagah kefahaman, ada setengah orang Johor berkata, tolong janganlah bergaduh, nanti tiada orang Singapura yang datang ke Johor Baharu. Orang-orang Johor lebih merealisasikan sesuatu yang ada di depan mata, orang-orang Singapura pula adalah pelanggan orang-orang Johor. Pada PRU 2008 tidak kira tiket undi Cina mahu pun tiket undi Melayu dari segi sokongan kepada kerajaan di sebelah Utara Johor MCA agak tergugat, dimana di sebelah Selatan Johor masih agak stabil..."

"...Di negeri Johor MCA mempunyai 8 kerusi Parlimen, paling teruk sekalipun akan kalah berapa kerusi sahaja? Mungkin kerusi parlimen MCA di negeri Johor MCA tidak dapat ditawan semula, di kerusi DUN pula jika mereka masih leka mereka juga akan kehilangan 2 kerusi DUN lagi. Saya tidak berani cakap kerusi DUN kawasan mana yang akan hilang. Kerana ada beberapa kerusi DUN yang tiket undinya terlalu hampir tewas. Dalam pengiraan ini MCA sendiri telah faham keadaan itu, hidup mati MCA hari ini perlu lihat PRU di negeri Johor..." 

(Pandangan penulis ini disesuaikan daripada tulisan saudara Tan Shao Lian, Nanyang Siangpau, 7 Disember 2011) .

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan